1. Suatu ketika dulu Zaaba menerangkan sebab2 kemunduran orang Melayu. Antara sebab terbesar ialah kerana mereka kena tindas, perah dan picit oleh bangsa mereka sendiri. Khas nya pemimpin fiudal mereka.
2. Kesan dari penindasan itu kekal sehingga ke hari ini. Tidak ada yang terlebih menyakitkan daripada pengabdian minda. Pengabdian pemikiran terus menjadi penyekat kemajuan bangsa melayu.
3. Maka jalan utama lagi utama untuk keselamatan kita ialah dengan menthalaqkan diri kita daripada ikatan belengu dan pemasungan penghambaan minda ini. Ketahuilah, ianya bercanggah dengan piagam kita yang paling dasar, yakni kita adalah manusia merdeka.
4. Jangan kita biarkan orang lain memanipulasi emosi dan minda. Mereka bahkan manusia seperti kira jua. Jika dilukai pasti berdarah jua. Jadi apa nak diherankan?
5. Biar kita bermandiri, bebas dari segala bentuk paksaan dan pengabdian minda. Bagaimana kita melakukan nya?
6. Yakni dengan menyoal segala andaian, dengan enggan merima sesuatu pandangan secara sembrono,polos dan masabodo.
7. Mesti ada sikap membenrontak. Seperti kata almarhum Kassim Ahmad, 'kian lama kita mati dalam setia, kali ini kita hidup dalam durhaka.
Berani menyatakan pandangan kita sendiri. 'berikan aku lidah, aku mau berkata kata, bagaikan ombak yang menghempas pantai yang merdeka!
8. Kalau tidak pecahkan ruyung, manakan dapat sagu nya. Ingat seperti kata George Bernard Shaw, semua kemajuan adalah hasil the unreasonable man.
9. Tidak ada manifestasi pengabdian minda yang menghancur meleburkan segala hati yang bernadi, selain pengidolan dan penerimaan polos dan bulat2 penceritaan perompak nombor 1 negara, bosku.
10. Ingatlah pesanan dari al Quran. Setengah dari kamu, penceritaan mereka mengenai hal ehwal dunia memukau kamu. Tapi di belakang kamu melakukan angkara durjana. Dia memusnahkan perladangan dan penternakan.
11. Lihat apa sudah jadi pada felda. Apa jadi kepada nfc. Kepada ibu kepada segala angkara murka-1mdb.
12. Najib boleh membebel kehulu dan kehilir mengenai pendakwaan terpilih atau mengalami cirit birit verbal-segala percakapan nya tidak bernilai satu sen pun!
13. Dengan bercoleteh di media sosial, Najib mengundang segala bentuk kritikan dan pujian. Bak kata perpatah inggeris, having made the bed, he must now lie on it.
14. Saya membaca 2 pendapat pengabdian minda yang mendukung Najib. Tidak syak lagi kedua nya bahlul dan tolol.
15. Satu mengatakan segalanya adalah fitnah terhadap Najib dan yang ke2 yang goblok, mengatakan kalau anak tiri Najib boleh lepas tentu Najib akan bebas. Tidak syak lagi dua pandangan ini orgasm bila melihat bibir Najib yang merah itu.
16. Bolehkah api dibungkus dengan balutan kertas? Adakah pokok akan bergoyang tanpa angin dan tidak ada asap tanpa api. 1mdb src, fgv, nfc, tanah2 mindef, sukhoi dan scorpene benar2 berlaku bukan fitnah. Bolehkah mulut tempayan ditutup?
17. Hidup ini tidak beroperasi secara syllogism. A sama dengan b sama dengan c. Tidak bermakna a=c. Adakah mencuri rm10,000 sama dengan mencuri rm10?
No comments:
Post a Comment