Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Saturday, 7 May 2011

PEMILU dan angka 1………..1

Apa punya baghal setengah orang. Tarik pilihanraya di kaitkan dengan nombor ong 11 yang di sukai oleh DS Najib. Kita mudah sangat lupa apa sudah jadi apabila kita seronok dan asyik dengan nombor dan angka.

Dahulu, orang kata Pak Lah amat menyukai nombor 13. Lihat apa sudah jadi kepada kesukaan tersebut. Kesan nya di lihat pada pilihanraya yang lalu.

Apabila kita sudah bergantung kepada angka untuk menang- bukan diatas persiapan dan kesiap sagaan, kerja kuat, berhujjah dengan siuman memenangi hati rakyat, itu petanda, kita akan kalah.

Apa yang orang duduk heboih dengan kesukaan DS Najib dengan nombor 11? Memang lah betul, dia menjadi MB yang ke 11 untuk negeri Pahang. Adakah negeri Pahang melonjak maju luar biasa ketika DS Najib jadi MB yang ke 11 itu? banyak peristiwa yang tidak bagus dari segi politik berlaku pada zaman Menteri Besar Pahang yang ke 11.

Apa yang juga mengherankan orang ramai bila Najib menjadi OKIS- orang Kaya Indera Shahbandar yang ke 11? Jawatan tersebut adalah jawatan yang di pusakai. Sesiapa kalau jadi anak TUn Razak sudah pasti jadi OKIS yang ke 11. Anak yang sulong mewarisi jawatan terpusakai tersebut. Tidak ada yang mengherankan.

Zaman dulu kala, di negeri lain, orang buat ramalan dengan melihat dan membaca daun teh. Di tempat lain orang baca masa depan dengan menengok isi perut ayam yang terburai.

Macam macam cara yang di gunakan untuk buat ramalan untuk masa depan.

Amatlah malang jika PM dan orang UMNO meletakkan harapan yang menggunung kepada angka 11 untuk menang pilihanraya. Jadi adalah orang kata pilihanraya mesti berlaku pada bulan 11 tahun 2011. Itu bermakna 6 bulan lagi.

Kita nak buat pilihanraya mestilah bergantung kepada kekuatan parti sendiri. DS najib mungkin mendapat penerimaan peribadi oleh masyarakat yang tinggi. Approval rating menurun tapi masih tinggi. Tapi UMNO tidak akan menang hanya sebab nama Dato Najib harum. Dan keharuman tersebut pun adalah penghasilan media citak dan audio visual yang berkerja 25 jam sehari.

Tapi janganlah kita letakkan significance yang tinggi kepada polls result yang di lakukan oleh kaji selidik pihak swasta. You bayar lebih, you dapat keputusan yang di kehendaki. Perpatah Inggeris ada menyebut, he who pays the piper decides the tune. You hendak baik punya ramalan, kasi taruh wang lagi banyak.

Kita mesti sedar kekuatan UMNO di negeri negeri yang sekarang di kuasai oleh UMNO. Kalau pemimpin UMNO asyik mendengar dendangan lagu baik baik punya yang di sampaikan melalui angin lalu oleh saluran media percitakan dan audio visual yang bersifat kesotongan, itu alamat nak mampus.

DS Najib sebagai ketua UMNO jangan mempercayai 100% maklumat yang di sampaikan oleh saluran penyampaian yang biasa. Turun ke cawangan UMNO sendiri dan tanya soalan soalan secara terbuka. Kalau saya pilih si anu, adakah kamu akan sokong? Jangan dengar 3-4 kerat suara vocal dari cawangan dan bahagian. Biasa nya mereka inilah golongan yang bersidai di kedai kopi dan kaki lima yang tidak buat kerja. Matlamat mereka ialah menjatuhkan orang lain yang tidak menyukai tabiat bergentayangan dan bersidai di di kedai kopi. Penerimaan rakyat terhadap kita bergantung kepada perkhidmatan yang di beri bukan kepada lakunan buat kerja banyak.

Cuba lah kita ihat keadaan UMNO di negeri2 sebelum kita buat kenyataan yang berguruh nya banyak, tapi hujan nya sedikit.

Di negeri yang besar sekangkang kera Perlis pun UMNO menghadapi banyak sangat masaalah. Ini disebabkan negeri kecil tersebut banyak sangat kepada besar. UMNO berpecah kepada kumpulan yang memihak kepada MB sekarang, Azmi Khalid, Radzi Sheikh Ahmad dan mafia perlis Shahidan kassim. Sebanyak 9 kerusi DUN yang sekarang di pegang oleh UMNO berada dalam keadaan yang bahaya. Semua angkara wakil rakyat yang tidak beri perkhdimatan yang baik.

Kalau DS Najib hendak menang Perlis dengan lebih baik, ke 4 mafiosi Perlis ini mesti di buang. Kalau DS Najib tak berani lakukan, TS Muhyidin mesti lakukan. Kamu 4 orang pencen dan we expect no troubles from you. Tapi adakah DS Najib berani? Sebab cakap di Hot FM, seronok seronok, santai santai tidak terdaya berdepan dengan karenah politik UMNO wok.

Dan akhir sekali, jangan layan sangat mamat mamat yang suka attacch signifikens yang bukan bukan pada angka 11. Kerana kalau di lihat dari jauh angaka 1…………1 juga menyamai rupa batu nisan!

12 comments:

Quantum Metal Consultant 7 May 2011 at 11:29  

Seperti kata Dr Azizan Pakar Motivasi Tarikh Lahir (sedang tp sekarang ni) yang pernah saya hadir dalam kursusnya, hujahnya angka 1 1 mirip dan berpotensi kepada perceraian, perpisahan termasuk juga batu nesan. Semakin banyak angka 1 berpengaruh dan berperanan pada diri seseorang itu atau pasangannya, makin tinggilah risiko dan kemungkinan di atas.

Pilihanraya perlu di adakan pada tempoh yang manasabah dan atas kekuatan diri serta parti sendiri dan bukan atas faktor kelemahan, kekurangan, kekalutan parti lawan.

Orang atau parti jika kena tekanan yang melampau sangat sampai ke dinding atau sampai nak meletup, mampu berlawan balik macam kena rasuk.

PM jangan silap buat percaturan, silap baca, silap jangkaan.

Anonymous,  7 May 2011 at 12:30  

Dato', jangan lah begitu sedih dengar cerita begini kerana secara tidak langsung menggambarkan bahawa Pak Najib tu sebenar nya dah tenggelam punca da nampak lemah. Hehe... PM duduk kat Hot FM, lawak gila!
Mana UMNO bolih kalah sebab modal banyak- tabur sahaja lah gerenti orang Melayu akan sokong tetapi kalau tak sokong tu nasib lah Najib wow!
Tapi dia kena ingat... no 11 ke, anak Tun Razak ke, OKIS ke! siapa peduli sebab semua orang dah tahu kenapa UMNO begitu.
Tak sabar nak tunggu PEMILU... nak memangkah MIC dan MCA!

Anonymous,  7 May 2011 at 14:29  

Salam Dato' SAK,

In numerology, 11, 22, and 33 are called special numbers.

There are 33 degrees of masonry as you know it and there are many more observances in the occult world based on 33, and so forth.

After 911 after I bumped into this article which linked number 11 to 911:

http://www.september11news.com/Mysteries2.htm

Is the number 11 a bad luck?

punk5terung

4-D 7 May 2011 at 14:42  

There's just a chance that out of 10 people, 11 might believe!

Anonymous,  7 May 2011 at 14:59  

Salam Bapak SaK,

Lama juga aku tak menjengok blog bapak kerana sesak masa dan berada di luar. Wah nampak nya posting bapak makin menyengat tapi itu lah realitas nya atau berpijak di bumi nyata. Aku bersetuju amat pandangan dan sumbang saran bapak tu di beri perhatian serious. Buku memoir Tun M banyak memberi pengajaran dan boleh digunakan. UMNO BN amat bergantung kepada pengundi di desa/luar bandar dan pendalaman yang di dominasi oleh melayu dan bumiputra. Pengundi di bandar dan pinggir bandar dan di negeri maju dan negeri totok pembangkang menjadi seribu persoalan?. Bapak bukan saja di senun paling utara tapi di negeri darul makmur juga patut juga buat sesuatu, wakil yang menjilat atau pandai berkata-kata tapi habuk tak ada, pengadu domba. Apakah ada pelajaran berguna?. Bapak teruskan berkarya memperkatakan kebenaran without fear and favour. Kebenaran ditegapkan, kemungkaran di pangkas.Pemimpin berjenis TENGILING di hapuskan, kerana perlukan busut dan anai-anai?????

TQ, Dulu aku amat kuat sokung UMNO(tapi bukan ahli umno)..Sekarang sukong yang buat kerja dan berkhidmat mengikut perlembagaan umno dan perjuangan nya.

Quiet Despair,  7 May 2011 at 17:39  

Yalah seronok dengar Najib santai-santai, syok-syok dan buat lawak dalam Hot FM.
Takkanlah nak cakap serius dengan Fara Fauzana dan Faisal Ismail ya tak.
Mereka budak hip gempak rock, takkanlah nak main politik pulak.
Boring pulak Minah-Minah dan Mat Rock.
Jadi Ipun anggap posting Abang Sak kesayangan kita ni pun melawak juga. Bukanlah lawak bodoh. Tapi lawak menghiburkan kita Sabtu nikan.
Tentulah Sak melawak sebab siap pakai kata-kata P. Ramlee alamat nak mampus.
Tak mampuihlah Sak, si Najib dan UMNO tu.
Dema dah dok kempen berbulan-bulan. Siap sedia dan menunggu semboyan berbunyi.
Najib is playing along with our favorite pastime of guessing the GE dates.
Najib cakap daddynya lahir pada March 11,mummynya June 11, 1st son May 11 dan UMNOpun May 11. Beliau MB Pahang ke-11 dan keturunan ke 11 Orang Kaya Indera Shahbandar.
Tak joking lah bab ni. Cayalah lu, Jib.
Jom kita main tarikh 11. Nov 11 2011 (hee, hee, my birthday)not possible, since it's a Friday.
Nomination day boleh kut.
Yang bolehnya June 11 which is a Saturday. School holidays too. Right time since their campaign has gained momentum and will not let up by then.
If want to break from tradition Sunday 11 September and Sunday 11 December are likely dates.
Next I will talk serious on the number 11 in numerology.

P.S. Hotlah 1 you cakap 11 tu batu nisan. Itu untuk Anu-war kot.

Quiet Despair,  7 May 2011 at 18:10  

Numerology has been my obsession since school-days. I will be adding up numbers representing alphabets of friends and family names to see their destiny.I will also choose house and phone numbers based on numerology.
In fact I owned many books on Numerology.
And number 11 according to my books is a very lucky number.
Number 11 is a master number in numerology because it is a double digit of the same number.
When this occurs the vibrational frequency of the number 1 are doubled. This means attributes of number 1 which means new beginnings and purity are doubled.
Number 11 represents higher ideals, invention, refinement, congruency, balance, fulfilment and vision.(That's like Najib, Anu-war fans don't be mad okay).
Another book says Number 11 is said to be the third honest number as it is 2+9. It is the first palindrom prime number signifying unity and resolve. Number 1+1=2 which is also a a balance number. Two's also deal with justice, calm, kindness, tact and duality.
1+1 represents duality, symbolizing unity even in plurality.
It combines element of unity as it is two 1s and 1 more than 10, signifying unity even in plurality. That is why you have team of 11 in football or cricket.
Any power of this number (for example square or cube of 11)ends with 1, signifying unity and dominance.
Righto Najib, go for 11 be it day, month or year.

Anonymous,  7 May 2011 at 18:45  

Dato Sak,
I couldnt agree more with your analysis. We dont depend on numbers to win. Its sheer hard work that would give good results. Its giving what the people wants give good results. Najib has dedicated highly paid PRs to do his PR works that why we see his good rating. But its only superficial among the media. Najib has not touch his base yet. We want to see tranparency in government efforts, we want to see a better allocation of resources.We want to see practical policy put in place. Not like giving 15% tax incentive like proposed by Talent Corp. I think Talent Corp should put the tax incentive to all working Malaysian if they want to see people back home to work. It appear that the government is double standards by giving tax incentives. If come back to work here government can have more incomes taxes.

Anonymous,  8 May 2011 at 00:01  

Melayu/Islam percaya dengan angka/nombor. Tak salah kalau ramai yang MURTAD..

Anonymous,  8 May 2011 at 00:15  

Salam Dato SAK.

Jika dilihat dan didengar dilapangan semakin ramai rakyat mengeluh tentang kesempitan hidup atas sebab kos yang meningkat. Politikus asyik memukul gendang ke arah negara maju 2020. Masalah asas pun maseh belum dapat diatasi. Masih ada rumah rakyat yang berbumbungkan langit.Masih ada yang makan sekali sehari, sekali dua hari.
Yang kaya bertambah kaya, yang miskin papa kedana. Harap PM tengoklah di bawah sekali sekala. Jangan cerita yang PM nak turun padang kepada Tok 4, Penghulu atau Pegawai Kerajaan kerana jika diberitahu terlebih dulu, mereka ini akan menyiapkan apa yanag patut agar semuanya nampak cantik, mereka ini secara tak langsung menipu PM. PM juga hendaklah kurangkan dengar kabar dari juak-juak yang lama ini kerana mereka ini pandai bersandiwara. Sekali sekala gunalah pandangan anak buah yang menghentam PM kerana didalam kritis mereka terdapat banyak kebenaran... Jangan jadikan kedudukan melalui UMNO sebagai pusaka. Gunalah mandat yang diberi oleh rakyat pada PRU 12 ini dengan semaksima mungkin jangan sibuk dengan perancangan untuk persediaan PRU 13 kerana jika kita memperbaiki apa kekurangan kita dalam masa yang berbaki Insya Allah rakyat akan memberi peluang sekali lagi pada UMNO unttuk meneraju. Tak payahlah becerita tentang angka 11, 22, 33 kerana ketentuan semuanya dari Nya.

Anonymous,  9 May 2011 at 11:36  

Dear dato,


Tidak semua orang tu perfect...so are you....Hanya kita nampak sangat kesalahan dan kelemahan orang sehingga kita tak terpandang betapa diri sendiri ini banyak kelemahannye. Yang terbaik yang mane ade kebaikan kita sokong yang mane tidak elok kite tegur...give feedback.....and walk the talk. ade mase kita di atas dan di lain hari di bawah...selagi kite dimanakan hamba ALLAH....kite diuji setaip mase.....

Anonymous,  9 May 2011 at 14:18  

Apa pun kalau PRU tahun ni ke tahun depan ke aku dah dapat rasa lambang mana aku nak pangkah. Itu hari pangkah bulan mengambang & mata pun lebih kurang sama juga hasilnya malah makin teruk. MP dan ADUN bukanny bagus pun, malah lebih teruk ada la. Buat ceramah saja panda. Kalau dacing tu memang dah awal-awal faham.... Tapi paling kurang ada juga benda yang depa buat walaupun ramai yang kata puak-puak dacing ni kuat buat duit tapi set-set PR pun sama jugak.

Saya orang kebanyakan yang penting berkerja cari duit untuk masa depan keluarga, bayar hutang masa belajar (at least bayar, ada orang tu terima pinjaman, pakai, tapi bayar tak mahu lepas tu kutuk macam-macam!!) dan bagi orang tua kita gumbira (kalau masih hidup). Lani kalau fikir politik sampai mampus pun tak habis. Orang politik ni semua nya rasa mereka lah yang paling bijak dalam dunia dan tiada orang lain yang paling bijak kecuali dia sahaja lah yang paling bijak. Esok mati masuk kubur tahu lah siapa yang bijak ho ho hoh

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP