Ada
2 gologan orang Islam didalam negara kita. Satu, yang bersikap legalistic.
Yakni yang ingin memuliakan dan memperkasakan Islam melalui perlaksanaan hukum
hakam; kedua yang bersikap kemanusiaan- mengembangkan dan memuliakan Islam
dengan cara meminimakan ketakutan, ancaman, ugutan fisikal, ugutan spiritual dan lain2 bentuk kebuasan.
Dalam
bahasa moden, satu golongan mahu memuliakan Islam secara otoritarian dan
dictatorial. Mereka mahukan lebih kuasa dan lebihkan hukuman yang berat2 keatas
masyarakat.
Yang
lagi satu melalui cara demokratik, membeli pilihan kepada rakyat, ikut prinsip
kedaulatan undang.
Bila
dikatakan tidak ada paksaan dalam islam- itu bukan proposisi negatif sahaja-
implikasi positif nya ialah mesti beri pilihan, ada demokrasi.
Kalau
kita ada pendekatan untuk memuliakan Islam, mengembalikan kegemilangan nya yang
tidak mencetuskan huru hara, yag tidak mencetuskan kegelisahan, kerisauan,
melaga lagakan satu sama, lain, tidak menimbulkan perbalahan, syak wasangka dan
ketakutan serta ancamam ganas dan cedera, tidak kah kita mahukan nya?
Berbanding
dengan suatu pendekatan yang mencetuskan ancaman, ketakutan, huru hara, memberikan
jalan untuk sebahagian orang melampiaskan nafsu dagahakan darah, yang mana kita
pilih?
Jika
kita tidak dapat selesaikan isu yang paling asas ini, masyarakat akan berada
dalam keadaan yang kacau bilau, tegang, bermusushan dan bercakaran sesama
sendiri.
Demikian
saya katakan- orang Melayu mesti membetulkan politik mereka terlebih dahulu, barulah
negara Malaysia ini aman dan boleh maju.
Pemimpn negara kita tidak menampak kepimpinan nya dalam nenyelesaikan msaalah ini.
Bahkan golongan ketuanan Melayu dn ketuanan Islam bergabung untuk merucingkan
lagi keadaan. satu menggunakan ancaman kepada bangsa sebagai alat mengekang minda
orang Melayu; satu menggunakan ancaman kepada agama untuk memenjarai roh orang
Melayu.
Kedua2
ketuanan ini bercanggah dengan piagam manusia yang merdeka- bahawa baik dan
buruk yang menimpa kepada kita ialah hasil tangan kita sendiri dan hasil usaha
kita sendiri. Tidak perlu kita bergantung kepada grup ketuanan Melayu dan grup
ketuanaan Islam.
Kaedah
pertama itu memerlukan pemikiran dan analisa yang lebih, ianya menarik atau appeal
kepada intelek dan pemikiran. Yang kedua, lebih mudah, ianya hanya memerlukan
appeal kepada emosi, ketakutan, akal yang tidak rasional . Ianya hanya perlu kepada
pujian keatas diri sendiri dan tepukan
dibelakang bahawa, kita lah sahaja jurucukap untuk kebenaran.
Haji
Hadi dan Taqiyuddin pulang ke negeri masing2 disambut sebagai wira untuk apa?
Untuk membentang usul? Posman hanya melengkap tugas nya apabila surat yang
dihantar itu sampai kepada penerima. Haji Hadi dan Taqiyuddin hanya menghantar
surat, ianya belum sampai dijadikan rang2 undang2 yang diwartakan.
Namun, saya
tidak akan kata pendekatan in salah atau tidak betul. Geng Haji Hadi ada hak
memikirkan cara mereka adalah cara yang terbaik; tapi jangan lah membuasi dan
mengganasi mereka yang tidak setuju dengan pendekatan tersebut. Siapakah mereka
yang hendak mentakfirkan orang lain, menghalalkn darah mereka yag tidak bersetuju
dan menyatakan bahawa jika yang tidak setuju mati, hanya boleh ditanam di jirat
cina?
Mahukah
kita biarkan orang2 yang berminda buas dan ganas ini menguasai system perundangan
kita? Undang2 yang baik( good law) ialah yang menegakkan keadilan. Undang2 yang
tidak baik atau bad laws digunakan oleh mereka yang berkuasa menekan, menzalimi
dan menindas rakyat.
Maka,
jadilah rasional- hukum yang digunakan untuk mengkafirkan orang, menekan rakyat
yang lemah, mengancam orang ialah bad laws.
Mungkin
ianya selesaikan jenayah dan salah laku lain ketika masyarakat tidak kompleks.
Atau ketika masyarakat berada pada tahap kesamarataan yang tinggi. Semua orang
sama kaya atau sama miskin. Ia tidak salah, kerana hukum2 ada dalam Quran.
Itulah
dia pendenkatan kedua. Yakni, cara cara
mereka yang malas berfikir. Cara orang gua menggunakan belantan, membantai yang
lemah seperti perempuan dan kanak2, supaya tunduk dan taat kepada mereka. Ianya
jalan short cut kepada mereka yang mahu mengubah dan mengatur hidup masyarakat.
Yang
mana, pemabaca mahu piliih?
Cara
kedua ini, kata orang puteh, is right up the alley parti seperti umno dan pas.
Sesuai dengan pegangan mereka yang terkini iaitu menggunakan ancaman kepada
bangsa dan agama untuk menakutkan rakyat.
Jika
saya, kaedah pertama ialah pilihan saya. Ia nya jalan yang lebih panjang, tidak
lansung, yang memerlukan perancangan, pemikiran, usaha. Tapi kebaikan nya ialah
ianya tidak mencetuskan rasa cemas, terancam, permusuhan, baik untuk masyarakat
dan baik untuk diri kita sendiri.
Am
nya, cara yang digunakan oleh Nabi Muahammad saw.
يَا
أَيُّهَا النَّاسُ ، أَفْشُوْا السَّلَامَ ، وَأَطْعِمُوْا الطَّعَامَ ، وَصِلُوْا
الْأَرْحَامَ ، وَصَلُّوْا بِاللَّيْلِ وَالنَّاسُ نِيَامٌ ، تَدْخُلُوْا
الْجَنَّةَ بِسَلَامٍ
Wahai sekalian manusia, sebarkanlah salam, berikan makan, sambunglah silaturrahim, shalatlah di waktu malam ketika orang-orang tertidur, niscaya kalian akan masuk Syurga dengan selamat.”
Dalam politik, sibarkan salam itu apa ertinya? Kepada saya- ianya memberikan rasa selamat kepada yang disampaikan salam. Perlindungan dari pembelotan, lindungan dari kebuasan, kezaliman pemerintah. Perlindungan dan keselamatan dari ancaman fisikal orang lain, perlindungan kepada harta, jiwa dan raga, ancaman dari luar, perlindungan dari ancaman dan keganasan anggota masyarakat yang lain.
Bagaimana melakukan ini- mesti ujud sebuah kerajaan yang baik yang
dipimpin oleh orang yang baik. Ada order
dahulu, kemudian law.
orang yang jujur dan amanah menjalankan undang2 yang meregulasi hubungan antara pemerintah, antara sesama individu, antara negara dengan negara lain. Bagaimana undang2 ini distruktur bergantung kepada kapasiti pemerintahan dan oleh pihak bertanggung jawab.
orang yang jujur dan amanah menjalankan undang2 yang meregulasi hubungan antara pemerintah, antara sesama individu, antara negara dengan negara lain. Bagaimana undang2 ini distruktur bergantung kepada kapasiti pemerintahan dan oleh pihak bertanggung jawab.
Yang menjadikan negara utuh dan jitu ialah hubungan sesama individu dalam
masyarakat. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Meningkatkan pergaulan untuk kesefahaman. Mengujudkan perasaan yang
meningkat keyakinan dan kepercayaan. Bukan melaga lagakan sesama warga negara.
Berikan makan ertinya mengembangkan ekonomi sebagai pengalas rezeki. Apa
system ekonomi yang baik? apa dasar2 yang memajukan sesuatu industri? Apa yang
patut dihasilkan? Bagaimana persaingan ekonomi mesti diregulasi? Bagaimana pemerintah
berperanan untuk meningkatkan produktiviti dan mengukuhkan ekonomi? Mengujudkan persekitaran yang membantu meningkatkan
pendapatan individu.
Cara ini lebih indirect dan memerlukan aplikasi akal yang rasional. Ia
berbeza dengan cara legalistic yang menggunakan penghukuman untuk meregulasi
tingkah laku manusia.
Yang mana satu pembaca pilih?
Ramai yang mampu menggunakan kaedah menghukum tapi tak mampu melaksanakan pendekatan mendidik, kerana ianya mudah tapi tak berkesan.Jika kita tak mampu mendidik masyarakat untuk beratur,menjaga harta dan kebersihan tandas awam, tidak membuang sampah merata rata,bagaimanakah kita dapat mendidik masyarakat untuk perkara yg lebih besar.Tanpa islam, masyarakat barat dapat mendidik rakyatnya,tapi kita lebih cenderung untuk menghukum.
ReplyDelete...actually, sejak zaman tatkala adam lagi, the ultimate goal adalah 'mengejar dunia' sebelum 'meninggalkan dunia'@mati@mampus !!!
ReplyDeleteMasaalah nya pak lebai ni nak hukum org je,bila puak dia tak hukum pun.mcm2 alasan akan keluar..contoh kes mustapa Ali.
ReplyDeleteSindrom LowBye ini akibat dari terkena virus Anak Butir Tahik Low, ataupun terhidu Kingcin Ayoh Eddy Peng.
Delete