Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Monday 25 February 2013

UMNO Khianat Orang Melayu (2)



Mari kita lihat cara UMNO mengurus ekonomi.
Mahathir Mohamad  mengurniakan projek  Double Tracking kepada MMC-Gamuda pada 21hb October 2003. Ini ialah projek Electrified Double Track Project (EDTP) antara Ipoh dan Padang Besar. Kos nya RM12 billion lebih. Kita akan lihat, seperti yang saya sudah nyatakan dulu2- ini harga yang sudah di UMNOkan.
Modus operandi nya sama- kos sebenar akan ditambah dengan komisyen untuk golongan UMNO. Sebagai contoh kos PLUS yang sebenar hanya RM3 billion. Ia nya ditambah lagi dengan RM3billion menjadikan kos kepada rakyat sebanyak RM6billion. Sehingga hari ini, hasil kutipan tol ialah RM24billion. Ertinya, kos yang sudah diUMNOkan pun sudah dipungut kembali! Namun kerajaan penyamun UMNO meneruskan kutipan tol untuk mengagihkan rampasan perang.
Mengenai prpjek EDTP- pemberian nya hanya 9 hari sebelum Dr Mahathir berhenti jadi PM. Apa pasal nak beri semasa sudah mahu berhenti bagaikan tidak menyabar? Pada 1hb November 2003, Abdullah Ahmad Badawi, yang di kenali dengan nama manja Pak Lah, jadilah PM. Maka Kak Endon pun berkata- finally, you made it.
Kemudian Pak Lah mendeklamasikan sajak yang sekarang ini jadi bahan ketawa rakyat.
Aku cari bukan harta bertimbun-timbun,
Untuk hidup kaya,
Aku cari bukan wang berjuta-juta,
Untuk hidup bergaya,
Aku cari bukan kawan-kawan,
Untuk hidup sekadar berfoya-foya,
Aku cari mana dia Al-Ghazali,
Aku cari mana dia Al-Shafie,
Kita bongkar rahsia kitab suci,
Cari pedoman
Kita bongkar rahsia sunnah nabi
Cari panduan
Aku hidup kerana Dia Rabbi
Dialah teman
Dialah wali
Dia mencukupi
Aku hidup bererti
Menikmati damai abadi

Sekarang ini Al Ghazali entah dimana, al Shafie entah kemana, Islam Hadhari hilang dialam fana. Hari ini Pak lah membisu seribu bahasa,lidah nya kelu tidak berkata. Harta bertimbun , wang berjuta dan jin pun menamani hidup pencari damai abadi ini.
Perkara yang Pak lah lakukan sebaik sahaja menjadi PM ialah membatalkan beberapa projek yang diluluskan oleh Mursyidul am UMNO- Dr Mahathir. Antara nya, Jambatan Bengkok Singapura dan projek double tracking atau landasan kembar (EDTP) yang telah diberikan oleh mantan Mamak Bendahara kepada Syed Mokhtar dan Gamuda.  
Ini membuat Mahathir melenting marah. Lebih dari satu tahun, dia duduk bersama Pak Lah mendidik Pak Lah yang lembab itu mengenai apa Pak Lah boleh buat dan tidak boleh buat. Kita tidak jelas sama ada Pak Lah lupa atau dia sengaja lupa. Pendek cerita, Pak Lah melakukan apa yang dia dididik jangan lakukan. Dan membatalkan projek2 kesukaan Mahathir adalah antara perkara yang terlarang.  
Sebetulnya, Pak Lah bengang dengan Mat Arab Syed Mokhtar Al-Bukhary yang buat donno dekat Pak Lah ketika Paklah DPM. Maka, dalam masa 1 bulan menjadi PM, Pak lah melakukan perkara yang tidak diduga. Dia membatalkan projek Double Tracking dan projek Jambatan Bengkok dan lain2 projek yang Mamak Mahathir telah beri kepada kroni2 nya. Tidak ada orang pun yang beritahu Pak Lah jangan sekali membunuh lembu suci apatah lagi lembu suci peliharaan tokoh Malabari.  
Pak Lah menjustifikasi pembatalan kerana kewangan negara tidak bagus. Maka projek2 berprestij mesti dibatalkan. Ini menyebabkan Mahathir melenting. Ia nya menggambarkan seolah olah Mahathir telah salah urus kewangan negara- maka sekarang Malaysia tidak ada wang. Ianya juga menggambarkan bahawa projek Mahathir semua membazir dan Mahathir orang yang suka boros. Dalam bahasa yang lebih mudah, Mahathir si bodoh yang hentam keromo.  
Zikir dan ratib apa pun Mat Arab Syed Mokhtar guna, dia tidak berjaya menghidupkan projek Tracking. Menyampai tahun 2006, Syed Mokhtar menjadi resah dan gelisah. Maklum sajalah, untuk mendapatkan projek tersebut, dia dah bayar wang yang banyak kepada banyak pihak pada zaman Mahathir jadi PM. Syed Mokhtar sedar bahawa untuk mendapatkan kembali projek tersebut, dia terpaksa main pintu belakang. Orang dan penyokong UMNO memang suka pintu belakang.  
Syed Mokhtar  meminta CEO Gamuda, Lin Yun Ling, untuk kautim seorang Cina bernama Seow Lun Hoo untuk mengatur supaya dia dapat memasuki geng Pak Lah. Seow pun mendapatkan bantuan dari menantu Pak Lah Khairy Jamaludin dan kemudiannya, seorang yang bernama Shah Hakim, rakan baik kepada anak Pak Lah,  Kamaluddin. Dan seperti magic, dengan sentuhan Shah Hakim dan Kamaluddin Badawi, projek Double Tracking kembali hidup.
Semua fakta ini sekarang sudah pun di beritahu kepada pihak mahkamah bila geng2 Shah Hakim menyaman pihak Syed Mokhtar yang enggan membayar komisyen yang di persetujui. Seow dan Shah Hakim mengaku bahawa mereka telah memberi technical expertise dan networking capabilities  untuk menghidupkan semua projek yang bernilai RM12.4 billion tersebut. Mereka mendakwa bahawa melalui usaha mereka lah, projek double tracking itu kembali hidup.  
Yang dimaksudkan sebagai  ‘networking capabilities’ dan usaha2 pelbagai termasuk lah membuka pintu untuk CEO Lin dari Gamuda untuk membentangkan cadangan projek double tracking tersebut kepada Menteri yang menjaga EPU iaitu suami kepada Puteri Gunung Ledang, Effendi Norwawi. Effendi pada mulanya memberitahu Lin bahawa dalam iklim kewangan negara tidak berapa sihat, adalah sukar untuk kerajaan menghidupkan kembali projek tersebut.
Jadi apa nak buat? Main pintu belakang lagi. Effendi kemudian nya mencadangkan suatu kaedah pembiayaan yang dikenali sebagai Private Finance Initiative (PFI).  Yakni, pihak pencadang projek akan mebiayai projek tersebut dan kerajaan dibenarkan membayar pencadang pada suatu masa yang kemudian. Oleh kerana pencadang membiayai dahulu, maka kos nya tentulah tinggi.
Idea nya ialah: pihak pencadang boleh melonggokkan segala kos kewangan dan kos risiko kedalam kos projek tersebut dan membalun kerajaan dengan kos yang lagi tinggi. Dan si Effendi ini juga menasihatkan bahawa apabila projek ini diluluskan,  projek PFI tersebut boleh ditukarkan kepada kaedah biasa yakni design-and-build  yang akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan.
Dan itulah cara nya bagaimana Mat Arab dan Gamuda menipu rakyat Malaysia supaya percaya bahawa projek double tracking itu dibiayai sepenuhnya oleh pihak swasta. Akhirnya, kita pembayar cukai yang membiayai projek tersebut dan mengayakan puak UMNO dan kroni2 mereka seperti Gamuda dan Syed Mokhtar.

10 comments:

bumi-non-malay 25 February 2013 at 13:12  

Apa Rakyat boleh buat?? Rakyat harus ada Semangat Mat Kilau......

3 hari sebelum UNDI PR13......Sabotaj!!

UMNO -BN banyak kuasa dan perkakas...RTM, BH, Utusex, SPR, ...dll... Bayangkan 3 hari sebelum undi tak ada berita Langsung...... UMNO akan RUNTUH, semua ketua UMNO-BN beli tiket murah Air Asia keluar Negara..... Ini Kali Lah!!1

Anonymous,  25 February 2013 at 16:39  

Pepatah Melayu ada berkata
harapkan pagar, pagar makan padi.
Itulah UMNO.
Pepatah mamak ada berkata
takut nak debat sebab takda tulur
Itulah Najib.

Cahaya Qalbu,  25 February 2013 at 18:28  

Depan Melayu Umno kata sokong PR, DAP yg perintah, tapi depan Cina, MCA pulak kata sokong PR, PAS yang perintah. Mana satu betul nei? Lidah pemimpin2 BN memang macam lidah biawak, bercabang-cabang . Inilah konsep 1Malaysia yang dibawa UMNO, iaitu dasar pecah & perintah, menakut-nakutkan antara satu sama lain serta menanam bibit2 kebencian antara kaum2.

Semenjak Merdeka, UMNO telah menguasai aliran berita dan maklumat yang berkaitan politik. Parti2 selain UMNO tidak mempunyai kuasa dan sumber untuk mengadakan stesen radio dan TV.

UMNO mampu menguasai pemikiran Melayu kerana sumber berita pada waktu itu hanya satu, yakni media2 milek UMNO seperti Radio Malaysia dan stesen TV RTM.

Apabila UMNO mendapati akhbar Utusan Melayu/Msia tidak mengikut agenda UMNO, akhbar tersebut diambil alih secara paksa oleh UMNO dan akhirnya akhbar tersebut dilacurkan untuk kepentingan UMNO.

Kemudian Dr M meluluskan undang2 Akta Cetak dan Media pada tahun 80an untuk memastikan tiada media massa utama boleh dioperasi di Malaysia tanpa kelulusan UMNO.

Dengan kata lain, sepanjang selepas Merdeka, UMNO menguasai pemikiran Melayu kerana rakyat Melayu hanya mendapat maklumat dari satu sumber, yakni, media2 milek UMNO.

Namun, dengan zaman internet dan kebebasan dunia siber , penguasaan UMNO terhadap pengaliran maklumat semakin lemah dan longgar. Segala penipuan dan pembohongan mereka mudah sahaja dipatahkan dengan mudah dan berkesan.

Nyawa UMNO sebenarnya bergantung kpd kebodohan ahli2 & penyokong2nya untuk mengekalkan jawatan mereka, mecuri duit rakyat utk hidup kaya raya, selalu menipu utk menang majoriti kerusi parlimen di setiap PRU & terus menerus membodohkan penyokong2nya dulu, kini dan selamanya!

Selagi UMNO mentadbir Msia, selagi itulah rakyat negara ini berterusan di tipu hidup2.

Oleh itu, kita buang UMNO Baru, kita Buat Msia Baru.

Kerana:

BN = Parti Bermentaliti Autokratik Utk Golongan Feudal & Elit

>Risiko Rasuah = 90%

>Risiko DNA Lanun = 90%

>IQ lembu = 90% (yg cerdik di PR: Dr M cakap)

>Risiko Kearah Nepotisma & Kronisma = 60%

>Utk rakyat = 40%

PR = Parti Bementaliti Demokratik Utk Rakyat

>Risiko Rasuah = 10%

>Risiko DNA Lanun = 10%

>IQ Cerdik = 90% (Dr M cakap)

>Risiko Kearah Nepotisma & Kronisma = 10%

>Utk rakyat = 90%

Tiada lagi pilihan melainkan PR !

Time For Change And The Time Is Now !!!

###

Anonymous,  25 February 2013 at 21:37  

Semasa Robert Kuok menjadi Sugar King diMalaysia, harga runcit sekilogram adalah RM 1.40, apabila Syed Mokhtar mengambilalih bisnes gula Robert Kuok tak sampai 3 tahun ,harga runcit gula sudah melambung tinggi sampai RM 2.50.
Ini bukankah kroni didahulukan, rakyat dibelakangkan?

Mohd khir,  25 February 2013 at 23:31  

Dato'....company Tun Zaki buat kerja tukar slipper landasan pun boleh buat profit RM 600 juta....bersih! Bayangkan org lain yg lebih berpengaruh dlm UMNO!

Alok Stak,  26 February 2013 at 07:00  

Mokhtar Bukhary, penyeludup Lembu di Bukit Kayu Hitam selepas tidak tamat SPM.Dia kawin dg anak Syed kecik, penyamun balak di Sabah menjadikan Kecik ini kaya raya.Bila kecik padam, semua harta pergi kpd anak-anak dia yg sedang bergaduh ketika ini.

Mokhtar sapu keliling.Bangun pagi saja,makan nasi lemak.Nasi itu Mokhtar punya!.Bubuh gula dalam minuman kopi,gula itu Mokhtar punya!.cicah roti gardenia dg kopi,roti itu Mokhtar punya!.

Start kereta proton ke Pejabat,kereta itu Mokhtar punya.Pergi ke bank Muamalat,bank itu Mokhtar punya!singgah kat Pejabat Pos,itu juga Mokhtar punya.Mokhtar Benggali ini mengaku Arab kerana ada Syed di depan nama dia.Benggali dan Arab sama saja dg sifat tamak haloba.

Pergi ke book store - MPH, nak beli buku sekolah anak, juga Mokhtar punya! Ladang sawit" Stamford Holdings" telah dirampas oleh Mokhtar dg Muhyiddin.Semua port Mokhtar punya!- Johor Port,Tg.Pelepas dan Penang Port semua lepas kat Mokhtar.Senai Airport juga Mokhtar punya!.

IPP juga Mokhtar punya.Sekarang dia nak ambik Bank Islam, KTMB dan berbagai lagi!Mokhtar dah jadi gila nak ambil alih semua dg apa yg ada.

Mokhtar ada duit dari ROP. Guru dia Madeii dan Daim yg jadi introducer kpd ROP.Mokhtar ini gabungan Benggali dan Arab telah menunjukkan dia tanpa SPM dapat menggaji Engineer,Akauntan,MBA dan apa saja yg dia boleh beli.

Mokhtar bukan Melayu kerana DNA dia dah jelas.Benggali ini belajar dari Mamak tongkang kerala


Alok Stak

Anonymous,  26 February 2013 at 08:07  

Dato' Sak

There's a myth created about TSSM business prowess.

He's a jaguh kampung created by Mahathir to channel funds back to UMNO.

Takeovers of large Corporate Companies attributed to him or his business Generals would not have happen should it be held at arms length.

Even Gov. officials, Foreign Ambassadors acknowledged that w/o Mahathir's helping hand he cannot deliver! Check out his business entities foray/ventures in Saudi Arabia, Iran, Algeria, even in Bosnia where Mahathir had much influenced, he has zero business interest despite doors being opened.

In his own backyard of Kedah, have we seen any transformational business/economic activities innovation that can be attributed to the much glorified businessman? Balik2 getah dan padi beras jugak yang buat duit untuk dia...

Truth is, his past achievement was brought about by Gov. hands assisted by capable business generals working for him.

He gets sweet heart concessions, the generals developed them somewhat, he flips them to public listed corporate cos (EPF being one of shareholder). A Billionaire is born.

Once the generals became jaded with him, they leave and one by one his businesses start crumbling at the edge.

He should have been a much better businessman if he hadn't met Muhy & Maha.

Anonymous,  26 February 2013 at 12:45  

DATO

SAYA INGIN PERBETULKAN SEDIKIT. BUKAN UMNO( IS ITU UMNO TULIN /ASAL). YANG MENIPU DAN MEMPORAK PORANDA UMAT MELAYU TETAPI UMNO BARU YANG DITUBUHKAN OLEH KELING KERALA DENGAN DIBANTU SAORANG ANAK ACEH SATELAH MENGHARAMKAN UMNO YANG TULIN.

pakdoe 27 February 2013 at 11:58  

NAMPAKNYA MASIH KUAT BAHANA UMNO NIH...ADA YANG TULIN DAN ADA YANG PALSU...SESUNGGUHNYA APA-APAPUN UMNO JUGAK YANG TAKUT BERPERANG UNTUK MERDEKA DENGAN MUDAH....

Anonymous,  28 February 2013 at 17:37  

Mari kita nyanyi apa Dah Jadi Apa Dah Jadi Negara melayu kini di terajui keling dan syaitan Kerala yang suka mamaki.
ini kali lah lah undi Tanah melayu Yang dulu nya Agong jangan lagi di bohongi Iblis dan Syaitan dari Kerala dan Anak Bumi semua di dahului Anak Bumi Keling.

Apa dah Jadi apa Dah Jadi Anak Perkasa Melayu cium tangan dan kaki Anak Keling kerala dan derhaka pada Sultan dan jual maruah Anak Bumi Sejati hingga semua NEP hilang sama sekali.

Apa dah Jadi Apa Dah Jadi kita semua nyanyi dan kita keriau INI KALI LAH JOM UBAH anak-anak Melayu Sejati

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP