Konsentrasi pengundi Melayu di DUN Galas ialah di dalam kampong Sungai Terah dan Desa wawasan Kampung Batu Papan. Sungai Terah adalah kubu kuat PAS manakala kampong Batu Papan boleh di katakan kubu kuat UMNO dan BN. Satu lagi penempatan orang Melayu ialah Taman Wangi iaitu sebuah kawasan perumahan yang di bangunkan oleh KESEDAR.
Sebagai bandingan saya mahu bercerita mengenai kampong Batu Papan dan Kampung Sungai Terah- kedua dua nya mempunyai 100% penduduk Melayu. Kedua dua nya di bangunkan oleh inisiatif persendirian. Taman Wangi di bangunkan dengan bantuan KESEDAR.
Apakah yang boleh kita katakan mengenai dua kawasan konsentrasi orang Melayu ini? Mungkin pernyataan keadaan sebenarnya, memerlukan pengamatan orang luar. Pengamatan orang dalam atau tempatan mungkin di kaburkan oleh penilaian yang sabjektif.
Sebagai orang luar misalnya, kita boleh melihat sesuatu secara 'detached' dan outside the box.
Perkara pertama yang menyentak perasaan kita ialah- sesiapa sahaja yang mengatakan bahawa politik pembangunan atau politics of development tidak lagi releven, ternyata menipu diri sendiri dan menipu masyarakat. Apa tujuan kita mendapat kuasa politik jika itu tidak menjadi priority kita? Orang PAS pun tahu, mereka mahukan pembangunan melalui PAS. Jika kita tidak dapat deliver atau menyampaikan kebaikan kepada seramai orang , baik kita duduk di rumah buat kerja sendiri. Jangan berpolitik lah.
Pembangunan dan kemajuan ekonomi lah prioriti pertama sesiapa yang memerintah. It's the economic development. Ini satu kemestian.
Saya tidak kira sama ada kita ada inklinasi politik yang mana, nak memilih pimpinan berserban atau yang bersongkok, isiu pembangunan ekonomi mestilah isiu yang teratas sekali. itulah sebab nya kita berpolitik pada mula nya pun, iaiatu mendapat kuasa untuk membawa kemajuan dalam hidup seramai mungkin manusia.
Adakah kita ingat masyarakat di DUN Galas tidak kira apa bangsa mereka, tidak mahukan pembangunan? Mereka yang duduk di persekitaran stesyen keretapi Gua Musang dalam rumah setinggan yang kurang selesa, tidak mahukan kemudahan perumahan?
Maka bila PM mengistiharkan pembinaan 1500 unit rumah PRT ia disambut dengan gembira dan rasa syukur oleh ramai penduduk. Orang bukan Islam bersyukur cara mereka, orang yang Islam bersyukur mengikut tahap fahaman agama Islam mereka. Kalau tidak berdoa panjang lebar, sekurang kurang nya mereka mengucap Alhamdulillah.
Jadi, jangan kita nak menipu diri sendiri dan orang lain. Semua nya mesti berkait dengan kemajuan ekonomi. Jangan kita membebankan jenerasi yang akan datang dengan mengatakan kemajuan ekonomi tidak penting. Semua orang mahukan bumbung yang menutupi kepala, persekitaran yang menyokong kemajuan, perkerjaan dan peluang pelajaran yang baik.
Saya mengatakan perkara ini, kerana sebagai orang yang datang dari luar, saya melihat, perbezaan antara dua 'enclave' Melayu- Batu Papan dan Sungai Terah melambangkan apa yang mungkin.
Keadaan di Sungai Terah ternyata sangat tidak menyenangkan. Impresi pertama apabila saya masuk ke kawasan Sungai Terah, saya menyatakan kepada sabahat saya orang tempatan, kampong ini macam new village orang Cina pada peringkat awal. Keadaan kebersihan tidak berapa baik. Pembangunan bersepah sepah. Rumah2 di bina berhampiran dengan gigi jalan. Jalan jalan kecil. Pendek kata, pembangunan dalam kawasan Sungai Terah ini tidak tersusun dan tidak ada hala tuju. Main pakai hentam sahaja.
Adakah ini yang di mahukan oleh orang Melayu? This is not the Kelantanese spirit.
Jangan kita memperdayakan diri kita bahawa kita tidak memerlukan kemajuan dan pembangunan fisikal. Kita orang dewasa yang sarat dengan prejudis dan keras hati mungkin dapat berkata demikian, tapi anak anak kita bagaimana? Janganlah kita memaksakan pandangan hidup kita dengan pilihan sabjektif kita.
Bandingkan tempo kemajuan Sungai Terah dengan apa yang berlaku di Desa Wawasan Batu Papan. Di Batu Papan pun, kemajuan di sana di gerakkan oleh inisiatif persendirian juga. Kampong nya lebih tersusun dan jambatan kecil yang hanya membolehkan traffic lalu lalang mengikut giliran, menambahkan keunikan kampong Batu Papan. Persekitaran nya lebih bersih dan menyukakan hati kita.
Jika saya orang Melayu, saya akan memilih kemungkinan yang di tawarkan oleh Batu Papan dari Sungai Terah. Saya berharap jenerasi yang akan datang dan pengundi yang akan kembali ke Galas walaupun di bayar RM 250 setiap sorang akan memilih masa depan yang lebih baik.
Kita tidak boleh sejahtera dengan hanya gambar Tok Guru. Saya menyatakan ini dengan rasa hormat sebab sebagai seorang Muslim, kita pun tenteram melihat wajah tokoh agama yang menadah tangan berdoa.Tapi adakah tenteram jenis itu yang di kehendaki masyarakat?
Moral cerita Sak ialah undilah BN untuk kesejahteraan dan pembangunan diri, wahai ore Galoh.
ReplyDeleteHidup kita ni tak cukup dengan berdoa sahaja. Kita sendiri mesti mengorak langkah untuk membawa perubahan diri dengan memilih parti yang boleh membawa kemajuan untuk kita dan kawasan kita.
Waimapun masih ada lagi pujukan undilah PAS untuk masuk syurga.
Harap mek dan awe Kelante di Kolumpo gunakan duit RM250 untuk kelik kampung dengan mengundi dacing.
A blessing in disguise that the clean politics sans Anwar sodomy issue or other interests of KL people are not brought up.
Thus the people can see the stark reality of the sad state of affairs of the villagers in the constituency.
Saban hari saya menengok TV memaparkan kisah sedih orang kampung yang dijanjikan tanah itu dan ini untuk membina rumah yang selesa.
Mereka menceritakan syarat perlu menyokong bulan untuk mendapatnya.
Hingga kini habukpun tak de.
Selepas penipuan itu, dah tentulah rasanya Galas akan mengubah nasib dengan memilih Aziz.
Biarlah Galas menjadi precursor untuk Kelantan berubah selera menjadi negeri yang maju.
Dengarnya Tok Guru kurang sihat. Doakannya sembuh. Tetapi sudah masanya Tok Guru mengundur diri.
Brand politiknya pun kini confusekan people dengan menghalalkan dan mengharamkan semata-mata kerana bersekongkol dengan DAP dan Keadilan.
Galas adalah satu petunjuk yang PAS dan UMNO boleh bersatu. Jika Ustaz Hadi mengambil alih, penyatuan kedua parti ini boleh diusahakan menjadi realiti untuk gagasan kuat orang Melayu dalam GE13. Insyallah.
P.S.Berulang kali OCPD Gua Musang and IGP memberi amaran jangan membuat kacau pada hari mengundi.
Harap gangster Keadilan Kolumpo mematuhi arahan ini.
Kata OCPD, penduuk Gua Musang telah hidup dalam harmoni dah lama. Janganlah memecah-belahkan mereka.
Sak, terdapat typo error di mana bro tertinggal perkataan tidak. Thanks.
Nampaknya anda dapat bersama-sama menyambut kemenangan BN malam Jumaat nanti.
Sedihnya DS Najib tidak dapat menjenguk ore Galoh.
Salam Dato'
ReplyDeleteSaya bersetuju dengan pandangan Dato'. Cuma persoalannya kenapa tiap kali BN nak buat pembangunan di kawasan desa kena tunggu Pilhanraya dahulu. Kena tunggu seseorang ADUN meninggal? Sebelum ni tak ada ke ura-ura atau cita-cita benar-benar nak membantu rakyat. Sebelum ini tak nampak ke masalah yang dihadapi oleh rakyat?? Termasuklah PAS jugak....tak cukup hanya nak tengok gambar TOK GURU. Kenapa ya Dato'? Adakah trend politik di Malaysia sememangnya begitu??? Susah jugak nak faham pemikiran orang politik ni.
Dato, kita perlu berdoa dan masa depan yang lebih baik ia lah apabila rakyat menjadi tuan dan tak di kelentong olih mereka yang berkuasa, hipokrit tak kira lah dari parti politik mana pun PAS ke UMNO.
ReplyDeleteSo let us make the people understand. The rakyat must be made aware and to start the ball rolling we need sacrifices and the current power that be is not willing to change then we change the government, tetapi kalau semua tak mahu maka tanggung sahaja lah.
Rasa nya kedudukan negara hanya menunggu gerakan orang Melayu sahaja-kalau Melayu tak nak maka begini lah nasib ku orang kampung dan keturunan ku seterus nya. Nak migrate ke luar negara seperti kaum lain tak sanggup, so like it or not you stay or make your move!
BN or PAS apa beza nya? Hanya yang akan membezakan mereka kalau mereka takut kan ALLAH, so pandai pandai lah rakyat GALAS....
Pembangunan tahi kucing yang selama ini merugikan rakyat..
ReplyDeleteCuba ambil balik 20% commision dan 20% perbaziran daripada setiap peruntukan dalam setiap tahun dan belanjakan untuk kepentingan rakyat, dah lama negara ini makmur!
Melayu asyek kena tipu dengan agenda pembangunan..betul-betul meloyakan.
Dato Sak,
ReplyDelete1. Orang melayu kelantan tidak menolak dan memang mahukan pembangunan. Tetapi pembangunan itu mestilah yang membawa manafaat kepada rakyat, tidak menjadi umpan/ugutan sokongan politik.
2. so say kerajaan negeri dibawah PAS tidak melaksanakan pembangunan atau hanya mementingkan akhirat semata-mata adalah tidak benar.
3.Pertama-tamanya tanggungjawab membawa pembangunan adalah antara tanggungjawab kerajaan persekutuan, tidak kira pari mana yang memerintah negara, sebagaimana dipersetujui oleh semua negeri-negeri melayu yang meyertai persekutuan tanah melayu tahun 1948.
2. Kedua, negeri kelantan seperti juga perlis mempunyai pendapatan yang kecil berbanding dengan negeri-negeri lain. Pendapatan kecil ini tidak memberi kekuatan kewangan yang banyak untuk melakukan pembangunan tambahan.
Jika kriteria kerajaan yang menjadi alasan banyak atau sesikitnya pembangunan sesuatu negeri, perlis tentunya sudah setaraf dengan Selangor kerana ianya diperintah oleh UBN sejak merdeka lagi.
Kelantan juga pernah dip[erintah oleh UMNO selama 12 tahun dari 1978 - 1990. Jika kriteria yang sama juga dipakai, dalam tempoh tersebut tenmtunya pembangunan negeri kelantan amsa itu begitu pesat sekali. Tetapi hakikatnya,kerajaan UMNO tidak juga membawa pembangunan yang hebat selama 12 tahun itu.
Legasi kerajaan UMNO Kelantan masa itu ialah hutang kerajaan pusat sebanyak RM 750 juta lebih. Hutang tersebut telah dibayar oleh kerajaan PAS sekarang dan rasanya baki hutang yang tinggal kurang RM 10 Juta.
bat8