Antara Pengswastaan dan PengAutaan. Swasta lwn Auta
Buat
pertama kali ada suatu kenyataan Najib yang saya setuju. Bila dia kata kerajaan
tidak akan menjual MAS. Hanya saya harap ini kenyataan yang terus tegas. Jangan
ianya suatu ‘ruse’ untuk menyebabkan orang menyangka Najib ada tulang belakang
untuk menyanggah Dr Mahathir. Jika ketegasan ini berterusan, ini ialah suatu
first untuk Najib.
Kita
kena tunggu dan lihat. Mahathir belum lagi menyergah Najib. Kita lihat nanti konstitusi
Najib bila Mahathir bising- sama ada dia akan kekal menyatakan MAS tidak akan
dijual atau tidak. Bersedia lah untuk mendengar dimasa yang akan datang Najib
berkata setelah mengkaji semula fakta2, dia berpendapat MAS patut dijual jika
harga nya dan pembeli nya dapat diterima. Apa jadi jika yang hendak beli MAS
ialah Malindo Air?Ramai sahabat Najib disana. DZJJ umpamanya.
Jadi
buat masa ini- kita terimalah Najib nampak seperti ada tulang belakang walaupun
sukar mencari lokasi nya.
Orang
Melayu janganlah merasa hairan jika Najib melantik shahrizat sebagai punasihat.
Ini memang rasmi Najib. Dia akan mengelingi dirinya dengan orang jahat, rasuah,
pembawa beban kepada orang Melayu dan sebagainya. Dalam daerah Pekan, Najib
mengekalkan ketua kampong yang mencuri tanah, ketua cawangan dan ketua kampong yang
mengagih tanah sesama sendiri, yang mencuri balak, yang mengagih saham
dikalangan kroni dan keluarga- semua orang2 jahat. Macam mana bangsa Melayu
mahu maju jika pimpinan yang ditawarkan kepada mereka terdiri dari perasuah,
perompak dan yang tidak amanah. Adakah bangsa Melayu akan mendapat faedah jika
UMNO menawarkan pimpinan seperti Isa Samad, Anuar Musa, Shahrizat dan
seumpamanya? Inikah cara UMNO membangunkan bangsa Melayu?
Sekali
lagi! Memang benar apa yang Zaaba kata pada tahun 1927. Kepayahan dan malang
orang Melayu disebabkan oleh pemimpin dari kalangan bangsa nya sendiri. Najib
meneruskan tradisi membohongi bangsa Melayu. Pembangunan dan kemajuan bangsa
Melayu memerlukan yang pertamanya, pemimpin yang terbaik. Apa yang Najib
tawarkan kepada bangsa Melayu?
Jika
bangsa lain mengatasi orang Melayu itu adalah kerana mereka (bangsa yang
kehadapan itu) mempunyai nilai2 peribadi yang menyokong kemajuan yang sebenarnya. Jika
bangsa lain dalam negara kita ini mencapai kemajuan luar biasa, 90% dari sebab
nya ialah kerana pemimpin Melayu sendiri membenarkan nya jadi demikian.
Sebagai
contoh. Kenapa ada orang Cina membuka tanah secara haram dalam hutan daerah
Raub? Kerana pegawai kerajaan ynag berbangsa Melayu dan pemimpin Melayu yang
berkuasa membiarkan jadi demikian. Sebab pemimpin Melayu pun turut sama
membalun tanah ribuan ekar dan menceroboh mencuri balak. Masakan jika tidak
tutup sebelah mata bahkan kedua mata, pokok dan tanaman boleh membesar selama 30-40tahun? Selama 40
tahun, Melayu yang berkuasa itu tidur atau apa?
Kenapa
ada tauke balak tebang kawasan hutan sesuka hati? Dapat gelaran Tan Sri lagi. Kerana
pegawai kerajaan Melayu menutup mata bila tauke balak ceroboh kawasan yang
diberi. Kerana tauke bayar pegawai Melayu dan ketua Melayu. Perompak dan
penceroboh pun dapat gelaran Tan Sri dari bangsa Melayu.
Bila
orang Melayu dirundung malang dan dukacita, kita hendak salahkan orang lain? Salahkan
pemimpin bangsa kita sendiri.
Kita
kembali kepada Dr Mahathir. Jangan kita tanya Mahathir apa kita perlu kita buat
dengan MAS. Boleh jadi dia jurucakap untuk Syed Mokhtar atau Tony Fernandez. Atau
dia dengar nasihat dari punasihat terulung Malaysia , Nor Mohamad Yakob. Kalau rakyat
Malaysia mahu menyelamatkan MAS, kita tanya Tan Sri Abdul Aziz Raman. Bila Tan
Sri Aziz Rahman pencen, MAS ada reseb tunai RM5 billion.
Kenapa
benda yang baik, mahu diswastakan? Sebab Mahathir memang bertabiat begitu. Apa yang
boleh buat duit, dia akan swastakan kepada rakan2 dan orang2 terpilih. Maka dia
swastakan kepada Tajudin Ramli. Akibat nya? Kerajaan kena beli semula MAS dari
Tajudin pada harga RM1.8 billion. Jadi kenapa kita nak dengar cakap Mahathir? He
has done enough damage to this country.
Seperti
Daim beritahu saya- history will judge Mahathir on one point only. On
corruption. Saya tidak fikir ada orang yang lebih mengenali Mahathir dari Dr
Siti Hasmah selain Daim. Daim pernah beritahu saya Mahathir tidak boleh
berenggang dengan Daim lebih dari 3 bulan.
Kenapa
MAS boleh buat untung semasa Tan Sri Aziz mengemudi MAS dan sekarang MAS
dirundung malang? Ini membuktikan bahawa yang diperlukan oleh MAS lebih dari
segalanya ialah pimpinan perniagaan yang berkaliber tinggi, amanah , berani,
bersih, dispilin dan setia kepada kepentingan negara.
Malang
nya bila Mahathir campur tangan dan meswastakan. Malang kerana Mahathir ingat
pengswastaan menjamin keuntungan untuk MAS. Dengan suara yang terteran teran
berusia hampir 90 tahun, Mahathir sebenarnya bukan percaya kepada pengswastaan
tapi pada peng-autaan.
Dia
sudah perintah Malaysia selama 22 tahun dan malang Malaysia hari ini banyak
berpunca dari Mahathir sendiri. Keadaan politik yang tegang dan tidak tentu
hala adalah kerana Mahathir menanam jarum perpecahan dalam kalangan Melayu
jati. Apapasal bangsa Melayu enggan mengakui fakta bahawa Mahathir bukan Melayu
sejati. Mahathir benci orang Melayu yang enggan menerima bahawa dia seMelayu
dengan Melayu yang lain.
Mahathir
memanglah mempercayai penswasataan. Kepada nya ianya bermakna menswastakan
keuntungan dan mengawamkan kerugian. Untung biar pihak swasta sapu, rugi biar
awam atau rakyat yang tanggung.
