UMNO Jurucakap Golongan T20
Cukuplah. Orang
Melayu mesti berhenti dari menerima bahawa UMNO itu suara orang Melayu. Ahli UMNO
hanya 1 dari 6 orang Melayu. Hanya kerana mereka parti terbesar, ahli nya
ramai, dan mereka menguasai kerajaan- ini tidak bermakna mereka suara mutlak bagi orang
Melayu.
Apa UMNO hari
ini? UMNO adalah suara Melayu istimewa yang mahu mengekalkan keistimewaan yang
mereka nikmati. UMNO parti kelompok terdiri dari 20% teratas,(T20) untuk pihak
20% teratas , oleh kelompok 20% teratas. Kelompok yang menguasai 65% kekayaan dikalangan
orang Melayu. Inilah UMNO yang sebenarnya.
Individu dalam
kelompok 20% teratas mempunyai pendapatan hampir RM11,000 sebulan, individu dalam
kumpulan 40% terbawah atau B40 mempunyai pendapatan bulanan RM1700. Dalam pada
itu pun menteri UMNO tipu satu Malaysia menyatakan bahawa pendapatan purata isi
rumah ialah RM5900. Orang UMNO tidak lagi boleh bercakap benar kepada rakyat.
Mana mungkin
kelompok 20% ini melaksanakan dasar yang mencairkan kepentingan dan
keistimewaan mereka?Jeritlah sekuat manapun, kita sudah tahu temberang UMNO.
Dibawah UMNO,
rakyat makin susah menyarai kos kehdupan kerana akses kepada modal dan akses
kepada sumber pengkayaan dimonopoli oleh Melayu istimewa. Dibawah UMNO, rakyat
sukar mampu memiliki rumah dalam bandar2. Dibawah penjagaan UMNO, tanah reseb
Melayu makin mengecil.
Bagaimana UMNO bersandiwara tidak sedar mengenai
pengecilan tanah reseb Melayu walhal ia berlaku ketika segala tanah dibawah
penjagaan mereka? Menjadikan tanah milik felda atau felcra atau risda sebagai
reseb Melayu tidak menyelesaikan fakta dan kejadian tanah reseb yang asal dibiarkan
terlepas kepada tangan bukan Melayu.
Ini kerja
bodoh dan tindakan pak pandir. Tapi,
suara2 pak pandirlah yang kedengaran kencang dari PWTC.
Sekarang mereka
berkerja keras mempertahankan keitismewan ini tatkala rakyat mulai sedar bahawa
UMNO bukan lagi jurucakap dan pembela hak rakyat. Ya tuan tuan dan saudara
semua- kita hanya perlukan 2% sahaja tambahan undi menolak UMNO, kita akan
nyahkan UMNO daripada jadi kerajaan yang menyusahkan rakyat.
Shahrizat Abdul
Jalil, Khairy Jamaludin, Mas Ermieyati, Najib Razak boleh sebut apa sahaja dalam
perhimpunan agung UMNO, ianya tidak mengobah nasib orang Melayu. Bagaimana mengembalikan
fascisme UMNO mengobah keadaan ekonomi kita yang kian merosot dari sudut derita
rakyat? Respon Najib ialah menakutkan dan mengancam rakyat supaya jangan
bercakap?
Bila kita
bersuara kita bukan menyuarakan bantahan kepada orang Melayu tapi kepada UMNO-
parti politik yang megemudi kerajaan hari ini.
Bagaimana pengembalian
Akta Hasutan yang akan digunakan untuk menutup mulut rakyat- menutup skendel
kewangan 1MDB? Mengapa bebal sangat puak UMNO ini memuji 1MBD sebagai suatu
yang baik, sedangkan dana tersebut sudah menangggung beban hutang RM42billion? adakah
ini menjadikan economic sense? 4 firma
akauntan terbesar takut untuk mengodit 1MDB manakala yang terakhir sanggup tapi
menyediakan nota amaran yang panjang lebar.
Para pencuci
najis pemimpin UMNO menceritakan bahawa 1MDB membawa tanggung jawab social korporat.
Nah- sekarang para penipu dan lanun khazanah negara punya suatu alasan bagi men-justifikasikan
rompakan dan tamak haloba- asal sahaja corporate social responsibility di laksanakan-
maka dosa itu jadi bersih. Lakukan kebaikan, maka dosa tertebus. Inilah penipuan
UMNO keapada orang Melayu.
Shahrizat mahu
bikin apa untuk mengembalikan maruah orang Melayu? KJ mahu tutup mulut orang
dari mengkrik UMNO yang melakukan pelbagai onar? MAS Ermiyatie mempertahankan
sendaan kepada Raja Melayu dan golongan bangsawan?
Orang awam
tidak perlu gusar keatas ribut serta taufan yang bergema dalam dewan PWTC. Gerombolan
UMNO yang menang 47% undi popular sedang bersidang.
Biasa lah tu. Yang
mahu mencipta nama akan bising itu dan ini. Sharihriazat Abdul Jalil, ketua
wanita UMNO yang tidak tahu apa suami dia buat apa2 walaupun tidur dengan suami
cakap besar mahu berjuang mengekal
maruah bangsa Melayu? Setelah berkuasa sejak tahun 1955, duhulunya melalui
perikatan sekarang BN yang ditunjangi oleh UMNO) belum siap kerja mereka
memantapkan maruah bangsa Melayu?
Sekarang nampak
nya, UMNO hanya mampu mempertahankan kedudukan mereka dengan menggunakan undang2-
jadilah negara kita ini sebuah negara ruled
by law bukan rule of law. Kita guna
dan kekalkan undang2 menyekat rakyat kritikal terhadap kerajaan. Dan Najib menggunakan alasan bahawa orang Cina
dan bukan Melayu lah yang menyebabkan terpaksa dia mungkir janji mahu membasmi
akta hasutan.
Kenapa akta
ini tidak dikenakan keatas semua mereka yang sekarang ini menghasut semasa PAU
2014?
Akta Hasutan akan disasarkan kepada pengkritik legitimate kerajaan dan dan bukan nya keatas kumpulan atau indidividu yang menghasut untuk
melagakan kaum di Malaysia. Jika tidak mengapa tidak tangkap sahaja Ibrahim
Ali, presiden Isma dan pemimpin pertubuhan NGO ultra Melayu lain? Kenapa tidak
tangkap mana2 pemimpin NGO bukan Melayu yang melagakan kaun?
Setiap kali
PAU ada, isiu nya sama- Melayu dan hak Melayu istimewa terancam- ya- hak Melayu
istimewa. Hak istimewa putera dan bumiputera- hak putera dan puteri golongan
bangsawan, hak putera dan puteri pemimpin atasan, hak putera dan puteri
pemimpin UMNO.
Putera dihadapan- bumi tinggal dibelakang.Hidup bumiPUTERA!
Saya nasihatkan pemimpin UMNO- sudah dan berhentilah kencing orang Melayu. Rakyat bawahan
dihasut untuk berkelahi, mencurigai sesama sendiri- tapi pemimpin besar UMNO berbisnes
dan berseketiduran dengan cukong Cina dan bukan Melayu yang lain. Kesemua bisnes
mereka berakan-kongsikan bukan Melayu terutama orang Cina yang dikatakan pintar
berbisness.
Golongan bawahan,
proletar, murba kesemua dihasut untuk bekelahi sesama sendiri. Saya katakan kepada
saudara dan saudari pembaca- semua NGO Melayu- perkasa, isma, dan lain2 lagi
yang tidak perlu disebut nama- semua nya berkhidmat dan menghambakan diri untuk
golongan bourgeoisie Melayu.
6 comments:
sabah & sarawak ada 56 kerusi parlimen, pr cuma menang 9 kerusi. adakah dgn tambahan undi 2% kepada pr pada pru14 nanti, bn boleh tumbang?
punca ngo melayu tunjuk perangai sbb bermula dr sapa, gunakan kaedah kronologi dlm memberi ulasan baru nampak cerdik sikit, jgn nak hentam semata2 sb tak sebulu. berani tunjuk komen .
universiti kat jengka
Kemerdekaan Tanah Melayu asasnya adalah persefahaman antara 3 kaum utama. Orang melayu bertoleransi untuk berkongsi bumi bertuah ni bersama-sama kaum lain. Melayu dan islam itu diakui sebagai pelindung dan pemimpin. Kini..setelah lebih setengah abad kita seakan-akan lupa tanggungjawab kita sebagai pemimpin dan pelindung bangsa lain. Status keunggulan melayu dan islam yang sepatutnya menjadi benteng kemaslahatan keseluruhan rakyat Malaysia kini telah disalahguna untuk kepentingan kaum minoriti. Bagi orang kuat UMNO yang membaca, sedarlah..terlalu jauh sudah menyimpang laluan mu.Mana pergi kebijaksanaan mu seperti di waktu awal dahulu? Adakah kamu ingin mewariskan cerita perkauman sempit kepada generasi pewaris? Jangan salahkan keseluruhan rakyat andai mereka tidak lagi mengaggap melayu dan islam adalah penaung.
aya nasihatkan pemimpin UMNO- sudah dan berhentilah kencing orang Melayu. Rakyat bawahan dihasut untuk berkelahi, mencurigai sesama sendiri- tapi pemimpin besar UMNO berbisnes dan berseketiduran dengan cukong Cina dan bukan Melayu yang lain
----------------------
Dont blame Umno for using the slogan at the expense of the majority poor malay.
This slogan still useful to win vote from kampung, cronies or T20 group where they are using this to abuse their power to enrich these T20.
At the end when country goes bankrupt, the privilege will be abolished automatically. (Country without money and no privilege can be implemented.
Siapa yang menghasut sebenarnya ni? asik2 kaum lain dipersalahkan dek kerana kemunduran melayu sendir.i Tanah di jual katanya kaya... Nak duduk di langit ke?
Many ppl said Singapore is expensive to live. But as I asking the ppl around, their pay is same as in Malaysia. But compare in dollar to dollar for the same position. Their teh ais is sgd 1.40 and ours is rm1.90. Who is more expensive now? HDB flat with 1400sf is 450k that could be own by mid income group. Our 1400sf in city centre may reach 600k-700k.
Post a Comment