Saya baru balik dari Pekan. Berbincang dengan panjang lebar dengan rakan rakan UMNO Bahagian Pekan. Saya sedar DS Najib memberi analoji sebuah pasukan bola. Ketika persidangan perwakilan sedang berjalan, saya sudah pun menulis sebuah artikel. Dalam artikel tersebut saya menyatakan bahawa didalam UMNO Pekan sebenarnya, tidak ada pasukan. Yang ada sebetulnya ialah seorang sahaja primadona, iaitu DS Najib sebut sendiri.
Malah ini lah yang terjadi dalam ucapan penangguhan. Kecuali satu dua orang, yang lain berlumba dan berpentesan kaki memuji DS Najib. Apakah buah fikiran besar yang boleh kita harapkan dari mentaliti yang tertunduk tunduk dan menyembah menyembah seperti tambi dan peon?
Yang lain ialah minions dan budak suruhan. Yang lain ialah penghibur taklala duka nestapa. Yang lain ialah penglipur lara buat orang suka.
Masing masing membawa diri. DS Najib tidak ada panglima kanan atau kiri yang berani bercakap, buat kerja dan menunjukkan kepada masyarakat, khidmat bakti itu adalah suatu amanah. Yang ada di Pekan ialah yang suka cakap kosong banyak2, suka mengipas dan tidak suka buat kerja.
Saya mintak maaf terlbih dahulu- ini budaya UMNO Pekan- anti pandai bercakap, anti buat kerja ikhlas dan anti berkhidmat. Kemajuan orang UMNO adalah inversely related to dia punya tahap keikhlasan. Semakin tidak ikhlas, yang itulah yang naik keatas.
Perwakilan mahukan Dato Najib sebut , dia boleh beri kontrak berterusan. Maka bertepuklah rakyat Pekan. Rakyat menanti DS Najib beri mereka cermin mata dan gigi palsu. Ertinya, DS Najib mengamalkan prinsip dari buaian ke kuburan untuk rakyat Pekan. Dengan ini, DS Najib boleh bangga untuk menyatakan sementara tsunami politik melanda di lain tempat, undi beliau di Pekan menjulang naik.
Dalam UMNO Pekan, hanya ada seorang sahaja primadona. Dia ialah DS najib sendiri. Selain nya adalah pak pacak yang bergerak dan beroperasi memuaskan tongkolok sendiri. Dunga jurulatih Brazil kena singkir kerana gagal membawa kemenangan. Nasib Maradona pun akan jadi demikian rupa. Pasukan Nigeria telah di hukum tidak boleh bermain perlawanan internasional. Dalam semua kes, primadona pasukan bola bola ini , di singkir atau di pecat jawatan.
Demikian juga yang akan terjadi kepada Dato Sri Najib jika pasukan yang dia pimpin sebenarnya terdiri dari puluhan primadona, maka UMNO dengan DS Najib sendiri akan menghadapi zaman malap.
Seorang pemimpin tersohor di UMNO Pekan ialah Encik Hanapi Salleh. Dia sudah jadi ahli UMNO, ketua cawangan kampung Ubai lebih dari 30 tahun. Gelaran 'tersohor' ini bukan saya yang beri. Gelaran ini Dato Najib yang beri. Mungkin ini di sebabkan Encik Hanapi Salleh mintak macam macam untuk kampung Ubai termasuklah pembinaan sebuah lapangan kapal terbang tahap antarabangsa!. Hebat Encik Hanapi. Nanti bila saya dapat gambar dia sedang berkemban dengan tuala melintas jalan hendak ke perigi, saya akan siarkan. Inilah tanda merakyatnya seorang pemimpin.
Setelah 30 tahun lebih menghamba kepada UMNO Bahagian, Hanapi Salleh layak di lantik sebagai ADUN atau senator. Barulah Pekan ada pasukan.
Semua orang di Pekan tahu, gelaran ini di beri secara berjenaka. Tapi tidak mengapa, sekurang kurang nya, ianya membuat EnCik Hanapi bersemangat dan syok sendiri. Dan memang pun dari segi membuat aktiviti kepartian dan sosial, Hanapi Salleh lebih mampu dari jawatankuasa bahagian pun.
Encik Hanapi adalah suara asli rakyat Pekan. Dia bertanya kepada saya, ketika DS Najib membuat ucapan penggulungan, dewan persidangan tinggal separuh. Ramai perwakilan sudah balik. Lalu dia bertanya saya, adakah ini sikap bertanggung jawab atau sikap give up dengan kepimpinan DS Najib?
Lalu saya menjawab. Sebelum negara kita di KPIkan, baiklah kita KPIkan UMNO Bahagian Pekan terlebih dahulu. Buat malu dunia. PM berucap, perwakilan boleh balik. Sungguh kurang sopan orang kampung kawan. Masaalah dewan tingal separuh semasa ucapan penggulungan ini sudah lama berlaku. Sehingga hari ini belum ada penyelesaian.
Saya menyatakan dalam hal ini bukan DS Najib yang meluat di pandang oleh ahli UMNO Pekan. Yang mereka meluat ialah pimpinan UMNO Bahagian, yang bermuka muka menunjukkan sibuk bila DS Najib balik ke Pekan. Ini tabiat lama yang saya sendiri tahu semasa saya jadi AKJ Bahagian dan Ketua Penerangan. Kejayaan banyak bapak, kegagalan ialah anak yatim.
Barisan pimpinan UMNO Pekan- betapa banyak air liur DS Najib meleleh di tepi mulut atau 'berlenja' sekali pun dan di tadah dalam ketor, tidak akan mengobah sikap majoriti pimpinan UMNO bahagian Pekan.
Jangan orang Pekan marah dengan saya: mereka sendiri boleh menilai pidato yang di sampaikan oleh ADUN2 yang ada, oleh Naib Ketua UMNO Bahagian dan oleh Ketua Penerangan sekarang. Tolong jawab, sama ada mereka yakin dan percaya, kemajuan UMNO bahagian Pekan di sumbang oleh mereka atau oleh 'seri' DS Najib?
Jika jawapan nya kerana nama DS Najib, maka benarlah tanggapan orang ramai bahawa di UMNO Bahagian Pekan tidak ada pasukan tapi ada primadona sahaja.
tok sak,
ReplyDeletei rasa dato najib tau apa yg sedang berlaku di pekan tapi dia buat2 tak tau. sebabnya dia tak tau apa nak buat dah. org pekan dah naik lemak dan datuk najib dah jeran pasal hampir2 kalah 200 undi lebih dulu. so dia terus bagi muka pada siapa jer kat pekan janji dia menang selesa.
lagi pulak ini satu advantage pada dia. yang penting survival politik dia di pekan dari survival umno untuk jangka panjang. sama ler macam pak lah. lantak pi ler org lepas dia. yang penting duit dah banyak.
gondol
Apa yang digambarkan di Pekan sudah pasti ada juga ditempat lain. Mahathir sendiri pernah kena 'main' di bahagiannya sendiri Kubang Pasu.
ReplyDeleteBagi negara, mungkin najib no.1 tapi di Pekan, kita kena hormat ahli UMNO di sana, mereka lebih kenal dan tahu bukan sahaja Najib tetapi juga Rosmah.
Kalau masalah Pekan tak selesai, masalah negara juga tak selesai dan Najib kena faham.
Salam and thank you Dato'
ReplyDeleteThis is quite the revelation!
So that's how the PM can and continues to get his NATIONAL mandate!
Pekan oh Pekan, it's ONLY you making him and continue to making him the PM!
Isn't it a good deal! Pekan has all that he wants and he will be giving and will continue giving Pekan so as he gets to stay PM come what else may!
So what, Pekan is nothing of a world league pasukan AND so what, DS Najib is but a primadona! He and Pekan know the what and how works!
dato
ReplyDeleteGigi palsu pun boleh sogok ker? hahahahah.ni memang baik punya cilok story lah.Ingatkan kain pelikat, gula dan kopi aje!
How about subsidi gigi palsu?hahahaha.By the way tarif untuk bungkusan dan surat pos laju dan pos domestik sudah naik effective 1 st julai.Any comments?
memang Najib tak peduli. Dia ada masaalah yang lebih besar di mahkamah peranchis.
ReplyDeleteHati dia dah rasa kecoh....tolong lah bersimpati dengan dia.
Rambut dia dah putih semua dan makin gemuk.....ini tanda2 stress lah.....
orang kamupung
Sudah ada usaha mempromosikan salah seorang anak najib di Pekan. maka di bawanya anak Najib ke sebuah warung di pinggir bandar Pekan. Setelah diperkenalkan dengan tuan punya warung, maka dihamunnya.. peduli apa aku ko anak Najib ke siapa.. ada aku kesah.. apakah orang Pekan masih mahu meneruskan legasi kepimpinan Orang Kaya Empat.. atau mungkin Rosmah mengambil alih legasi suaminya tercinta.. orang Pekan fikir-fikirkan lah,.. tidak pada hamba
ReplyDeleteSalam Dato',
ReplyDeleteSatu gambaran yg amat mengecewa dan sungguh mendukacitakan.Dari kenyataan dan huraian Dato' itu jelas ternampak iaitu DS Najib gagal untuk menubuhkan sebuah pasukan yg betul-betul mantap dan handal yg mana ahli-ahlinya terpilih daripada mereka yg bersemangat tinggi,berbakat,tahan lasak dan komited terhadap tugas dan tanggungjawab.Kita menjangkakan pasukan yg diketuai DS Najib di Pekan ini begitu kemas dan profesional yg boleh dibanggakan sebagai pasukan contoh.
Jika keadaan di Pekan ini dijadikan ukuran dan sandaran tentang keupayaan DS Najib sebagai pengurus pasukan maka akan timbul persoalan tentang bagaimana pula akan terjadi dengan pasukan Nasional yg dipimpin oleh beliau sebagai Pengurusnya.Silap langkah,pasukan nasional akan kecundang dan malapetaka akan menimpa.
Apa yg beliau perlu sedar bahawa sesebuah pasukan tidak akan menjadi jaguh dengan sekadar memberi nasihat dan menyampaikan hasrat agar pasukan bermain dengan cemerlang.Ianya memerlukan tindakan yg drastik,terancang,positif dan tegas.Sebagai permulaan, pemilihan pemain-pemain,jurulatih dan semua angguta pembantu misti dibuat secara profesional,jujor dan terbuka.Latihan yg terancang, kemas dan konsisten akan dapat memantapkan pasukan.Kata-kata nasihat dan pesanan bersemangat dari Pengurus hanya merupakan tindakan terakhir sebagai pelengkap kepada keseluruhan proses pemantapan sesebuah pasukan.
Sebenarnya fenomena yg ujud di Umno Pekan itu lebih kurang sama dengan apa yg berlaku di kebanyakan bahagian Umno di seluruh negara.Mungkin ada yg lebih teruk lagi seperti apa yg berlaku di bahagian Rantau Panjang dan Tanah Merah di Kelantan.
Justeru,DS Najib perlu bertindak segera dengan berperanan sebagai Pengurus Pasukan Nasional yg berorientasikan tindakan yg efisen dan berkesan.Kurang becakap banyak bertindak.Masa untuk kata-kata nasihat dan cakap-cakap berkias sudah berlalu.
Askar Tua
Dato:
ReplyDeleteDS Najib macam Messi le. Berjaya di Baecelona Madrid. Wakil Argentina tak laku (gol pun Tak ada ). Najib bolih cakap pasal KPI negara di pekan tak bolih buat apae
Seriously, half the hall was empty? Well historically everyone knew that in 1999 election, Najib should have lost. Pekan know their prodigal son well.
ReplyDeleteBarisan pimpinan UMNO Pekan- betapa banyak air liur DS Najib meleleh di tepi mulut atau 'berlenja' sekali pun dan di tadah dalam ketor, tidak akan mengobah sikap majoriti pimpinan UMNO bahagian Pekan.
ReplyDeleteSuka baca ni. Saya dah bermastautin di Selangor lebih 23 tahun. Suami dan anak2 tak faham 'berlenje' dan 'ketor'.
berlenja itu maksudnya meleleh dengan banyak tak terkawal.
ReplyDeleteketor ialah bowl atau mangkuk tempat berludah. zaman dulu2, orang2 tua selalu ada ketor sebagai tempat berludah.
ini loghar orang Pekan
dato
ReplyDeleteSememangnya DSN ni didalam 'self destruct mode' kerana dia selalunya ikut 'lowerhead' dari 'tophead' dia didalam tindakan yng melulu dan kini ditambah pulak benda2 'imelda marcos malaysia' lakukan yng memastikan dia 'living-in on borrowed time'. Kita sudah melihat sejarah UMNO....bila Mahathir beritahu Hussein Onn dulu 'time for you to go', dan DSN juga memberitahu Pak Lah serupa! Nasib yng serupa akan menimpa DSN krana UMNO perlu 'political sacrifice' untuk pastikan UMNO's survival!
Di Pekan tu orang Umno boleh tidor,sure menang punya.Undi pos beribu-ribu,undi org Kemboja pun dah biak jadi ribu-ribu,org Asal pun sama.Itu lah sebabnya Najib kena buat kerja sorang-sorang je,beri makan percuma pada rakyat Pekan , terutama pemimpin Umno,JKK dst,kemudian biar mereka terus lena.Umno berjuang hanya utk menang,bukan nak buat apa-apa pun selain dari tu,jauh sekali nak bagi minda rakyat cerdik,sebab pemimpin Umno Pekan pun yg cerdik jadi bodoh,yg bodoh apa tah lagi.
ReplyDeleteKawan tak kesah itu semua,sebab kawan bukan org Umno dan kawan pun tak harap apa-apa dari Umno.Yang kesiannya ialah pada org Melayu yg harapkan Umno ,terus di ninabobokan Umno, tok tok duit Felda berbelion-belion pun hampir kering di buat nya.