Bimbang dan Ragu Orang Melayu.
Bahagian ke-2.
Kes Tabung Haji. Lawan Tuhan pun UMNO berani.
Beberapa orang
telah menulis mengenai kes Tabung Haji(TH). Mereka lebih detail dari saya. Saya menulis mengikut tanggapan dan kefahaman saya sebagai menyumbang kepada kebimbangan orang Melayu.
Ianya berpunca daripada kelewatan mengistiharkan bonus dan dividend. Pengurusan TH kata ianya akan dilakukan mingu depan- bulan Februari.Dari segi teknikal, kenyataan itu betul. Mereka ada masa lagi.
Ianya berpunca daripada kelewatan mengistiharkan bonus dan dividend. Pengurusan TH kata ianya akan dilakukan mingu depan- bulan Februari.Dari segi teknikal, kenyataan itu betul. Mereka ada masa lagi.
Masa untuk apa? Masa untuk buat silap mata. masa untuk minta bantuan dari kerajaan yang akan memberi wang untuk TH membayar bonus dan dividen keatas deposit.
Jika darurat, TH tentu boleh meminta derma dari Raja Arab Saudi. Bayaran ini perlu untuk menguatkan kepercayaan kepada institusi penjaga Rukun Islam ke-5. Tentu Raja Arab Saudi tidak keberatan. Kalau untuk mengekang ISIS Raja Arab derma, tentu untuk mengukuh iman, lagi Raja Arab suka. Kalau derma tidak habis dipakai, wang itu akan dikembalikan.
Aneh nya, pengaliran wang keluar yang banyak, tidak dikesan oleh BNM.
Aneh nya, pengaliran wang keluar yang banyak, tidak dikesan oleh BNM.
Perkara ini
menimbulkan polemik. Ada timbalan menteri kata, TH tidak dibawah pemantauan
BNM. Ini kenyataan yang mengelirukan sebab TH ialah sebuah Institusi Kewangan Bukan
Bank (IKBB) yang dibenarkan mengambil deposit. Semua institusi yang boleh
menerima deposit – semua dipantau oleh BNM.
Pengurusan TH pula
kata, bila BNM mengadili kedudukan kewangan TH, ia tidak ambil kira nilai
wajar/fair value assets TH. Jawapan kita ialah: Bukanlah kerja BNM melakukan
valuation atau penilaian keatas asset TH- ia hanya menggunakan data dan angka
yang dikemukan oleh TH. TH lah yang sepatutnya melakukan fair value assessment
bukan BNM.
Lagi pun semua
orang tahu- manakala nilai atau value tanggungan dan liability adalah benar
atau real- RM1 hutang tetap hutang RM1, nilai assets atas kertas belum tentu
dapat direalisasikan. Jika nilai assets setelah dilakukan valuation lebih rendah
bagimana? Itu akan menyebabkan nlai assets jauh lebih rendah dari tanggungan.
Nilai assets
lebih rendah dari nilai liabilities lah yang menyebabkan BNM mengeluarkan surat
kepada Jamil Khir dan Azeez Rahim serta disalinkan antaranya kepada Ismee
Ismail, CEO Tabung Haji. Kesemua mereka ini tahu akan adanya surat peringatan dari BNM
sebagai regulatory body. Tapi janganlah harap mendapat respons yang berakal
dari peminat golf ustaz menteri yang jaga TH.
Penjelasan dari
2 orang yang mewakli TH bercanggah dan mengelirukan. Respons dari Azeez Rahim tentulah
lagi hebat- respons tipikal oang politik mengatakan dia tidak sedar ada surat
yang demikian di hantar kepada nya.
Kalau hero2
Melayu yang suka jerit dan pekik sana sini peka dan sensitif kepada menjaga
hak dan kepentingan Melayu, mereka patut selidik LTH. Saya rasa orang melayu
lebih cakna kepada apa yang berlaku kepada TH daripada hendak layan cerita
karut pemimpin UMNO mengenai ancaman2 kepada bangsa Melayu. Apa yang pemimpin
UMNO hendak lakukan keatas musibah yang melanda TH.?
Musibah nya
ialah akhirnya, kerja2 mungkar yang dilakukan dibawah bumbung TH, terdedah. Kata orang Inggeris, the scum rises to the top. Daripada fakta yang dinyatakan oleh Bank
Negara Malaysia, TH hanya mampu membayar 98 sen keatas setiap RM1 tanggungan
TH.
Apakah ertinya ini? Ertinya TH tidak cukup duit untuk cover tanggungan nya. Jika nilai assets atas buku tidak dapat melangsaikan tanggungan yang benar, ini menujukkan kedudukan kewangan TH tidak sihat. Kepada saya, TH mengalami kerugian jika pulangan keatas pelaburan dan asset nya tidak melebihi tanggungan.
Apakah ertinya ini? Ertinya TH tidak cukup duit untuk cover tanggungan nya. Jika nilai assets atas buku tidak dapat melangsaikan tanggungan yang benar, ini menujukkan kedudukan kewangan TH tidak sihat. Kepada saya, TH mengalami kerugian jika pulangan keatas pelaburan dan asset nya tidak melebihi tanggungan.
Jalan penyelamat
ialah dengan menjual asset TH. Ini mengikut lapuran sudah pun terjadi. Beberapa
bulan yang lalu pengerusi TH menjalankan selling spree. Katanya, hasil
berbillion Ringgit. Harap2 duit itu masuk dalam akaun TH dan tidak didermakan
kepada seseorang. Nanti AG sekali lagi terpaksa menyatakan dia puas hati, itu
derma, bukan ada2 penyelewengan yang berlaku.
Pertama risab
dari untung yang terkumpul tidak cukup. Asset fisikal dan surat2 siberhutang tidak cukup untuk
bayar hutang dan tanggungan. Tambahan pula dalam keadaan terdesak, asset mesti
dijual pada harga fire sale- yakni murah dari nilai sebenar.
Jika hutang dan
tanggungan RM100 billion, tapi asset dan risab hanya RM80 billion bagaimana? Adakah
kerajaan akan masuk campur dan bayar RM20 billion?
Hari ini, kerajaan kita
kurang duit. Bagaimana mahu bayar?
Bagaimana TH
sampai kepada keadaan begini? Tentulah jawapan nya, pengurusan kewangan dan pilihan pelaburan yang
tidak betul, perbelanjaan yang tidak terkawal dan mungkin salah laku yang
menyebabkan tanggungan melebihi asset. Dalam bahagian 3, saya akan cerita mengenai pembelian FPSO( kapal menyimpan dan memindahkan minyak), pembelian ladang sawit di Kalimantan Utara dsb nya.
Kita mesti buang ingatan bahawa yang
berkerja menjaga wang walaupun dalam institusi penjaga rukun Islam ke5, tidak
boleh terjerumus kepada godaan untuk cepat kaya dan sangkaan mereka apa yang
mereka lakukan tidak akan diketahui.
Tidak ada
perkara yang lebih meng-emosionalkan orang Melayu daripada melihat institusi yang
menjaga rukun Islam yang ke5 berada dalam bahaya.
Bagaimana? Jika TH
punya asset dan risab untung terkumpul kurang, ia mungkin meyebabkan pendeposit menarik keluar
deposit mereka. Kerana? kerana pendeposit tentu mengharapkan bonus dan dividen yang baik. jika 7% dalam tahun 2015, tahun ini mestilah sekitar itu juga. Jika tidak, tak steadylah TH.
Bila tarik keluar, deposit kurang, menyebabkan TH tidak dapat
melabur. Bila risab untung menurun dan asset pula berkurangan nilai nya, TH
tidak dapat menampung operasi. Antara operasi nya yang diancam dan tergugat ialah kualiti
perhidmatan kepada ribuan jemaah haji. Servis akan menurun, kemudahan tidak dapat
dibeli dan disewa oleh Tabung haji.
Oh- tidak
mengapa. Kerajaan boleh bantu. Kalau kerajaan boleh bantu, ertinya, kerajaan kena
ambil duit pebayar cukai. Kenapa pula duit pembayar cukai menjadi mangsa disebabkan
kecuaian dan mungkin salah laku dalam mengurus asset TH?
TH tak dapat
membayar dividen untuk tahun berakhir 2015, jika mereka tidak cukup risab
untung. Akta LTH mengcegah TH membayar dividend dan bonus jika nilai asset kurang
dari tanggungan.
Isiu nya bukan kita tidak perlu risau sebab deposit pencarum digerenti oleh kerajaan. Deposit pencarum selamat sebab ada gerenti. Yang tidak digerenti kerajaan ialah dividen dan bonus. Itu tanggung jawab TH. Itu berpunca dari pengurusan kewangan dan pelaburan oleh TH. inilah yang menjadikan BNM bimbang. Kita bukan cakap mengenai deposit pencarum- kita bercakap mengenai risab untung terkumpul dari pelaburan yang dilakukan oleh TH.
Namun, apa yang menyekat TH daripada menyentuh deposit penyimpan- ppinjam sebentar untuk bayar dividen dan bonus, dan bila untung akan bayar kembali? Itu akan bererti TH tidak amanah setelah tahu bahawa deposit pencarum tidak boleh disentuh.
Namun, apa yang menyekat TH daripada menyentuh deposit penyimpan- ppinjam sebentar untuk bayar dividen dan bonus, dan bila untung akan bayar kembali? Itu akan bererti TH tidak amanah setelah tahu bahawa deposit pencarum tidak boleh disentuh.
Ianya isiu orang Melayu mengurus pelaburan institusi orang Melayu.
Kerajaan boleh
jawab seperti yang dilakukan oleh CEO TH, apa yang mahu ditakutkan- deposit dijamin oleh kerajaan. RM1 deposit
tetap RM1.
kalau TH dengan deposit RM58 billion tidak dapat berniaga mendapat
keutungan, bererti pengurusan orang melayu tidak bagus. Ini mencerminkan mutu
rendah pengurusan Melayu. Ada RM58 billion pun tak boleh mendapat pulangan.
Bahagian 3: pelaburan dan perbelanjaan TH.
15 comments:
The situation this Geng Perompak Negara is in now, is akin to 10 teapots, 9 lids. Or even worse, 5 lids and the content of the 10 teapots are boiling over.
najib and his band of thieves have about 24 months more to do whatever they want to do. then they surely will be finished off at ge14. but that will not be the end of them. in fact it will be beginning. a new life behind high walls.
Datuk.
Apa dah jadi dengan outsyedthebox?
Saya cuma memikirkan bagaimana Raja Arab Saudi memberi kepercayaan kepada syarikat pelaburan negara malaysia yang sarat hutang untuk menyalurkan duit derma baginda.Apakah negara baginda yang kaya raya sudah tiada bank-bank yang mampu membuat transaksi derma 2.6 bilion ke bank dinegara malaysia?Sungguh aneh pelik dan ajaib, bayangkan anda mengirim wang anda dengan mengharapkan seseorang yang sarat hutang untuk mendepositkan wang dibank.
Fourth site blocked. 'Outsyed the Box' should use a proxy site or send in his articles as comments using "sakmongkol.blogspot.com.for the mo,nt till the problems with his site are resolved.
BN to lose GE 14? you must be dreaming,just look at all the opposition parties, they are like a bunch of headless chicken. the condition they are in, they will not win even in a million year.
It appears syedoutsidethebox n dinturtle blogs hv been blocked!!!..oh dear....what happen to our beloved country. We are like a communist country!!!....
Asalam Dato Sakmongkol AK47
Bolih x link or also create coretan of your blog to FB?
Tq
Dalam tahun 2008 Tabung Haji telah mula membeli saham-saham syarikat tersenarai Silver Bird Group Berhad. Kononnya Tabung Haji mahu melancar bisnes makanan konfektioneri halal gunakan jenama TAHA dan telah menceburi syarikat Silver Bird Group Berhad ini kerana syarikat ini mengeluarkan jenama roti HIGH 5 yang kedua popular di Malaysia pada masa itu.
Tabung Haji telah mula membeli saham-saham Silver Bird Group dari masa harga sesaham berharga RM0.55 sehingga saham itu meningkat ke harga RM1.05 sesaham, satu kelonjatan yang amat besar iaitu lebih dua kali ganda.
Akhirnya Tabung Haji telah Berjaya mendapat saham sebanyak 29.96% yang telah di targetnya. Tetapai ia telah belanja hamper RM150 juta utk menejar saham syarikat kilang roti ini.
4 tahun kemudian projek makanan dan roti Halal jenama TAHA tidak langsung bermula walaupun Tabung Haji mempunyai seorang pegawai kanannya sebagai ahli lembaga pengarah. Tabung Haji juga ada seorang pegawai projek yang senior di pejabat Silver Bird dan diberi pejabat yang besar dan sebuah Honda Accord utk kegunaannya.
Pada Februari 2012, tiba-tiba juruodit Silver Bird telah melapurkan kepada Komisyen Sekuriti (Securities Commission) dan juga Registrar of Companies yang ia tidak mahu luluskan penyata kewangan Silver Bird tahun 2013...
Harga saham Silver Bird Group terus jatuh terjunam di pasaran bursa saham hinggalah menjadi RM0.08 sesaham.
Tiga director syarikat iaitu Dato Jackson Tan, Derec Ching dan Lai Poh Mei telah dilaporkan kepada polis dan Registrar of Companies.
Tabung Haji yang telah mengumpul 300 juta saham bernilai RM330 juta tiba-tiba dapati nilai sahamnya sekarang hanya RM24 juta!
Adakah pihak berkuasa pedulikan kerugian yang dialami olih Tabung Haji? Sebaliknya CEO Tabung Haji dianugerahkan bonus RM700,000 untuk tahum 2013.
Anon 20.21.........don't be misleading by your own
persepction. Oppositon parties are working hard and
quietly to win the voters - especially among the low income
groups. Banyak benda yang mereka buat secara senyap.
Benda-benda yang dapat mengurangkan bebanan hidup lower income
groups di negeri-negeri pemerintahan opposition. Mereka bukan jenis
ayam, bertelor sebijik rioh sekampong!!!
Judging by their careing altitude, any time I will vote the opposition
for PRU14.
This site is a bilingual site. Tulislah d dalam bahasa yg kita selesa, samada Inggeris atau Melayu. Cuma, pastikan nahu bahasa dan ejaannya jangan terlalu teruk.
Yeah true. They are headless. But think would be better than the BN ular head. Don't you think so?
The excess of Liabilities over assets hinted at by BNM for THB may be due to a combination of factors:
1. Drop in revenues.
2. Decline in share portfolio (2014 portfolio - RM13 billion).
3. Increase in NPL for bank loans given out (2014 Loans/Islamic Debt outstanding - RM30/6 billion).
4. Internal Fraud.
Up to Aug 2015, TH had lost about RM850 million on its holdings of Felda Global Ventures shares!!
Serially lying PM Najib also appointed as TH MD a person whose university degree was questioned in Parliament!!
Refer my detailed article of 30 Jan 2016 on TH audited accounts for the Y/E 31 Dec 2014 at:
http://donplaypuks.blogspot.com.au/2016/01/tabung-haji-balance-sheet-at-31st.html
Dpp
we are all of 1 Race, the Human Race
Tabung Haji lost hundreds of million in Ramunia industries shares, silver bird shares, plantation shares etc and yet the management is paid millions in bonus.
as salam Datuk
are you okay...its been a while since your last posting..i pray for your good health datuk
Post a Comment