Sunday, 17 May 2015

Zaman Dahulu Melanun Lautan, Zaman ini Melanun Perbendaharaan.



Saya sudah beritahu – orang yang selalu ungkit baka dan keturunan ialah orang yang tidak ada modal hendak pertahankan diri. Bila di hentam dengan kuat suatu ketika dahulu- Najib kata dia anak Tun Razak.

Seolah olah bila sebut nama Tun Razak, perkara luarbiasa akan berlaku. Jangan kasi busuk nama bapak. Anak yang buat onar dan jadi pelesit, bukan salah bapak atau ibu yang mengandung.

Sekarang sibuk ungkit dia keturunan bugis. Zaman dahulu orang Bugis melanun sana sini dan pada zaman itu pencapaian Bugis di lautan menjadi kebanggan orang Melayu nusantara.

Kita tidak ada masaalah jika orang Melayu- Bugis atau bukan , mahu meromantiskan kepahlawanan orang zaman dahulu. Bangsa lain pun melakukan demikian.

Kepahlawanan orang Bugis dikagumi. Itu zaman dahulu.

Hari ini, lanun diburu dan dianggap sebagai penjahat. Saya harap itu bukanlah persamaan yang di cari oleh Najib- dahulu melanun lautan, hari ini melanun perbendaharan.

1 Malaysia dalam bahaya dan PM kita masih hendak kelentong rakyat?

Pa wau nun dal ya kaf betul!

3 IPP yang dibeli mempunyai nilai RM10.9 billion. Ambil hutang sebanyak RM20 billion nak beli 3 IPP ini. RM10 billion lebihan buat apa?

Nilai tanah di air hitam Pulau Pinang ialah RM700 juta. Itu pun harga kautim dengan pimpinan UMNO tempatan. Lanun semua budak2 ini.

Pada penghujung tahun 2015, nilai tanah 70 ekar di TRX dan 500 ekar di Sungai Besi ialah RM5.8 billion. Nilai ini tidak releven dalam perkiraan nilai asset bersih. kita belum tahu, harga pasaran tersebut boleh di realised atau tidak.

maka nilai asset 1MDB at cost ialah seperti berikut.  Tanah 70 ekar di TRX dibeli pada pada harga RM194 juta dan tanah 500 ekar di Sungai Besi pada harga RM1.67 billion. Jumlah 1.86 billion sahaja. 

Ini menjadikan nilai asset 1MDB ialah RM0.7 billion + RM1.86 billion dan RM10.9Billion = RM13.5 billion sahaja. Kita tengoklah jika 1MDB jual asset2 ini, banyak mana besar untung dari RM13.5 billion? 
Kalau 1MDB berhutang sebanyak RM46 billion, kemana pergi nya wang sebanyak RM 32.5billion lebih? Bukan RM27 billion, tapi RM32.5billion. 
Kerajaan kena beritahu sebelum rakyat dapat tahu sendiri. Asset lain kita tidak diberitahu. Telaga minyak tidak ada- itu lama kena kelentong oleh PetroSaudi. Lombong arang batu di Mongolia ternyata tidak bernilai RM4 billion.
Sebab kalau tak beritahu- baru sebentar rakan UMNO saya hantar text- macam ini, dalam PRU14 bukan sahaja Najib al Bugisi al mampusi, UMNO pun al mampusi!

Jika kena jual tanah2 ini, saya tidak fikir ada orang hendak beli lebih sangat dari RM5.8 billion walaupun 1MDB kata mereka dah belanja lebih RM3 billion untuk bina infra dan kerja2 tanah.mungkin dapatlah appreciation sedikit.

SPRM kena cek kos RM3 bilion ini betul atau tidak. Ini 1MDB penuh dengan lanun2 modern.

Cerita 1MDB ini cerita kelentong, bohong dan dusta sepanjang jalan.

Jangan kita lupa jaminan kerajaan terhadap bon dan hutang yang diambil oleh 1MDB. Dan jangan ingat menggunakan istilah Islamik seperti sukuk dan murabaha dan apa2 lagi, menyelamatkan kerajaan Najib dari kecuaian tanggung jawab menjaga ekonomi negara Malaysia.

Terbitan bon dan pinjaman yang dibuat oleh 1MDB semua adalah surat akuan aku berhutang dengan kamu yang tidak disandar pada assets mana2 kecuali jaminan kerajaan Malaysia. Jika 1MDB tidak boleh bayar, atau berlaku cross default dalam mana2 pinjaman atau bayaran kadar kupon keatas bon, maka kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh keturuan Bugis ini,  kena bayar semua.

Jika ada hutang RM32.5 billion, kerajaan Malaysia kena bayar.

Soal jaminan atau government guarantee ini bukan main main punya hal. Kerajaan sedar bahawa terbitan bon dan tangungan hutang semua tidak ada asset, tapi mereka menggadai masa depan negara , menjadi galang ganti mempertahankan 1MDB.

You allow 1MDB to rake up debt papers which are asset-less. itu kerja pembohongan. Memperdagang kertas2 IOU.

Macam mana suruh orang beli kertas hutang yang tidak ada asset? Itu membohong dan menipu nama nya.

Dan memberi jaminan kerajaan bukan sesuatu perkara yang boleh dipandang enteng. Malaysia boleh jadi Argentina dan Greece macam ini. Seluruh cabinet bertanggung jawab keatas pemberian jaminan keraajan.

Maka dalam keadaan begini, seluruh cabinet mesti letak jawatan sebab seluruh kapal yang bernama Malaysia di nakhodai oleh Najib dan Muhyidin dan crew nya ialah menteri2 dan pimpinan kerajaan yang lain.

1MDB ini sebuah syarikat yang beroperasi secara swasta- apa yang spesial sangat dengan 1MDB sehingga Najib mahu menggadai masa depan negara?

Bila negara dalam bahaya, janganlah hendak cuba berselindung dibawah keturunan Bugis atau tidak.  Kalau rasa Bugis sangat, elok Dato Najib menetap di Makassar jadi gabenor sana dan lihat sama ada masyarakat Bugis disana hendak pilih Dato Najib atau tidak.

13 comments:

  1. Dato Sak,

    Saya rasa Najib ni keturunan bugis haprak...melanun saje bukan kecik anak bilion bilion,,negara bankrup mereka anak beranak bole duduk dimana mana Astana boleh,macam Keluarga Marcos semua ca-alif-ba-wau ta..ke ostralia,negara yankee or Swiss anak cucu kita mana mau lari,duit dalam tabung pun dah pecah kerana GST...apa lagi kita nak harapkan...moga Allah swt selamatkan kita dari DAJAL moden ni

    ReplyDelete
  2. "Maka dalam keadaan begini, seluruh cabinet mesti letak jawatan sebab seluruh kapal yang bernama Malaysia di nakhodai oleh Najib dan Muhyidin dan crew nya ialah menteri2 dan pimpinan kerajaan yang lain."

    Resigning only?

    What about all the money they stole? Do they get to keep them?

    Or are we getting it back from them?

    And are we throwing these people in jail for crime against the country? This looks like theft of the highest order to me. Under PAS hudud, these people have to potong tangan dan kaki!!!

    ReplyDelete
  3. Anak Bugis yg betul2 jantan sggup berentap ditengah2 gelora lautan

    Anak Bugis yg 'prasan' pula hanya berani berSUMPAH sumpit apb dirinya rasa tersepit..

    ReplyDelete
  4. Dato,

    I think a Hollywood based super rich stepson of a self proclaimed Bugis warrior may be interested in producing a film called "Bugis Baba and the 1MDB Thieves".

    ReplyDelete
  5. Najib pinjam RM49 billion. Beli TRX and Bandar Malaysia, IPP RM 14. billion. Curi RM 3.00 billion.Berjudi di Wallstreet RM27 billion. Dia ingat boleh ganda wang.Tetapi hangus.

    ReplyDelete
  6. Lanun Darat Bugis said RM41 billion is in TRX and Bandar Malaysia. In 20 years time.
    Ini Masaalahnya kalau overdose dengan mundrum. Jadi Bodoh bongkak. Dia ingat orang lain pun bodoh macam dia. High time this fella is flushed out by hook or crook.

    ReplyDelete
  7. THESE BRAZEN PIRATE OF BUGIS LAND AND HIS CABINET OF LOOTERS SEEMS TO BE GETTING AWAY WITH THEIR LOOT AND FIERCELY GUARDED BY THE HOUNDS OF PEACE HILL.

    ReplyDelete
  8. Najib has had enough of the garbage thrown at him.He is no longer going to sit on his hands and take it half asleep.In fact he is rolling up his sleeves and ready to rumble.He is going on the offensive,now that the opposition and critics have run out of steam.

    What Najib's enemies inside Umno and the opposition knows is scream,scream,wail and wailed like crying babes.

    Remember,some time ago,I had said how come only Sarawak Report can have access of those leakages of 1MDB,when it is based in the UK,and our sleepyheads called the "opposition" knows shit.Anyone with an iota of pea size brain would have ..?.. on their minds.

    The way I see it,the only desperate guys hanging on a thread of their political miserable lives are the opposition and Najib's enemies inside Umno.

    We cannot blame Anwar neat time around,for being a miserable leader,failing big time in GE 13TH,when the momentum was on their side.Anwar is enjoying the hospitality of the gomen's eight stars hotel in Sungei Buloh,and has no complaints.

    Come GE14th,the blame will be on the present crop of leaders.From the way things are going,it is going to be the PR,lying face down going down for the count.

    Najib,will prevail this 1MDB fiasco and come out stronger in GE14th,and the opposition knows it.That is the reason they are sleeping with Najib's enemies inside Umno.Which brainless opposition leader do not have wet dreams of sitting on Najib's comfortable million dollar leather chair?

    Why team up with Najib's enemies to kick out a sure lose Najib,and make Umno a very strong formidable party again,and forego the PMship in GE 14th?Who are these fu*ckups in the PR trying to kid?It is better these miserable dudes jump into the nearest bush and go shiok sendiri.And make sure to lick your chops and wail like cry babies on GE night.You guys sure deserved it,getting whacked,good and proper and by who?Najib,of course.

    ReplyDelete
  9. Dato - a 5% interest per annum on RM42 billion is RM2.1 billion.... And I understand the interest rate on 1MDB loans is not 5.0% p.a.!

    How are we going to pay this?

    Where are we going to get this kind of money to pay the interest leave alone the principal sum?

    Are all the scoundrels and thieve going to be set free if they resign? Are we not getting them to repay back?

    I told you guys years ago it is dangerous to appoint someone who didn't complete his degree program... this is the true meaning of "half-baked"

    ReplyDelete
  10. Bruno - go ahead and have your say... enjoy it while you still could coz everyone reading your views here know you're one frustrated dude.... read the Sarawak Report this week and next week on RHB Deal... I promise you will change your views. Don't ask how I know its coming coz we don't know as like you said, we have pea-sized brain only mah....

    Adios Amigo...

    ReplyDelete
  11. Pa wau nun dal ya kaf betul-betul berbau!

    ReplyDelete
  12. US dollar pun tak disandarkan lagi dengan apa-apa sandaran. So maybe DSN rasa loan/IOU to sama je kot

    ReplyDelete
  13. he didnt get a degree?

    ReplyDelete