Kita akan lihat cerita lama yang UMNO mainkan selama ini, dimainkan dalam PRK Besut( DUN Kuala Besut). UMNO akan menggunakan kaedah KKK nya- kemiskinan, Ketakutan dan Kejahilan. selama orang Melayu dimiskinkan, ditakutkan dan dijahilkan, maka UMNO akan terus berkuasa. apabila ke3 perkara ini dimusnahkan, UMNO akan kalah dalam PRU.
SU Agong PAS, Dato Mustapha
Ali kata, senjata UMNO yang paling utama ialah mengekalkan orang Melayu dalam
kemiskinan. Mengapa perkara ini harus terjadi sebermula nya? Saya telah menulis
banyak kali- 95% yang berada dalam kedudukan berkuasa ialah Melayu. Soalan nya,
jika ini fakta nya, maka mengapakah keadaan orang Melayu tidak berubah?
Kita telah berbelanja berbillion Ringgit dan banyak dasar2 affirmative
dilaksanakan – mengapa keadaan Melayu tetap terkebelakang? Jawapan nya(1) yang
berada dalam kedudukan berkuasa sebetulnya tidak membantu orang Melayu dan (2) dasar
mereka sebetulnya menguntungkan hanya sebahagian kelompok Melayu dan (3) orang
Melayu yang disasarkan tidak bertidnak balas- sama ada mereka jahil, tidak ad
akepakaran, - apa sahaja yang kita boleh fikirkan yang menyumbang kepada
kelembapan reaksi dari orang Melayu.
Pengarah PRK Besut bagi pihak UMNO , DS Idris Jusoh yakin BN akan
mendapat majoriti 4000. Minggu lalu Idris menegaskan bahawa kumpulan guru
sekolah mesti menyokong BN sebagai membalas budi. Orang Melayu pula yang rata2
berpendapatan rendah mesti terus menyokong BN kerana parti itulah sahaja yang
tahu bagaimana menjaga orang Melayu.
Mungkin kerana pandai menjaga orang Melayu lah maka, orang Melayu
ketinggalan dalam serba serbi cabang kehidupan hari ini. Dan BN bukan mendapat
tempoh masa yang singkat untuk membaiki keadaan orang Melayu. Malah, mereka telah
menjadi kerajaan selama lebih 55 tahun!. Kehidupan yang mereka jaga dengan
teliti ialah kehidupan segelintir Melayu yang terpilih. 80% Melayu bergantung
harap kepada UMNO kekal dalam jiwa perhambaan kepada UMNO. Inikah parti yang
membela orang Melayu?
20% teratas Melayu menguasai 70% kekayaan Melayu negara ini manakala
80% terpaksa berkongsi 30% kekayaan. Pekali GINI atau Gini coefficient yakni
kaedah untuk menghitung perbezaan pendapatan dikalangan suatu kelompok
mendapati perbezaan kekayaan antara orang Melayu lah yang paling teruk di
Malaysia. Yang kaya tersangatlah kaya, yang miskin papa kedana. Yang papa
kedana pula disebut sebagai kumpulan haramjadah oleh perdana menteri kita.
Antara Mustafa Ali dan Idris Jusoh, kita lihat 3 perkara yang
membolehkan UMNO menguasai minda dan seterusnya tingkah laku orang Melayu. Pertama
mengekalkan orang Melayu dalam kemiskinan. Kedua, menyebabkan orang Melayu
terasa bergantung kepada UMNO/BN. ketiga, menakutkan orang Melayu.
Jadi UMNO kekal berkuasa kerana mereka mengamalkan kaedah KKK. Kemiskinan,
ketergantungan dan Ketakutan. Bolehlah kita kata UMNO dan BN parti KKK.
Di Amerika, kumpulan KKK ialah kumpulan pelampau kulit putih yang
kerja mereka menzalimi orang kulit hitam dan bangsa bukan kulit putih yang lain.
Suatu masa dahulu KKK memburu orang kulit hitam menggantung dan membakar
mereka. Ahli KKK akan memakai jubah dan topeng litup berwarna putih. Mereka mendakwa
menjaga masyarakat kulit putih daripada kotoran bangsa2 yang berdarah rendah.
Jika kita lihat UMNO yang melihat mereka Melayu dari orang Melayu
lain dan kaedah yang mereka gunakan untuk menzalimi rakyat Malaysia, maka ada
persamaan antara KKK Amerika dan UMNO/BN.
Mengapa UMNO sanggup melakukan demikian kepada orang Melayu? Kenapa kekalkan
Melayu dalam kemiskinan? Sebab bila Melayu miskin, mereka jadi kelompok yang
bergantung kepada pemberian UMNO. Mereka akan melihat UMNO sebagai punca
pemberi rezeki dan sumber menampung kehidupan. Sungguh zalim parti feudal UMNO
ini. Apa yang di perjuangkan oleh parti yang mendakwa dirinya sebagai pejuang
kepentingan bangsa dahulu, kini dan selama nya?
Golongan kaya yang menyokong UMNO ialah mereka yang dipilih untuk
dikayakan oleh UMNO. Mereka mendapat lessen, mendapat perniagaan, saham, keistimewaan
yang pelbagai. Golongan ini akan terus menyokong UMNO kerana kepentingan mereka
hidup selagi UMNO hidup. Mereka ini terdiri dari kalangan putera dalam kaum
bumiputera
Senjata kedua yang UMNO akan gunakan ialah menakutkan orang Melayu. UMNO
kesana sini menakutkan semua orang bahawa jika Melayu tidak bersatu dibawah
UMNO, maka semua kepentingan orang Melayu- semua yang dekat dihati orang Melayu
akan terancam. Tapi benarkan BN hanya dapat 133 kerusi kerana tsunami cina
berlaku?
Tsunami cina.
parti
|
Undi (juta)
|
bn
|
5.24
|
PR
|
5.62
|
UMNO
|
3.25
|
Lain2
|
0.19
|
Undi rosak
|
0.17
|
jumlah
|
11.22
|
Puak UMNO terutama nya menyalahkan cina dan bukan Melayu lari dari
UMNO. Cuba kita lihat angka2 dalam jadual diatas yang dikeluarkan oleh SPR.
a)
Dari 11.22 juta pengundi pada
PRU13, 65% ialah orang Melayuu. Jumlah nya ialah 7.29 juta. Jika 7.29 juta
ialah Melayu, maka bukan Melayu ialah 3.93juta.
b)
BN mendapat 5.24juta undi. 65%
ialah Melayu. Jumlah Melayu yang mengundi BN ialah 3.41juta. maka bukan Melayu yang mengundi UMNO dan BN
ialah 1.83juta undi.
c)
Maka jika 1.83juta bukan Melayu
menyokong UMNO dan BN, berapa jumlah yang menykong PR? Yang menyokong PR ialah
3.93-1.83= 2.1juta bukan Melayu telah menyokong PR.
d)
Bagaimana boleh kita katakan PRU13
ini tsunami cina bila yang menyokong PR ialah 2.1juta sahaja? Yang menyokong BN
ialah 1.83juta. beza hanya 270-300ribu sahaja?
e)
Jumlah Melayu dalam PRU13 ialah
7.29juta. Melayu yang undi UMNO/BN ialah 3.41juta. melayu yang menyokong PR
ialah 3.88juta. lebih ramai Melayu tidak menyokong UMNO. Lebih baik kita kata,
ini tsunami Melayu.
pengundi
|
Undi(juta)
|
Melayu untuk BN
|
3.41
|
Melayu untuk PR
|
3.88
|
bukanMelayu untuk BN
|
1.83
|
bukanMelayu untuk PR
|
2.10
|
Jumlah
|
11.22
|
Ini semua angka dari SPR!. Hampir 500,000 Melayu tidak menyokong BN.
bukan Melayu yang tidak menyokong BN ialah 270-300,000 sahaja.
Ertinya, lebih ramai Melayu tidak sokong BN dari bukan Melayu. Yang sebenar
nya berlaku ialah tsunami Melayu. Inilah yang paling UMNO takut dan mahu
sembunyikan.
Maka benarlah seperti yang dinyatakan oleh seorang menteri UMNO, PR
tidak menang jika Melayu tidak sokong PR. Dia dan UMNO tahu bahawa yang
memenangkan PR ialah pengundi Melayu iaitu 3.88juta berbanding 3.41juta Melayu
untuk BN.
di mana BN kuat, di situ hebat kepapaan-kemiskinan-kejahilan
ReplyDeleteThanks. You hv presented with facts that more Malay rejected UMNO/BN but it is the Chinese who got walloped. How long can truth and facts be hidden?
ReplyDeleteUMNO....Dulu....Kini....dan Selamanya....Hidup UMNO dan mohon bala didunia ini buat kau dan keturunan kau.Ameen....!!!!
ReplyDeletecyber anjing liar pro BN detected.
ReplyDeleteSejak bila kelakuan rasis adalah kelakuan yang patut oleh orang Islam?
ReplyDeleteMaknanya orang UMNO ni orang munafik.
UMNO pro elite pro UMNO, Rakyat tak relevant, UMNO hanya relevant kepada pengampu- pengampu !!!
ReplyDeleteGood job YB Dato Ariff. Another straight forward fact. PAS machinery must share this with K.Besut voters. Salam Ramadhan
ReplyDeletePara pemimpin serta penyokong PAS, PK serta DAP perlu lebih bersatu serta bekerja keras untuk menyakinkan pengundi- pengundi terutamanya kaum wanita K.Besut kemudian follow up MB dari PAS dengan pembangunan serta sikap yang sederhana, progresif, amanah, adil, tulus, team work within serta across the coalition dalam PAKATAN yang ketara, Amin.
ReplyDeleteHarap PAS boleh menang dan seri 16 sama.
ReplyDeleteBaru boleh lihat aksi menarik di Trengganu yang pertama kali dinegara.
Pengundi POS hantu kat Besut 4300.....macam mana boleh menang??
ReplyDeleteSPR/EC kata tak tahu mengapa...akan siasat SELEPAS selesai UNDI....Rakyat boleh buat apa....INI MALAYSIA macam SYRIA/LIBYA/Zimbabwe/FIJI.....DIKTATOR!!
Sorry bro, there is no way Pas/PR can win in Kuala Besut.It has been an UMNO/BN stronghold .Your analysis is a mere wishful thinking and incorrect.Look back at your PRU 13 analysis and compare against actual.It was far out.I won't take you seriously then.
ReplyDeleteSemut api.
Anon,16 July 2013 23:03
ReplyDeleteSorry Bro, neither will i take your cynicism seriously, but respected, as it will spur intensified preps and strategies by PAS- PAKATAN, staff at polling station should be disqualified with immediate effect if they are found to be from its vicinity; sufficient portable rechargeable powerful fluorescent lights should be on the stanby just in case there is earth hour, hahaha; legal eagles, independent observers and supporters are on standby to watch out for bn trolls..
The Mentality of "Bangau oh Bangau " cannot be the basis of looking into "Blackout Syndrome ".If PR is smart enough , WHY PUT THE CALUN WHO IS UNEDUCATED ? UNCULTURED CUM UNDERDOG.RAKYAT ARE SMART ENOUGH TO SEE " WHO IS THE BEST CANDIDATE TO SERVE THEM. ANOTHER SURE LOST FOR PR AND SURE WIN FOR BN .I BET U THAT "16/16 "IS JUST MERE POLITICAL GIMMICK AND PAS IS SURE TO LOST THIS GOLDEN OPPORTUNITIES.In politics, WE MUST BE SMART AND WE CANNOT JUST TAKE THINGS FOR GRANTED.THE END JUSTIFIES THE MEANS, BN SURE WIN COS THEY ARE SERIOUS BY PUTTING UP THE "RIGHT CANDIDATE".PAS - PARTI ALWAYS SALAH OR ADA SALAH ---SALAH CALUN MAA....
ReplyDeleteUnited Malays National Organisation - parti melayu?? ini lah parti penjajah.
ReplyDeleteSalam Sak,
ReplyDeleteI am in agreement with anon 5.49 that UMNO/BN will still be the winner for Kuala Besut finally.It is no use having a hung state govt at 16:16 anyway.Pas will remain an underdog.Idris Jusoh of UMNO is too popular in Besut and Kuala Besut is BN ground according to Besut colleague of mine here in KL.
It will be a clean and fair contest, hopefully,in the spirit of Ramadhan.
Selamat berpuasa.Thank you.
@ KM.