Thursday, 6 August 2015

Wabak Penyakit Mandatifilis



Penyakit mandatifilis lagi bahaya dari dengue.
Saya anggap pemimpin UMNO dan para penyokong nya mengalami penyakit mandatifilis. Ini penyakit yang menganggap mandate atau mandat ialah lesen untuk buat sesuka hati. Ianya penyakit mudah jangkit terutama kalau bersama dengan pemimpin UMNO dan penyokong tegar mereka. Harap berwaspada. Jauhkan diri dari mereka.
Dunia mentalqinkan Malaysia.
Seluruh dunia sedang menyaksikan pemusnahan Malaysia. Orang Melayu yang paling malang. Sebab yang memusnahkan negara kita ialah orang Melayu keturunan Bugis. Ada Bugis baik yang membangun negara dan ada Bugis keturunan lanun yang jahat.
Negara musnah kalau pemimpin berminda penjenayah.
Lanun ialah perompak ialah penjenayah. Keturunan membangunkan negara tidak akan menipu rakyat, menjual harta benda negara dan mencuri wang. Pemimpin Malaysia sekarang sedang memusnahkan segala nya ; maka tidak syak lagi dia keturunan lanun jahat.
Kita ada seorang pemimpin yang membesarkan keturunan Bugis nya  yang hari ini menjadi ejen utama menghancurkan segala insitusi mempertahankan system kerajaan. Lanun bugis ialah penjenayah dan hari ini kita ada pemimjn yang ada baka sama yakni mempunyai minda penjenayah menghancurkan ekonomi kita; system kehakiman membisu seribu bahasa kerana ia dianggap tali barut pemerintah; ejensi kepolisian, SPRM, insitusi pendakwaan negara dan sedikit masa lagi instutusi yang menjaga kewangan negara akan dibaham oleh Najib Tun Razak.
Ringgit Malaysia sudah hampir kepada RM4 =1USD. BNM  telah belanja RM5 billion untuk menyokong Ringgit dan reseb matawang asing nya makin menurun. Tapi Najib buat dono sebab dia lebih asyik mencari jalan menyelamatkan diri nya.
Walaupun dia mungin orang baik secara peribadi, dan saya ada rekod menyatakan demikian, tapi sebagai pemimpin Najib is a miserable failure dan gagal. Dia tidak lagi berkelayakan untuk jadi PM dan pemimpin negara ini.
Kerajaan dan kepimpinan disangsi.
Apatah lagi kita mempunyai seorang timbalan PM yang berlagak macam seorang gangster mengugut dan mengancam semua orang yang mahu mengkritik kerajaan.
Kerajaan Najib sudah hilang keyakinan rakyat. Najib akan didaftar oleh sejarah sebagai PM yang terburuk untuk Malaysia. Najib lah satu2 nya pemimpin yang telah menguasai ilmu tidur sambal mencelikkan mata.
Lambat laun, asal punca wang RM2.6 bilion itu akan diketahui juga. Ia mestinya duit haram. Mungkin RM2.6 billion dan RM42 juta itu hanya sebahagian kecil yang kita ketahui. Mungkin berbillion lagi ada dalam akaun peribadi nya. Dimana misalnya, wang RM4 billion KWAP yang konon dilabur dalam lombong arang batu itu?
Penyakit ini mengena semua lapisan pemimpin UMNO.
Samun dan lanun, cabul dan salah guna kuasa, ugut dan menindas adalah kesan2 penyakit mandatifilis. Sebab itu orang macam Najib kata- 3.2 juta orang sokong dia. Adakah sokongan 3.2 juta ini menjadikan Najib maharaja yang berkuasa mutlak?
Penyakit ini dipercayai dibawa oleh wartawan2 dan bekas wartawan yang terdidik dalam cara sekolah lama; iaitu ketika semua pandangan dan tulisan pojok mereka bersifat sehala tanpa bangkangan dan bantahan dari pembaca. Dan bila ada masa terluang, mereka memberi pandangan yang tidak diundang kepada pemimpin UMNO.
Surat dari pembaca dibakul sampahkan. Maka timbullah rasa angkuh bahawa semua pandangan mereka tidak boleh dipertikaikan. Sehingga pemujaan terhadap seseorang pemimpin punca peyakit mandatifilis  ini menjadikan sesetengah bekas wartawan  jumud fikiran.
Pemimpin bawahan Najib kena penyakit mandatifilis.
Dibawah Najib, pemimpin UMNO juga dijangkiti penyakit mandatilitis ini. Ia memberi mereka lesen berkata apa sahaja walaupun kenyataan2 yang mereka keluarkan menunjukkan mereka ini bloody fools dan tersangat dangkal.
Keangkuhan umum yang mencorakkan pemikiran dan sikap mereka datang dari sangkaan bahawa kemenangan teknikal dalam PRU-13 memberi mereka mandate. Dan mandate itu, seperti yang saya nyatakan, dianggap lesen mengugut dan membodohkan rakyat.
Pendapat dangkal pemimpin UMNO.
Maka muncullah pemimpin UMNO seperti Azalina Othman yang mengatakan bahawa duit RM2.6 biliun dalam akaun Najib tidak jadi masaalah jika ianya dianggap sebagai derma.  Apatah tagi derma itu datang dari orang Arab, sudah pasti derma itu diawali dengan selawat dan salam , diiringi dengan doa sepanjang jalan agar semua terlindung dari ganggu dan gugat supaya selamat sampai dalam akaun pemimpin besar. Amiin.
Maka Rahman Dahalan pun bersyukur bahawa duit itu disimpan dalam akaun Najib kerana Najib boleh lebih dipercayai. Lagi pun presiden mesti ada duit banyak supaya dia boleh belanja senang. Hulur sana sini dan beri rasuah supaya undi. Lebih selamat dalam akaun Najib dari akaun proxy.
Kemudian datang orang harapan UMNO- the last UMNO Great Hope- ketua pemuda lulusan Oxford. Kata duit itu datang dari yuran ahli, sumbangan ahli dan derma. Dan derma seperti dinyatakan oleh pemimpin UMNO lain ialah pemberian tanpa mengharapkan balasan. Lagi pun mengikut fahaman ketua pemuda UMNO, SPRM pun dah sahkan ianya derma.
Kalau kenyataan dangkal ini datang dari pempin sekaliber Rahman Dahalan, Azalina atau Ahmad maslan atai Salleh Said keruak, saya tidak hairan. Tapi kenyataan dari the last UMNO Great Hope sangat meneciwakan.
Bagaimana derma RM2.6 biliun itu dipakai?
Duit itu tentulah akan diberi sama rata dikalangan 191 bahagian UMNO. Atau 3.2 juta ahli. Mari kita periksa sama ada UMNO bahagian ada sekurang2nya RM13 juta dalam akaun mereka.
Dalam hubungan ini, saya percaya imam besar UMNO, sahibus samahah Najib al Pekani wa al wasathiyah faham wa halalun kalau kongsi sama, wa haraamun kalau makan sorang. Dan sebagai pendukung wasathiyah dan maqasid shari’yah, tentulah Najib amat memahami tanggungjawab nya sebagai pemimpin bermaruah, penjaga agama orang Melayu, bangsa  Melayu dan raja Melayu.
Jangan biarkan kita di perbodohkan.
Bagaimana menghindari penyakit ini? Dengan menolak pengistilahan rasuah dengan derma. Akaun najib menerima duit haram kerana cara nya amat mencurigakan dan lambat laun punca nya akan diketahu juga. Pak Arab mana yang mahu menderma sebanyak RM2.6 billion dan masuk dalam akaun peribadi?
Maka kekalkan dalam fikiran kita bahawa wang itu wang haram, cara menyimpan salah, dan ia suatu kesalahan yang dilakukan oleh Najib. Mungkin ini duit dari 1MDB kerana sehingga sekarang Najib belum dapat menjawab kemana pergi baki dari RM46 billion. Kemana pergi nya RM4 billion pinjaman KWAP?
Istilah derma ialah cubaan membodohkan rakyat. Kita akan hukum pemimpin seperti ini dalam PRU-14 nanti. Tapi tentulah, jika berlaku pertukaran kerajaan lebih awal, kita akan hukum mereka lebih awal.
Saya rasa kita tidak perlu terperangkap dengan jerat akrobatik istilah. Kekalkan tanggapan bahawa ini cubaan memperbodohkan kita.
Tanya soalan ini- adakah ini bermaka, apabila sejumlah wang tersebut, ditakrifkan sebagai derma, maka presiden UMNO dibersihkan dari anggapan rasuah dan salah guna kuasa atau niat membalun duit?
Kalau kita  rasa selamat sangat, tidak perlu ada perbendaharaan, simpan semua wang hasil cukai negara ini dalam akaun Najib. Tidak perlu ke parlimen  setiap hujung tahun memohon sejumlah wang dikeluarkan dari kumpulan wang yang disatukan dari perbendaraaan untuk tujuan belanja keatas perkara2 yang dikemukakan.
Taruh semua dalam akaun Najib. Ianya selamat. Najib boleh diperayai. Perbendaharan tidak boleh dipercayai. Semua wang adalah derma dari beberapa juta pembayar cukai. Kita tidak berharap apa2 pembalasan. Tidak perlu pembangunan. Tidak perlu pendidkan, tidak perlu kemudahan kesihatan.
Siapa saudara Najib di Pahang?
Bukan semua orang Pahang anggap PM Najib saudara mereka. Hanya yang tidak ada perasaan malu dan maruah sahaja yang mengaku Najib saudara mereka. Mungkin orang Kampung Jambu, Langgar dan sedikit dari Pulau Keladi di Pekan. Orang Pelangai pun sudah mula tidak mahu mengaku Najib saudara mereka.
Kemudian ada orang Melayu yang jumlah mereka makin meningkat- yakni mereka yang enggan diperbodohkan , tidak mahu ada kaitan dengan Najib. Ini termasuklah 60% pengundi Melayu dalam PRU yang akan datang. Mereka mahu bersaudara dengan pemimpin yang melaksanakan tanggungjawab dengan penuh integrity. Mereka ini faham bahawa mandate bukan lesen untuk buat sesuka hati.

16 comments:

  1. is it rm5billion burned to support RM or USD40billion.... reserve down fr usd140b peak to less than usd100b now...

    ReplyDelete
  2. Kita ada 3 Akta yang bolih kaitkan rm2.6 billion yang telah dimasukkan kedalam akaun peribadi PM :
    1.Akta Pengubahan Wang ( Money Laundering Act ),
    2.Akta Pencegah Rasuah dan
    3.Income Tax Act
    Jika diperhatikan jumlah rm2.6 billion bolih tertakluk kepada ketiga2 Akta tersebut jadi sama2lah kita tunggu dan lihat silat apa akan digunakan untuk tidak dikaitkan dengan semua akta tersebut.

    ReplyDelete
  3. RADEN JAWA DARI BAGAN DATO PUN PENCURI. PERNAH MENCURI HARTA PEMUDA UMNO PADA 1992.

    ReplyDelete
  4. Itulah yang akan terjad bila nak Melayukan everything. Dulu blame China tipu, China jadi middleman tipu orang kampung..then kata china komunis, sekarang, apa nak kata. Pemimpim Melayu yang berlagak nak jadi perompak siang siang.

    Kalau sayalah Melayu, saya malu tak tau mana nak sorok muka.

    PM Melayu
    DPM Melayu
    Menteri Mentri Melayu

    Malaysia di rompak siang siang...

    So siapa yang patut balik negeri bukan CHina tapi Melayu Bugis should go back to Indonesia, go to laut jade lanun.

    China membangungkan lombong.. Yap Ah Loy - FOunder of Kuala Lumpur
    India - memaju kan ladang Getah

    Melayu - merompak Malaysia selepas dapat kuasa Mutlak.

    Lain kali jangan suruh China balik tongsan...
    Jangan suruh India balik India

    Suruh Melayu Bugis pergi ke laut untuk melanun.

    ReplyDelete
  5. Dato Sak This is GEORGE CHOO.

    According to malaysian chronicle,Zahid Hamidi is trying to get a letter from

    billionaire PRINCE AL WALEED to confirm it is AL WALEED who give the US$ 700 Million.

    According to SANUSI JUNID a SCAPEGOAT will be NAMED and this scapegoat is the donor

    of the US 700million.

    In my opinion,the person most likely to admit making the donation is

    MUHAMMAD KHALDOON OF QATAR.

    This guy KHALDOON is the CHAIRMAN of Manchester City.

    Why I name KHALDOON? It is because HE WAS THE MAN WHO WAS BROUGHT BY NAJIB TO DO THE

    GROUND BREAKING CEREMONY FOR TRX. He was named as an INVESTOR in TRX.

    1MDB brought him to do the ceremony to tell the RAKYAT that the arab from QATAR is an

    investor in TRX.

    In fact,all this are BULLSHIT and part of the conspiracy to help NAjib to steal our

    money through TRX.

    Watch out for this name KHALDOON FROM QATAR AND MANCHESTER CITY.



    ReplyDelete
  6. Dato Sak,this is GEORGE CHOO again.CORRECTION

    MUHAMMAD KALHDOON IS NOT FROM QATAR.HE is from ABU DHABI.

    He represent SHEIKH MANSOUR the son of the richest man in the world THE EMIR of ABU

    DHABI.

    ReplyDelete
  7. Mampos. Berapa nak kena bayar kepada sheikh2 arab tu. Ingat free ke dia belakon jadi kambing. Alamat lingkup lagi le duit tabung kita. Last2 punah habis ekonomi negara. Pegi le tangkap najib tu. Habis cerita.

    ReplyDelete
  8. Dear George Choo, I don't think this Kaldhoon guy will be so stupid to get himself entangle in this Malaysian $700 million mess simply because his ownership of M.City will be in trouble. the U.K is not bolehland.

    ReplyDelete
  9. Could it be Benjamin Natanyahu?

    ReplyDelete
  10. Di akhirat Allah akan tanya jari telunjuk yang bersyahadah tetapi memangkah UMNO/BN. Sehingga negara boleh hancur mereka kerjakan. Muhasabahlah wahai pengundi2 UMNO/BN!

    ReplyDelete
  11. 1. pencuri dengan lanun sama ja cuma lanun curi kat laut. so istilah yang lebih sesuai adalah pencuri sebab buat di darat walaupun ada melibatkan perkataan "overseas".
    2. Kalau dah biasa makan tahi, dia kalau tak makan pun akan tetap hidu juga tahi tu.
    3. Rasuah adalah segala bentuk pemberian yang boleh mengubah pendirian yang menerima untuk kepentingan diri si pemberi. BR1M adalah satu contoh yang baik. Derma berjuta berbilion adalah bentuk rasuah bernilai tinggi so impact dia lebih besar untuk kedua pemberi dan penerima.
    4. Muka 2 talam adalah peribahasa melayu yang bermaksud orang yang pandai bermuka2..macam tukang sihir. Dia tu terkategori jenis talam banyak muka. Kat pecan guna muka lain, kat felda muka lain, kat parlimen muka lain, kat kota muka lain.
    5. Kalau memberi maklumat betul mengenai jenayah di katakan satu jenayah maka itu bererti kita sedang di perintah oleh penjenayah.
    6. Lanun Bugis ingat Malaysia ini nenek moyang dia punya, tu pasal dia rasa dah macam raja bersiung.

    ah penat tulis dato. the bottom line is he is an asshole, a criminal, a liar and of course sex maniac.

    ReplyDelete
  12. Kenapalah melayu takut sgt dgn perdan menteri ni. Heran betullah. Perdana menteri tu orang mcm kita semua je. Buat apa nak takut. Jika dia buat salah tangkap dan dakwa saja. Apa susahnya. Dia bukan tuhan yg kita perlu takut. Kalau pennguatkuasa ambik tindakan keatas pm,apa pm boleh buat? Yg salah tetap salah la. Apa mau takut.

    ReplyDelete
  13. There is no way out for Najib regardless whether the RM2.5billion is donation per se or is a corrupt payment disguised as donation. If the newly minted AG has any semblance of self-respect or respect for the rule of law, Najib has to face either corruption charges u/d MACC Act or criminal charges for CBT u/d s.420 Penal Code. I suspect apart from Najib, only Rosmah knew about this 'slush funds. The last time they accused Anwar of having a RM4bil slush fund and they used Murad then dep BN Governor to prove it. If they were able to prove it then, Anwar was finished. He would have face charges. Now the whole world knows, Najib had this RM2.5bill 'slush fund' suspected to have been obtained corruptly . Najib had to face charges as follows:

    a. Section 17 of the Macc Act & alternatively u/d s.165 or the Penal code; or
    b. CBT u/d s.420. Part of the slush funds obviously went to his family and step son, who cld purchase apartments in NY for us7mill,I guess.

    ReplyDelete
  14. Tidur mlm atas buaian
    Kain d buat dari sutera
    Hari2 asyik melayan
    Tukang karut putar cerita

    Anak itik burung kedidi
    Turun makan d tepi parit
    Negara kita apa nak jadi
    Hidup kini kian perit

    Nasi lemak sarapan pagi
    Buat bekal sampai ke senja
    Najib tidak d perlukan lagi
    Pakat2 buang saja......

    ADA BERANI?

    ReplyDelete
  15. Dato.
    PM bugis keturuan lanun Sulawesi
    TPM jaws diponogoro.
    Malaysia tanahair Ku di jajah bangsa Indonesia.
    Jadi kemana harus kita pergi?

    ReplyDelete
  16. Senang cerita najiborosmah adalah punca segala kejahatan di tanah melayu ini. Oleh itu, mari kita beramai-ramai tangkap dan hajar najiborosmah ini. Jangan peduli undang-undang lagi. Seret humbankan ketengah laut biar dimakan jerung atau humban ke dalam hutan biar dimakan harimau. Mati mereka berdua tiada nisan tiada khabar berita. Dgn itu, maka amanlah malaysia dari bala bencana si penjenayah tegar pokemak ini.

    ReplyDelete