Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Sunday, 13 November 2011

satu lagu surat dari pembaca mengenai penyenaraian FELDA.

I have not read the personal attacks by the lard layered brain in the human apparition called Big dog. I have been alerted to them by a reader. If he chooses to go personal and engage in ad hominem attacks, I have no problems with that. I will respond in like manner at my own time. But if he has to resort to personal attacks over an opinion, then he hasn’t got any substance with which to rebut my arguments.
Everyone knows Big dog is a paid lackey dishing out venomous attacks against anyone he and his cohorts think are damaging UMNO. Yet he himself is of dubious UMNO pedigree. When this buffoon met me for the first time, his question was why did I support KJ in KJ’s quest to become Ketua Pemuda? I could have asked the same stupid question why did he support Mukhriz other than sharing the same alma matter?  Then I realized- I confirmed his stupidity when he asked me the next question.
He said how could KJ win when Mukhriz secured the biggest nomination? So I asked him whether he is an UMNO member. I doubt he is one, for if he is, he wouldn’t ask such stupid question. Even if he is, he can’t even get  a seat on the cawangan committee what more earn a berth as delegate to the General Assembly. He cannot differentiate between getting the nominations from the Ketua Pemuda Bahagian and failing to get votes from the 3 other delegates. The Ketua Pemuda Bahagian may not be in control over the 3 other delegates. Obviously, KJ’s operatives worked on the 3 other delegates better than Mukhriz. But the man with the lard layered brain wouldn’t understand would he?
What has my divorce got to do with the issue of Felda? What source does the Big Dogshit rely on to form a judgment on my performance as an ADUN? From my detractors and from the intriguers in UMNO? The Ketua Kampungs who conduct land grabs to give to their family members and take advantage of old women when doing service? Or the Penghulus who are UMNO members who also sapu all the land and misuse the office of Penghulu?Here's the thing- if I am not a threat, then why all the alarm over my opinions on FELDA and other matters.
Unless you know what really happened don’t go shooting your mouth. But I will have the opportunity to reveal all in the next general elections. Just wait. 
In the meantime, I post yet another letter from a reader. I hope Big Dog and his legions of sycophants understand the meaning of letters from readers. I reproduce them verbatim. Ada faham?

SURAT PEMBACA- PERPECAHAN DALAM FELDA – HA HA HA...HAJI NAJIB PENING KEPALA

Ha Ha Ha... Haji Najib pening kepala isu Felda. Perpecahan dalam Felda sangat serius dan ketara. Walau Isa Samad bagitahu media dan Haji Najib semuanya baik, tapi laporan semua baik juga sebabkan BN kalah Selangor, Penang, Kedah, Perak (sebelum acara lompat katak wakil rakyat berlaku) dan Kelantan. Haji Najib tergamam dalaman Felda berantakan. Isa Samad dan Sabri Ahmad hentam FELDA malah Ketua Peneroka yang jadi Lembaga Pengarah pun turut dimaki hamun oleh penyokong-penyokong tegar mereka sebab tak setuju rampasan kuasa Koperasi Permodalan Felda dan gadaian anak-anak syarikat Felda.

Ha Ha Ha... Biarkan Isa Samad dan Sabri Ahmad terus leka bantai Dato Dzul (DG Felda), Pengarah-Pengarah dan kakitangan FELDA serta tak terkecuali En. Samsudin (Ketua Peneroka) di laman maya dan melalui agen mereka Seranta UMNO Felda. Di barisan PR, lebih elok Dato Dzul keluar Felda, imej bersih dan lembut beliau menyusahkan PR mempengaruhi peneroka. Aura Dato Dzul kuat di seluruh Felda, tanyalah calon-calon PR yang tumbang di Felda. Dato Dzul sendiri ahli UMNO, dan bantuan Dato Dzul dan pengurusan Felda yang yakinkan peneroka dan kakitangan menangkan BN di DUN Hulu Selangor. DUN Kerdau dan DUN Tenang serta DUN Merlimau. Pengaruh En Shamsudin (Pak Din) pun cukup gagah di kalangan peneroka. Aura beliau juga yang menangkan BN di peti undi FELDA. Buktinya, pencacai Isa Samad dan Sabri Ahmad akhirnya mengalah kepenatan dan heret Dato Dzul dan Pak Din pada saat akhir siri penerangan serta paksa Dato Dzul dan Pak Din cakap semasa diwawancara TV3 tapi lain dijawab lain yang keluar dan yang mengulas panjang adalah pembaca berita sendiri. Siapa tak kenal berita TV3 yang iklan raya aidilfitri pun ala krismas dan yahudi. Dato Dzul dan Pak Din sekarang jadi bahan pameran untuk tunjukkan semuanya OK dengan usaha keji Isa Samad dan Sabri Ahmad (http://www.agendadaily.com/Muka-Hadapan/siapa-kata-pengerusi-dan-pengarah-besar-felda-tidak-ngam.html).
Penulis teringat ini juga usaha dilakukan US untuk menggambarkan situasi Palestin semua OK dengan mengambil gambar Presiden Palestin bersalam dengan Presiden Israel (http://www.thehindu.com/news/international/article24048.ece)  dalam masa yang sama Israel tetap menekan Palestin dan mengambil tanah-tanah Palestin dan menyerang pejuang-pejuang Palestin. Tidak ada bezanya tindakan Israel dengan Isa Samad dan Sabri Ahmad menekan FELDA menggadai tanah-tanahnya, aset dan syarikatnya dan menutup terus keistimewaan peneroka seperti pendidikan, usahawan, SIUF, pembesaran rumah dan perumahan generasi baru, sukan, kerohanian dll. serta menyerang suara-suara FELDA dan generasi baru yang menentang usaha penyenaraian secara terburu-buru.

Ha Ha Ha....Bagi PR terutama generasi baru Felda yang menentang rampasan kuasa Koperasi Permodalan Felda dan usaha menggadaikan anak syarikat Felda dengan menyerahkan 70% saham kepada pelabur luar, mereka tidak peduli pasal Dato Dzul atau Pak Din. Dato Dzul tetap akan dapat pencen, Pak Din pun sudah tua dan jika Pak Din tersingkir dari jadi Ketua Peneroka pun, Pak Din tetap bahagia menjaga cucu dan beribadat. PR dan generasi baru FELDA cuma nak jaga masa hadapan peneroka dan generasi baru daripada tergadai dan hilang hak istimewa sebagai peneroka. Bunuhlah sesama kamu, gaduhlah...ada PR kisah?

Ha Ha Ha...tapi teruk-teruk PR kena belasah pun tak ada pula buka kisah peribadi atau nak tutup periuk nasi pengurusan Felda dan kakitangan. Sekadar teguran melalui ceramah dan memorandum sahaja. Blogger-blogger dan Facebooker upahan Isa Samad dan Sabri Ahmad sekarang kata pengurusan Felda tak mahu  Felda berubah kerana dapat duit banyak jadi wakil FELDA dalam anak syarikat. Dah tentu anak syarikat itu FELDA punya maka pengarah sedia ada yang wakil FELDA. Wakil peneroka pula kurang-kurang pun ada dua dalam setiap anak syarikat FELDA. Bezanya wakil peneroka tidak akan pencen, wakil FELDA akan pencen. Dah pencen nanti tak ada peluang lagilah jadi wakil dalam anak syarikat. Lagipun semua kakitangan kerajaan wajib bayar cukai pendapatan dan isytihar pendapatan.
Isa Samad al-korupsi ada isytihar harta ke? Sabri Ahmad pasti tak berani isytihar harta sejak didapati bersalah oleh Lembaga Pengarah Sime Darby terlibat dalam skandal kerugian RM120 juta Golden Hope. Nasib Sabri Ahmad baik, sekadar diminta diletakkan jawatan, bukan disumbat dalam penjara kerana Golden Hope tak panjangkan isu kepada SPRM. Kalau Presiden ANAK Mazlan Aliman buat laporan kepada SPRM menggunakan dokumen dan bukti dari KPMG Forensic dan dokumen yang ada pada YB Wee Chee Keong serta bekas akauntan Golden Jomalina, pasti Sabri Ahmad pening kepala. Dengan dokumen sama, Sabri Ahmad diminta letakkan jawatan oleh Lembaga Pengarah Sime Darby, tak mustahil kali ini SPRM ambil tindakan jika ada laporan. Kalau ANAK buat laporan, jangan terjun dari pejabat SPRM sudahla ya Sabri?

Ha Ha Ha.. Haji Najib pening kepala. Kaedah Isa Samad buangan UMNO dan Sabri Ahmad buangan Sime Darby memaksa kakitangan dan peneroka bersetuju dan mengugut supaya mendiamkan diri bakal makan tuan. Memang kakitangan FELDA dan peneroka ini tidak ada daya melawan kempen penerangan dan tohmahan melalui media utama dan medan pertempuran maya kerana tidak punya sumber kewangan. Harus diingat, semasa Pilihanraya Kecil, semua jentera kerajaan yang diperkuda BN boleh digerakkan dan ditambah sokongan kuat pengurusan Felda dan JKK Peneroka telah berjaya menangkan undi BN. Apabila Pilihanraya Umum 13 berlangsung, jentera kerajaan yang boleh diperkudakan BN akan mengecil, Haji Najib pasti harapkan JKK Peneroka, pengurusan FELDA dan kakitangan bantu menangkan BN. Agak-agak kali ini dapat tak sokongan yang sama? Sekarang tidak mungkin Haji Najib akan nampak hati kakitangan dan peneroka FELDA selagi PRU 13 belum berjalan. Takkan Haji Najib nak paksa kakitangan dan peneroka FELDA yang memprotes dalam diam ini sain dokumen akujanji undi BN macam orang Indon, Bangla dan Myanmar yang dapat IC mudah.

Ha Ha Ha.. Isa Samad dan Sabri Ahmad sendiri bantu PR menangi hati peneroka, pengurusan dan kakitangan FELDA dalam diam. Tugasan Biro Felda dalam PR sangat mudah: Panjangkan fakta-fakta yang cuba diputarbelitkan Isa Samad dan Sabri Ahmad serta tunjukkan serangan peribadi terhadap pengurusan FELDA dan Ketua Peneroka oleh blogger upahan Isa Samad dan Sabri Ahmad. Tiba PRU 13 kelak, calon-calon BN pasti terpinga-pinga kenapa pengurusan FELDA dan peneroka tidak lagi bersama dalam kempen sebaliknya membuka pintu seluasnya kepada PR untuk berkempen. Pada masa ini PR tidak mengharapkan peneroka dan kakitangan FELDA turut berkempen, buat sepanduk atau bakar patung Isa Samad. Cukup sekadar tunjukkan protes anda terhadap Isa Samad dan Sabri Ahmad melalui undian terhadap PR pada PRU 13. Mudah kan?



Read more...

Wednesday, 9 November 2011

Surat pembaca mengenai listing Felda Global Ventures Bhd.


Ini  lagi surat ( ada 4 semua- yang pertama sudah di siarkan) dari pembaca yang memberi pandangan nya/mereka kepada rancangan penyenaraian Felda Global Ventures. Sidang pembaca tentu ada membaca artikel yang menyokong dan mengwarwarkan penyenaraian tersebut sebagai suatu langkah yang baik untuk memperkasakan ekonomi Bumiputera. Kita tidak memaki hamun pandangan tersebut dengan kata nista atau melakukan serangan ad homiem kepada mereka yang menulis menyokong penyenaraian tersebut. Sebaliknya, kita menghasilkan penghujjahan untuk menawarkan pandangan yang berbeza. Mudah mudahan dengan melakukan perbandingan, kita dapat membentuk pendapat untuk membuat penghukuman.
Sekian…………..sakmongkol ak47.

CEO FELDA GLOBAL VENTURES, DATO SABRI AHMAD DAHULU BENCIKAN CAMPUR TANGAN POLITIK, KINI JILAT LUDAHNYA KEMBALI
Dari sumber-sumber yang rapat dengan Dato Sabri Ahmad, CEO Felda Global Ventures, berasa hairan dengan perubahan sikap Dato Sabri Ahmad yang begitu taksub dengan pengerusi lantikan politik Felda iaitu Tan Sri Isa Samad.Sabri dahulu pernah mengeluh bahawa skandal kerugian Golden Hope Plantation bernilai RM120 juta dibawah tanggungjawab beliau sepatutnya diletakkan atas bahu orang lain dan bukan dirinya sahaja. Sabri Ahmad juga pernah menyumpah seranah Tun Musa Hitam, Pengerusi Sime Darby dan Sabri begitu tegas dengan pendirian beliau bahawa orang politik tidak patut masuk campur dalam urusan tadbir korporat dan penjawat awam. “Saya hairan dengan pendirian 360 darjah Dato Sabri Ahmad dalam isu terbaru Felda iaitu isu penyenaraian dan rampasan kuasa pengerusi koperasi Felda . Dahulu Dato Sabri berkata beliau menerima paksaan meletak jawatan di Sime Darby atas dasar prinsip beliau yang benci campur tangan politik. Namun jelas beliau boleh dibeli kali ini dan pastinya gaji, elaun dan ‘remuneration’ diterima dari Felda Global Ventures terlalu bernilai untuk dilepaskan dan mungkin juga ada bahagian untuknya apabila Felda Global Ventures disenaraikan kelak. Beliau pun dah tua, lebih kurang sebaya saya dekat 65 tahun, tak larat nak ada prinsip lagi agaknya, takkan nak berhenti kerja dan cari kerja lagi. Baik beliau sapu dulu duit Felda, di Felda pun kalau tak salah Dato Sabri (berstatus) kontrak sahajakan?”
Seorang lagi sumber menyampuk bahawa “Jangan lupa kawan-kawan bila sudah kaya ya Dato? Dahulu dalam usaha kami menyelamatkan karier Dato Sabri, kami pernah buat Solat Hajat di Masjid Syakirin KLCC supaya Tun Musa Hitam jatuh dan kami turut mendapatkan bantuan Pakatan Rakyat. Tak lama kemudian Dato Sabri dilantik jadi Pengerusi MPOB, hal itu reda sementara sehinggalah sekali lagi beliau diganggu ahli politik UMNO supaya bersedia melepaskan jawatan tersebut kepada MP Johor Bahru, Shahrir Samad. Memang betul-betul meluap kemarahan beliau kepada orang UMNO. Ayat bencikan orang UMNO dan campur tangan UMNO memang bermain di bibirnya sehinggalah beliau dilantik sebagai CEO Felda Global Ventures. Kini beliau bagai menjilat ludahnya kembali tapi kalau itu boleh buat beliau kaya raya, apa salahnya. Kawan-kawan boleh tumpang senang dan apabila Felda telah disenaraikan, masyarakat luar seperti kami boleh masuk merebut peluang saham, menjadi lembaga pengarah dan menguasai perniagaan dalam Felda yang selama ini untuk orang Felda sahaja. Dato Sabri mesti bagi kawan-kawan satu industri plantation yang berniaga seperti kami masuk dalam Felda, takkan beliau tak ingat kawan-kawan” kata sumber itu lagi sambil tersenyum.

Surat ke 3

CERAH MASA DEPAN PENYENARAIAN FELDA DAN WARGA PENEROKA DI BAWAH DATO SABRI AHMAD DAN ISA SAMAD
Masa hadapan FELDA terutamanya peneroka dijangka lebih cerah di bawah Sabri Ahmad dan Isa Samad berdasarkan latar belakang kedua-duanya yang cemerlang di sisi PM Najib.
Di dada-dada akhbar utama dan media alternatif pada 11 Jun 2008, terpapar berita menggemparkan industri perladangan apabila Sabri Ahmad sebagai CEO Golden Hope Plantation Berhad dipaksa meletakkan jawatan di atas skandal kerugian sebanyak RM120 juta.Beliau didapati bersalah oleh Sime Darby melalui siasatan forensik audit KPMG dan didapati terlibat dalam skandal Golden Jomalina Food Industries. Rujuk http://findarticles.com/p/news-articles/new-straits-times/mi_8016/is_20080611/sime-fires-2-execs/ai_n44404255/
Tindakan Lembaga Pengarah Sime Darby yang menuntut perletakan jawatan Sabri Ahmad adalah sebagai jawapan kepada soalan Parlimen yang dikemukakan YB Tuan Wee Choo Keong (WangsaMaju) kepada YAB Perdana Menteri untuk menyatakan tindakan yang telah diambil kepada Dato Sabri Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Golden Plantation Bhd, subsidiary kepada PNB, kerana mengakibatkan kerugian bernilai RM120 juta dalam pasaran hadapan minyak sawit mentah pada Julai 2007 dan menjual pada masa hadapan harga minyak mentah sawit pada harga RM2,000.00 kepada Mewah Oils Sdn. Bhd., yang dikawal oleh seorang pedagang Singapura yang telahdidakwa di mahkamah kerana kesalahan memalsukan dokumen.
YB Wee Choo Keong dikatakan mempunyai maklumat penuh skandal kerugian tersebut yang dibekalkan oleh bekas akauntan Golden Jomalina yang dikenali dengan nama Mr. Ng dan kini menetap di Singapura. Kekukuhan bukti dan dokumen tersebut serta bukti siasatan audit forensik KPMG menyebabkan YAB PM, Tun Musa Hitam (Pengerusi Sime Darby) dan Lembaga Pengarah Sime Darby meminta Sabri Ahmad meletakkan jawatan dengan segera.
Manakala Isa Samad terkenal kerana dihukum oleh UMNO sendiri atas kesalahan rasuah dan ini belum lagi dibongkarkan kembali penyelewengan dan rasuah semasa beliau menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun.
Apa dia Sabri Ahmad? Apabila Felda disenaraikan, Felda bakal jadi lebih telus dan kurang ketirisan?Bukankah Golden Hope Plantation itu syarikat yang telah disenaraikan di bursa tetapi dirugikan RM120 juta oleh Sabri Ahmad dan didapati BERSALAH DAN DIMINTA MELETAKKAN JAWATAN oleh Lembaga Pengarah Sime Darby sendiri. Aduhai, terkena orang FELDA kali ini.Sudahlah dipaksa menerima Pengerusi Felda disabitkan kesalahan rasuah, CEO Felda Global Venture pula bekas buangan Sime Darby kerana terlibat penyelewengan danmerugikanSime Darby.Wahai PM Najib yang dikasihidandisokongolehwarga Felda, inikah balasan kebaikan warga Felda terhadap kemenangan BN melalui peti undi Felda selama ini? Warga Felda juga semakin muak dengan ‘kehebatan’Sabri Ahmad di Felda Global Venture dengan kerugian terus menerus TRT Holdings dan banyak lagi pelaburan luar Felda Global Ventures di luar negara seperti yang disebut Anwar Ibrahim di parlimen sebelum ini dan lebih banyak lagi pendedahan akan dibuat Anwar berkaitan kerugianpelaburan Felda Global Ventures yang mana wang Felda yang rugi berjumlah hampir RM2 billion ringgit itu boleh menampung aktivitisosio-ekonomi peneroka seperti pendidikan dan pembesaran rumah selama setahun setengah. Berapa banyak anak Felda tidak dapat ke luar negara kerana penuhi nafsu Isa Samad dan Sabri Ahmad nak melabur luar negara seperti lawatan Isa Samad dan Sabri Ahmad yang turut disertai oleh Tun Mahathir ke Myanmar baru-baru ini. Kalau dikira-kira pulangan pelaburan luar negara Felda di bawah tanggungjawab Sabri Ahmad, hendak balik modal semua perbelanjaan penerbangan tiket kelas pertama dan belanja-belanja mewah beliau di luar negara pun tidak lepas. Inilah nasib warga Felda peneroka dan kakitangan yang telah berhempas pulas bermandi darah dan peluh buka dan jayakan Felda serta menyokong BN setiap pilihanraya, dan akhirnya PM Najib menghantar golongan kapitalis, penyeleweng dan penjenayah pula yang duduk di kerusi utama Felda Global Ventures dan menikmati semua kemewahan Felda, kerusi empuk dan meja import luar negara, berhawa dingin dan dibuatkan minuman setiap pagi.


Surat ke 4 akan di siarkan dalam siri yang berikut nya.

Read more...

Tuesday, 8 November 2011

Chairman Isa and the listing of Felda Global Ventures-surat dari pembaca

FAKTA-FAKTA PENYENARAIAN FELDA YANG TIDAK AKAN DISIARKAN TV3 DAN UTUSAN:
  1. Menteri Koperasi sendiri tidak tahu menahu dan enggan mengeluarkan surat arahan Menteri bertarikh ke belakang (back dated) untuk masuk campur isu rampasan kuasa Koperasi Permodalan Felda demi memenuhi nafsu Isa Samad kecuali diarahkan PM Najib. Campurtangan beliau dalam Koperasi Permodalan Felda bakal memberikan imej tidak baik, dianggap campur tangan politik kerajaan dalam sebuah koperasi yang aman dan berjaya serta bakal dibantah Jawatankuasa Koperasi Antarabangsa (www.ica.coop/al-ica) yang turut dianggotai oleh Angkasa. Difahamkan beberapa lembaga pengarah Jawatankuasa Koperasi Antarabangsa dari EU dan Afrika akan mengadakan kenyataan bantahan dalam hal ini tidak lama lagi. Berdasarkan potensi perkara ini bakal memburukkan imej negara dan menjejaskan peti undi Felda di Parlimen Bera (sekurang-kurangnya 14 peti undi Felda terlibat di bawah Parlimen Bera) Dato Seri Ismail Sabri akan terus mengambil pendirian berdiam diri dan tidak akan menyokong usaha Isa Samad merampas kuasa Pengerusi Koperasi Felda walaupun Isa Samad menjaja nama PM Najib ke sana ke mari

  1. PerjanjianPajakan di antara Felda Global Ventures dan FELDA yang disorokkan dari diketahui warga Felda sekalian jelas menyatakan pajakan tanah terlibat adalah:
·         Tanah-tanahperladangan Felda yang diuruskan Felda Plantation berjumlah 360,000 hektar DAN;
·         Tanah-tanah sedia ada Felda (Additional Existing Land) yang telah dibenarkan kerajaan negeri untuk dibangunkan. Contohnya tanah Felda sendiri digunakanFelda dan peneroka untuk tujuan pertanian, perniagaan, sukan, perumahan generasi kedua, resort-resort Felda, serta tanah di mana penyelidikan. Dalam perjanjian itu menyebut bahawa jika tanah tersebut sudah mendapat geran,ia akan diberikankepada Felda Global Venture secara automatik dan jika belum diberikan geran akan diserahkan kepada  Felda Global secara 3 tahun secara penyambungan automatik sehingga 99 tahun. Jika peneroka-peneroka pada masa ini ada mengadakan aktiviti perniagaan, pertanian atau sosial di tanah Felda yang akan diambil alih Felda Global Venture, bersedialah untuk membayar sewa atau dirampas kembali tanah-tanah tersebut oleh Felda Global Venture bagi aktiviti yang mereka anggap lebih menguntungkan kepada kroni Isa Samad dan Sabri Ahmad
·         Tanah-tanah masa hadapan (Future land) yang bakal dibeli FELDA akan diserahkan kepada Felda Global Venture
JIKA ISA SAMAD DAN SABRI AHMAD MENAFIKAN PERKARA INI, SEBAIK-BAIKNYA TUAN-PUAN PENEROKA MEMINTA ISA SAMAD DAN SABRI AHMAD MEMINTA DITUNJUKKAN DAHULU SURAT PERJANJIAN PAJAKAN DI ANTARA FELDA DAN FELDA GLOBAL VENTURES SEBELUM PAJAKAN DIMULAKAN PADA 1.01.2012. JIKA ENGGAN, DISARANKAN TUAN-PUAN MENYAMAN FELDA DARI MEMBUAT KEPUTUSAN MERUGIKAN MASA HADAPAN PENEROKA DAN ANAK-ANAK DAN MEMOHON INJUKSI MAHKAMAH BAGI MENGHALANG TINDAKAN PAJAKAN INI DILAKUKAN TANPA SURAT PAJAKAN INI DITELITI DAN MENDAPATKAN PERSETUJUAN SEMUA PENEROKA MELALUI SEBUAH REFERENDUM

  1. Struktur Pra-Penyenaraian Felda Global Venture telah direka khusus bagi menipu rakyat terutamanya peneroka dan kakitangan Felda. Struktur Penyenaraian dimaksudkan adalah:
  2. Koperasi permodalan Felda akan menguasai 60% ekwiti FGV manakala Felda akan menguasai 40% ekwiti.


Tujuan Struktur  Pra-Penyenaraian yang direka ini adalah seperti berikut:
·         Mewujudkan situasi kononnya terdapat konflik kuasa eksekutif apabila Pengarah Besar FELDA memegang kedua-dua jawatan Pengarah Besar FELDA dan Pengerusi Koperasi Permodalan Felda dan menggunakan alasan urus tadbir korporat yang baik (bukan menggunakan peraturan Suruhanjaya Sekuriti BSKL), Isa Samad merampas kuasa Pengerusi KPF melalui agenda khas dalam mesyuarat Lembaga Pengarah FELDA yang diadakan semasa ketiadaan Pengarah Besar yang menunaikan umrah dalam bulan Ramadan. Struktur ini dirancang sendiri oleh Sabri Ahmad, bukannya FELDA mahupun PM Najib sendiri bagi mewajarkan tindakan Isa Samad ini. Apabila Isa Samad menjadi Pengerusi KPF, perkara pertama akan dilakukan beliau adalah meluluskan pelepasan pegangan ekuiti KPF di dalam Felda Holdings Berhad, merombak pengurusan dan lembaga pengarah serta mengetuai jawatankuasa pelaburan dan merubah polisi sedia ada yang menjaga kepentingan ahli-ahlinya selama ini
·         Menutup mata kakitangan dan peneroka iaitu ahli-ahli Koperasi Permodalan Felda bahawa mereka bakal kehilangan 51% Saham dalam Felda Holdings Berhad iaitu Syarikat Utama yang mentadbir anak-anak syarikat Felda. Anak-anak syarikat ini tidak akan wujud tanpa usaha bersama pengurusan FELDA dan kakitangan dan Struktur Selepas Penyenaraian akan menyaksikan penguasaan saham Koperasi Permodalan Felda dalam anak-anak syarikat akan jatuh kepada 30% sahaja dan 70% bakal diberikan kepada pelabur luar. FELDA pula disingkir keluar dari sebarang pemilikan dan hak dalam penyenaraian ini
·         Hasil pelepasan hak Koperasi Permodalan Felda dalam anak-anak syarikat Felda dan pelepasan hak Felda dalam Felda Global Ventures dalam aktiviti dipanggil ‘divestment’ (lawan kepada investment) ini akan menghasilkan sedikit wang yang akan digunakan bagi aktiviti pemberian durian runtuh yang sangat tidak berbaloi jika dibandingkan pembayaran one-off durian runtuh VS pendapatan dividen 51% selama 99 tahun + kehilangan hak Felda dan peneroka terhadap anak-anak syarikat Felda + kehilangan pendapatan Felda sebanyak RM1.5 – 2.0 billion

Kepada anak-anak Felda dan peneroka Felda yang celik IT, minta anda terangkan kepada ibu bapa dan rakan-rakan peneroka lain untuk memilih salah satu di antara berikut:

DURIAN RUNTUH VS PENDAPATAN STABIL DAN HAK TERPELIHARA:


Durian Runtuh secara sekali pemberian iaitu MAKSIMUM gabungan wang tunai dan ‘pink form’ sebanyak RM20,000 – RM50,000 bergantung kepada serius mana bantahan peneroka

Pink Form atau Nilai Saham tersebut adalah keuntungan atas kertas sahaja. Ia diberi sebagai galakan kepada peneroka dan kakitangan untuk menjual pegangan mereka ke atas anak-anak syarikat Felda jika inginkan wang yang sebenar. Sebarang jualan akan dibeli oleh pelabur luar (Di Bursa Saham tidak ada sekatan terhadap profil pelabur sama ada bangsa lain, negara lain malah penjenayah juga boleh membelinya). Adalah dijangka jualan anak-anak syarikat Felda dan peluang memiliki tanah-tanah Felda ini sangat ditunggu pelabur luar Felda dan akan terlebih langgan beratus kali ganda. Bermaksud, sekali dijual, beratus calon menanti membeli saham anda terutama kroni Isa dan Sabri

  • Koperasi Permodalan Felda kehilangan 51% saham majoriti daripada pegangan semua anak syarikat dan bakal tinggal 30% sahaja apabila penyenaraian berlaku.
  • FELDA (pengurusan dan peneroka) tidak lagi ada HAK dan SUARA dalam anak-anak syarikat Felda malah adalah wajar FELDA mengarahkan nama FELDA dibuang dari Felda Global Ventures dan anak-anak syarikat Felda. Boleh diganti dengan Isa Global Ventures atau Sabri Prodata. Barulah terserlah PENIPUAN kononnya untuk masa hadapan FELDA tapi dihilangkan terus hak FELDA dan diberi kepada pelabur lain
  •  Perbelanjaan Felda setahun adalah paling kurang RM500 juta belanja pengurusan dan RM1.5 billion untuk peneroka bagi aktiviti pertanian dan sosio-ekonomi. Isa Samad dan Sabri Ahmad MEMAKSA FELDA menerima cuma sekitar RM500 juta sahaja (PAKSAAN INI TERDAPAT DALAM SURAT PAJAKAN FELDA DAN FELDA GLOBAL VENTURES.SILA DAPATKAN PEGUAM UNTUK MINTA FELDA TUNJUK DAHULU SURAT PAJAKAN SEBELUM BERMULA 1.12.2012) Dengan pendapatan Felda hilang RM1.5 – RM2.0 billion, dijangka FELDA tidak lagi memberikan peneroka apa yang dinikmati selama ini seperti bantuan pertanian, pendidikan, usahawan, SIUF, kerohanian,sukan, perumahan dll. Kesimpulannya taraf istimewa peneroka FELDA jatuh kepada peserta tanah kampung lain seperti Kejora, Ketengah, Kesedar, Felcra dll.
  • Kuota Peneroka memegang Lembaga Pengarah anak-anak syarikat Felda akan dikurangkan kerana peneroka tiada lagi kaitan kecuali sekadar melabur dalam saham KPF yang memegang sekadar 30% daripada saham Felda Global Ventures


  1. Jaminan Isa Samad dan Sabri Ahmad bahawa  FELDA bakal dibayar RM1 billion bagi meneruskan tujuan aktiviti pertanian dan pembangunan sosio-ekonomi peneroka setiap tahun selama 99 tahun adalah BOHONG DAN PENIPUAN TERBESAR:
    1. Tidak ada jaminan BERTULIS di mana-mana berkenaan sumbangan tersebut dalam Surat Pajakan Tanah Felda (Diminta Peneroka dapatkan Peguam bagi menuntut kepada Felda untuk meneliti Surat Pajakan ini sebelum 1.1.2012) seperti dijanjikan Isa Samad dan Sabri Ahmad. Malah jumlah RM1 billion tidak cukup pun untuk peneroka berdasarkan perbelanjaan sebelum ini
    2. Isa Samad dan Sabri Ahmad tidak akan meletakkan JAMINAN BERTULIS kerana ini mengurangkan minat pelabur dan kapitalis terhadap penyenaraian anak-anak syarikat Felda. Pelabur dan golongan kapitalis bermodal besar Cuma berminat memiliki segala pendapatan, tanah dan lain-lain aset Felda dan tidak berminat memberi SEDEKAH PERCUMA kepada Felda untuk peneroka
    3. Segala kata-kata, janji dan jaminan Isa Samad dan Sabri Ahmad pada masa ini TIDAK LAKU kerana tidak mewakili Lembaga Pengarah Felda Global Ventures yang baru nanti apabila Felda Global Ventures disenaraikan. Isa Samad dan Sabri Ahmad sekadar bertaraf kontrak dan apabila masing-masing sudah kenyang akan pergi dan TIDAK LAGI BERTANGGUNGJAWAB terhadap kenyataan mereka sebelum ini. Sabri Ahmad sendiri pernah terlibat penyelewengan RM120 juta di syarikat Golden Hope Plantation Bhd (sebuah syarikat yang pada masa itu telah disenarai) yang disiasat oleh  KPMG Forensics dan didapati bersalah sehingga dipaksa Lembaga Pengarah Sime Darby untuk meletak jawatan. Skandal Sabri Ahmad dan berita ini dilapor akhbar utama dan media alternatif sekitar Jun 2008 dan skandal salah laku Sabri Ahmad pernah ditanya oleh YB Wee Choo Keong di Parlimen (Link: http://www.1malaysia.com.my/zh/news/pnb-will-not-interfere/) dan http://findarticles.com/p/news-articles/new-straits-times/mi_8016/is_20080611/sime-fires-2-execs/ai_n44404255/ ) Tentang Isa Samad tidak perlu lagi didedahkan siapa beliau. Masih rasa selamatkah peneroka-peneroka Felda, kakitangan Felda terhadap 2 individu utama ini yang muncul di semua media dan sesi penerangan yang meminta supaya mereka diyakini untuk ubah masa hadapan Felda?
Semua fakta-fakta ini akan terbukti  jika terdapat wakil peneroka membuat laporan polis dan melantik peguam menyaman dan mendapatkan injuksi mahkamag menghalang Felda dari memasuki perjanjian yang  meragukan dan melibatkan masa hadapan peneroka dan anak-anak. Juga minta peguam-peguam anda meminta Felda dedahkan secara telus berkenaan keputusan mesyuarat Lembaga Pengarah Felda yang mana lain diputuskan lain diberitahu oleh Isa Samad dan Sabri Ahmad semasa penerangan di media dan kepada himpunan peneroka dan kakitangan. Turut tertipu adalah pegawai Jabatan Perdana Menteri dan pejabat Timbalan Menteri Felda sendiri tetapi tidak boleh berbuat apa-apa kerana Isa Samad menjaja nama PM Najib merata-rata.

Read more...

Monday, 7 November 2011

Chairman Isa and the listing of Felda Global Ventures-1



Let’s talk about FELDA Global Ventures Bhd. It owns 49% of FELDA Holdings Berhad. 51% is owned by KPF. KPF looks after the interest of 220,000 felda families. It gives out dividends which you see the PM gives out at elaborate festivities. Its investment in FELDA Holdings makes money. Its own business forays overseas bombed. It’s the business arm owned 100% by FELDA that does international businesses. It hasn’t got a good track record. The subsidiaries of FGVH like FELDA Iffco Sdn Bhd, FELDA Global Technologies through Twin Rivers Technologies US (TRT), FELDA Global Ventures Middle East and  FELDA Global Ventures Arabia have all chalked up accumulated losses of around  RM500 million up to 2010.

What do the brain boxes at FELDA propose? They propose FELDA Holdings Berhad be absorbed into FGV and managed by FGV. FGV which has accumulated losses that of which reflects poor management and business acumen will now manage the business owned by FGV and KPF? The management team that loses money in FGV will manage a profitable business? That’s like asking a rat to look after the pumpkin. This must a new breakthrough in management science- the party that has fumbled is tasked to manage a bigger business.

So let’s talk a little about the coming IPO of FELDA Global Ventures Bhd. Let’s humor the sycophants. It’s touted as the next big thing to spruce up Malay economics. What isn’t? There has never been any economic initiative that is not described glowingly as a facilitator for the betterment of Malay economics. At the end of the day, the lion share in the IPO will go into hands of the select few. As to the economic facilitators regarded as a boon to Malay economics, usually, in the end, they fumbled and ended up in the hands of non-Malays. The redevelopment of KTM land in Sentul? That’s YTL country now, How is the equity breakdown? Or was the land given up in exchange for an elevated highway? The redevelopment the Sungai Besi Base? That will be a Middle Eastern enclave. The development of Sungai Buloh land? The only difference with FELDA is because the majority of settlers are Malays. That gives the corporate exercise a Malay flavor.

FELDA Global Ventures is going for listing. It hasn’t got credibility if it goes alone. So it absorbs FELDA Holdings SDN Berhad because it owns 49% of the equity. To entice the majority owner of the 51% equity, it made a sweetener allowing KPF to own 61% of listed FGV.

FHB makes money, FGV on its own doesn’t. They operate in different markets and therefore do not compete. If they compete, it’s a natural outcome that the weaker and less efficient will lose. That’s the law of free competition any way. If you force the weaker to team up with the stronger, that act may result in the weakening of the whole new partnership as the culture in the weaker organization can prevail. The culture of the city cousin (FGV) - more worldly and sophisticated will prevail over the hillbilly culture of the country cousin. We have to make this analogy so that people understand the possible outcome of the merger between FHoldings and FGV.

I find the arguments that the new company will benefit from better professional management and all that as facetious. The fact that FHB has done exceedingly well means that the management is alright. It’s definitely better than the cosmopolitan FGV because the latter is not doing that well. FHB should be allowed to buy out FGV and apply its superior management on the newly acquired asset. Probably FGV should be allowed to hold only 20%.

But before the listing can come to fruition, FLEDA must put its own house in order. Let’s see what’s happening in KPF which looks after the interest of 220,000 Felda families. A bigger rat is assigned to look after its money. Isa Samad. It’s the PM’s wish that Isa Samad, a close comrade in arms, be installed as chairman of KPF.

Let’s discuss the PM’s wishes. Its an interesting subject in itself. Not a few pro UMNO bloggers aligned to one particular individual put up a spirited objection when the PM announced he wished one Omar Ong be given a seat on the PETRONAS Board. The same people objecting to the wish of the PM then are now supporting putting up Isa Samad as chairman of Kumpulan Permodalan FELDA because it’s the wish of the PM. Very pious indeed.

But see the contradiction and hypocrisy? The PM wishes in both cases; but his wish in the first case is objected vehemently while his wish in the second case is warmly supported. So, what the PM wishes isn’t relevant. What is relevant is whether the person assigned gets the approval of the shadowy approval committee comprising of some pro UMNO bloggers. They didn’t approve Omar Ong and now they approve Isa Samad. We can’t operate government business through some clandestine secret society.

Isa Samad’s position as chairman of KPF( kumpulan Permodalam FELDA) is objected on account of several reasons. The refusal of some people in accepting the coup de tat has prompted them to make a police report. The appointment of Isa goes against the bylaws of KPF. KPF is subjected to its by-laws and rulings and the PM is also subjected to the law. 9 of the committee members must be elected by delegates at its general assembly. FELDA board appoints 3 additional members subject to confirmation in the general assembly of delegates. Bu the 3 appointed members of the committee must either be a FELDA settler or children of settlers, FELDA employee, wife or their children. A board member must also be a member of KPFB for at least 10 years. In either case, the 3 appointed must be either a member of FELDA settlers cooperative or FELDA employee’s cooperative.  Furthermore, he/she must a least be a cooperative member for a least 2 years and must come from within the governing board of the cooperative which he/she represents.

First thing first. Why is it necessary to appoint Isa as chairman of KPF? Clearly by the terms of the bylaws and rulings governing cooperatives in FELDA, Isa is disqualified. Dato Dzulkili Wahab has been doing a reasonably good job. Isa on the other hand, hasn’t got a good track record at managing assets. When he was MB for Negeri Sembilan large tracts of leasehold land were given to certain non bumi corporate figures and converted into freehold land. The state economic development corporation of which he was chairman didn’t fare well at all. Is he appointed chairman so that the PM can have a trusted person oversee the more than RM 7 billion money that KPF has?

Read more...

Saturday, 5 November 2011

Selamat Eid ul Adha Al Mubarak

labbaikAllahumma labbaik. Labbaika laa sharika laka labbaik. Innal hamda wanni’mata laka wal-mulk, la sharika lak. Labbaik ya Allah.
Let us also pledge to fight  reactionist ideas controlling governments serving the interests of imperialism and the international exploiters and world monopolists. Let us pledge to struggle against all manifestations of tyranny and dictatorship appearing nowadays in various forms of politically correct packages. These are the agenda of every mu’min( the people of Allah) who bear witness that Allah is the One and Only God and that Muhammad (SAW) is their nabi and  and Prophet of Allah.
Wishing all Muslims Eid ul Adha al Mubarak.

Read more...

Thursday, 3 November 2011

When the rats are away, the cats come out to play.

When the rats are away, the cats come out to play.
Don’t expect any results to come out from the probe into Air Asia-Mas deal. We, find nothing amiss in the deal. We detect no insider trading. Pray tell, how you come to that conclusion? Because the people at MAS, AA and Khazanah promised us they did nothing wrong.
It was planned as far back as 2 years ago and we want to engage in some futile academic exercise to determine whether there is insider trading? When I asked the Oracle sometime back what he thought about the MAS-AA deal, he answered immediately- insider trading.
Malaysians are going to get suckered further. They are, this time by the gentle palliative coming from fearless and feistiest of AA supporters. Air Asia from Dr Mahathir who has been coopted into the Air Asia bandwagon. Asia X by that sans malice of a lady- Rafidah Aziz. They will give whatever Air Asia does from now on, a clean bill of health.
Emboldened, the fat cats at Air Asia group (that includes Asia X) are coming out to play, when the rats are away. No pun intended for the reverse order of the saying.
A few days ago, the CEO of Asia X laid blame on the government’s MAHB for delaying the construction of a new LCCT. When the idea for the construction of a new LCCT was mooted the last time, the construction was supposed to be done by Air Asia and Sime Darby. The idea was of course shot down by many quarters.
Can we imagine a spokesman from the private sector, whose ascend to the position he now occupies, is the result of the government's pleasure, is now castigating and censuring the government? That must the height of treachery. Off with his (bald) head!
Dr Mahathir was among the leading figures opposed to the construction of the lCCT at Labu at that time. We can guess the main reason for his opposition was his loathing for Abdullah Badawi and the fact that Sime Darby was chaired by the pain in his behind nemesis, Tun Musa Hitam. We all know Musa Hitam will defy Mahathir at any opportunity he has and his defiance remains something that Mahathir can never tolerate. He is now singing a different tune with the airtime given by Fernandes.
the cunning Fernandes has managed to turn over Mahathir faster than Anwar Ibrahim can do so. So, we find Dr Mahathir engaging in his own elegant silence over the new spirited attack on the government by the young ciku of a CEO of Asia X.
Here we have someone, who has benefited from the sweet charity of the government granting a lot of leeway to a business success story, feeling emboldened enough to take on the government. He is probably feeling even more reassured now that a possible competitor in the form of Firefly is literally extinguished. Asia X is now feeding off the spoils of a Khazanah directed palace coup.
It seems we can never win this once. Rafidah Aziz, recognized by many UMNO cerebrally challenged rank and filers as the economist’s economist is lecturing us all on the benefits of the cooperation between MAS and Air Asia. She’s lecturing us on the economics of economies of scale. Of course the cooperation will create those entire textbook economic benefits madam, if you say so.
But having those said by Rafidah Aziz, doesn’t mean they are true. The public will still be unmoved from their perception that the deal is a monopoly and preparation for the eventual swallowing of MAS by Air Asia.
It doesn’t excuse Khazanah and its affiliated advisers and match maker investment banker from initiating the eventual destruction of MAS. The deal between the two does not explain why MAS failed miserably given the fact that the much celebrated Sarawakian has re engineered and restructured MAS into a fighting form. What happened to all those measures taken by Jala? Have they come to naught?
The MAS-AA deal should now be regarded as an indictment on Jala and an exposure about his massive failure in trying to save MAS. Or could that object failure designed to be treated as justification for the MAS-AA deal? If the deal was planned as far back as two years ago, the people behind the whole idea knew that Jala was doomed to fail. If people like Khazanah for example knew that Jala was bound to fail and they did nothing to intervene with the objective of saving MAS, then Khazanah is guilty of being an accomplice to an economic sting. It has been negligent in carrying out its duty to save our national carrier because if it’s aware of the impending failure on Jala’s part, it must mean, they have relevant information that could be used to save MAS. They were not willing and didn’t want to because to do so, wasn’t money making.

Read more...

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP