Kita perlukan semua undi untuk menang. Undian tidak ada warna kulit. Setiap satu undi harga dan nilai nya sama. Undi Cina satu, undi orang Melayu satu. Demikian juga undi orang Asli dan undi orang India. Bila kita nak menang, kita tidak peduli asal usul undian.
Maka hujjah seperti UMNO tidak memerlukan undi orang Cina, di Galas tidak ada relevance. Ianya adalah politik bodoh, jika kerana kesombongan dan keangkuhan kita, undi yang sepatut nya kita dapat, secara default lari ke pihak lawan.
Kepada calun DUN Galas dan kepada Tengku Razaleigh, setiap undi adalah tersangat penting. Kebajikan setiap penduduk di Galas adalah tanggung jawab AP dan ADUN tidak kira bangsa. Adakah kita mampu mendiamkan diri jika keluarga Cina yang mendiami rumah haram di sekitar kawasan keretapi Gua Musang duduk bersesak sesakan? Dalam sebuah rumah ada 20 orang dengan 2 atau 3 keluarga. Tentu sekali ianya akan menjengkilkan hati kita bila kita dengar, keluarga dalam rumah tersebut mengambil giliran untuk memasak?
Hal yang demikian bukan lagi soal perkauman. Ini manusia yang kita bicarakan. Orang Cina walaupun setinggan adalah manusia juga.
Itulah sebab nya, Tengku Razaliegh telah lama sejak tahun 2008 lagi mendesak kerajaan pusat menyediakan kemudahan perumahan. Dan baru baru ini PM Najib telah mengistiharkan pembinaan 1500 rumah PRT di Galas- untuk 750 India dan Cina dan 750 unit untuk orang Melayu.
Jadi, kita ketepikan pendapat yang mengatakan undi Cina kita tidak perlu. Tapi apa kita nak buat. Dari setengah orang, apa yang keluar dari mulut mereka di atas, sama kualiti dengan apa yang keluar dari tempat keluar di bawah.
Politik demikian, tidak ada tempat dalam kamus politik keserdehanaan.
Di dalam kawasan DUN Galas, masyarakat Cina terhimpun di kampong Desa Pulai. Ia sebuah kampong dalam kawasan parlimen Gua Musang yang terletak di tepi sebuah tasik. Nadi kampong tersebut ialah sebuah tohkong yang agak besar. Ia merupakan tempat peribadatan yang terpenting untk masyarakat Cina di dalam kawasan Gua Musang.
Berapa lama agak nya kampong ini ujud? Dialam biara di Desa Pulai terdapat sebuah patung. Iany di bawa dari negeri Cina. Patung tersebut berusia lebih dari 600 tahun. Ertinya, masyarakat Cina di desa pulai sudah ujud lama di Gua Musang. Kita tidak pasti bila agak nya Cina pertama bermastautin di Pulai. Yang orang sini tahu,masyarakat Cina sudah ada di Pulai sejak awal kurun ke 20.
Kita tidak ada rekod mengenai rekod sejarah mengenai keududukan sejarah masyarakat Cina di Gua Musang. Yang pasti nya mereka sudah lama disana.
Yang kita pasti juja, ialah kemajuan dan pembangunan moden Desa Pulai banyak kaitan dengan Tengku Razaleigh Hamzah. TRH adalah ahli parlimen Gua Musa yang telah banyak jasa kepada masyarakat Cina Pulai.
Banyak kemudahan kemudahan moden di sana di usahakan oleh Tengku Razaliegh Hamzah. Masyarakat Cina di Desa Pulai juga berhutang budi dengan Tengku Razaleigh dan juga keluarga Tengku Razaleigh. Sejak dahulu lagi masyarakat Cina Desa Pulai tetap setia kepada kepimpinan Tengku Razaleigh. Kerana di dalam Tengku Razaleigh , mereka melihat seorang yang mampu membela mereka secar adil.
Dizaman pemerintahan Jepun, masyarakat Cina di Pulai Gua Musang amat sengsara di zalimi. Namun mereka tetap bersetia kepada negara ini. Ayahanda Tengku Razaleigh lah yang membawa pemimpin2 Cina Desa Pulai lari ke tempat dalain dalam negeri Kelantan. Beliau jugalah ynag telah berusaha mendesak tentera Jepun supaya tidak membinasakan biara dan tohkong yang di bawa dari negeri Cina.
Setelah Jepun kalah , orang2 Cina kembali ke Pulai dan amat berterima kasih kerana biara dan tohkong mereka di selamatkan.
Maka sehingga hari ini, masyarakat Cina di Pulai senentiasa bersikap pragmatik. Mereka mahukan pimpinan yang boleh di percayai untuk membela dan melayani mereka dengan adil. Itu sahaja yang mereka minta.
Dan bagaimana konsep adil itu di terjemahkan kepada mereka?
Orang Cina Pulai tersangat pentingkan pendidikan dalam bahsa ibunda mereka. Keadilan untuk mereka tercapai apabila sekolah SK Cina Pulai mendapat pembelaan dari kerajaan BN. Baru baru ini MCA telah pun mengistiharkan bahawa sekilah SK Desa PUlai di senaraikan dalam sekolah yang akan mendapat bantuan kerajaan.
Orang Cina yang menjalankan perusahaan yang pelbagai disana, menanam getah, meenjalankan kerja kerja pengilangan papan, menghargai usaha Tengku Razaleigh Hamzah mendapatkan hakmilik keatas tanah tanah yang mereka terokai.
Biara dan tohkong yang ada di ses aPUlai pula telah di letakkan di bawah status heritage. Ini di umumkan oleh menteri berkenaan, Rais Yatim. Tindakan ini akan meletakkan biara tersebut sebagai penerima penjagaan dan banutuan kewangan kerajaan.
Maka jika di hitung, permintaan Cina Pulai adalah tersangat asas. Penunaian permintaan mereka bukanlah terhad hanya kepada respon fisikal kerajaan. Ianya adalah symbol bahawa ini sebuah kerajaan yang mereka boleh yakini akan membela mereka dnegan adil.
Apakah yang di mahukan oleh masyarakat Cina di PUlai? Mereka mahukan kepimpinan yang sederhana dan melayani mereka secara adil. Yang lain, mereka hadapi sendiri.
Berdasarkan pengamatan saya, sebahagian besar pengundi Cina di Desa Pulai dan Bandar Gua Musang akan memihak kepada parti Ku Li.
Dato',
ReplyDeleteMungkinkah masyarakt Cina Desa Pulai akan dapat melupakan atau memaafkan tindakan Kerajaan BN pimpinan Tan Sri Mohamad Yaacob yang menghancurkan kampung mereka untuk dijadikan lombong emas? Lombong emas tersebut tidak sedikit pun memberi kekayaan kepada Negeri Kelantan atau penduduk Desa Pulai. Sebaliknya ia menghilangkan segala peninggalan sejarah mereka sehingga tidak sebiji pun rumah asal masih kekal. Masihkah mereka mengaharapkan pembelaan dari kerajaan sedimikian yang sedikit pun tidak menghiraukan kepada rayuan pemimpin mereka?
Pak Tua
To' Sakmongkol, lepas ni tulis pulak pasal undi melayu . undi orang asli dan india di galas...Saya setuju dengan pemerhatian To' Sakmongkol iaitu dengan memulai kempen secara low key approach dengan menggunakan kaedah bertemu dengan kumpulan-kumpulan kecil, YBM Ku Li berjaya menentukan tempo dan secara tak langsung berjaya melakukan strategi containment terhadap pihak lawan.
ReplyDeletebagus laa datok ..kalau masyarakat cina pulai menyokong BN tapiii masalah nya apa akan terjadi kalau mereka tk menyokong BN?? apa yg saya dengar dan apa yg saya lihat mereka juga meyokong PAS..pada mereka PAS tidak menyusahkan mereka PAS tidak pernah menekan mereka dalam kehidupan harian mereka sebab majoriti penduduk cina galas adalah peniaga, mereka laa yg banyak berniaga di sana orang-orang melayu gua musang hanya lah berniaga kedai2 makan dan kedai2 runcit tetapii dari segi perniagaan yg lain semua nya di monopoli oleh orang2 cina, cuma apa yg mereka mahu ialah tanah utk di dirikan rumah, untuk makluman dato tanah di kelantan hanya boleh di miliki oleh orang melayu kelantan sahaja kecuali mendapat kebenaran dari ahli majlis mesyuarat kerajaan kelantan, so agak2 mereka sokong tak BN????
ReplyDeleteOrang Cina sebenarnya tidak bergantung sangat kepada wakil rakyat. Mereka akan selesa jika wujud peluang perniagaan di tempat mereka. Tidak seperti orang Melayu sentiasa mengharap ehsan wakil rakyat hatta masalah peribadi mereka sendiripun jika boleh wakil rakyatv selesai.
ReplyDeleteWalau apapun alasan mereka, undi Cina itu perlu kerana mereka rakyat Malaysia juga. Mereka juga perlu dilindungi dan diberikan hak mengikut perlembagaan negara.
ni mcm bukan style tulisan sakmongkol ni!!!
ReplyDeleteDato,
ReplyDelete1. Saya melihat PRK Galas ini satu rahmat bagi penduduknya terutamanya orang melayu dan bukan melayu.
2.Agaknya terdapat sedikit shift dalam pemikiran pemimpin UMNO dalam mencurahkan projek-projrk mee segera di kawasan majoriti orang melayu. Moga-moga ini bukan kes terpencil disebabkan suasana unik sahaja atau faktor Kuli sahaja.
3.Selalunya bagi kawasan seperti ini, UMNO setiasa mengamalkan tektik mencurahkan projek mee segera dan gula-gula hanya kepada kaum bukan melayu sahaja. Kaum melayu dianaktirikan.Orang melayu hanya diberi sekadar RM 50 dan sehelai pelikat sahaja.
4. kali ini kita dapati kita dapati setiap menteri melayu datang membawa projek-projek segera kepada masyarakat melayu lebih baanyak dari bukan melayu. yang terpenting ialah pengumuman untuk memlaksanakan PPR yang bernilai RM 180 juta.
5. dalam membawa projek-projek segera ini, kita dapat melihat satu approach baru dari pihak UMNO - tidak ada lagi ugutan undi dulu baru bawa projek.
6. Orang melayu kelantan dari satu segi unik dimana paksaan dan ugutan adaalah merupakan satu penghinaan. Kalau nak mengugut, sampai bila pun mereka tak akan tunduk.
Politik mengugut yang dibawa oleh UMNO kelantan sejak 20 tahun - "undi UMNO dulu baru kita bawa pembangunan" - adalah salah satu punca mengapa UMNO Kelaantan menjadi pembangkang selama ini. Politik sebegini mungkin berkesan dinegeri-negeri lain tetapi tidak di kelantan.
7. Mengenai undi cina di galas - saya rasa kali ini mereka akan menyokong UMNO atas faktor batang tubuh Kuli yang membawa stail kempen non-confrontational. Kalau selain Kuli, saya percaya UMNO gagal.
bat8
I think the Chinese votes are more or less secured by Ku Li.
ReplyDeleteThe Chinese still remember the deeds of his father when he was Menteri Besar who moved them temporarily to Besut during the communist regime.
It's the Malay votes which both parties are clamoring for now.
PAS is indeed desperate that candidate Dr Zul went to KL on the day of the Malaysia Cup to campaign for votes.
The RM250 money for voters to come back home was also a desperate measure. UMNO is not offering any.
Kelantan's football victory also gives the edge to UMNO since Annuar Musa is now regarded a local hero.
The only thing that can upset the votes is if the Kelantan Sultan agrees to PAS move of handing out land titles to the Orang Aslis.
Then there's the prescence of the persona-non-grate Sultan's younger brother Tengku Fakhry.
These two royals will impact the voters. Not Anwar Ibrahim or LGE who came all the way from Penang in his Mercedes.
Kelantan does not think highly of Anwar.
According to my relatives in Kelantan, the UMNO candidate is really hands-on with the people. He is seen helping in the gotong-royong during the kenduris there.
He is also playing clean when he could have used Dr Zul's skeleton in the closet to his advantage.
There were hush-hush talks that Dr Zul was caught khalwat with a divorcee of a convert. He married her last year but at a different district.
And the meks and mak chiks there are saying that Dr Zul bulak mace bule (bulat macam bulan) could affect his votes especially since he is a doctor who is not a good advertisement for health.
Those weight conscious feels that he should have shed some pounds to make him more appealing.
They compare him to Aziz who is fitter and handsomer.
It may look petty but that's how women vote for a candidate.
With due respect to TRH and Dato Sak, not a single non-Malays vote should go to UMNO and its band of racist bandits.
ReplyDeleteini la masalah nya..bila prk..kerajaan pimpinan umno membuka mata melihat masalah kaum cina..kaum melayu terus diketepikan seolah olah undi kaum melayu tiada nilai nya..memang benar, masalah sosial adalah masalah semua tidak kira kaum tetapi kerajaan pimpinan umno tidak melihat masalah sosial itu adalah sebahagian masalah kaum melayu..melayu dibiarkan hidup dgn penuh masalah..
ReplyDeleteAbout Dr Zul's khalwat, phamplets are distributed to Gua Musang people.
ReplyDeleteIt is the work of PAS and distributed by PAS people.
UMNO is not using it as their campaign.
So PAS is so Islamic yeah.
Anon 17.28
Good, you racist. let's give a round of applause to you.
Is your verdict same as mine that Aziz will win.
ReplyDeleteCan I guess you went with Aspan to Gua Musang and are now back home?
quiet despair,
ReplyDeleteno, i didn't go to gua musang with Aspan. went there with my own people from Pahang. we are still here moving around incognito.
BN will win Galas on account of the personal appeal of TRH.
KJ dan KP Gua Musang Bazlan secara aktif pancing undi Cina. Inilah pemimpin kita mau. Tak percaya, tanyalah sendiri.
ReplyDeletecliffhanger but yeah its a no brainer kuli ought to win this one,
ReplyDeletehowever i doubt them kelantanese royalties rooting for pas.
- Ikan Tongkol -