Saya membaca
kenyataan rengkas yang dikeluarkan oleh 1MDB mengenai bayaran US1.2 billion
kepada IPIC. Fakta nya ialah 1MDB tewas dalam perbicaraan timbang tara. Daripada dedahkan sebagai pembohong dan pencuri, Najib bersetuju bayar USD1.2billion.
USD1.2 billion ini ialah pinjaman, wang didahulukan dan bayaran faedah kepada 1MDB yang diberikan oleh IPIC. Atau mudahnya, hutang campur faedah oleh IPIC kepada 1MDB.
Najib kata, bayaran itu akan dibuat dengan hasil jualan fund units. Yakni units yang disimpan di Cayman Islands yang tersohor sebagai tempat pencuri dan mereka yang mahu lari dari bayar cukai simpan duit. Units itu binatang apa ini kita tidak tahu. Apa pun, tidak ada orang minat hendak beli.
Saya rasa besar kemungkinan, pihak yang membeli fund units itu siapa lagi jika tidak syarikat negeri China. Demikianlah jika kita mengamanahkan Najib jaga Malaysia- habis segala harta negara dijualnya.
Rakyat Malaysia mestilah sedar- bahawa kita ada krook yang memerintah Malaysia. Kerja krook ialah merompak dan merompak. Segala cara akan digunakan untuk menutup jenayah yang dilakukan.
Selain dari mungkin menjual fund units kepada negeri China, barang dijauhkan Allah janganlah entiti awam seperti EPF, KWAP,Tabung Haji atau mana2 GLC yang masih ada wang, di samun.
MOF akan membayar 2 bayaran berjumlah USD1.2billion. Bayaran ini ialah untuk melangsaikan bayaran faedah, wang2 didahulukan dan pinjaman yang diberikan oleh IPIC kepada 1MDB atau dibayar bagi pihak 1MDB.

USD1.2billion ini lain dengan pinjaman USD3.5 billion yang IPIC beri kepada
1MDB untuk bayar hutang.Kita tahu 1MDB banyak hutang dan Pak Arab IPIC telah memberi pinjaman USD3.5billion untuk membayar sebahagian dari hutang raksasa 1MDB.
Akhirnya,
setelah berjanji membayar USD1.2 billion, 1MDB mengakui bahawa ia berhutang
USD3.5 billion kepada IPIC. Dan dalam perjanjian terbaru ini, 1MDB/MOF/Malaysia
berjanji memikul segala tanggungan keatas terbitan bon USD3.5 billion itu. Ertinya,
ia membebaskan IPIC dari bebanan menanggung segala bayaran mengenai bon USD3.5billon. IPIC dapat apa yang ia tuntut.
Ertinya apa?
Ertinya, 1MDB dan Najib telah menipu kita dan IPIC telah bercakap betul bahawa
bayaran USD3.5 billion suatu ketika, tidak pernah dibayar kepada IPIC. Ertinya pada
setiap masa material, 1MDB tahu bahawa USD 3.5billion telah dimasukkan kedalam
akaun bohong dan palsu.
Mereka yang
membohongi kita iaitu semua pegawai 1MDB, Lembaga Pengarah dan MO1 telah melakukan
pecah amanah dan grand theft.Menteri Kewangan ke2 pun tidak bercakap benar bila dia beria ria kata, Malaysia sudah bayar USD3.5billion kepada Aabar yang asli.
Ini silap
mata yang dimainkan oleh Najib. Kenapa silap mata? USD 1.2 billon tidak ada kena
mengena dengan tanggungan keatas hutang ibu sebanyak USD3.5 billion. Dengan bayaran
US1.2 billon dan ambil alih tanggungan keatas terbitan bon USD3.5 billion, IPIC
tidak akan mengambil tindakan undang2 keatas 1MDB. Itu sahaja. Najib selamat sekejap dan selamat dari perlu menjawab nya dalam mahkamah.Jika tidak semua bangsa Melayu dalam negara ini akan tahu Najib seorang penyamun besar.
Tapi yang
lebih penting, yang pernah saya tulis lama dahulu:-
Kemanakah
bayaran USD3.5 billion yang dikatakan dibayar kepada IPIC ? kita semua sudah tahu
ianya dibayar kepada syarikat palsu Aabar BVI.
Ertinya sebanyak
USD3.5 billon telah dicuri oleh Najib dan geng2 dia. Maka, walaupun kerajaan
berjanji membayar sejumlah USD1.2 billion dalam 2 bayaran, tanggungan keatas hutang ibu USD3.5 billion tidak terhapus.
Najib dan geng
penyamun nya mesti menjawab kita , apa tindakan yang dikenakan ketas jenayah
mencuri USD3.5 billion yang dihantar kepada Aabar BVI?
Ingat- USD
1.2 billon ini belum lagi terbayar- baharu janji. Malah jumlah yang ditangung
oleh 1MDB ialah:-
a) USD1.2 billion merupakan bayaran faedah, pinjaman, wang
yang didahulukan oleh IPIC kepada 1MDB atau wang yang telah dibayar bagi pihak 1MDB.
b) USD3.5 billion yang dicuri dan dihantar kepada Aabar
BVI.
c) USD 3.5 billion hutang kepada IPIC untuk membayar sebahagian hutang 1MDB.
Dalam deal
dengan IPIC ini, jumlah hutang yang membebani 1MDB ialah USD8.2 billion.Atau lebih. Lebih kerana IPIC menuntut USD6.5 billion iaitu pinjaman USD1.2 billion, hutang USD3.5billion, faedah keatas USD3.5billion ini dan suatu lagi hutang sekitar USD500juta.
Berapa ‘blood
money’ yang dibayar kepada Goldman Sachs kerana menerbikan 2 bon tersebut? Jika
yuran nya luar biasa, maka beza yuran luar biasa dengan yuran biasa, kita boleh
anggap sebagai wang pemerasan yang dikenakan kepada Malaysia. Ia juga suatu
bentuk penyamunan keatas kerajaan Malaysia.
JIka yuran pasaran ialah USD100, tapi yuran yang dicaj oleh Goldman Sachs ialah USD1000, maka USD900 boleh dianggap yuran peras ugut. JUmlah ini pun boleh dikira sebagai bahagian yang dicuri. Juga mungkin mereka yang bersetuju membayar yuran luar biasa kepada Godlman Sachs mendapat imbuhan dan sogokan.

Apa pun
yang kerajaan Najib lakukan, fakta nya ialah USD3.5 billion dicuri oleh Aabar
BVI. Jenayah tetap jenayah- bayaran USD1.2 billon nanti tidak menghapuskan fakta
bahawa suatu jenayah telah dilakukan.
Beban membayar
keatas pemegang bon USD3.5 billion yang akan matang tahun 2022, tetap tertanggung oleh kerajaan
Malaysia.Hutang USD3.5 billion dengan faedah tetap mesti dibayar kepada IPIC.
Siapa yang hendak ditipu oleh Najib dengan silap
mata ini?Adakah orang Melayu yang beragama Islam, tutup mata mereka kerana jenayah ini dilakukan oleh mereka yang sebangsa dan seagama dengan kita?
Dasar perompak dimana-mana pun dia tetap akan merompak dan terus merompak, dulu kini dan selamanya.
ReplyDeleteBegitu sibuk jentera 6.6 persen memusing cerita bahawa 1mdb adalah mangsa penipuan 2 orng kuat abar yang mencipta syarikat palsu yang menerima bayaran dari 1mdb. Begitu mudah mencuci tangan dgn mengkambing hitamkan individu terbabit.
ReplyDeleteSatu dunia dah nampak MO1 berak di tengah jalan, bau najisnya menular satu alam, tapi masih lagi berdolak tidak mengakuinya. Najisnya dah membusuk, namun yang berdekatan dengannya masih terasa harum mewangi. Tidak kah pelik dan anih mereka mereka ini?
ReplyDelete