Sekarang
perihal Khalid Ibrahim. Ini yang menimbulkan fitnah saya mengatakan Khalid
Ibrahim pelacur.
Kenapa
Khalid Ibrahim kesana dan kemari bagaikan
seorang pelacur-politik menjual hiba nya untuk
mendapat pelanggan dalam bentuk penyokong2 kepada nya? PKR dan Pakatan sudah
pun menyatakan isiu ini telah dipersetujui sejak Mac 2014 lagi.
Jawatan
MB bukanlah hak Khalid untuk ia simpan berterusan. Bila kena pergi, pergilah
dengan besar hati. Dunia tidak akan kiamat jika Khalid tidak jadi MB. Seperti jawatan
eksekutif kerajaan yang lain, ianya bukan jawatan yang dipilih secara lansung
oleh pengundi. Tempoh masa jawatan tersebut bergantung selagi ada keyakinan dan
kepercayaan parti yang dia jadi anggota. Dalam kes ini PKR bukan PAS. Jika kepercayaan
sudah tidak ada, dan keujudan kepercayaan itu ditandakan melalui memenangi
jawatan parti, maka tindakan bermaruah ialah keluar dari jawatan yang dipegang.
Memang benar bahawa jawatan parti tidak menentukan jawatan dalam kerajaan, tapi
tidak ada jawatan dalam parti setelah menandingi nya, boleh dibaca sebagai
kehilangan kepercayaan.
Kecuali
lah Khalid Ibrahim tiba2 ingat bahawa
dia seorang ahli secara lansung sebuah pertubuan politik yang bernama Pakatan
Rakyat. jika begitu, baharulah dia ada legitimasi untuk merayau sana sini.
Disinilah
saya rasa PAS tersilap langkah. Golongan konsevatif dalam PAS janganlah
membesarkan kepentingan dan kerelevenan mereka secara berlebihan. Izinkan saya
mengingatkan mereka, bahawa kecuali mereka kekal jadi sebahagian dari entity yang
lebih besar yang juga mengandungi mereka yang tidak sealim mereka, golongan
konservatif akan jadi golongan yang terasing. Bila ini terjadi, mereka akan
hilang relevance.
Memang
benar, tanggapan dan pandangan saya ini boleh
diremehkan begitu saja, tapi respon yang
angkuh akan menyebabkan PAS menjadi sebuah parti tok alim kampungan
sahaja. Ahli PAS sendiri boleh mengeciskan tanggapan ini dengan berkata- peduli
apa tapi cakap yang demikian mendedahkan PAS tidak mempunyai kematangan
berpolitik. Dan jika PAS bukan hadir dalam geanggang untuk mendapatkan kuasa
politik, elok PAS mengistiharkan dirinya sebuah badan dakwah dan undur dari
politik keduniaan.
Penukaran
Khalid Ibrahim sepatutnya menjadi kes yang tidak dibesar besarkan. Ia hanya memerlukan
tindakan yang bermaruah dan sedar akan ada
harga diri.
Khalid
Ibrahim menunjukkan dia tidak ada kedua dua nya.
Sebetulnya(
bahagian ini tidak ada dalam versi Inggeris), sejarah berulang kembali. Bila Dr
Mahathir mahu menukarkan Khalid Ibrahim dari PNB dahulu, Khalid buat kecoh dan ribut seperti yang dia lakukan
sekarang juga. Dia kesana kesini buat bising, mendakwa dia telah banyak melakukan
kebaikan untuk bangsa Melayu dan itu dan ini. Akhirnya, Mahathir memberi
Guthrie kepada Khalid dan pemilikan saham dalam Guthrie pada harga yang cukup
istimewa. Jadi saya ingat, dalam penukaran jawatan MB ini, mungkin ianya soal golden
handshake sahaja. Lakukan keatas khalid apa yang Mahathir lakukan supaya
meninggalkan PNB.
Khalid
Ibrahim tewas dalam pemilihan PKR. Walaupun masih ada 2 cabang yang belum selesai bersidang dan mengundi, tanda2 nya ialah Khalid akan tewas. Dia hilang keyakinan ahli partinya. Sepatutnya
dia memperlakukan diri nya secara berprinsip, berprotokol dan bermaruah dengan
berkata oleh kerana dia tidak mendapat keyakinan ahli parti, dia akan mengundur
diri sebagai MB. Sebaliknya dia memilih untuk bikin kecoh, kesana kemari
mencari mereka yang hendak bersimpati dengan nya dan menyokong nya. dia menjaja
cerita hiba dan pilu nya yang diperlakukan oleh PKR keatas dirinya.
Khalid
mungkin ada kepandaian ilmu corporate( yang kita boleh debat) tapi dari segi
politik dia ini kosong. Sebagai contoh- resev tunai yang banyak. Pemimpin politik
diukur dari sudut kehemahan berbelanja- dia tidak diukur dari sudut kecekapan
menghimpun wang. Itu beza kehidpan public service dan corporate service yang
paling asas. Khalid tidak faham ini kerena di consume oleh reputasi korporat
nya. setelah bertarung dalam parti nya dan kalah, tidak terbuka pilihan untuk
Khalid membawa kes nya kepada rakyat. dan partinya tidak patut didedahkan
kepada cemuhan rakyat dan membasuh basahan kotor dikhalayak ramai. Khalid
jangan overestimate himself excessively. Saya tidak mahu cerita prestasi Khalid
semasa jadi guru di Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib dahulu.
Khalid
punya kes ini bukan suatu kes yang patut dibawa kepada penentuan umum pun; kita
tidak mengharapkan peniaga pasar malam, penjual2 pasar untuk faham cerita sebenar
Khalid mesti ditukar. Kita tidak perlu beritahu BN pun. Khalid sepatutnya waras
dan sensible untuk tidak mendedahkan PKR kepada cemuhan umum dan sepatutnya
berhenti daripada memberi peluru kepada musuh politik PR. Anggaplah apa yang
Khalid lakukan sekarang sebagai memberi peluru untuk UMNO, dan petubuhan mesra
UMNO membedil PR dan Anwar Ibrahim. Apa yang Khalid lakukan ialah berpelukan
dengan musuh dan menjahanamkan partinya.
Ada
kita lihat ketika Mat Said, bekas MB yang suka mengajak orang bertumbuk itu
mencabar parti nya mengemukakan undi tidak percaya dalam dewan Terenganu? Dalam
hal ini, perlakuan Khalid yang amatur berpolitik, ialah condong kepada mencabar
ahli2 PR untuk melakukan undi tidak percaya kepada nya. Apa implikasi nya?
implikasi nya ialah Khalid tidak menghormati protocol politik atau degil tidak
mahu ikut. Jawatan MB itu dia yang punya. Dia hanya mahu menjaga kepentingan
nya dan tidak hirau apa yang berlaku kepada partinya. Mengepa harus kita simpan
orang macam ini dalam parti?
PKR
should expel Khalid in this case and see what he does. He can join UMNO for
that matter.
Jadi
saya tanya sekali lagi, kenapa Khalid sana sini menjaja cerita hiba nya dan
mencuci basahan kotor dikhalayak ramai? Mengapa mahu mendapat sokongan parti
lain dan mengujudkan ketegangan? Kenapa PAS masuk campur dan mempertahankan
Khalid Ibrahim sedangkan ini keputusan PKR?
Tidak
perlu sesiapa pun dari PKR menjawab apa salah dan dosa Khalid Ibrahim. Yang diperlukan
ialah semua- dari ahli biasa sehinggalah kepada tokoh seperti Haji Hadi dan
Tuan Guru Nik Aziz untuk mempunyai keyakinan dan kepercayaan dalam keputusan
yang telah dilakukan oleh PKR. Saling percaya mempercayai ialah asas talian
persahabatan.
Dalam
hubungan ini, UMNO nampak lebih baik dan mantap. Bila Mat Said kena gugur, ada
kita lihat dia pergi mendapatkan sokongan dari parti komponen lain? Kalau dia
pergi jumpa pun, parti2 lain faham peraturan tersirat politik gabungan- yakni
jika kita sudah tidak dapat kepercayaan dari pari sendiri, parti2 lain tidak
akan menyoal keputusan yang dibuat oleh parti yang berkenaan.
Ini
bukan masaalah PAS. Ini urusan PKR. Pemimpin
PAS tidak perlu sangsi keatas keputusan yang dibuat oleh PKR. Dan Khalid tidak
perlulah menjaja hiba dan pilu nya seperti seorang political prostitute untuk mendapat sokongan dari parti lain. Perbuatan
ini sama seperti melaga dan menyuruh orang berkelahi. PAS tak perlu layan
Khalid dan sepatutnya menerangkan kepada Khalid bahwa walaupun PAS bersimpati
kepada nya, tapi PAS tidak boleh campur.
Saling
mempercayai adalah asas persahabatan antara rakan seperjuangan. PAS kena
percaya kepada PKR.
Tamat.
Tambahan:
Saya membaca artikel dalam Free Malaysia Today yang menceritakan selaran Faekah kepada saya. Itu perkara biasa. Tidak ada masaalah. Bantai lah. Tapi saya ingin betulkan satu kesilapan- saya tidak pernah menyentuh keputusan Anwar Ibrahim mencalunkan isteri nya sebagai MB Selangor. Pemberita FMT dan Faekah ( yang jelas tidak membaca blog saya) cuai dalam perkara ini. Saya tidak pernah sentuh mengenai pencalunan Wan Azizah sebagai MB Selangor. Perkara tersebut saya rasa dibangkitkan oleh Senator Ariffin. Ariffin dan Ariff dua orang yang beberza. Harap Maklum.
Tambahan:
Saya membaca artikel dalam Free Malaysia Today yang menceritakan selaran Faekah kepada saya. Itu perkara biasa. Tidak ada masaalah. Bantai lah. Tapi saya ingin betulkan satu kesilapan- saya tidak pernah menyentuh keputusan Anwar Ibrahim mencalunkan isteri nya sebagai MB Selangor. Pemberita FMT dan Faekah ( yang jelas tidak membaca blog saya) cuai dalam perkara ini. Saya tidak pernah sentuh mengenai pencalunan Wan Azizah sebagai MB Selangor. Perkara tersebut saya rasa dibangkitkan oleh Senator Ariffin. Ariffin dan Ariff dua orang yang beberza. Harap Maklum.
Kami setuju dengan pandangan Tuan SAKMONGKOL . Bernas pandangan tu dan pencerahan yang baik .
ReplyDeletesatu analisa yang berani dan tegas dengan prisip kepatian
ReplyDeleteFaekah? Itu memang tugas dia untuk mempertahankan Boss dia yang letakkan dia jadi executive GLC Selangor. Kalau tidak Khalid tuduh dia makan gaji buta shj.
ReplyDeleteFaekah bercakap fasal undang2 dan convention dalam pengguguran/lantikan MB. Mengikut convention, sekiranya parti tidak ada lagi confidence terhadap Khalid, by convention dia kena undor diri lahhh. Faekah lebih pada melindungi periuk nasinya seperti juga menantu Hadi dan Raja Petra/Raja Idris dlm beri komen. Tak bolih pakai sangat. Bias.
This is so low....let the MB do his job laaa.....what a nonsense la.
ReplyDeleteInilah yang memang mencurigai. Mengapa Khalid Ibrahim nak simpan banyak wang & tak nak gunakan untuk membangunkan Selangor?
ReplyDeleteporaaah la Khalid Ibrahim.....
ReplyDeleteBiasalah....sandiwara ini macam kat Trengganu ....bagi duit Kau tim MB kat Trengganu.......PAS DAPAT apa??
ReplyDeleteKat Selangor pulak....bagi sikit maruah macam mana Khalid boleh bersara denga maruah.... nak habiskan masa dengan anak2 dan cucu-cucik.....dan juga MOU jadi Gabenor Penang atau Melaka.....MOU dah jadi kenyataan kat Selangor....BIL AIR NAIK!!...terima kasih Khalid UMNO!!
Sandiwara tak akan isikan Perut Kosong dan Barang Naik....Kat tol Johor-Singapura naik 500%....mmmmm CIUM UMNO Terrorist kerana buat hidup kita lagi teruk/sengsarra.....!@#$%^&*!
Boleh tak 5 huruf A L L A H isi perut awak semua dengan sandiwara mainan UMNO-BN??
Bila Bantah Raksasa akan bermula sekali lagi.... Rakyat tak boleh tahan lagi Terrorist UMNO- Bangkrapkan Negara(BN)-Boko Haram -ISIS - Sulu ni....
Best of the best analysis tuan ak47....biar faekah meroyan sorang2 di luar sana...hidup pr...hidup dap...
ReplyDeleteMELAYU MUDA
Hoi,
ReplyDeleteJangan pandah rendah pada kami ahli PAS dan hina Ketua kami Hj Hadi ok!!!! Kamu lah yang jadi penjilat Anwar dan cuci kasut Lim Kit Siang. Kami menegakkan syiar Islam bukan penyokong homoseksual dan komunis!!!
Sak,Khalid telah berjaya.Beliau Berjaya melaga laga kan PKR dan Pas.Pas telah menampak kan belang sebagai sahabat yang tidak mempunyai semangat kesetiakawanan yang kental.Pas Selangor nampak nya mengintai Jawatan MB.Bagi Pas Jawatan MB di Negeri yang kaya ini lebih penting dari peluang untuk menang GE14.Sikap tamak Pas dibawah pimpinan Hadu Awang terserlah sekali lagi....
ReplyDeleteSetuju dgn pandangan tuan. Ianya mudah :
ReplyDelete1. Khalid Ibrahim perlu akur kehendak parti.Parti yg meletakkn dia di situ.
2. PAS X perlu campor tangan dalam isu MB Selangor sebaaimana mana PAs alami krisis di Kedah dan Terengganu. Sudah dipersetujui Kedah,Perak, Kelantan dan Terengganu PAS yg uruskan, Penang DAP dan Selangor PKR.Sebagai menghormati rakan sepasokan PKR minta pandangan rakan2.
PAS rasa dia lebih besar dan lebih islamik so dia sepatutnya jadi big brother atau jd parti utama sepertimana UMNo dlm BN.Malangnya PAS x mmpu, x pro aktif. Jumud.Timbul persaan cemburu dgn kemampuan parti rakan sepasukan.Anwar jd mangsa.PAs x mau muhasabah diri.Ego. Bodoh sombong.
3. Mesyuarat PKR lantik Presiden PKR untuk menjadi MB Selangor gnti Khalid. Anwar yg sepatutnya ganti Khalid. Anwar kena pangkah dgn Umno.Kalau x dapat rotan akar pun jadi.Kak Wan dekat dgn Anwar mudah Anwar untuk buat perancangan utk Selangor. Untuk tangani sepak terajang UMNO dlm usaha rampas SeLangor..
Cuba kupas sikit...apa hak Anwar jadi ketua umum PKR, tiada pertandingan dan jawatan pun tiada dalam perlembagaan PKR.Apa hak Azizah jadi Presiden kerana menang secara silap mata..Hanya dua calon untuk Presiden..kedua dua laki bini, niat nak sabotaj Azmin supaya Azmin tak masuk bertanding.Bila sah Azmin tak masuk bertanding dengan rela hati,Anwar tarik diri..Bukan ke itu menipu ???
ReplyDeleteMasalah bukan kat Khalid tapi pada Anwar...
SHABAS Sakmongkol, Khalid MUST GO, period!!!
ReplyDeleteSetuju dgn pandangan tuan. Ianya mudah :
ReplyDelete1. Khalid Ibrahim perlu akur kehendak parti.Parti yg meletakkn dia di situ.
2. PAS X perlu campor tangan dalam isu MB Selangor sebaaimana mana PAs alami krisis di Kedah dan Terengganu. Sudah dipersetujui Kedah,Perak, Kelantan dan Terengganu PAS yg uruskan, Penang DAP dan Selangor PKR.Sebagai menghormati rakan sepasokan PKR minta pandangan rakan2.
PAS rasa dia lebih besar dan lebih islamik so dia sepatutnya jadi big brother atau jd parti utama sepertimana UMNo dlm BN.Malangnya PAS x mmpu, x pro aktif. Jumud.Timbul persaan cemburu dgn kemampuan parti rakan sepasukan.Anwar jd mangsa.PAs x mau muhasabah diri.Ego. Bodoh sombong.
3. Mesyuarat PKR lantik Presiden PKR untuk menjadi MB Selangor gnti Khalid. Anwar yg sepatutnya ganti Khalid. Anwar kena pangkah dgn Umno.Kalau x dapat rotan akar pun jadi.Kak Wan dekat dgn Anwar mudah Anwar untuk buat perancangan utk Selangor. Untuk tangani sepak terajang UMNO dlm usaha rampas SeLangor..
Saudara,
ReplyDeleteJanganlah sedap mengutuk orang sebagai pelacur lah, mengutuk PAS parti kampong lah. Awak lupa ke awak tu pun pelacur politik jugak kepada parti rasis DAP! Awak umpama barua pada Lim Kit Siang dan anak nya. Mengata dulang paku serpih, mengata orang diri awak yang lebih!
Salam dato'
ReplyDeletePada saya wan azizah pun jenis hidung tak mancung pipi tersorong sorong.
Rasanya PAS perlu campurtangan dalam hal tersebut..dalam DUN Selangor,kerusi PAS melebihi kerusi PKR...selepas PRU13, PAS setuju kerusi MB diberi kepada PKR atas dasar kredibiliti TSKI...
ReplyDeleteoleh itu, semua komponen PR perlu campurtangan dan berbincang dengan sebaik-baiknya...
PRU13 yang lalu ada pertindihan kerusi antara PKR dan PAS berlawan BN..
ReplyDeletekawasa tu kawasan PKR, tetapi yang pelik PAS pun letak calon..dan akhirnya BN yang menang.
sepatutnya PKR boleh menang ..
jika menang PKR:DAP:PAS masing2 15 kerusi.