Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Saturday, 25 July 2009

30% bukan DEB(2)

Sambungan.

Yang kita nak tarik rambut dan mengamuk tak tentu pasal kenapa? Kerajaan hanya membuang satu aspek dari DEB yang selama ini menguntungkan sebahagian kecil orang Melayu. Andaikata kerajaan bersedia menerbitkan nama penerima agihan saham tersebut, tentu sekali langkah tersebut amat menarik. Dari situ, dapatlah kita menterjemah profail golongan Melayu yang menerima agihan saham tersebut.

Besar kemungkinan penerima dan pembeli saham itu terdiri daripada golongan atasan bangsa Melayu. Pemimpin parti, pegawai kerajaan, syarikat syarikat bogus yang di ujudkan semata mata untuk menerima pink form dan seterusnya. Pembaca semua boleh bertanya sama ada rakyat biasa tahu apa peraturan mengenai peruntukan 30% ekwiti. Saya percaya rakyat marhen dan bawahan seSatu Malaysia gerenti tidak tahu. Bagaimana sesuatu yang tidak pernah memberi faedah kepada mereka, kini menyusahkan hidup mereka bila ianya di buang?

Adakah orang kebiasaan memperdulikan pengekalan 30% peruntukan saham? Reality nya, peraturan 30% ekwiti ini hanya menguntungkan segelintir dalam masyarakat Melayu dan mereka pula tidak menghargai status kebumiputeraan mereka. Jika daripada alokasi sebanyak RM50 billion lebih hanya tinggal RM 2 billion, bererti hampir semua sudah menjual kepentingan untuk mendapat untung sekelip mata. Sesungguhnya, ini membuktikan bahawa status Bumiputera yang mereka miliki hanya di gunakan sebagai alasan mengejar kepentingan peribadi. Kenapa kita mesti menerima ilusi bahawa hanya golongan atasan sahaja berhak merealisasikan kepentingan peribadi manakala golongan bawahan tidak? Kita semua manusia juga dan orang Melayu juga.

Mana mungkin kita mempertahankan perbuatan mengorbankan kepentingan jangka panjang bangsa Melayu dan kita tidak ada alasan untuk menolak, golongan ini tidak akan mengulangi salah guna status Bumiputera jika terus di beri peluang yang sama. Selebihnya, ada isiu keadilan disini. Penerusan agihan saham 30% ini tidak adil kerana ia mengayakan segelintir orang Melayu dan penerusan nya akan menjadikan diskriminasi antara dua darjat di kalangan orang Melayu, sebagai sesuatu yang di institutionalised. Penerusan 30% agihan saham adalah unsur yang paling tidak demokratik dalam DEB.

Mereka bukan seperti saudara dan saya yang terpaksa berusaha untuk mendapat faedah kehidupan. Bukan saya kata, tapi PM- daripada RM 50 lebih billion nilai saham yang di agihkan melalui dasar 30% ini, hanya tinggal RM2 billion. Ertinya, mat laon yang dapat 30% sudah menjual kepentingan tersebut yang di dapati mereka kerana ada satu aspek DEB yang menghalalkan nya. Jadi, jika kerajaan nak buang aspek DEB yang tidak pun menyakitkan diri kita jika di buang, biarkan mereka membuat nya.

Yang dalam ketakutan , bimbang dan ragu jika peruntukan agihan saham di buang ialah golongan atasan Melayu. Kita faham bahawa jika syarat 30% tidak di pertahankan, maka golongan elit dan bangsawan dan mereka yang ada conection tidak dapat hidup. Ini kita faham dan mereka akan melawan dan membuat bising.

Respons daripada golongan ini dan sambutan sunyi dari rakyat majority, mendedah perbezaan idea DEB di kalangan orang Melayu. Golongan bangsawan mempunyai idea mereka dan golongan bawahan, idea DEB yang lain. Idea golongan atasan ialah DEB merupakan satu skim cepat kaya- saya telah mengibaratkan ianya sebagai suatu skim Ponzi yang raksasa. Setiap tambahan ahli menambahkan pulangan kepada pencetus skim ini. Terjemahan: setiap peraturan dan syarat yang di kenakan oleh kerajaan menambahkan peluang jadi kaya golongan elit.

Manakala, idea majority orang Melayu, ialah DEB itu suatu skim membina kemampuan mereka. Mereka melihat DEB sebagai blueprint mengalirkan punca punca menghasilkan kemakmuran secara lansung ke dalam tangan mereka. Idea DEB orang atasan, ialah pembangunan untuk orang Melayu mesti melalui mereka sebagai orang tengah.

Baru baru ini, bekas PM yang kita sayangi telah memberi pandangan nya terhadap isiu penghapusan 30% ekwiti dalam syarikat. Saya telah memberi pandangan saya mengenai perkara ini dan ianya tidak sependapat dengan pandangan Dr Mahathir. Saya rasa perbezaan pendapat dengan penghujjahan tidak lah boleh di terjemahkan sebagai cubaan untuk menjembalangkan(demonise) Dr Mahathir. UMNO hari ini tidak memerlukan mereka yang baharu sehari dua jadi ahli yang cuba mempertahankan Dr Mahathir secara taksub. Sifat paranoid kalangan mereka ini menganggap pendirian tidak setuju dengan Dr Mahathir sebagai suatu dosa besar.

Saya cukup bengang dengan mat laon yang hipokrit yang menghentam saya kerana menyentuh TDM. Dr Mahathir bukan nya maksum dan tidak bersetuju dengan sebahagian pendapat nya bukanlah bererti membenci Dr Mahathir. Yang saya pelik nya, bila Dr Mahathir di hentam dengan lebih teruk oleh orang lain, seperti Nazri Aziz, semua mereka yang mengaku pemuja Dr Mahathir membisu seribu bahasa. Satu Malaysia tahu Nazri Aziz menghentam Dr Mahathir dalam bentuk serangan peribadi serta dengan keceluparan mulut yang ekstrim. Ini berlainan dengan cara kita berbeza pendapat dengan Dr Mahathir. Saya harap geng geng muahaha dan wakakaka dapat memahami perbezaan fundamental ini.

Kepada saya, pandangan Dr Mahathir supaya 30% ekwiti di kekalkan tidak dapat di pertahankan apabila kita melihat kepada fakta. Fakta nya ialah hampir semua alokasi 30% di jual. Ternyata strateji meng-alokasi 30% ekwiti dalam sector korporat, gagal mengukuhkan ekonomi bangsa Melayu. strateji alokasi ekwiti atau agihan secara monetary tidak berjaya mengembangkan ekonomi orang Melayu. Kegagalan cara ini membuktikan bahawa cara yang lebih baik ialah dengan melancarkan strateji memperluaskan penglibatan ekonomi orang Melayu dalam the real economy.

Adalah menakjubkan untuk sesetengah orang yang biasanya melihat pasaran saham sebagai suatu kasino besar, menjadikan penglibatan orang Melayu dalam kasino besar ini sebagai elemen terpenting dalam DEB. This is clearly a wrong strategy. Ianya kearah penglibatan dan sumbangan dalam real economy yang patut kita lihat. Untuk meningkatkan penglibatan orang Melayu dalam the real economy, memerlukan dasar yang membina kapasiti, dasar yang menjadikan mereka mahir dan produktif. Apabila kapasiti terbina, ia memerlukan pula dasar yang meletakkan punca menghasilkan kekayaan secara lansung kedalam tangan orang Melayu yang berusaha.

Idea kita terhadap DEB berbeza dengan idea DEB golongan elit. Idea mereka, ialah dengan mengeksploitasi status Bumiputera, mereka mahu mendapat kaya dan untung sekelip mata. Immediate gratification adalah matlamat golongan ini. Kita, majority orang melayu berpegang kepada idea DEB sebagai strateji membina keupayaan atau capacity building. Idea DEB sebahagian besar bangsa Melayu ialah seperti yang di sebut oleh Amartya Sen - kemajuan ekonomi melalui DEB adalah proses kemerdekaan. Kita mahukan kemerdekaan ekonomi untuk mendapatkan kebebasan social dan politik. Mereka yang bergantung kepada ujud dan penerusan syarat 30% hanya mahukan penyambungan ketergantungan.

DEB di ujudkan sebagai penyelesaian kepada masaalah ekonomi orang Melayu. Mereka merupakan golongan yang ketinggalan dalam pelbagai aspek sosio ekonomi. DEB di lancarkan dari tahun 1970 dan berkahir pada tahun 1990. Semenjak tahun 1990, DEN diganti dengan beberapa dasar ekonomi yang lain yang meneruskan dasar affirmative ekonomi.

DEB dan degenerasi nya kepada isiu perkauman.

Pada asas nya DEB melibatkan aplikasi dan implementasi langkah langkah pentadbiran/administrative measures untuk membentulkan keadaan ekonomi yang tidak seimbang. Umum berpendapat bahawa suatu sebab terbesar meletusnya peristiwa perkelahian kaum 1969 adalah perasaan tidak puas hati yang membuak di kalangan rakyat miskin. Orang Melayu mendapati diri mereka ketinggalan dalam bidang ekonomi dalam negara sendiri. jika keadaan tersebut tidak dibetulkan, maka negara akan jadi huru hara. Pembetulan keadaan ini di terima oleh semua kaum. Oang bukan Melayu menerima hakikat, jika ekonomi Melayu tidak di perbetulkan, ianya suatu resipi sempurna untuk kehancuran.

DEB dilihat sebagai suatu dasar nasional untuk merapatkan jurang beza antara yang kaya dan miskin, yang apabila dilakukan akan membawa kepada perpaduan negara. Harapan seperti ini cukup munasabah. Tidak ada sesuatu yang mencerna dan menghasilkan ransangan ganas melebihi perbezaan ekonomi. Sudah tentu ianya menimbulkan rasa tidak puas hati bahkan menimbulkan syak bahawa ada konspirasi antara kerajaan dengan golongan atasan untuk mengayakan segelintir masyarakat sahaja.

Di negara kita pula, perbezaan ekonomi mempunyai wajah yang lebih sinister kerana ia berlaku mengikut identity kaum. Golongan minoriti terutama Cina merupakan golongan yang kaya, menakala majoriti orang Melayu miskin. Sudah barang tentu, ia nya menimbulkan anggapan bahawa orang Cina telah memboloti kekayaan di Malaysia dengan bantuan dasar kerajaan yang sedia ada.

Penerangan yang populist ialah keadaan tidak adil ini disebabkan oleh bangsa pendatang yang menjadi golongan yang tamak haloba. Mereka lah, kata para demagog yang menyebabkan orang Melayu mundur.

Namun, kita tanya diri kita, bagaimana perkara ini boleh berlaku? Kaum pendatang ini tidak memiliki atau menguasai alatan kuasa oppressive?- mereka tidak mendominasi kerajaan jadi bagaimana mereka membenam penduduk pribumi? Tentu sekali kemahiran berdagang, penggunaan bahan yang ada di antara dua telinga mereka, daya saing tidak boleh di samakan dengan alatan dan perbuatan oppressive? Kita hanya boleh membenamkan rakyat jika ada kuasa keatas the oppressive instruments of power.

Maka pandangan kita tertumpu kepada persoalan siapakah yang menguasai opppressive instruments of power? Jawapan nya ialah pihak kerajaan. Dengan segala peraturan dan undang2, dan ancaman fisikal yang boleh di gunakan. Maka, jika kita tanya , siapakah tuan keatas negara ini, jawapan nya ialah golongan elit yang menguasai the oppressive instruments of power.

Ketidakadilan ekonomi, pada asanya ialah suatu isu ekonomik. Ia menjadi rumit apabila pertimbangan dan kepentingan politik bercampur aduk dengan nya. Tujuan berpolitik ialah mendapat kuasa dan yang ada kuasa boleh mempengaruhi dan configure the economic outcomes. Jika sekarang, kita bertanya mengapa ketidakadilan ekonomi masih berterusan dan perasaan tidak puas hati masih ujud setelah hampir 40 tahun perlaksanaan dasar affirmative , kita boleh beri jawapan seperti berikut. Kepincangan ekonomi terus ujud dan malah bertambah kerana phenomena ekonomik yang memerlukan penyelesaian bersifat ekonomik di tonggeng terbalikkan menjadi isiu politik. Ya, semua nya kerana politik.

Perlumbaan kemakmuran ekonomi menjadi perlumbaan mendapat kuasa. Sesiapa yang menjadi berkuasa dari segi ekonomi di lihat sebagai ancamam kepada kuasa politik dan oleh yang demikian, yang berkuasa dari segi ekonomi,mesti di lemahkan. Golongan Cina yang di lihat sebagai powerful dari segi ekonomi di lihat sebagai ancaman kepada pemegang kuasa yang konvesnsional. Mereka mesti di imbangi supaya tidak menjejaskan imbangan kuasa. Politik sekolah lama yang biasa dengan penerimaan keterangan tanpa soal, menghentam kaum Cina dan mencadangkan pengekalan 30% saham sebagai elemen pengimbang. Sebab itu, 30% ini mesti di pertahankan.

Namun demikian, 30% ini jangan pula di salurkan kepada golongan marhaen, golongan murba dan lumpen proletariat. Jika ini terjadi, tentulah ini tanda kiamat kepada peradaban yang golongan 'kita' kenali selama ini. Tentu sekali kita tidak mahu melihat mat2 kampong memukimi dan mencemar lifestyle kita di atas persekitaran nyaman Bukit Tunku, Damansara Heights atau Country Heights bukan? Maka nya, 30% mesti hanya berligar di kalangan rangkaian kroni lama, golongan elite dan beras terpilih. Jika tidak, menuntut dan mendesak pengekalan 30% ini hanya untuk lihat ianya jatuh ke tangan mat kampong, tindakan tersebut juga akan menjejaskan imbangan kuasa di kalangan bangsa kita. 30% mesti terus kekal dalam jengkaman dan dakapan golongan lumpen aristocracy.

Kenapa sasaran 30 % ekwiti dalam sector korporat tidak tercapai lagi? Jawapan nya politik. Mengapa penyusunan masyarakat megikut perkongsian ekwiti 30:40:30 tidak tercapai? Jawapan nya sekali lagi politik. Realiti nya, kita telah entrust 30% itu kepada kumpulan yang salah.

Siapa yang patut di persalahkan jika DEB gagal? Pihak yang mesti menanggung perjawaban ialah kerajaan. Mereka ada kuasa, mereka menggubal dan mengenakan syarat, dan mereka telah gagal. Kerajaan meletakkan panduan asas, menyediakan keselamatan dalam negeri dan mempertahankan negara, kerajaan juga mendukung keluhuran undang2- siapa yang mempunyai reservoir kuasa yang tersangat luas, merekalah yang menangung perjawaban.

Jika sekarang kita tanya siapa yang patut di persalahkan kerana masaalah yang sekarang ini menenggelami kita, jawapan nya kerajaan yang di pimpin oleh UMNO. kamu memegang tampuk kuasa, kamu lah jawab mengapa kita boleh lagi mencapai keadilan ekonomi. Kita telah merdeka selama 52 tahun dan dari tempoh tersebut, lebih sepertiga dan hampir separuh tempoh dipimpin oleh Tun Dr Mahathir. Dan jika sekarang Dr Mahathir shifts the blame to others, ini sungguh pelik dan ajaib.

Kita telah merasai hampir 40 tahun amalan command centre economics dan memilih 'pemenang' mengikut budi bicara. Kita sekarang menyedari bahawa sebahagian dari aspek DEB yang berpotensi berjaya telah gagal. Memang seperti yang di nyatakan oleh George Santayana- aspek bodoh sejarah akan kita ulangi, jika kita sendiri memilih untuk mengulangi nya.

PM Najib sedang cuba menggunakan penyelesain2 ekonomik. Dia bersikap rasional jika enggan kembali kepada aspek2 DEB yang tidak demokratik dan yang telah gagal.

6 comments:

Are You Gonna Go My Way,  25 July 2009 at 14:49  

Cita-cita Melayu kebanyakan:-

1. Nak dapat gerai DBKL- cost 10k
2. Nak buka restoran- cost 200k
3. Nak buka booth-kedai H/phone- cost35k
4. Nak buka kedai runcit- cost150k
5. Nak masuk tender down stream petronas- cost 250k

cita-cita belum tercapai...


Cita-cita Atasan Melayu:-

1. Nak minta tanah 200 ekar- premium rm100K - jv dgn developer dpt 10 Juta.

2.Dpt projek dgn TNB 200 juta, cost melobi 1 juta- JV dgn Baba dapat 20 juta.

3.Buat proposal majukan kawasan setingan-dapat tanah buat shopping kompleks- untung 30 juta
Setingan dpt rumah - cost 30k


Cita-cita dah tercapai...

Anonymous,  25 July 2009 at 15:48  

I have been following your writing for sometime now.

I read your comment with amazement, even though i dont have a good command of my malay. Your writing is extremely good, easy to understand, clear arguments put forth, most of all very sensible and objective. Wish we could hv more people (be it chinese, malay or indian)like you.

Your argument even beats latest Tun writing on Chinese holding the economic dominance.

Keep up the good work of fighting for a better Malaysia for all. Expose all the bad logics be it by Chinese, Malay or Indian !

Anonymous,  25 July 2009 at 17:09  

Memang DEB yang diperkenalkan berbedza daripada halatuju yang diilhamkan olih allayarham Tun Abdul Razak kerana TDM ada ajendanya sendiri.

Macam mana anak anak TDM semuanya kaya raya? Manakah ternampak kehabatan mereka saperti yang kita nampak ditonjolkan olih orang saperti Syed Albukahari ?.

Bolih dikatakan kekayaan anak TDM adalah durian rutuh atas dasar DEB.

Anonymous,  25 July 2009 at 18:21  

Dalam cerita donggeng "The King that wear no clothes" , seorang budak kecillah yang berani menyuarakan bahawa, raja itu tidak berpakaian.

Disini, Sakmongkol adalah saperti budak kecil dalam donggeng itu.

Akhirnya, ada seorang Melayu yang berani mendedahkan apa yang sebenarnya berlaku dengan DEB dimana hanya orang orang kroni Umnolah yang mengaut untung atas nama DEB dan bukan rakyat Bumiputra keseluruhan.

Tak hairanlah, anak anak TDM yang hijak DEB untuk agendanya adalah kayaray belaka. Mereka mendapat kekayaan saperti durian runtuh semata mata.

rakyat jelata

Suci Dalam Debu 26 July 2009 at 10:08  

Dato sebagai budak kecil dalam emperor without clothes?

Apakah Berita Harian, Utusan Malaysia & TV3 akan menerap dan utarakan ide-ide budak kecil ini?

Saya rasa tidak mungkin.

Lebih dari itu, saya rasa budak kecil ini akan dipanggil oleh MACC, PDRM, Lembaga Disiplin UMNO dll supaya jejarinya tidak berani lagi taip di papan kekunci.

Demi masa depan negara, saya berharap Dato akan sentiasa dalam keadaan sihat dan berupaya menulis untuk menjadi sebahagian dari gelombang pembaharuan yang sedang melanda negara tercinta ini.

Anonymous,  26 July 2009 at 10:43  

Affirmative action (or any social engineering) is contentious; but necessary when an 'anomaly' occurs in the course of the development of a nation in which disparity, a big disparity occurs.

The Chinese society, besides being an old civilization, thus more exposed to commerce, and structured with their associations, guilds and secret societies - were also actually being ‘aided’ by the colonialists.

The British or western colonialists adopted the ‘divide and rule’ policy, so by default the Chinese were given the role of being their local business lackeys. The colonialists wanted the schisms between the local communities! In the context of today’s 1Malaysia, the earlier chinese were already bought and complicit.

Having committed a socially crime and with that advantage and upper hand, they flourished.

With the continued flow of business from the colonialists and later after independence, from the British and western companies with legacy investments in the country; plus the already large accumulated capital, extensive business infrastructure and ethic-based networks(locally and offshore –the Chinese Diaspora) - they monopolized and cornered the market in a very racially exclusive manner.

They still operate to this day - to corner and monopolize the market in a very racially exclusive manner like the galactic ‘black hole’.

Whatever business procured, the spinoffs will only be distributed within their exclusive commercial ‘black hole’, ie. trading amongst their own only.

So they had market dominance in Malaysia, Indonesia, Philippines, and Thailand.

So naturally the disparity grew and the grip tightened.

To call it an anomaly is too polite! It is pure racism!

Amy Chua (Yale University, author of “World on Fire”) puts it:
“On the positive side, I think we have to find ways to spread the benefits of global markets beyond just the small group of market-dominant minorities and foreign investors. We need to find ways to redistribute the wealth, whether it's property title and giving poor people property, land reform .... Redistributive mechanisms are tough to have if you have so much corruption.
I discuss, not just wildly and enthusiastically, but there are "affirmative action" policies for the majority. It shouldn't be called affirmative action, but Malaysia and South Africa are exploring or have programs to try to spread the wealth to their majorities. There are a lot of economic costs to that. It's certainly not that efficient. You're going to lose some growth, but I think it might be the better way. At least, markets might be sustainable. It's more stable. So I advocate ways to spread the wealth, and I also ask for voluntary generosity on the part of the successful market dominant minorities.
…and also to just realize that their own safety and their own interests are at stake. A lot of times these market-dominant minorities, whether you're talking about Chinese in Southeast Asia, or the Lebanese in West Africa, or the Whites in South Africa, it's almost a feeling of invincibility. "We're so wealthy, we control everything." They forget that they're surrounded by a justifiably frustrated, very poor majority. And so I say, "Look at your own interests."
It costs money to hire bodyguards. All of my own relatives have bodyguards and barb-wired fences. Why not risk some of the money? Build a school. Build a hospital. Build infrastructure and try to fight against the image that you have of being an outsider. Demagogic politicians manipulate that [image]. They say, "These groups are outsiders; they're taking away our wealth" -- even if the groups have been there for four generations. So why not do some economic good? Show that you're a team player, a part of the country.”
http://www.youtube.com/watch?v=PUrfo5cyeDA
http://globetrotter.berkeley.edu/people4/Chua/chua-con0.html

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP