Isiu
pokok PRU ini ialah menubuhkan kerajaan yang baik dan kerajaan yang baik
tentulah dibina oleh pemimpin yang baik. Kerajaan yang baik itu apa dan
bagaimana?
Yang
pertama yang kita perlukan ialah kumpulan pemimpin yang terbaik- yakni yang
mempunyai komitment, disiplin, integrity, kebolehan dan kekuatan mental bila
berdepan dengan tekanan.
Bagaimana
kita mendapati orang2 macam ini? Dengan membuat pilihan dan saringan yang rapi.
Dan kita tidak berjumpa orang2 seperti secara kebetulan atau secara ajaib.
Pemimpin bukan datang dari muntah lembu, atau dari buloh betong atau dari
peristiwa ajaib yang lain.
Kebetulan
Najib anak Tun Razak, maka dia semesti bagus. Kebetulan Hishamudin anak Tun
Hussein, maka dia mesti baik punya. Oh bapak dia dulu penghulu- tentu anak nya
bagus. Oh dia datang dari keluarga bangsawan, tentu dia ada kebolehan. Jika
kita berfikiran demikian, maka sudah tentu kita mahu dilahir dari keluarga
bangsawan, pembesar dan golongan terkemuka. Jika kita ada fikiran demikian,
maka isiu kepimpinan ialah isiu mewarisi status kempimpinan. Kepimpinan dengan
itu hanya isiu, kita waris atau keturunan siapa. Jika demikian tak perlu kita
susah2 mencari pemimpin melalui proses pencarian.
Atau
kita serahkan kemunculan pemimpin yang baik mengikut keadaan sekeliling. Masa
dulu, ketika dunia berada dalam zaman menuntut kemerdekaan, pemimpin muncul
secara semula jadi memimpin masyarakat dan negara mereka. Keadaan demikian
tidak ujud lagi, maka kita tidak boleh bergantung kepada keadaan kebetulan.
Mencari
pemimpin yang terbaik hari ini, adalah suatu proses pengamatan dan kajian yang
rapi. Bukan hentam semberono. Ketua kampong seorang pemimpin peringkat kampong-
tidak semesti dia ada kelayakan jadi pemimpin yang lebih besar.
Tidak
ada manusia yang lengkap semua. Yang kita lihat ialah secara keseluruhan. Kita
mengadili pemimpin secara keseluruhan- bukan hanya menunpukan kepada suatu
lakuperangai yang khusus.
Orang
berkualiti + system yang baik= kerajaan yang baik.
Kelemahan
individu di imbangi jika kita ada system kerajaan yang baik. System kerajaan
yang baik mempunyai pemisahan kuasa antara penggubal undang2, ketua utama
negara( PM atau presiden) dan insitusi kehakiman.
Bila
kita ada barsisan pemimpin yang terbaik, maka jika ada ketidaksempurnaan dalam
system kerajaan, ianya akan dibaiki oleh orang2 yang terbaik yang memimpin
negara. Jika system kehakiman tidak baik misalnya, pemimpin yang baik akan
berusaha membaiki keadaan itu. Yang malang bagi kita, ialah apabila sudahlah
system kehakiman tidak baik keadaan tersebut di ambil kesempatan oleh pemimpin
yang rasuah dah jahat.
Kerajaan
yang baik itu :- melaksanakan penghukuman mengikut prinsip undang2 yang adil.
undang2 yang adil memerlukan institusi kehakiman yang berani dan bebas daripada
dikuasai oleh pemerintah. Ini tidaklah menuntut supaya hakim dan majistret
dipilih mengikut proses pilihanraya. Tapi paling kurang mesti ada jaminan
supaya setiap lapisan masyarakat ada akses kepada system kehakiman dan para
hakim bebas menerima aduan dari rakyat yang merasa mereka dianiayai. Jika akses
kepada pengadil disekat kerana si pengadu miskin atau golongan lemah, maka kita
tidak mencapai sebuah kerajaan yang baik.
Jika pemerintah menguasai system kehakiman,
maka macam mana rakyat mahu dapat pengadilan? System kehakiman akan memihak
kepada mereka yang berkuasa dan kaya. Rakyat miskin dan tidak berkuasa akan di
zalimi dan di tindas.
Kerajaan
yang baik mengukuhkan insitusi yang menjaga demokrasi. Dalam system demokrasi,
rakyat dibenarkan membuat pilihan. Antara institusi yang menjaga integrity
demokrasi ialah institusi yang menjaga cara kita mengundi. Kalau kita
membenarkan bukan rakyat turut sama mengundi kerajaan kita, maka pihak yang
membenarkan itu semua telah menipu kita dan menyekat kebebasan memilih kita.
Yang memilih ialah warga negara yang sah bukan warga asing yang tiba2 diberi
kad pengenalan. Pihak yang menjaga integrity pengundian oleh rakyat mesti faham
bahawa mereka berjawab kepada Yang Di Pertuan Agung bukan kepada pemerintah
ketika itu.
Rakyat
mesti dibenarkan memilih mereka yang layak dan terbaik untuk menjadi wakil
dewan undangan negeri dan wakil parlimen. Ini menuntut supaya pengundian
dijalankan dengan bebas tanpa ada paksaan dan ancaman dan ugutan. Jika rakyat
di ugut dengan menahan bantuan dan pembangunan, itu ertinya bersalahan dengan
memberi kebebasan memilih. Demikian juga, jika pilihan rakyat dipengaruhi oleh
rasuah, bayaran, upah, dan tumbuk rusuk itu juga merupakan gangguan kepada
pemilihan yang bebas oleh rakyat.
Sebab
hanya kerajaan yang baik, yang dianggotai oleh mereka yang baik, dibangunkan
atas kedaulatan undang2 atau rule of law, yang mampu melindungi semua orang-
bukan hanya orang Melayu. Kita menaruh keyakinan keatas system- bukan orang
atau manusia. Manusia itu banyak kekurangan dan kecacatan nya dan tertakluk
kepada perasaan sabjektif. Tapi kalau kita menaruh keyakinan kepada system yang
bebas dari perasaan sabjektif dan hawa nafsu, keadaan lebih stabil dan
tenteram.
Kalau
kita memilih antara A dan B, itu pilihan untuk menjadikan antara meraka
dictator dan pemerintah mutlak. Orang yang kita beri kuasa macam ini akan
melakukan sesuka hati. Penindasan dan kezaliman yang dilakukan dengan senyuman,
tetap juga kezaliman dan penindasan. Kita semua mesti meletakkan keyakinan
keatas system kerajaan yang baik yang didirikan atas prinsip kedaulatan
undang2, keadilan dan kesaksamaan.
Jadi
soalan Najib tanya tempoh hari soalan yang salah. Negara kita tidak bergantung
sama ada dia PM atau tidak. Yang dia hendakkan rakyat fikir bahawa masa depan
negara kita bergantung kepada dia apa pasal? Atau bergantung kepada BN terus
jadi pemerintah apa pasal? Bukan dia seorang sahaja yang pandai dan bukan BN
sahaja yang pandai mengurus dan mentadbir negara.
Dan
yang di janji projek itu dan ini apa pasal? Dia pemimpin caretaker government
yang takde kapasiti nak janji itu dan ini, rimau atau gajah.
Jika
Najib tidak jadi PM, adakah negara kita akan musnah? Tidak mati orang Pekan
kalau Najib bukan PM. Tak musnah Malaysia jika Najib jadi ketua pembangkang.
Negara
ini akan musnah jika kita pilih kerajaan yang mengutamakan kepentngan sendiri,
strateji ekonomi nya ialah membahagi bahagikan sumber penjanaan kekayaan antara
sabahat, kroni dan kenalan rapat. Negara akan musnah jika pemimpin rasuah, jika
institusi penjaga demokrasi rosak. Negara akan musnah jika prinsip the rule of
law tidak di ikut.
Bayangkan negara dipimpim macam Syria, Gadaffi-Libya, Zimbabwe, Korea Utara, Myanmar......Ini semua ketua Syoik sendiri.
ReplyDeleteBiar penyokong Kim Il Najib dapat makan, yang lain boleh pergi mati KELAPARAN. Setiap hari kat kaca TV, Semua rakyat kononya CINTAKAN ketua mereka...macam itu Kim Jong Un, macam itu UMNO Najib!
Bayangkan sebuah negara yang ketua Bolasepak, jurulatih dan permain tak ubah walaupun kalah teruk di medan Dunia.
Dunia ini adalah Malaysia kalau kita tak UBAH pentabiran. Satu realiti yang ngeri!!
ABU - UBAH - Keluar Undi awal!!
Salam Dato', 1st step to victory kemenangan terkini dato' di Raub hari ini. tahniah... let the fear consume them and scattered them apart!!!
ReplyDelete
ReplyDeleteYB Arieff,
During our visits to some indian houses n temples, we found out that the three symbols ie PAS,DAP and PKR flying together in all location might bring about a bit of confusion to the voters when they CROSS the ballot paper.
I suggest that the symbol of the Contesting party that will appear on the ballot paper be explained to those attending ceramahs etc. Maybe a mock sample of the ballot paper be used to inform the voters on which 'box' to cross.
We found that some indian people are asking if they should cross all the symbols. They are not the so educated types but a vote is a vote.So best way will be to use "VOTING AIDS" so to speak.
Please dont publish this suggestion but you could pass it on to the others in DAP,PAS and PKR.
We wish to remain "silent" cos we are still in HM service.
Top of the morning Sak
ReplyDeleteMCA has dropped Madame Tai Tai from contesting in Raub. I guess you don't care
But I am disappointed. I'd like to see how you fared with the old lady.
Great feeling to win or lose against a minister as compared to regular AH CHAI. Right?
Pemimpin yang baik saperti Anwar, LKS, LGE, Nik Aziz, Hadi, kapral, dan lain termasuk Arif, Aspan????
ReplyDeleteOh my God, its like the pot calling the kettle black.
That argument is the lamest argument you gave!!!
Common la Sak, jangan lah bersyarah tentang kepimpinan UMNO. Kepimpinan pembangkang lebih parah lagi.
mari memilih kerajaan yg kurang curi duit rakyat.
ReplyDeleteSia sialah beramalkan Islam kalau hati masih hitam dan terus mengangkat seorang pembunuh, perasuah dan pemfitnah tegar menjadi pemimpin dan PM negara ini.
ReplyDeleteMereka yang bukan Islam pun tahu dan bijak membuat pilihan, adakah anda yang mengaku dan beramal dengan Islam sanggup bersekongkol dengan pembunuh dan perasuah. Jenis ajaran Islam apa yang anda anuti?.
Najib dan adik beradinya ternyata bersubahat dalam kes kematian Altantuya ini. Namun mereka yang berkuasa cuba memadamkan kebenaran daripada ditegakkan. Dulu, kini dan selamanya sistem kehakiman dan undang undang negara dirogol sesuka hati oleh sekelompok kecil pimpinan dalam UMNO BN. Kumpulan ini hanya boleh dinyahkan dari tampok kuasa dengan cara menumbangkan UMNO BN dalam GE 13. Hanya dengan jalan ini saja UMNO BN mampu dipulihkan dan kembali berada di landasan asal. UMNO BN akan terus ditolak majoriti rakyat selagi sekelompok kecil pemimpin paling berkuasa dan bermasalah ini terus menguasai pertubuhan Melayu tertua ini.
Apa kata Sinar Harian menganjurkan wacana/forum berkisar " Integriti Kehakiman dan Mahkamah Malaysia Semakin Di Persoalkan Rakyat Jelata ". Jemput pakar pakar dalam bidang berkenaan dari pelbagai parti sahsiah serta NGO dan termasuklah Ghani Patail menjadi anggota panel ini. Sinar Harian harus berani menganjurkan wacana begini agar rakyat dapat menilai sendiri dimanakah silapnya sistem perundangan dan kehakiman negara ini. Jemput sekali Najib Brothers menjadi panel kalau mereka benar jantan yang sempurna.
Modal UMNO Johor ialah DAP sama macam PAP. Kalau tak mahu Melayu jadi mcm Melayu Singapura, undi BN. Hhahaha. Masih lagu lama.
ReplyDeleteUMNO bagi pulau Singapura DAP salah?? Sekarang kita nak cari keje gaji besar kena ke Singapura. Nak duit pelaburan pun mintak Singapura dan China. Nak jual eksport barang pun harapkan Singapura.
Najib bersusah payah merayu pelaburan duit China dan Singapura. TV berbangga dengan pelaburan berbillion ringgit dari Singapura. Ghani Othman sanggup tolak rakyat sendiri dan beri tanah beribu ekar pada tokey Cina. Pelaburan mintak kat China tapi kutuk2 China la pulak.
Roboh rumah rakyat pun untuk buat jalan keretapi laju mudahkan rakyat Singapura.
Nak masuk Singapura kena bayar. Orang Singapura kita welcome bagi jalan free, highway tol sama, harga minyak sama.
Dear Sakmongkol
ReplyDelete“Orang berkualiti + system yang baik= kerajaan yang baik.”
The formula missed one crucial element: “polisi2 yang baik/adil”
Good and honest men are not enough, even with good institutions of government (competent civil service, independent judiciary, etc) in place. These men must possess a vision; they must have ideas. Only then can they make the changes (through policies) that can produce economic and social progress.
It is hard for ordinary citizens to discern “orang berkualiti”. How does one gauge a calon whom one has never met but sees for the first time at the local ceramah days before the election, and only hearing a short speech? Most calon are not even from that district, but are “helicoptered” in from another part of the country. And at this stage of the campaign, talking about “sistem yang baik” seems distant and a waste of time.
How about talking about benefits – short term, medium term and long term. How might these policies benefit the people? How would the elimination of corruption and cronyism impact their life? How about addressing their fears – Christianisation, Allah, Chinese schools, DAP/Chinese domination in PR, Malay Rulers, etc? These things – benefits and fear reduction – will register with them. These are things that will touch them, not some esoteric concept of democracy. For most, democracy simply means “undi”.
What do the Chinese and non-Malays want and fear? What do the Malays, especially the rural Malays, want and fear? They are quite different baskets, so what works for the crowd in Raub Town won’t work in a Felda estate in Dong.
Kabarnya Najib dan UMNO BN mahu lantik Mursyidul Am Pelucah Porno UMNO BN, Papa Gomo sebagai calon parlimen Permatang Pauh.
ReplyDeletePapa Gomo adalah gambaran dan wajah tulin siapa Najib dn pimpinan UMNO BN sebenarnya. Kata orang, kalau nak kenal seseorang, tengoklah siapa sahabatnya. Dan selama ini pun Papa Gomo ini sentiasa mendapat restu PM Najib dan ramai menteri menteri utama UMNO.
Memang UMNO BN cukup haprak dan gila babi. Manusia seperti Papa Gomo dari sudut undang undang pun dah tak layak bertanding. ada hati nak melawan Anwar??? Kah kah kah...Menteri menteri UMNO lain tak ada telor ka nak lawan Anwar?. Sah negara Malaysia dibawah UMNO BN dah meroyan dan jadi edan atau ini satu tabiat dan petanda Najib dan UMNO BN dah " nak mampos ".
QD, beating an old hag with expired shelf life no victory at all.
ReplyDeleteDato' kalau ada peluang, baca thesis Phd Dato' Dr Rais Yatim bertajuk Malaysia Separation of Power. Rumusan: very thin separation between Executi, Legislative n Judiciary. Mostly Executive dominate.
ReplyDelete