Wednesday, 8 September 2010

Najib, wawasan nya dan UMNO



Boleh jadi ramai orang tidak ambil pusing akan kaji selidik yang di jalankan oleh Merdeka Centre. Yang saya maksud 'ramai' disini ialah puak2 UMNO. Masaalah dengan orang UMNO ialah mereka ingat UMNO telah kembali kuat. Jadi mereka tak perlu tukar sikap. Tak perlu meyakinkan rakyat. Tak perlu menunjukkan bahawa UMNO itu lah wadah yang paling terbaik untuk bukan sahaja kepentingan puak UMNO tapi untuk seluruh masyarakat Malaysia.
Masaalah pokok kepimpinan Najib ialah ia nya tidak menyampaikan wawasan nya dengan baik kepada ahli UMNO dan rakyat. Malah tidak ada pun. Yang kita dengar ialah penghasilan slogan yang memualkan. Satu Malaysia ana yang punya, makmal itu dan ini, KPI, NKRA, dan sekolah memandu kereta yang special( Pemandu).
Ini terjadi kerana Najib tidak ada suatu pasukan aktivis politik yang menyampaikan mesej nya kepada rakyat. Najib seolah olah melakukan kesilapan paling fundamental iaitu menyamakan pengurusan politik macam pengurusan korporat. Jadi dia suruh orang seperti Idris Jala menyampaikan mesej nya. Idris Jala seorang corporatist, bukan orang politik.
Idris Jala mampu lah mengujudkan makmal itu dan ini, mengujudkan sekolah memandu khas untuk ahli UMNO yang dapat lessen beli atau lessen kopi O dan sebagainya. Pendekatan Idris Jala ialah seperti masuk ke bilik Lembaga Pengarah dan menakutkan ahli lembaga pengarah bahawa kalau kita tak buat ini, ini, kita akan bengkrap. Bila dia cakap demikian, lembaga pengarah yang sefikiran dengan nya akan bertindak seperti yang di mahukan.
Lembaga pengarah UMNO pula seperti Lembaga Pengarah Sime Darby. Berbuih mulut kita macam apa pun, mereka tidak akan bertindak seperti yang kita mahukan. Mereka akan menegaskan semua nya baik. Tun Musa hitam akan terus naik pesawat first class dan bergentayangan di pesada dunia. Seronok2 dan enjoy2 sementara Sime Darby hancur lebur.
Tapi ini politik. Kita sebut demikian, pelabur cabut lari. Pengekspot yang jual produk ke luar Negara pun tidak membawa wang mereka kembali ke dalam Negara. Mengapa mereka lari atau tidak mahu datang melabur ke dalam negara kita, jika mereka melihat ini sebuah negara yang kucar kacir pengurusan nya? Mereka akan lari sebab mereka lihat UMNO lebih kepada fikiran Ibrahim Ali.
Siapa yang menasihat Najib cara mengatasi Ibrahim Ali? Cara ini macam cara orang politik picisan mengurus pertandingan UMNO bahagian je. Kita ujdukan NGO saingan kata mereka!. Tapi tidak ada satu NGO pun boleh menyaingi Ibrahim Ali disebabkan bahasa dan mesej Ibrahim Ali serasi dengan jiwa majoriti ahli UMNO. Dan Najib tidak 'address' issue ini- bagaimana hendak berjaya? Tambahan pula 'punaisihat' Najib lebih berminat menjadi 'toll-gate keepers' dari menjadi penasihat. Sebab itu kita lihat Najib hari ini di kelilingi oleh orang orang yang mahu menghasilkan 'hay while the son of Tun Razak shines'. Lu mau bikin  ini doublĂ© tracking projek maa? OK RM500 juta wa mau. Bukan apa, 300 untuk glup wa, 200 untuk Najib wo. Gelenti dapat.
Najib memelukan suatu pasukan askar nya. Bukan buat kerja kotor politk seperti menyediakan kertas rahsia mengumpulkan dosa2 Muhyidin jika mamat itu mahu mencabar nya sebagai presiden parti. Tapi suatu pasukan yang faham dan boleh menyampaikan atau 'articulate' idea nya bahawa mesej nya ialah mengujudkan Malay leadership dan bukan Malay supremacy. Pasukan dirty tricks tidak perlu di ujudkan- kaki temberang dan pengamal politik kotor tidak perlu di ujudkan. Mereka akan berkumpul sesama sendiri. Burung yang sebulu akan berkelompok sesama sendiri. Tapi pasukan yang faham dan boleh articulate your idieas, kena di ujudkan. Sangat penting rakyat memahami apa yang kita kehendaki.
Dan bila kita sebut menyampaikan mesej dan idea, bukan lah dalam bentuk mengherdik, menghunuskan keris, mengugut akan terjadi nya rusuhan kaum dan sebagainya. Penyampaian nya dalam bentuk memenangi fikiran bahawa cara lebih baik untuk orang Melayu ke hadapan ialah dengan melengkap diri dengan perkakas2 otak dan dengan melengkap diri dengan nilai nilai peribadi yang menyokong kemajuan. Ini bukan saya cakap atau Lee Kuan Yew sebut. Lebih awal sebelum Lee Kuan Yew sebut, orang seperti Zaaba( orang Melayu) dan pun menyebutkan mengenai perkara ini. Bahawa yang memundurkan orang Melayu bukan disebabkan dia itu bangsa nya Melayu tapi disebabkan bahawa pada peringkat perkakas otak dan nilai nilai peribadi orang Melayu itu tersangat lah miskin.
Kita naik syok dan seronok bila mendapat tahu bahawa approval rating presiden kita mencecah sampai 65%. Kenapa ia jadi demikian, kita tak ambil tahu. Ia terjadi demikian kerana Najib di lihat semua rakyat Malaysia sebagai seorang Melayu yang sederhana sikap dan fikiran serta tidak rasis. UMNO pula di lihat sebagai tetap sebuah parti Melayu yang konservatif dan rasis. Manakala Najib Razak di lihat sebagai sederahana dan malah liberal, sebahagian besar puak UMNO lebih serasi dengan bahasa yang di gunakan oleh Ibrahim Ali.
Cuba kita lihat. Approval rating Najib 65%. UMNO pula- 40 puluhan peratus. Apa sudah jadi? Mengapa ada beza antara UMNO dan presiden nya? Lubang yang besar tersebut di isi dengan fikiran dan misi perjuangan orang seperti Ibrahim Ali.
Kepada saya, ini terjadi disebabkan 2 perkara. Pertama, Najib sendiri presiden yang tidak peduli apa terjadi kepada UMNO. Kedua, ahli UMNO secara umum tidak faham apa maksud wawasan Najib atau takut untuk bersama Najib dalam mengejar wawasan nya. Jika keadaan ini di biarkan, maka presiden UMNO akan keseorangan dan di pinggirkan. Najib akan mengalami nasib yang sama dengan Onn Jaafar. Lebih baik Najib mengambil langkah menubuhkan parti seperti parti Negara dan mengharamkan semua parti perkauman.
Najib tidak memerlukan ramai orang dalam pasukan khas nya ini. 20-30 orang sudah mencukupi. Tapi yang benar benar faham wawasan nya dan boleh menyampaikan mesej nya. Sukarno dalam melaksanakan perjuangan nya memerlukan 20 orang sahaja untuk menggoncangkan dunia. Dr Mahathir pada zaman nya ada Daim, Megat Junid, Sanusi Junid. Najib tak ada semua ini.

25 comments:

  1. Dato'

    Najib memang ada "Team"nya sendiri.
    Cuma Dato' tak nak tahu.

    Team Najib adalah....Rais Yatim, Nazri, Amirshyam, Koh Tsu Koon dan Si-exMAS apanama tu.

    Team Najib ni sebegitu Dinamik sampai rakyat langsung bingung mendengar slogan 1Malaysia, Rakyat didahulukan, Transformasi dll. Nak tahu betapa confusednya rakyat, Sampai Iklan Raya pun sama dengan Iklan 1Malaysia.





    Joe Black

    ReplyDelete
  2. Dato,
    Najib ada Rosmah dalam teamnya, Rosmah yang take action on Najib's plans. Sebab tu ahli UMNO lain sonyap. Oramg UMNO pun takut, sebab kalau Rosmah cakap pada Najib buang depa Najib mesti buang.Bukan MT UMNO yang decides. As long depa bagi Rosmah and gang projek, depa boleh stay on ...

    ReplyDelete
  3. Joe Black,
    Haru dah kita, sampai iklan raya pun nak jadi iklan 1Malaysia. Si FaridRidhuan tu pun satu punya bingai,nak ampun nya pasal sampai fikiran dia pun dah tak betul. Ini contoh lah. Mungkin ada banyak lagi kes kes macam ni kat tempat lain, cuma orang tak nampak.

    Makin susah lah kita ni. Segala urusan negara berkecamuk.Kita tunggu pulak part 2, NEM bulan Oktober ni. Yang part 1 tu satu benda pun tak menyakinkan, cuma tukar nama MIDA.

    ReplyDelete
  4. 1. Orang UMNO faham tak perlunya ada KEJUJURAN dalam perjuangan, bukan sahaja terhadap diri dan kelompok tetapi kepada keseluruhan bangsa Malaysia? Ini titik tolak perubahan. Jika rakyat tidak dapat mengesan sifat ini, memang payahlah UMNO nak pertingkatkan ratingnya. Yang 40% tu nyata yang totok atau tidak bermaklumat atau telah mendengar syarah Ibrahim Ali.

    2. Setuju Dato' membezakan antara Malay leadership and Malay Supremacy. Adakahnya ianya serupa macam situasi ayam dan telur: yang mana datang dulu?

    -MAKORANG-

    ReplyDelete
  5. Makin hari PM kita ni makin nampak macam PM dulu.Keseorangan dgn 2-3 punaisihat. Nampak sangat orang UMNO nak cekau sebanyak mungkin sabelum kapal karam. Elok juga kapal UMNO karam dan semua tikus,lintah dan pacat lari, barulah boleh ianya dipulihkan. Dah tak ada cara lain. Dato dah cakap dan saran macam2.
    Saya benar2 berharap PR akan menang PRU13. UMNO masuk serenti sakejap dan PR akan musnah dengan sendiri. Lepas tu UMNO yang betul2 baru boleh bangun semula. Saya rela dan bersedia menghadapi zaman gelora yang akan tiba.

    ReplyDelete
  6. Dato' Agreed there should be a strong malay leadership and not malay supremacy. Selamat Hari Raya Adilfitri to all muslims.

    ReplyDelete
  7. keluar topik tapi penting.... Adakah kenyataan di bawah betul? Sesunguhnya, Malaysia menunjukkan Ketuanan terhadap Indonesia. Mana dia x marah ??

    "Semangat Ganyang Malaysia juga melahirkan satu lagi label baru untuk Malaysia, yang dikenali sebagai Malingsia. Ini berikutan dengan dakwaan yang Malaysia mencuri budaya Indonesia, dari wayang kulit hinggalah ke lagu Rasa Sayang.

    Selain daripada itu, kes Pulau Sipadan, Pulau Ligitan, Pulau Ambalat, kes keganasan PDRM terhadap juri Karate Indonesia ketika Kejohanan Karate Asia 2007, kes penderaan pembantu rumah Nirmala Bonat, kes keganasan rumah tangga Manohara Odelia Pinot (gambar atas), isu gaji minima pekerja Indonesia dan yang terbaru Polis Marin Malaysia menahan tiga pegawai penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia telah menjadi subjek kemarahan warga Indonesia."

    Satu lagi, kemerdekaan Tanah Melayu bukan diperjuangkan asalnya oleh UMNO, tapi parti2 lain yang kini sudah x wujud.. Jasa orang2 ini telah dipadamkan oleh UMNO.

    Kemerdekaan telah dapat melalui pertempuran and pertumpahan darah sejak 3o lebih tahun sebelum tahun 1957 oleh pihak2 yang menentang British dan Jepun dengan berani..

    Pi baca kat arkib negara....

    Penjajah British diganti UMNO....

    Kata Pak Hishamudin Hussin, bendera Jalur gemilang ini hasil Ciplak Bendera Amerika dan lagu negaraku adalah lagu Peranchis Mamula Moon dan Terang Bulan Indonesia. Dia menyarankan bendera dan lagu negaraku di cipta semula. Saya Setuju.

    ReplyDelete
  8. Aku tengok Iklan Raya Tv3 pun hampir muntah. Memang Cacat.

    Apasal Perkasa tak berdemo depan HQ Media Prima dan TV3 ?? Tak cukup Jantan ker. Pewira2 melayu kat sini pun diam jer. Mana American Quiet Despair itu ?? Shamsul Anuar ??

    Kalau yang buat salah DAP, melenting lah orang2 gini, tapi bila TV3 buat, jadi bacul dan takut ....

    ReplyDelete
  9. 1/2

    Assalamualaikum Dato' Sak,

    Saya tak mahu mengulas panjang lebar tentang topik yang Dato bangkitkan. Cukup sekadar meminta semua yang memahami maksud puisi dari Allahyarham Dato' Dr. Usman Awang - tajuknya : Melayu

    Melayu itu orang yang bijaksana
    Nakalnya bersulam jenaka
    Budi bahasanya tidak terkira
    Kurang ajarnya tetap santun
    Jika menipu pun masih bersopan
    Bila mengampu bijak beralas tangan.

    Melayu itu berani jika bersalah
    Kecut takut kerana benar,
    Janji simpan di perut
    Selalu pecah di mulut,
    Biar mati adat
    Jangan mati anak.

    Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
    Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
    Banjar juga disebut Melayu,
    Minangkabau memang Melayu,
    Keturunan Acheh adalah Melayu,
    Jakun dan Sakai asli Melayu,
    Arab dan Pakistani, semua Melayu
    Mamak dan Malbari serap ke Melayu
    Malah mua'alaf bertakrif Melayu
    (Setelah disunat anunya itu)

    Dalam sejarahnya
    Melayu itu pengembara lautan
    Melorongkan jalur sejarah zaman
    Begitu luas daerah sempadan
    Sayangnya kini segala kehilangan

    Melayu itu kaya falsafahnya
    Kias kata bidal pusaka
    Akar budi bersulamkan daya
    Gedung akal laut bicara

    Malangnya Melayu itu kuat bersorak
    Terlalu ghairah pesta temasya
    Sedangkan kampung telah tergadai
    Sawah sejalur tinggal sejengkal
    tanah sebidang mudah terjual

    Meski telah memiliki telaga
    Tangan masih memegang tali
    Sedang orang mencapai timba.
    Berbuahlah pisang tiga kali
    Melayu itu masih bermimpi

    Walaupun sudah mengenal universiti
    Masih berdagang di rumah sendiri.
    Berkelahi cara Melayu
    Menikam dengan pantun
    Menyanggah dengan senyum
    Marahnya dengan diam
    Merendah bukan menyembah
    Meninggi bukan melonjak.

    Watak Melayu menolak permusuhan
    Setia dan sabar tiada sempadan
    Tapi jika marah tak nampak telinga
    Musuh dicari ke lubang cacing
    Tak dapat tanduk telinga dijinjing
    Maruah dan agama dihina jangan
    Hebat amuknya tak kenal lawan

    Berdamai cara Melayu indah sekali
    Silaturrahim hati yang murni
    Maaf diungkap senantiasa bersahut
    Tangan diulur sentiasa bersambut
    Luka pun tidak lagi berparut

    Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
    Segala yang ada sanggup diberikan
    Sehingga tercipta sebuah kiasan:
    "Dagang lalu nasi ditanakkan
    Suami pulang lapar tak makan
    Kera di hutan disusu-susukan
    Anak di pangkuan mati kebuluran"

    Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
    Masihkan tunduk tersipu-sipu?
    Jangan takut melanggar pantang
    Jika pantang menghalang kemajuan;
    Jangan segan menentang larangan
    Jika yakin kepada kebenaran;
    Jangan malu mengucapkan keyakinan
    Jika percaya kepada keadilan.

    Jadilah bangsa yang bijaksana
    Memegang tali memegang timba
    Memiliki ekonomi mencipta budaya
    Menjadi tuan di negara Merdeka

    Selamat Hari Raya, Dato'

    ReplyDelete
  10. 2/2

    Ini Pula Dari Raja Haji, Gurindam Dua Belas. Kalau dihayati, ada pengajaran mendalam dan jawapan pada persoalan Dato:

    Gurindam Dua Belas ~ Raja Ali Haji

    Gurindam I
    Ini gurindam pasal yang pertama:

    Barang siapa tiada memegang agama,
    sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama.
    Barang siapa mengenal yang empat,
    maka ia itulah orang yang ma’rifat
    Barang siapa mengenal Allah,
    suruh dan tegahnya tiada ia menyalah.
    Barang siapa mengenal diri,
    maka telah mengenal akan Tuhan yang bahri.
    Barang siapa mengenal dunia,
    tahulah ia barang yang teperdaya.
    Barang siapa mengenal akhirat,
    tahulah Ia dunia mudarat.

    Gurindam II
    Ini gurindam pasal yang kedua:

    Barang siapa mengenal yang tersebut,
    tahulah ia makna takut.
    Barang siapa meninggalkan sembahyang,
    seperti rumah tiada bertiang.
    Barang siapa meninggalkan puasa,
    tidaklah mendapat dua termasa.
    Barang siapa meninggalkan zakat,
    tiadalah hartanya beroleh berkat.
    Barang siapa meninggalkan haji,
    tiadalah ia menyempurnakan janji.

    Gurindam III
    Ini gurindam pasal yang ketiga:

    Apabila terpelihara mata,
    sedikitlah cita-cita.
    Apabila terpelihara kuping,
    khabar yang jahat tiadaiah damping.
    Apabila terpelihara lidah,
    niscaya dapat daripadanya paedah.
    Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,
    daripada segala berat dan ringan.
    Apabila perut terlalu penuh,
    keluarlah fi’il yang tiada senunuh.
    Anggota tengah hendaklah ingat,
    di situlah banyak orang yang hilang semangat
    Hendaklah peliharakan kaki,
    daripada berjaian yang membawa rugi.

    Gurindam IV
    Ini gurindam pasal yang keempat:

    Hail kerajaan di daiam tubuh,
    jikalau lalim segala anggotapun rubuh.
    Apabila dengki sudah bertanah,
    datanglah daripadanya beberapa anak panah.
    Mengumpat dan memuji hendaklah pikir,
    di situlah banyak orang yang tergelincir.
    Pekerjaan marah jangan dibela,
    nanti hilang akal di kepala.
    Jika sedikitpun berbuat bohong,
    boleh diumpamakan mulutnya itu pekong.
    Tanda orang yang amat celaka,
    aib dirinya tiada ia sangka.
    Bakhil jangan diberi singgah,
    itupun perampok yang amat gagah.
    Barang siapa yang sudah besar,
    janganlah kelakuannya membuat kasar.
    Barang siapa perkataan kotor,
    mulutnya itu umpama ketur-ketur.
    Di mana tahu salah diri,
    jika tidak orang lain yang berperi.

    Gurindam V
    Ini gurindam pasal yang kelima:

    Jika hendak mengenai orang berbangsa,
    lihat kepada budi dan bahasa,
    Jika hendak mengenal orang yang berbahagia,
    sangat memeliharakan yang sia-sia.
    Jika hendak mengenal orang mulia,
    lihatlah kepada kelakuan dia.
    Jika hendak mengenal orang yang berilmu,
    bertanya dan belajar tiadalah jemu.
    Jika hendak mengenal orang yang berakal,
    di dalam dunia mengambil bekal.
    Jika hendak mengenal orang yang baik perangai,
    lihat pada ketika bercampur dengan orang ramai.

    Gurindam VI
    Ini gurindam pasal yang keenam:

    Cahari olehmu akan sahabat,
    yang boleh dijadikan obat.
    Cahari olehmu akan guru,
    yang boleh tahukan tiap seteru.
    Cahari olehmu akan isteri,
    yang boleh dimenyerahkan diri.
    Cahari olehmu akan kawan,
    pilih segala orang yang setiawan.
    Cahari olehmu akan abdi,
    yang ada baik sedikit budi.
    ...bersambung

    ReplyDelete
  11. ...sambungan

    Gurindam VII
    Ini Gurindam pasal yang ketujuh:

    Apabila banyak berkata-kata,
    di situlah jalan masuk dusta.
    Apabila banyak berlebih-lebihan suka,
    itulah landa hampirkan duka.
    Apabila kita kurang siasat,
    itulah tanda pekerjaan hendak sesat.
    Apabila anak tidak dilatih,
    I’ika besar bapanya letih.
    Apabila banyak mencela orang,
    itulah tanda dirinya kurang.
    Apabila orang yang banyak tidur,
    sia-sia sahajalah umur.
    Apabila mendengar akan khabar,
    menerimanya itu hendaklah sabar.
    Apabila menengar akan aduan,
    membicarakannya itu hendaklah cemburuan.
    Apabila perkataan yang lemah-lembut,
    lekaslah segala orang mengikut.
    Apabila perkataan yang amat kasar,
    lekaslah orang sekalian gusar.
    Apabila pekerjaan yang amat benar,
    tidak boleh orang berbuat onar.

    Gurindam VIII
    Ini gurindam pasal yang kedelapan:

    Barang siapa khianat akan dirinya,
    apalagi kepada lainnya.
    Kepada dirinya ia aniaya,
    orang itu jangan engkau percaya.
    Lidah yang suka membenarkan dirinya,
    daripada yang lain dapat kesalahannya.
    Daripada memuji diri hendaklah sabar,
    biar dan pada orang datangnya khabar.
    Orang yang suka menampakkan jasa,
    setengah daripada syarik mengaku kuasa.
    Kejahatan diri sembunyikan,
    kebalikan diri diamkan.
    Keaiban orang jangan dibuka,
    keaiban diri hendaklah sangka.

    Gurindam IX
    Ini gurindam pasal yang kesembilan:

    Tahu pekerjaan tak baik,
    tetapi dikerjakan,
    bukannya manusia yaituiah syaitan.
    Kejahatan seorang perempuan tua,
    itulah iblis punya penggawa.
    Kepada segaia hamba-hamba raja,
    di situlah syaitan tempatnya manja.
    Kebanyakan orang yang muda-muda,
    di situlah syaitan tempat berkuda.
    Perkumpulan laki-laki dengan perempuan,
    di situlah syaitan punya jamuan.
    Adapun orang tua yang hemat,
    syaitan tak suka membuat sahabat
    Jika orang muda kuat berguru,
    dengan syaitan jadi berseteru.

    Gurindam X
    Ini gurindam pasal yang kesepuluh:

    Dengan bapa jangan durhaka,
    supaya Allah tidak murka.
    Dengan ibu hendaklah hormat,
    supaya badan dapat selamat.
    Dengan anak janganlah lalai,
    supaya boleh naik ke tengah balai.
    Dengan isteri dan gundik janganlah alpa,
    supaya kemaluan jangan menerpa.
    Dengan kawan hendaklah adil supaya tangannya jadi kafill.

    Gurindam XI
    Ini gurindam pasal yang kesebelas:

    Hendaklah berjasa,
    kepada yang sebangsa.
    Hendaklah jadi kepala,
    buang perangai yang cela.
    Hendaklah memegang amanat,
    buanglah khianat.
    Hendak marah,
    dahulukan hajat.
    Hendak dimulai,
    jangan melalui.
    Hendak ramai,
    murahkan perangai.

    Gurindam XII
    Ini gurindam pasal yang kedua belas:

    Raja muafakat dengan menteri,
    seperti kebun berpagarkan duri.
    Betul hati kepada raja,
    tanda jadi sebarang kerja.
    Hukum adil atas rakyat,
    tanda raja beroleh anayat.
    Kasihan orang yang berilmu,
    tanda rahmat atas dirimu.
    Hormat akan orang yang pandai,
    tanda mengenal kasa dan cindai.
    Ingatkan dirinya mati,
    itulah asal berbuat bakti.
    Akhirat itu terlalu nyata,
    kepada hati yang tidak buta.

    Dan akhirnya : Pandangan orang luar pada kita, orang Melayu:

    http://www.sabrizain.org/malaya/malays2.htm

    Pedih, tapi banyak kebenaran? Selagi kita menipu diri tak mahu akur kelemahan sendiri, selagi itulah kita tertipu dengan fantasi.

    ReplyDelete
  12. nkra, glokal, kpi,pemandu, 1 batik, salam 1 msia ...orang2 biasa x boleh tangkap frasa2 ini ataupun x peduli...kalau profesional pun x faham atau bosan dgn slogan2 dan terms ini, rakyat biasa dan miskin mana peduli....

    najib kalau nak berubah kena bercerai lagi. Tinggalkan rosmah Gemuk dengan toyboy deepak jaiKishan ataupun buat benda yang sama mcm dia buat terhadap bini pertama, tinggalkan Ku Yah kt Hospital Bahagia.... Kalau nasib dia bagus, boleh kahwin Ziana Z plk...boleh merasa lagi seperti di NS dulu...hahaha

    Najib tubuh parti baru ??? Pelik. Kalau besok dia umum, dia akan kena pecat melalui Undi Tidak Percaya kat parlimen... vincent tan mana nk bagi duit kt najib, dia rapat dgn orang yg ada kuasa jer.

    Mudin Yassin ini umur 63 lebih....najib umur 57, rosmah umur 60, mana najib nak lepas kuasa....mudin semakin tua. dia pun nak merasa kerusi PM. Kalau dia x cabar najib sekarang, bila lagi ???? nanti habuk pun x dpt....

    Ayuh Mudin, you lawan najib kalau jantan...

    ReplyDelete
  13. tengku adnan say today, ibrahim ali will be challeged by umno candidate in pasir mas....pas certaily will put its people there...

    so will Ibrahim katak lose again as in 2005 when he got 415 votes and Lost Deposit..... padan muka. What you say about this, Quiet despair ????

    ReplyDelete
  14. Salam Aidil Fitri Dato',

    Sebenarnya PM Najib tida mempunyai kebijaksanaan dan 'skill',pertamanya untuk mengenal pasti penyakit yg menimpa UMNO dan keduanya mencari kaedah dan pendekatan untuk mengubati bagi membaikpulih dan meperkukuhkan parti UMNO yg sudah tenat dan lesu itu.
    Untuk mengubati orang yg sakit kita misti tahu apa jenis penyakit yg di tanggungnya.Kemudian carilah ubat atau bomoh yg sesuai dan serasi.Sesetengah penyakit dapat disembuh dengan mentra dan jampinya.Sedangkan yg lain pula cuma perlukan panadol sahaja untuk menyegarkannya.Manakala yg tenat pula memerlukan pelbagai jenis ubat,termasuklah pembedahan menyeluruh atau "major operation".

    Kita merasakan bahawa PM Naji seolah-olah hanya mengtahui UMNO kini sedang tenat tetapi tidak mengtahui apa jenis penyakit yg menimpanya,jauh sekali untuk mengenal pasti apa kaedah dan jenis perubatan yg perlu digunapakai untuk menyembuhkan penyakit itu.Beliau juga semacam tidak tahu apa tindakan susulan yg perlu diambil untuk memulih dan memperkuatkan daya tahan agar UMNO bukan sahaja pulih semacam dahulu tetapi menjadi lebih gagah, berani dan agresif.

    Yg jelas nampaknya PM Najib lebih memusatkan tumpuannya kepada urusan pentadbiran Negara,selaku PM.Misi utamanya ialah untuk menjadi PM yg disukai ramai dan diterima olih semua puak dan kaum.Beliau semacam tidak sedar bahawa adalah perkara mustahil untuk memuas hati dan mengembirakan semua orang.Dalam usaha untuk menjadi PM yg disukai olih semua orang beliau telah memaksa dirinya banyak berkompromi dan bertolakansur berlebihan sehingga ternampak beliau sebagai lemah dan tidak efektif.Keadaan ini deperkuatkan lagi dengan tindakan"flip-flop"yg sering berlaku akhir-akhir ini.

    Olih kerana beliau begitu menekan kepada faktor popularity peribadinya sebagai PM maka beliau terpaksa mengguna pendekatan yg bolih menaikkan imej.Lantaran itu beliau terpaksa mengguna khidmat pakar dalam bidang tersebut seperti syarikat APCO dengan terpaksa membayar puluhan juta ringgit.Maka tidak heranlah hasil bancian survey beliau amat merasangkan,walaupun kedudukan UMNO amat mengecewakan.Hakikat ini mungkin akan mewujudkan keadaan apa yg dikatakan"menang sorak kampong tergadai"

    Askar Tua

    ReplyDelete
  15. Salam Aidil Fitri Dato.Tksh atas artikel2 bernas yang selalu saya paste di blog saya.Maaf zahir batin

    ReplyDelete
  16. Welcome back Dato' SAK.

    Nah, penulisan mengupas permasalahan begini yang saya tunggu dari Dato', bukannya tentang masalah perkauman antara kaum yang tiada penyudahannya setakat ini.

    Apa yang penting, ialah bagaimana memperkuatkan seperti kata Dato', Malay Leadership.

    Biarkan pembangkang nak buat dia punya hal tetapi betulkan mindset orang kita tak kira samada dari penyokong mana2 partai mahupun atas pagar.

    Sedarkan sebelum terlambat. Jangan sampai jadi semacam di negara sebuah titik itu....



    Terim kasih Dato'.

    ReplyDelete
  17. Ini hal rumahtangga UMNO. Jagan kata kita bukan ahli UMNO, malah member UMNO seperti Dato pun susah nak dapat sokongan dari komrad di UMNO untuk reformasi, kan?

    Selamat Hari Raya Adilfitri kepada Dato and sekalian!!

    Houndini

    ReplyDelete
  18. Siapa di belakang developer Istana baru...orang Cina...siapa di belakang orang Cina ini ??? Umno atau Badawi atau Rosmah ???


    It was previously reported in The Malaysian Insider that “The Istana Negara complex itself will cost around RM650 million and the project was awarded to Maya Maju, also through direct negotiation. The palace will be completed by February next year.”

    Direct negotiation means no tender was called for. This is against the JKR guidelines that clearly state that all projects costing more than RM100,000 should be open for tender. This project was budgeted originally at RM400 million.

    Checks with the Registrar of Companies reveal that Maya Maju Sdn Bhd’s registered shareholders are Ko Chin Teck (RM15,000 in shares), Lo Sin Li (RM85,000 in shares). The directors are Ko and Mohamad Muslim Hamzah (Mohamad Muslim does not own any shares).

    Maya Maju Sdn Bhd, in other words, has no Bumiputera shareholders. And they only have RM100,000 ringgit in paid up capital. Yet they were awarded a RM650 million job without having to tender for it.

    1. With such low paid-up capital, they do not qualify to tender for projects exceeding RM1 million as certified by CIDB, which JKR must abide by. This project costs, at last count, RM650 million.

    2. JKR guidelines clearly stipulate that all government contracts must go to Ministry of Finance (MoF) certified Bumiputera contractors.

    All’s quiet now on this after the initial furore. There were published reports that workers on site were treated like conscripted labour with wages unpaid for months and their travel documentation held by their employers.

    ReplyDelete
  19. Quiet Despair wishes Selamat Hari Raya to Saudara Sak - my countryman- and all my Muslim friends.
    I am happily kacauing dodol and making lemang with my in-laws.
    Maaf Zahir Batin.
    See Ya.

    ReplyDelete
  20. anon 11.04

    Takut lak. kapal karam and kapal baru lagi terok..sebab PR ni manusia juga macam org UMNO. Tak nampak pun org yang berkaliber ....... semua kaki songlap gak. Tak jadi macam Australia n Britain

    ReplyDelete
  21. UMNO is kaput. Hence the rating is far below. So comes in KIMMA (Kongres India Muslim ). How about that ? They have been trying to join Barisan Nasional for umpteen years. Now it's a dream come true.
    Associate member would soon become a full fledged member, otherwise why anybody want to be non-voting associate member. Senatorship is waiting for KIMMA group.
    Mahathir roped in the Siamese, Chettis and Portugese into UMNO when his ratings went south.
    Nothing new in UMNO since Najib took over except singing 'Transformasi '. UMNO is kaput already with the new blood of KIMMA !Are you still unconvinced ?

    ReplyDelete
  22. In 1960, in the records, there were no Malays in Sabah.

    As years go by, UMNO has converted the Indonesia illegals and the Filipinos as Malays.

    Today UMNO is in Sabah. Soon they will be in Sarawak after Taib dies of sickness.

    A malay race have been created in Sabah. A world Wonder indeed.

    I personally know 2 Indian fellas from Kerala state who are moslems, Wahab and Razak... they got Malaysian citizenship in Labuan and KK, Sabah in the mid 1980s...

    As they are holding Malaysian IC and passport, they always travel to KK to renew passport as it cant be done outside Sabah. They were part of Project M.

    Their wives and family are in Kerala while they work in my company in Semenanjung.

    For a foreign born getting citizenship in such way, a world wonder indeed. How many hundreds of thousand become UMNO voter???

    The real Bumis of Sabah are pissed off.... A Pakistani Pasthun is a CM of the state while those real Bumis merempat di Bumi sendiri. Its a systematic conspriracy to keep the natives of Sabah n Sarawak poor and destitute so that UMNO remains in power.

    Being a major Oil n Gas producer, Petronas giving back 5% only royalty??? What a disgrace. Why not have it like in the US where the bulk of the money goes to the state, not the country.

    PETRONAS IS A JOKE. they even swindle money from Kelantan and Terengganu.

    ReplyDelete
  23. In other countries, the regions where Oil is produced are very rich and well developed... In msia, kelantan, tganu, sbh and swk are the 4 poorest state because majority of money and wealth stolen from this 4 states to make other non oil producing region very rich.

    What an irony of life. Malaysia Boleh. And all these year, esp Sabahans, sarawakian and Tganu people are so stupid, pondan and Dumb, not even being vocal enough to tuntut their Rights .

    They dont have the brain capacity to differentiate the poor condition at home while seeing Putrajaya and KL prosper using their state revenue ???

    If Petronas so arrogant, I suggest all 4 states just scrap the Perjanjian with Petronas and set up their own Oil company, do a JV with foreign Oil companies and retain the revenue 100% in their own state. No need give anything to Putrajaya.

    According to state law, all mineral, hasil galian, mining belong to state. the PDA agreement itself against the constitution.

    As mentioned by legal experts before, Petronas itself maybe an illegal company brought up by BN government as it contradicts the separation of power and encroach the State Rights and State constitution.

    I also wonder what killed Tun Mohamad Fuad Stephens the 1st Sabah CM, who was hesitant in signing agreement with Petronas. Was that a plane crash or similar to JFK assassination by CIA ???

    Malaysia Boleh indeed.

    ReplyDelete
  24. To Quiet Despair and Shamsul Anuar

    We may disagree on political principles, but we are still Malaysians, irrespective of religion, race and sex.

    As this holy month of Ramadhan ends and we enter the joyous festive season of muburak eid, I want to wish both of you, Shamsul Anuar and Quiet Despair and all fellow Malaysian Muslims, and Dato Sak in particular , selamat menyambut hari raya aidilfithri... maaf zahir dan batin,...moga perayaan ini akan mengeratkan silatulrahim sesama kita , InsyaAllah



    .

    ReplyDelete
  25. Umar said, KIMMA become associate.

    I read in paper saying KIMMA has 600,000 members.... meaning Indian moslem.... total Indian population is about 1.8 million....

    so how many are in Indian box, how many in Melayu box ??? How many KIMMA members running around with their IC stating they are Malays ???

    does KIMMA accept 'melayu' Shahrizat Jalil, 'melayu' Azeez Ketua Putera umno, 'melayu' Daim Zainuddin, 'melayu' Abdul Kadir b. Haji Sheikh Fadzir, Mahathir and the other TULUKENS in UMNO...

    i know genuinely Indian Moslems who want to be remain Indians and there are also many Mamaks who loves to migrate to Melayu to take advantage of the 'special rights'....

    The so called Anak Mami gang are so awful especially what they show in movies...Attitude so Over, talk like shit, wear clothes and Golds showing oFF....i dont know whether to blame the director, A. Razak Mohaideen for insulting the Mamak gangs or really thats the attitude of the Penang Mami...

    ReplyDelete