Ketika
bersalaman dengan Anwar Ibrahim malam kelmarin(sabtu), dia menyebut betapa
teruknya pemerintahan Najib hari ini. Saya faham maksud nya.
Najib
telah menggunakan system kehakiman untuk persecute Anwar. Ini bukan pembelaaan
keatas seorang yang bernama Saiful yang dimahukan oleh UMNO dan BN. Resources yang digunakan oleh UMNO sangat luar
biasa. Ia dibantu pula oleh pertubuhan ektremis dan media kompleks yang dimilik
oleh UMNO.
Ini
suatu persecution dimana segala jentera kerajaan dan alatkuasa kerajaan yang
sah- polis, kehakiman dan insitusi kuatkuasa yang lain digunakan oleh
pemerintah untuk membenam seorang seteru politik. UMNO mahukan daging serta
darah Anwar.
Bila
bersalam, saya rasa seram – maklum sahajalah mursyidul am UMNO- Dr Mahathir bersabda
no one is safe with Anwar Ibrahim around. Mungkin untuk seketika, apa yang
diberitahu oleh Mahathir ada benar nya; sebab saya seram bila membelakangkan
Anwar. Seram teringatkan pesanan Mahathir.
Tentulah
orang akan percaya apa Dr Mahathir kata- kerana pengucapan2 nya sudah sampai
kepada tahap sabda. Hanya yang tidak disebut oleh Mahathir ialah siapa yang
akan rasa takut bila ada Anwar?
Rupa2
nya, yang merasa takut kalau Anwar masuk gelanggang ialah semua perasuah dalam
negara ini; semua pegawai tinggi kerajaan yang meluluskan projek ratusan juta
Ringgit sebagai persediaan persaraan mereka; semua pemimpin tertinggi angkatan
tentera yang menyalahguna kuasa mereka membeli alatan atau dalam pengistilahan
mereka yang popular- assets dan kelengkapan sub-standard untuk tentera kita. Semua
mereka yang penyamun dan perompak. Mereka ini yang takut akan seorang Anwar
Ibrahim.
Selepas
episode mutakhir keatas Anwar, kita tahu agenda kita bila kita bertapak di
Putrajaya. Selongkar semua. Bukan setakat
tinkering here and there. Reformasi system kehakiman akan dicapai bila kita
singkirkan the top 15-20 judges. Tukar pimpinan tentera. Tukar pimpinan polis. Menstruktur
semua penjawat awam kita. Kembalikan kuasa kepada kerajaan negeri dibawah system
federalism. Kita investigate institusi pegam negara.
Seperti
biasa not a squeak from Najib yang terus menikus. Saya hanya terfikir- apa Najib
hendak kata melainkan bahawa eksekutf tidak mencampuri insitusi kehakiman. Dan seperti
biasa tidak ada orang yang akan percayakan Najib. Penghukuman Anwar menyetujui
agenda nya membenamkan musuh awam nombor wahid Malaysia.
Tapi
jebat si-anak tani istilah yang digunakan oleh Kassim Ahmad dalam sebuah sajak
nya, bukan seorang. Ada seribu yang akan bangkit menentang kerajaan yang zalim
dan menganiayai bangsa nya. semua cakap kerajaan berusaha untuk mendapatkan
pembelaaan untuk seorang yang berama saiful hanya suatu alasan untuk unleash
the whole power of aggression and coercive forces on Anwar.
Pilihan
rakyat Kajang menjadi senang.
Tindakan
akhir Najib ini menyenangkan rakyat Kajang memilih untk buat pendirian. Berada dipihak
yang menindas atau yang kena tindas?
The buffoon Ibrahim Ali sudah menunjukkan
keangkuhan nya bila menyatakan bahawa mahkamah lenient bila menjatuhkan hukuman
5 tahun keatas Anwar. Hah- ini dia contoh wira Melayu yang mahu dijadikan
contoh oleh Melayu UMNO.
Saya
hadhir dalam pelancaran jentera prk kajang di dataran prima saujana. Ribuan
rakyat hadhir. Tapi seperti biasa, akhbar milik umno dan bn akan mengalami
penyakit arithmetitis dimana mereka
tiba2 hilang daya kuasa mengira lebih dari angka 500.
Bila
anwar dihukum penjara 5 tahun oleh mahkamah rayuan, cuba rakyat malaysia
fikirkan: adakah ianya pembelaan untuk saiful yang kerajaan mahukan? Makan
jawapan jujur yang kita beri akan kata tidak. Come next year, orang UMNO akan
bertanya, saiful siapa?
Bagaimana
pembelaan keatas seorang individu yang bersumpah pun tidak tahu istilah nya,
diberi sedemikian penelitian dan kepedulian oleh kerajaan yang memerintah?
Masa, sumber kewangan, sumber manusia, intensiti kompleks media milik kerajaan
memamah isiu anwar ibrahim ini tidak dapat tidak, memberitahu kita bahawa kuasa2
belakang tabir tidak berhenti henti persecute anwar dan keluarga. Jutaan orang
akan sampai bila2 teringat gambar wan azizah mengesat air mata setelah hukuman
di mahkamah selesai.
Ini
yang orang umno mahu. Ini dia jiwa melayu yang umno mahu ujud dalam dada orang
melayu.
Kisah
mereka yang kufur dilaknat Tuhan.
Orang
Melayu yang beragama Islam harus meneliti mesej dalam Quran 5:78. Tuhan telah
melaknati golongan kufur Bani Israil melalui teguran dan kritikan Nabi Daud dan
Nabi Isa kerana mereka durhaka dan melampaui yakni mereka memilih untuk duduk
diam berpeluk tubuh merelakan pemerintah melakukan kezaliman dan penganiayaan. Mereka
memilih untuk duduk diam dan berpeluk tubuh apabila kerajaan melakukan angkara
durjana, rasuah, salahguna kuasa, rompak dan samun, menindas rakyat.
Ini
laknat Tuhan, bukan laknat Adnan Mansor.
Read more...