Wednesday, 8 September 2010

Siapa lain yang bercakap untuk Najib?



 
Masaalah UMNO sekarang:-

  1. Pemimpin yang tidak mampu menyampaikan cerita kepada rakyat.

  2. Barisan pemimpin yang tidak faham wawasan Najib Tun Razak atau takut untuk bersama nya menceritakan cerita yang serupa

  3. Para pengikut UMNO yang tidak yakin kepada pemimpin tertinggi dan faham konservatif Melayu mereka masih menebal.

  4. Tidak ada percubaan Najib untuk mendepankan idea kepimpinan Melayu yang berhemah untuk menangkis idea ketuanan Melayu. Yakni Malay leadership lwn. Malay supremacy.
Oleh kerana ujudnya kekosongan antara apa yang di cakapkan oleh Najib secara solo dengan fahaman orang Melayu, maka peranan UMNO di 'forfeit' dan di ambil alih oleh pertubuhan seperti Perkasa. Tidak ada cerita yang baharu yang di ketengahkan untuk mengatasi Perkasa. Bahkan ramai pula orang UMNO yang tertarik dengan gagasan yang di niagakan oleh Perkasa.
Forfeiture tadi disebabkan pada asas nya oleh kepimpinan yang gagal menyampaikan cerita alternatif yang menarik hati rakyat. Jika Najib mengharapkan kesedaran sosial datang dengan sendiri tanpa mengambil assertive action, dia akan kecundang. Saya berkata begini secara jujur untuk melihat UMNO hari ini terus releven. Tapi ia akan di ketepikan oleh orang Melayu jika pemimpin kita lemah. Kecuali wawasan nya di kongsi bersama oleh orang Melayu dan rakyat Malysia, pemimpin UMNO akan gagal.
Kita telah menceritakan bagaimana Najib setakat ini gagal menyampaikan mesej nya. Pertama tidak ada 'punaisihat' nya yang menjelalah keseluruh negara memberitahu apa wawasan Najib. Yang kita dengar ialah kaki temberang yang mengugut bangsa lain, mencemuh bangsa lain. Nyata sekali ini cara lama yang di pakai oleh UMNO yang tidak sekali menunjukkan persamaan dengan fikiran Najib. Apa sudah jadi?
Ini menyebabkan orang bertanya adakah Najib jujur dalam mencernakan idea nya mengenai 1 Malaysia? Kalau dia jujur mengapa kejujuran ini tidak di cerminkan oleh orang bawahan nya? Muhyidin dan para pemimpin lain tidak pula menyanyikan lagu yang sama. Pimpinan UMNO kelihatan seperti bercakap at cross purpose. Nombor satu dengan 1 Malaysian nya. Nombor 2 dengan Melayu nya.
Kedua, ia menyebabkan orang bertanya, betulkah Najib yang memikirkan konsep2 dan slogan yang di laungkan? Adakah dia tidur pukul 3-4 pagi seperti Tun Razak memikirkan cara bagaimana memajukan orang Melayu? Aau mungkinkah slogan 1 Malaysia nya di fikirkan oleh pihak lain seperti APCO atau syarikat pakar runding PR yang lain?
Adakah konsep 1 Malaysia di perdebatkan oleh Majlis tertinggi UMNO atau Majlis Tertingi BN? Memandang kepada perkembagan berikut nya, kita boleh rasa tidak ada perbincangan yang di jalankan. Konsep 1 Malaysia di bentangkan secara fait acompli. Terima atau tidak, aku tidak peduli. Aku PM 1 Malaysia.
Di mana kah pemimpin selain Najib yang boleh bercakap dengan meyakinkan rakyat apa itu 1 Malaysia? Tidak ada kerana mereka tidak faham atau mereka takut untuk bercakap sebab khuatir pula akan kehilangan sokongan ahli UMNO dan orang Melayu. Kita tidak dengar Muhydin menghuraikan konsep 1 Malaysia, atau Shafie Apdal, atau Zahid Hamidi. Hishamudin Husin yang membesar dalam iklim yang lebih kurang serupa dengan sepupunya Najib pun tidak berani bercakap mengenai 1 Malaysia. Dia lebih serasi menghunus dan mencium keris iaitu lambang kuasa Melayu. Dan kita jangan lupa setiap orang Naib Presiden UMNO ini pun mahu jadi PM Malaysia. Tidak mustahil, ada antara mereka yang berkata biarkan Najib dengan konsep yang akan mengorbankan nya.
Pendek kata, Presiden UMNO membawa suatu gagasan yang tiidak secocok dengan jiwa orang UMNO keseluruhan nya. Outcome daripada kontradiksi ini hanya lah kekalahan di pihak Najib.
Ahli UMNO pula tida yakin kepada pucuk pimpinan parti. Yang mereka lihat saban hari ialah kesediaan pucuk pimpinan melakukan pengorbanan demi pengorbadanan. Yang mereka lihat ialah kepentingan Melayu dan yang dekat dengan Melayu di korbankan. Penggunaan kalimah Allah, isiu biasiswa untuk anak Melayu, isiu kegagalan NEP, NEP lebih banyak mengujudkan bilionaire bukan Melayu dari Melayu- Wang EPF lebih banyak membantu syarikat bukan Melayu seperti Lion Group, Sungai Way dan lain lain.
Saya tidak fikir Najib boleh melupakan jeritan dari perserta Kongress Ekonomi Perkasa yang melaungkan, jika satu demi satu konsesi di beri kepada bukan Melayu, apakah yang tinggal lagi untuk orang Melayu? Demikian juga saya tidak fikir Najib boleh melenyapkan laungan yang di lontarkan jika UMNO tidak mampu menjaga orang Melayu, kita tukar sahaja kerajaan.
Realiti nya, ada suatu disconnect antara aspirasi ahli UMNO dan orang Melayu dengan cerita yang hendak di bawa oleh Najib dan yang sedang di bawa nya secara solo. Rating nya yang tinggi adalah kerana responden kepada soalan Merdeka Centre melibatkan juga responden bukan Melayu. Kepentingan responden Melayu saya fikir, bukanlah sangat hendak melihat Najib sukses dalam wawasan nya, tapi lebih menjurus kepada mendapatkan peluang menumpulkan ekstremisme orang Melayu. Dan mereka melihat apa yang di bawa oleh Najib boleh menumpulkan ekstremisme Melayu.
Itu di dalam bab memenangi minda dan fikiran rakyat. Setakat ini UMNO nampak nya gagal. Orang kerana gagal, orang UMNO kembali merujuk kepada cara lama. Yakni cara yang di kemukakan oleh Ibrahim Ali dengan di nasihatkan oleh penaung nya- Dr Mahathir. Bla orang Melayu melihat program Najib tidak membawa mereka ke mana mana dan gagal menyelesaikan rintihan dan kebimbangan orang Melayu- mereka pulang ke pangkuan cara yang mententeramkan mereka. Iaitu bercakap dalam nada berkonfrontasi serta bercakap mengenai hak semula jadi. Orang Melayu kembali ke pangkuan mengucapkan harapan dan kebimbangan dalam nada menghunus keris dan menngunakan alatan2 paksaan( coercive instruments).
Jika Najib tidak melakukan perubahan yang lebih drastik dan bersungguh sungguh, ahli UMNO dan sebahagian besar orang Melayu akan kembali mengiktiraf dan menerima Dr. Mahathir dan fikiran nya, sebagai yang lebih sesuai untuk mereka.

15 comments:

  1. Salam Dato',

    Sebenarnya masalah dalam UMNO ini cukup teruk dan komplek.Ianya terhasil daripada kealpaan para pemimpinnya yg membiarkan pelbagai kuman dan vairus meresapi dan menyerangi saraf dan jiwa ahli-ahlinya sekian lama tampa sebarang usaha pembetulan yg gigih.

    Kini UMNO sudah hampir lumpuh.Jiwa dan semangatnya menjadi kaku dan layu.Anggota dan tubuh badannya tidak bertenaga dan letih lesu.Keadaan menjadi lebih parah apabila kepimpinan yg ada sekarang langsung tidak berupaya membuat sesuatu yg positif dan berkesan untuk mengubahkan keadaan itu.

    Para pemimpin UMNO seolah-olah hilang punca dan pendek akal untuk membuat sesuatu bagi mengubati dan memperkasakan UMNO kembali.Dalam keadaan sekarang UMNO memerlukan tidakan "overhaul" yg menyeluruh.Mereka yg diresapi kuman dan vairus penyakit rasuah,kronisma dan pelbagai lagi penyakit yg melumpuhkan UMNO kini hendaklah disingkir dan diketepikan.

    Yang menjadi masalahnya ialah pada waktu ini UMNO tidak mempunyai pemimpin yg berwibawa ,berani dan berkebolehan untuk bertindak demikian.Lantaran itu maka timbullah permasalahan seperti yg diutarakan olih Dato'itu.

    Pemasalahan itu akan berterusan kerana para pemimpin UMNO yg ada sekarang sudah hilang keberanian dan semangat juang untuk menegur dan bertidak untuk berubah kerana mereka terlampau memikirkan tentang kepentingan peribadi dan kedudukan - terlampau ghairah menyejar kekayaan dan kemewahan.

    Pada masa yg sama kita dapati PM Najib terlampau ghairah dan begitu yakin dengan kejayaan gagasan 1 Malaysia yg diperkenalkanya itu.Pada hal Gagasan 1 Malaysia itulah yg banyak menimbulkan kecelaruan dan kekeliruan yg akhirnya mebawa kesan negatif terhada kepimpinannya.

    Kecaluran itu timbul kerana gagasan itu ternampak kabur pengertiannya.Pada hal Gagasan itu senyaja dibuat demikian rupa untuk menyesuaikan semua pihak mengikut tafsiran dan selera masing-masing.Sebab itulah ianya nampak kabur kerana dalam kekaburan itu penciptanya mengharapkan akan wujud hikmahnya tersendiri.Pada hal kesan sebaliknya telah berlaku.

    Melihat pada senario yg ada sekarang nampaknya UMNO akan menempuh jalan yg amat sukar dan ada kemungkinan ianya akan rebah tersungkur dalam PRU akan datang.

    Askar Tua

    ReplyDelete
  2. Spot on. Only smart moeny understands 1Malaysia. UMNO terlalu kolot dan degil.

    ReplyDelete
  3. Salam Dato'

    DSN is seriously having skeletons in his wardrobe. That is my conclusion and analysis of his behaviour since he took over as PM. Somebody is holding his balls... Question is who?

    He has no guts to make hard decisions neither has he done anything that would make any difference in the apathy of UMNO's current predicament.

    He is no rank and file as he is considered from priviledged class. He does not have the depth and understanding or empathy or insight of the "normal melayu"

    I doubt he will make any difference. Come to think of it, he is pretty lame for a PM.

    It is not hard to predict that BN will most probably scrape by a simple majority of 51:49 in the next GE and from thereon UMNO will remain beholden to the other component parties just to be able to hang on to power just to rule (in name), if DSN continue his current behaviour.

    UMNO will continue to give more concessions to its non Malay component parties which will result: based on my understanding of the dynamics of what will happen, a big Melayu Mengamok.

    Kita tunggu dan lihat....

    Salam Aidilfitri untuk Dato' sekeluarga.

    Keturunan Jebat

    ReplyDelete
  4. Dato',

    Yes indeed...

    There is more to it than meets the eye...

    Just to share this...

    Winning hearts and minds of the people – JASA - http://dayakbaru.com/weblog08/2010/02/19/winning-hearts-and-minds-of-the-people-jasa/

    You be the judge.

    Cheers.

    ReplyDelete
  5. Dato,
    DSN do not have the machinery that works for him and his team. May be the team he had in PEMANDU still working on the concept, NKRA, labs, and what not. No one seem to deliver the message Najib want to give. Najib do not come from big group like GMPS or MBM which has ready members who understand his concept. The team in UMNO are the one he inherited from Tun Dol who inefficient and only interested to fill their pockets. UMON is paralysed with denial syndrome as the leaders are seekimg for little project that is left.
    They are just waiting for the RMK10 project to be announced by Najib and grab them.
    His walkabouts does not seem to bear good results other than dishing out money.

    ReplyDelete
  6. Najib must stay his course. After all, weren't the jebatmustdies too quiet when his Umno was ripping off the country's coffers?

    To use the threat that the Malays will mengamuk is not only low culture but blatant blackmail. Why not work harder to change the Malay mindset that all must work hard to earn anything, including openings to prosperity? And given the present situation, working hard together is the only recourse for the Malays. Old ways and simplistic reactions are gone.

    The national financial situation is dire. The coffer is emptying fast. Umno will die with the jebats if it doesn't move to be plural. See what has happened to Ibrahim Ali when he is countered by Nurul Izzah. He shows he is just a talk-cock idiot. And that is what Malay chauvinists will always be.

    ReplyDelete
  7. Dear Sakmongkol

    The writing is on the wall. But many in UNMO still can’t see it, and if they did, they don’t understand what it says, or they are in denial. Your pleadings will simply go to waste.

    It is not just a question of leadership at the top. The entire structure of UNMO has been weakened by 53 years of unchallenged rule. UNMO has deviated from its early purposes – to unite the Malays, to work with the other races to win independence, and to preserve Malay culture and position. We are already independent, and the Malays are no longer the near-homogenous society it was in 1946, so uniting them now under one big umbrella is an impossible task. As to Malay culture, it is not under threat by non-Malays at any rate. In fact it has evolved and has become more Islamic or more Arabic, but less Malay than it was in 1946. No one has an inherent interest in undermining Malay culture. The big question is, what of “Malay position”?

    This is the pre-occupation of the typical UNMO and PERKASA types. Is Malay position equal to Malay dominance? From an electoral perspective the non-Malays don’t have the votes and the seats to install a non-Malay PM who could potentially do harm to Malay interests; and surely no PM, whatever his race would do that in a democracy because it is politically suicide. For a very long time we will have a Malay PM, whatever party may rule. So relax. But Malay dominance means more than this. It means that every aspect of life here must have a “Malayness” to it. In a multi-racial, multi-cultural society this is not realistic and certainly not desirable. Are we not supposed to be a melting pot, some sort of rojak? Or is Malay dominance simply Malay leadership?

    If it is leadership that we are talking, the question to ask is: what is the quality of this leadership? Is it enlightened, broad, liberal and inclusive? If so, who cares who is leading, please carry on. If not, the people would want to change it, irrespective of what race the leaders come from.

    1/2

    ReplyDelete
  8. 2/2


    The over-arching theme in these discussions centres on UNMO’s obsession with Malay power. They have had it for 53 years, but today all seems wrong. How can this be if the “struggles” of UNMO are aligned with those of the Malays? Obviously UNMO leaders are out of touch with a large portion of their constituency. More precisely, UNMO has become a party where some Malays us it to enrich themselves at the expense of the Malay people whose aspirations they claim to promote. In other words, they enriched themselves on the backs of the common Malay. This is not just confined to a few leaders at the top, but the malaise extends throughout the party. So it is not a question of changing one or two persons at the top. The NEP was the enabling drug that did it.

    If it is the interests of the common Malays that we are talking about, the solution is simple – vote for the party that will best further their interests together with the legitimate interests of all Malaysians; vote for the party that will unite rather than divide; vote for the party that will bring prosperity to all, not just a few corrupt or privileged individuals; and vote for the party that truly believes in 1Malaysia, where people speak of country first and race second, and not the other way around.

    Wishing you and Family Selamat Hari Raya.

    ReplyDelete
  9. The arguement is still going around in circles. It was not about uniting Malays via UMNO it was more about representing them in the Alliance. All parties were represented. Now we need to leave representation or unification by brand. We know our neigbours,whoever they are.We need a leader to follow, a true blue leader with balls of steel.Opportunistic parties are intent on pulling away from the center. The leader must cut the chords that are used for this. Since Mahathir we have been made to ferment in different pots, to a point where we have the No 2 public servant saying he is part of the biggest one. These are signs that we are no where near the place we need to be. Cut the chords, the race,religious,favouritism,nepotism ext.ext. Start on day one of the 4 year period. No compromise,stay in the centre. We need to beat Perkasa ,the jebats,and all representation by brand.We need to evolve, seriously.

    ReplyDelete
  10. Tak ada guna lagi kita bercakap pasal Umno,kerana Umno sudah tidak mempunyai harapan utk terus berkuasa,juga tidak ada harapan lagi untuk memperbaiki diri.Lihat saja para pemimpin Umno yg ada sekarang, mana sangat muka yg boleh di harapkan,yelek.Lebih baik kita pakat-pakat join PAS,perkuatkan Melayu dan Islam bersama PAS.Kalau 80% Melayu besama PAS,rasanya Melayu akan kuat kembali dan kembali di hurmati.Para pemimpin Pas bukanlah 100% bagus tapi sekurang-kurang ramai di antara mereka yg keperibadiannya jauh lebih baik dari pemimpin Umno.

    Sdr.Sabri,rasanya nasihat arwah Rahim Bakar mengenai ini mungkin betul.Jom kita join PAS.Saya sekarang masih dalam PKR,tapi kalau Zaid jadi pemimpin PKR saya nak tinggalkan PKR dan nak join PAS,join Umno tak terlintas dlm kepala.Ni cakap ikhlas ni.

    ReplyDelete
  11. Salam Dato',

    Came across an interesting article.. In light of our current predicament in UMNO who is "ruling/leading party" I feel that is appropriate to look at this and see where do we go from here...

    http://www.opinion-maker.org/2010/09/anglo-saxon-law-is-the-tool/

    Are we "truly free" to self govern as we "think" we had for the past 53 years?

    Keturunan Jebat

    ReplyDelete
  12. Dato Sak,

    You have written so many good articles..very incisive n reflective of the current scenario.Of interest is your playfulness in inciting responses/commentaries from the obviously diverse audience you have.

    Definitely,lots are racist if not all.And its as institutionalized and organised...

    I am a Bumi..I don't think we have any more time for rhetorics and gamesmanship.We need to recover whats ours..the fruits of the NEP over last 30 years BASTARDISED and STOLEN by our own traitors & the non Bumis.

    I demand that govt establish an all powerful Anti Racketeering (RICO) equivalent to GO FOR A HUNT to recover allill gotten gains from ILLEGAL acts committed against NEP n Bumiputra.

    Recover the losses FOR LAST 30 YEARS from OR provide real n conclusive evidence of no wrong doings..so people will be HAPPY that govt is squeaky clean ;

    Heat Rates manipulations of IPP
    IWK merry go round
    Proxy Bumi ownerships on IPOs
    Bumi AliBaba fronts
    Gamuda Smart,LDP,Double Tracking
    YTL sentul,ERL & bukit bintang
    Wibawa contractors
    Penang Second Bridge (billions?)
    Setia EPF/PKNS & Abdullah Hukum
    Crooked Bridge
    Ircon Railway
    East Coast Expressway..no money out,all honey
    MEX/SMART..same..no money out, all honey
    Bumi Shareholdings PLC
    Bastardised Profits from grant of CIMB shares ?
    SCOMI n the buses saga
    MISC bailouts
    TanSri Nor..from bank negara to today
    Abrar the Saga
    MRCB..& the HongLeong bank license.
    AP Kings,yoghurt to Helicopters..
    PKFZ,Bagindas,Adibs n Target
    Daim's Boys
    Khazanah & their merry consultants
    MAS..perpetual messy MAS..

    Ok..these are some of the RUMORS we get from the net.We do not know what to believe but we sure don't trust our leaders 100%..till all above is refuted conclusively.

    And all MONIES lost from all the naughty dealings..reputedly 50 billion and MORE ;when recovered can be used as seed fund to develop the Bumis.

    Whats so difficult to do that?

    The best outcome is of course findings that everything is all legal,aboveboard and in the spirit of the NEP.The worst outcome is for many people to be indicted,assets seized and justice takes its course.

    But..thats the only way forward.In corporate parlance..its kitchen sinking.The hurt is too deep for cosmetic surgery...

    ReplyDelete
  13. cont..2/2


    MEX/SMART..same..no money out, all honey
    Bumi Shareholdings PLC
    Bastardised Profits from grant of CIMB shares ?
    SCOMI n the buses saga
    MISC bailouts
    TanSri Nor..from bank negara to today
    Abrar the Saga
    MRCB..& the HongLeong bank license.
    AP Kings,yoghurt to Helicopters..
    PKFZ,Bagindas,Adibs n Target
    Daim's Boys
    Khazanah & their merry consultants
    MAS..perpetual messy MAS..

    Ok..these are some of the RUMORS we get from the net.We do not know what to believe but we sure don't trust our leaders 100%..till all above is refuted conclusively.

    And all MONIES lost from all the naughty dealings..reputedly 50 billion and MORE ;when recovered can be used as seed fund to develop the Bumis.

    Whats so difficult to do that?

    The best outcome is of course findings that everything is all legal,aboveboard and in the spirit of the NEP.The worst outcome is for many people to be indicted,assets seized and justice takes its course.

    But..thats the only way forward.In corporate parlance..its kitchen sinking.The hurt is too deep for cosmetic surgery...

    Kind Soul Kennedy

    ReplyDelete
  14. Salam Eid mubarak Dato Sak

    Yang bercalap utk PM DS Najib, KJ sorang. Tapi PM tak ambil endah atau serius transformasi dibawa KP UMNO. PM patut tgk sapa yang ikhlas perjuangkan matlamat dan objektif gagasan yng dibawanya.

    ReplyDelete
  15. Kawan baca tulisan Dato' tu betul.Saya tak nampak pemimpin UMNO lain mempunyai persamaan fikiran dengan Najib kecuali jadi Pak Angok saja! Duduk minum kopi dengan orang kampong sorang pun tak faham 1Malaysia.Orang orang inilah yang akan tentukan masa depan UMNO bukan Idris Jalal and Su Koon.
    Kena buat lab abru kaji macamana hendak tarik minat orang kampong ini kepada UMNO balik.Kalau tidak macam Che Det katalah, UMNO akan menghadapi zaman yang sama dengan LDP di Jepun atau kena restmacam Kongress party di India bila BJP berkuasa.
    Tapi Kongress party naik balik sebab orang India suka Sonia wanita Italy, tapi orang Malaysia tidak suka Rosmah dari Kampong Pulau Melaka.
    Mungkin orang UMNO bandar suka cara macamana Jho Low - budak Penang jadi jutawan dalam umur yang masih muda dan kawan baik Paris Hilton. Jho Low ini kawan baik Najib jugak.Jangan Paris Hilton bawa ganja ke Malaysia pulak nanti kena tangkap bolih kena hukuman gantung di Malaysia, jadi berita hangat dunia kalah Formula 1 Sepang.
    Saya pun kesian tengok budak budak UMNO sekarang tiada platform yang bolih menjurus kepada kegemilangan parti UMNO seperti zaman saya dalam UMNO dulu.
    Letih Najib nak fikir ni, punaisihat memanglah semua sihat makan multi dollar yang tidak perlu prescripsi,hidup dalam kegembiraan dan khayalan kalbu untuk lebih kaya lagi berkuasa.

    Nelayan Kuala Pahang

    ReplyDelete