Kawan
saya menghantar saya satu imej yang menyatakan saya menggambarkan Khalid
Ibrahim sebagai seorang pelacur. Imej tersebut hasil nukilan suatu kumpulan yang menamakan diri mereka Friends of BN dalam Facebook mereka. Some people’s children- demikianlah tabiat
mereka. Jenis ini, dilahirkan didunia setiap minit.
Memang
saya ada menggunakan istilah political
prostitute dalam artikel saya, tapi condong nya bukanlah seperti yang
disebut oleh geng2 BN ini. Perkara ini heboh diperkatakan dalam FB- friends of
BN. Tiba2 apa yang berlaku dalam parti pembangkang, menarik minat penyokong BN tapi
kerana sebab dan moivasi yang berlainan. Tujuan mereka ialah melaga lagakan
parti gabungan Pakatan Rakyat. Dari
Khalid Ibrahim orang tak berguna, gagap dan tidak baik, kepada Khalid, hero Selangor.
Saya
tidak mengendali akaun FB jadi saya tidak tahu. Dan saya tidak berpeluang
menjawab. Mereka kenduri menghentam saya bersandarkan tafsiran geng2 BN.
Jadi
saya akan menterjemahkan suatu artikel
yang saya tulis supaya pembaca yang budiman dapat membuat pengadilan yang
tepat. Tulisan tersebut dalam Bahasa Inggeris adalah seperti berikut:-
Kita
boleh melihat perihal Khalid Ibrahim dan perlakuan PAS dalam isiu sekarang ini
sebagai kes hidung tak mancung, pipi tersorong sorong. Khalid Ibrahim kerana
mengada ngada mencari suaka dan bantuan dari PAS; PAS pula mengada ngada mahu
memaksakan pendirian nya keatas keputusan yang telah dibuat oleh sahabat nya,
PKR. Masing2 menyibuk dan berlebihan dalam hal bukan bidang dan kawasan mereka.
PAS-
sahabat yang dihargai.
Izinkan
saya menyatakan dari mula lagi bahawa PAS adalah sahabat yang dihargai dalam
PR. Kepimpinan nya, secara umum terdiri dari pemimpin yang mempunyai integrity tinggi
dan jujur. Kita menghargai PAS kerana komitment parti tersebut kepada prinsip2,
disiplin ahli nya dan kejujuran pimpinan nya. kalau saya pergi ceramah bersama
pemimpin PAS, saya rasa selamat kerana ada unit amal mereka. Perlakuan pemimpin
serta pengikut adalah contoh teladan yang baik. Kita boleh mengira PAS sebagai sahabat yang
setia; ibarat jika kita pergi berperang dan mengamanahkan PAS menjaga kubu
kita, maka tidaklah PAS akan membelot kita dan mengusir kita dari kubu kita. Belot
membelot bukan budaya PAS.
Saya
harap prinsip ini terus diamalkan oleh PAS.
Setelah
berkata demikian, saya tidak mahu berlebih lebih untuk memberikan ciri2 keperibadian
yang keterlaluan dari yang sepatutnya kepada pimpinan PAS. Mereka pun manusia
juga, makan serta minum dan pergi ke tandas seperti kita. Kita tidak tahu apa
didalam dada dan hati mereka. Mereka mungkin mempunyai wajah kulit tebal dan
hati yang hitam kelat.
Sebagai
contoh- kita lihat secara fisikal dan luaran, Dr Zuhdi Marzuki seoarang individu
yang baik dan rasional- tapi akhir2 ini menunjukkan belang dan karakternya yang
sebenar. Dia mengeluarkan sentiment perkauman
seperti geng2 UMNO.
Ertinya,
seperti manusia biasa, ahli PAS pun boleh berbohong, tidak bercakap benar dan
berkomplot- serupa dengan manusia lain. Kecuali mereka bergerak dalam jemaah yang
berjuang untuk Islam.
Mereka
juga boleh mungkir janji. Tidak percaya?
Ketika
Semangat 46 bantu PAS menawan Kelantan suatu ketika dahulu, PAS menjanjikan
jawatan timbalan MB kepada S46. Bila menang, PAS lantik pemimpin nya sendiri
jadi TMB. Bila S46 mengadukan hal, sebagai langkah seolah2 menyelamatkan
keadaan dan menutup koyak dan rabak, PAS mengujudkan jawatan TMB-2. Jawatan TMB dan TMB-2 tidak sama bukan? PAS
tidak mengotakan janji.
Jadi,
simpanlah imej lebih warak daripada yang lain, secara senyap dan sendirian. Tak
perlu menunjuk nunjuk.
Ketahuilah:
ahli dan pimpinan pergerakan dan pertubuhan yang bersandarkan agama juga mempunyai
keperibadian yang terpuji. Bahkan ahli dan pimpinan pertubuhan agama bukan
Islam pun menunjukkan sikap yang terpuji seperti pimpinan PAS. Sebagai bandingan
pimpinan dan ahli badan bukan-politik yang memperjuangkan Islam juga mempunyai
keperibadian yang luhur.
Yang
membezakan PAS dengan Jemaah lain ialah PAS sebuah organisasi politik. Ertinya,
PAS berjuang untuk mendapatkan kuasa politik.
Itu
menjadikan PAS suatu kelainan dari badan dakwah. Ini bererti pimpinan PAS mesti
mempunyai ilmu politik dan skill-sets politik. pada pendapat saya, sifat dan
keperibadian terpuji pada PAS sebagai suatu organisasi mesti disulami dengan
ketajaman politik dan bijaksana-politik. kecualilah jika PAS tidak mahu jadi
kerabat PR, maka bolehlah ia mengistiharkan diri nya sebagai pertubuhan dakwah
semata mata; Jika mahu kekal kerabat, ia mesti memilih untuk jadi sebahagian dari gerakan perjuangan
politik yang mampu mengenyahkan BN yang korap serta rasuah atau ia mahu sekadar
menjadi sebuah parti seranta yang hanya menguasai Kelantan. Mahu jadi jaguh
kampungan atau mahu ada kehadiran nasional dimana PAS boleh memupuk sokongan yang lebih meluas
kepada perjuangan PAS.
Sesama
teman seperjuangan, mesti ada saling mempercayai. Kita terima keputusan yang
dilakukan oleh PAS keatas ahli dan pemimpin mereka. Apabila Husam Musa
dikeluarkan dari arus perdana PAS, ramai kita yang tidak bersetuju tapi kita
meyakini keputusan PAS dibuat untuk kebaikan. Kita beri kepercayaan kepada PAS.
They know whats best for PAS. Kita tidak tanya dan tidak sangsi keputusan PAS. Kita
beri kepercayaan penuh kepada PAS. Juga kerana itu urusan dalaman PAS.
Kepercayaan
memerlukan reciprocity. Balas membalas. Orang berbudi kita berbahasa. PAS mesti
memperlakukan kepada rakan seperjuangan apa yang rakan seperjuangan lakukan
keatas PAS. Meyakini keputusan yang mereka buat. PAS kena beri kepercayaan
kepada rakan nya PKR.
Jadi,
kalau puak konservatif yang dominen dalam PAS berterusan membuli rakan
seperjuangan nya, PAS akan menyebabkan perkara2 demikian berlaku: :-
·
Kerana keangkuhan dan rasa besar
diri akan menyebabkan akhirnya, PAS hanya menjadi parti persisiran yang
berteriak dan menjerit di pinggiran. Akhirnya juga, PAS akan dilihat sebagai
parti golongan fanatik yang suka membuli dan memaksakan pandangan mereka keatas
orang lain. PAS kan terpencil.
·
PAS akan kehilangan sokongan
golongan berfikiran sederhana orang Melayu. Mereka ini terdiri dari gologan yang
tidak sealim pemimpin PAS tapi tetap melihat PAS sebagai penyelamat moral dan
politik bangsa Melayu. Hilang ini, maka PAS hanya jadi pemain politik
sampingan.
·
Ia akan mengalienasi sokongan kaum
Cina yang telah menyumbang kepada kebangkitan dan kehadhiran PAS diperingkat
nasional.
·
Dan kecelakaan besar akan menimpa
jika PAS bergabung dengan UMNO. Jika itu terjadi, itu mendedahkan bahawa pas
sebetulnya parti tanpa prinsip. Bahkan ia parti yang mengkudakan agama untuk
dijadikan alatan kawalan dan membuli orang.
·
Pas akan mencetuskan ketegangan dan
kesangsian dilkalangan warga Pakatan.
Sorry for PAS. Tiada Maaf Bagimu. Kami rakyat yang tak berparti merasa kecewa pada mu PAS. Kefasiqkan dan kemunafikkan mu terserah. Where is your PAS for All. You dump it into the drain.Shall we vote you in next GE 14?. The answer is NO. Saudara Ariff do please give PAS leaders such as Hj Hadi and Dr Zuhdi few short courses on how to "acts" as a Malaysian politician.
ReplyDeleteTo the rest of Malaysian lets work it. DO NOTE VOTE FOR PAS @ GE14.