Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Thursday 23 February 2012

En route to FGV Listing. Not a bed of roses.-Part 2


OLEH: BUDAK CHINI
PERWAKILAN KPF & WARGA FELDA…JOM LIHAT JANJI PR UNTUK WARGA FELDA (SIRI 2)
Sebelum koi teruskan sambungan draf Janji PR Untuk Warga Felda koi nak berkongsi kebanggaan dan ketegasan orang-orang Chini kawasan koi. Baru ni, PM Najib nak datang lawat kawasan Pekan, termasuklah kawasan koi di Felda Chini 3. Setahu koi, pada asalnya tiada dalam agenda lawatan PM di kawasan koi ni, koi yakin lawatan ad-hoc PM ini dicaturkan oleh Seranta Felda JPM yang kerjanya 24 jam membodek PM. Koi yakin hatta ad-hoc atau terancang, kehadiran PM Najib dialu-alukan semua. Koi tengok suratkhabar Tok Guru Nik Aziz pun pernah sambut PM di airport Kelantan walau berbeza fikrah apatah lagi di kawasan koi di mana PM adalah Ahli Parlimen dan Menteri Felda.
Kekuatan orang Chini adalah kalau kami tak suka kat seseorang, janganlah dibawa ke Chini. Kalau panggil juga mati hidup balik kami tak mahu datang tapi kalau nak bagi duit kami ambil, jamu kami makan tapi tetap tak suka. PM Najib tahu sejarah politik orang Chini tapi berdegil nak bawa Isa kaki lutu buat apa? Sudahnya kami pakat boikot program PM, tapi koi pergi jenguk juga. Sahih, merah padam muka PM tengok dewan kosong, tak sampai 5 minit dah bergegas balik dan PM arah Isa ganti dia berucap dalam dewan kosong.
Koi nak seru kawan-kawan belia, peneroka dan paling penting pengurusan dan kakitangan Felda, PRU 13 kali ini kita sama-sama pangkah PR. Kalau keputusan di Felda sama macam sebelum ini, mengepak-ngepak Isa Kaki Lutu, Seranta Felda dan bekas PKR masuk UMNO yang bersarang di Perkasa bahawa ini adalah jasa mereka semua. Koi tahu aouk-aouk semua tahu mereka sudah dan bakal pau duit pilihanraya macam mana, claim sana sini dan dakwa mereka berjasa besar menangkan BN di Felda. Cara mereka keringkan kantung Felda melalui program penerangan listing sana sini dah menggambarkan sifat mereka. PRU 13 medan terbaik protes kesombongan mereka yang jaja nama PM sana sini. Mungkin ya seperti mereka kata, Najib adalah PM mereka, bukan PM mereka yang harapkan sedikit pertimbangan bersuara dan mengkritik macam Cuepacs dan NUTP lakukan. Itulah penyakit politik dalam UMNO yang dah menjangkit ke pengurusan tertinggi Felda, cari pasal sana sini, pinggirkan maklumat dan sebarang suara dianggap menentang dan dipancung dan dicantas sana sini. Pentadbiran secara Islam yang mementingkan adil dan bersikap ehsan atau secara universalnya ‘empathy’ sudah tidak wujud di mata mereka yang nampak RM dan pink form semata-mata.
Koi difahamkan wakil peneroka dalam syarikat pun pada masa ini disambung kontraknya sebulan-sebulan. Selepas penyenaraian, semua wakil peneroka yang sekarang menjadi Lembaga Pengarah akan bertaraf penasihat sahaja. Pastinya bilangan wakil peneroka dalam anak syarikat selepas penyenaraian bakal berkurang secara drastik untuk menempatkan kepentingan pelabur luar negara dan dalam negara. Buktinya CEO Felda Iffco hari ini adalah warga asing berbangsa India (bukan Malaysia) dan kepentingan pelabur asing dalam syarikat itu hari ini setinggi 70%, bermula dengan 25% yang ditawarkan asalnya. Felda Global Venture juga bakal bermula tawaran 25% kepada pelabur luar. Dengan dana yang tinggi dan kecekapan membeli saham sedikit demi sedikit, dalam sekelip mata bahana menimpa Felda Iffco bakal menimpa Felda Global Venture. Koi dengar ramai orang lama Felda telah tersingkir daripada lembaga pengarah dan CEO-CEO sekarang yang dahulu berjasa dalam Felda dan berpindah ke Felda Holding telah ditukarkan ke taraf penasihat sahaja. Amaran terbuka pencacai Isa iaitu Timbalan Pengarah Besar baru yang ikut pintu belakang selepas penyandang sekarang ditukar ke JPA diingati oleh semua kakitangan ibu pejabat iaitu selepas penyenaraian semua pengarah, RGM dan pegawai kanan yang tidak mengikut katanya bakal dipecat atau ditimpa nasib serupa seperti 2 pengurusan tertinggi Felda. Nasib yang sama bakal melanda CEO dan pengurusan KPF, Ahli Lembaga Pengarah dan penasihat-penasihat wakil peneroka dalam jawatankuasa pelaburan dan lain-lain apabila kaki lutu berjaya memegang jawatan Pengerusi KPF dengan alasan ‘Arahan PM’ dan Felda Asset menentukan hala tuju pelaburan KPF.
Ahli politik tak perlu berbohong kepada rakyat terutama dah tua macam Isa Kaki Lutu. Allah panjangkan umur orang yang zalim dan jahat supaya terus hanyut dan bertambah dosanya. Pengajaran Allah yang menjatuhkan Isa semasa memegang tampuk Menteri tidak mencukupi bagi Isa dan semoga Allah menggerakkan hati-hati aouk sekalian supaya sekali lagi menyedarkan Isa supaya kembali ke masjid, bersihkan jiwa dan bersikap ehsan sesama manusia. Koi tahu PM banyak perkara nak fikir dan atas rasa terhutang budi, body, janji bertambahnya dana pilihanraya dan pengaruh RM dan isteri Isa Bibi Sharliza, PM telah perkenankan cadangan asas Isa. Cuma PM tak boleh berbuat apa-apa bila Isa melampaui batas dalam perlaksanaan cadangan serta cara Isa yang gopoh dan tidak mahu mendengar pandangan dan kritikan orang-orang lama Felda baik pentadbiran mahupun wakil peneroka sendiri. Pendekkata, Isa menyalahgunakan kepercayaan PM atau mungkin juga telah memegang jiwa PM sebagai pertukaran kepada sesuatu. Isa sendiri bagi proposal dan selepas dapat perkenan, dicanangkan merata ianya arahan PM dan diambil contoh Isa amat malu apabila suratnya memohon DG Felda dicutikan telah bocor lebih awal berbanding canangan Isa bahawa PM arahkan DG bercuti.
Kesimpulannya, selain menanti saat membebaskan PM daripada pengaruh Isa dengan memberika undi kepada PR sewaktu PRU13, koi menyeru wakil peneroka, belia dan kakitangan Felda berusaha sedaya upaya membongkarkan segala tindak tanduk Isa dan gerombolannya, membawa keluar dokumen-dokumen berkaitan dan bersikap berani mempertahankan serta melambatkan kehendak dan nafsu Isa dan gerombolannya. Lawan, bongkar dan terus sabotaj usaha Isa supaya Isa dianggap gagal di mata PM serta nama PM terselamat dari terus dijaja sana sini semurah-murahnya. Bilik gerakan kedai kopi Pak Lang di Chini melalui risikan saudara mara di akar umbi seluruh Felda mengesahkan jumlah yang meluat dengan Isa dan mahukan kajian semula penyenaraian adalah sangat ramai. Bersatu padunya warga Felda dalam melawan Isa dan gerombolannya pun sudah menjamin kemenangan. Kepada pengurusan dan kakitangan, daripada menunggu masa dan ketika disembelih, lebih baik kalah melawan daripada menyerah menggadai maruah. Jika tiada yang bersuara dan membocorkan dokumen NFC lembu hari ini, adakah penyelewengan duit rakyat dapat dibongkarkan dan mendapat sokongan pemimpin UMNO sendiri? Fikirkanlah.

26 comments:

Anonymous,  23 February 2012 at 09:08  

Salam.

Sangat setuju apa diperkatakan.Saya berdoa semoga perjuangan orang-orang Felda berjaya.

Quiet Despair,  23 February 2012 at 10:37  

Budak Cini

Koin rasa aouk tak patut buat Najib macam tu. Hormatiloh kerusi PM jika tok hormati dia.
Isa kaki lutu tu, koin tak kesahlah aouk nak boo ke atau apa ke.
Nak tanya aouk sikit, apasal Orang Felda suka ngat sekat orang datang kat kwasan aouk. Ini termasuklah melarang Anu-war.
Biarlah dema datang. Aouk orang boleh boo deorang.
Lain ya oghang Felda sekarang. Masa saya kecil dulu saya pernoh ikut Aki saya ke Felda Jengka bila cuti sekolah. Balik penuh kereta dengan emping, pulut, durian, langsat, petai, jering dan macam-macam lagi.
Aouk tak tengok malam tadi kat TV, Isa bukan main aksyen lagi. Muka bersino-sino. Awet muda. Maklumlah dapat Bibi. Hahaha.

Anonymous,  23 February 2012 at 10:53  

Dear Datok,
Ini projek NFC tajaan Doremon bekar guru SDAR.Doremon yang suka suap menyuap, menganggapkan semua peneroka FELDA yang tekurung ditanah rancang itu saperti lembu NFC- menunggu suapan "Durian Runtuh".

Dia ingat semua peneroka lembu NFC.Durian Runtuh itu nekmat untuk sekali sahaja saperti BRIM RM 500.00 Najib.Salepas itu apa? Dahan yang mebuah itu sudah runtuh- dan tidak akan menghasilkan lagi.

Nantilah kita akan runtuhkan Doremon dan kuncu2nya ini.

Anonymous,  23 February 2012 at 10:57  

Masaalah FELDA yg menjadi penentangan oleh kebanyakan adalah Integriti. Felda dari dulu hingga skrg tidak menunjukan integriti profesionalism global sebagai syarikat besar yg patut dibanggakan. Kalau Felda menpunyai standard integriti yg tinggi (dan bkn meletakan politician sebagai ketua), mungkim akan mendapat sokongan padu dari rakyat.

ramleideas 23 February 2012 at 11:58  

Matlamat penyenaraian awam adalah untuk samaada :

1. Memperbesarkan perniagaan dengan menggunakan duit orang ramai.

2. Membayar hutang dengan menggunakan duit orang ramai.

3. Menipu orang ramai dengan memainkan harga saham apabila diapungkan dan buat "capital gain".

Jika kita pernah menonton filem "Other Peoples's Money" yang di jayakan oleh Danny De Vito, tahulah kita akibatnya.

Satu lagi pesanan orang tua-tua, berhati-hati dengan orang tak cukup lima kaki macam Danny De Vito. Banyak putar belit dan onarnya. Dia buat muka confident dan selamba, sambil menganiayakan bukan sahaja pemegang saham tetapi juga para pekerja.

Anonymous,  23 February 2012 at 12:00  

Wahai warga Felda, Yang tua,pak cik2,mak cik2,abg2,kakak2,adik2 dan semua warga FELDA,
Insaflah dan fikir2kan lah apa yang Dato SAK katakan ini, tidak terlambat lagi untuk membuat keputusan, halangkan cita-cita sipendek yang perasuah ini, semasa dia jadi MB NS pun tak buat apa sangat cuma pandai bodek Mamak Kutty saja.
Wahai warga FELDA !
tengoklah apa jadi kepada syarikat2GLC kerajaan yang dilistingkan semuanya hancur dan kena buy back oleh kerajaan dengan harga sangat rendah, ini mungkin warga Felda menanggung kerugian.
Ubahlah fikiran anda;;.......
Salam

Anonymous,  23 February 2012 at 14:44  

Awok mer jgn kacau sangat kat PM kita tu...dia tu anak Tun. Koi tegur ni bukan apa sebab koi ni org Pahang Tua sebeloh kg Langgar tempat Tun lahir....Kalau nak maroh bebenor, marohlah kat Isa kaki lutu.

Koi tumpang sekaki maroh kat Isa bukan kerana nama dia ISA (satu akta kuno yg nak dipinda Najib)tapi dia memang kaki lutu semua orang. Awokmer tau tak mender yg koi nak sampaikan? Mana2 kakiangan/orang yg tok setuju dgn penyinarai FGV semunya dilutu...Semua org tau DG,DDG dan beberapa pegawai Felda telah dilutu...yg terkini YM Dato' Raja Shahrifuddin (bekas MD Felda Holding) yg sedang memegang jawatan Pengerusi MSM (Syarikat Gula Felda) telah meletakkan jawatan juga akibat dilutu. Malah koi dengar juga berita (sama ada betoi atau tidok) Tan Sri Yusof Nor juga dilutu...

Cuma satu yg koi sedang tunggu2...kalu Isa berani sangat lutulah YM Tan Sri Raja Mohd Alias (arkitek felda) yg sekarang ni memegang jawatan Pengerusi Felda Johore Bulker...dgr khabor dia pun tak setuju Felda diperlakukan hingga momor (lembik menju hancur) macam ni.

Anonymous,  23 February 2012 at 15:03  

Ha ha ha

Welcome back QD..

Budak Chini tu bukannye benda...kesian kat PM kite tu...cuma Najib tu pane, ngikut Isa Doremon tu buat apa..Kaeh tau ler Najib pun dapt persentnye tapi Biorler bertempat..Berani pepalih deme tu..sanggup pecahkan tempayan kerana berebutkan air..ha ha ha.

Ha ha ha

Anonymous,  23 February 2012 at 16:44  

Interesting. Just find out this info: Felda Iffco Sdn Bhd Managing Director - Mr.Naeem Iqbal Khokhar (Pakistan?India?UAE?Oman?). Felda Iffco Sdn Bhd COO - Mr. Shabeer Hussain (Pakistan?India?UAE?Oman?).Wow,I'm impress that Felda Iffco employ expatriate to lead them, this company must be based in somewhere expensive.Eh,wait a minute,it is based in....Pandamaran, Klang???It was established in 2006 only and last year already lead by foreigners??? What will happen to FGV in 5 years?? Perhaps a Sheikh, Johny Boy or Minamoto then??Hahahahahahahahaha.........

yapie,  23 February 2012 at 18:07  

Ideas is good... but implementation will become other wise and hijacked.. due to need fund for buying support by the top tier leader.. so the lower level felda settler will be screw big time with all the burden and loan later on...

holding share does not mean anything.. its an intangible item that make u feel good only... as the value will be up and downs daily.... then i doubt that the felda settler still own their own land, which everything will surrender under company asset? (correct me if i am wrong).. so will make u a 0.00000001% shareholder... So u will need to put your luck to always have a good corporate leader... once the fund / investment does not manage properly..... it will be all felda under heavy debt and await government to bail... if government fail to bail.. then the entire land bank will fall to private entities hands.... as land is more easier to exploit for development and fast money.. than just waiting these poor folks to do their plantation work and wait for harvest~

Anti Pembelit,  23 February 2012 at 20:07  

Dari mula adalah kesalahan PM melantik kaki rasuah menerajui FELDA.Ibarat kepala keretapi rosak,semua gerabak dibelakang akan masuk gaung.

Anonymous,  23 February 2012 at 22:24  

Dato'
Nampaknya TS Isa berkerat rotan, masih mahu menyinaraikan FGV ke bursa saham tapi kali ini tanpa penyertaan KPF. Jika ini berlaku, pelabur2 dalam KPF dikalangan peneroka/kakitanagan akan menerima nasib malang. Bukan apa, keupayaan KPF untuk meneruskan prestasi cemerlang dgn memberi dividen > 15% setahun akan terjejas berikutan tanah ladang sawit milik Felda seluas 360,000 hektar dijangka tidak lagi diberi hak diurus tadbir oleh Felda Plantation (milik Felda Holding).

Utk makluman Dato', Felda Plantation menerima 5% drp pendapatan hasil ladang Felda yg diangarkan RM4.3 billion iaitu sebanyak RM215 juta. Pendapatan ini dikira bersih memandangkan Felda menanggung kos pengeluaran hasil.

Jika FPF tidak lagi membayar dividen yg memuaskan maka sebahagian pelabur yg mendapat pinjaman bank bagi membiayai pelaburan ini akan merana tidak berkesudahan...

Anonymous,  23 February 2012 at 22:51  

Tok Arif,
Seronok baca artikel org chini dgn komen2 pun dlm bahasa pahang.QD pun cuba juga berbahasa pahang tu..kekeke.Walla,one malaysian dgn lain2 kalau nak join komen kene cuba cakap pahang juga ya?Tok Arif belum keluar lagi cakap Pahangnya..komen la Tok tentang artikel ni dlm bhs pekan.be a sport will you?

Quiet Despair,  24 February 2012 at 08:27  

Yelah Tok Arif cakaklah loghat Pekan. Nak dengar sikit Tok cakak kuchiang. For the uninitiated, it is kuching in Pekanspeak.
Cek Rospun bia balik Pekan, cuba cakap Pahang ikut Najib.
Tak rughilah Aki kaeh, koin, kawaeh, ajor cakap loghat Temeloh and Lepeh (Temerloh and Lipis). Hokme or dema tau tak Aki kaeh tu hamlo (humoros) oghangnya.
Kaeh, dan hokme dema semua setuju Isa tu tongong dan pandae (pandir). Dahlah tu babae (obstinate) pulak.
Masa dia dipilih untuk tanding by-election haghitu, Aki kaeh cakap: "Yaeh matnya, Najib ni take orang ke selain katek ni." hahaha.

Anonymous,  24 February 2012 at 09:39  

"Interesting. Just find out this info: Felda Iffco Sdn Bhd Managing Director - Mr.Naeem Iqbal Khokhar (Pakistan?India?UAE?Oman?). Felda Iffco Sdn Bhd COO - Mr. Shabeer Hussain (Pakistan?India?UAE?Oman?).Wow,I'm impress that Felda Iffco employ expatriate to lead them.
-------------------------

These are the proxy member engage by the Umnoputra to transfer the assest created later. This is why we have billion transfer out from the country.

Anonymous,  24 February 2012 at 11:23  

Dato',

Koi dapat tau sikit drp adik beradik koi yg keja kat KL tentang Felda Iffco ni...(koi tak berapa pecaya sangat tapi macam benor jer ceritanya)...Cara Felda Iffco berniaga (kata org putih business model) mudoh jer. Pertama dia ambil alih kesemua kilang penapis Felda di Semenanjung kecuali yg ada kat Kuantan. Kemudian mereka beli minyak CPO Felda dgn harga muroh (diskaunlah) lalu memprosesnya bagi mengeluarkan RBD dan lain2 produk. Produk ini kemudiannya dijual ke Syarikat induknya diluar negara. Mereka ini tok peduli sangat sama ada Felda Iffco untung ke rugi ke, yg penting Syarikat induknya beroleh keuntungan berganda...Dgn kata lain dia beli minyak CPO Felda dgn harga muroh kemudian jual produk kpd Syarikt induknya pada harga muroh juga agar syarikat induknya beroleh untung besar manakala Felda Iffco dapat habuk (sikit margin)...Kalau dia rasa Syarikat induknya tak bagitu untung maka apa lagi dia kecek dgn bapok group president FGV agar beri dia diskaun lebih banyok lagi...Ular ini tak perlu ikut janji dgn Felda sebab sehingga kini bukan ada apa2 perjanjian jual beli antara Felda-Felda Iffco...

Koi ni Dato' kabor jer....nok percaya boleh tok percaya pun boleh...bukan apa kalau yerlah, nampok sangat Felda kena main...rugi berganda...juai CPO pd harga muroh dan tiada pulangan dividen yg baik drp syarikat JV Felda Iffco...

Anonymous,  24 February 2012 at 17:23  

Sdr. Sakmongkol,

Diantara komen-komen, ada yang menyebut tentang perlantikan tokoh politik sebagai Pengerusi.

Setahu saya, perlantikan Pengerusi FELDA adalah dibawah kuasa Menteri yang bertanggungjawab.

Maka FELDA sendiri tidak ada kuasa dalam hal sedemikian.

Pada hemat saya, FELDA mula dibelengu masalah-masalah serius selepas Yusof Noor dilantik menjadi Pengerusi menggantikan RM Alias.

Sekian.
Menantu Bekas Pekerja FELDA

Anonymous,  25 February 2012 at 00:08  

kat malaysia ni mcm2 ada, ada kacang lupakan kulit, ada org kecewa sbb dia x dapat dll. bagi kat dia tengok apa dia kata. dlm usia aku yg masuk 6 series ni byk mangkok2 mcm ni yg aku kenal.....hipokrit ...hipokrit !!!!

Tinta Hitam 25 February 2012 at 01:09  

Masalahnya masyarakat Felda lambat sedar walau pun sudah berbuih PR menerangkan.Mereka enggan berubah.Skg sudah terantuk baru nak tengadah..Agak lewat tapi masih blm terlalu lewat....

Three Trees,  25 February 2012 at 13:29  

When the rakyat don't 'Nambekei' the Gomen,then it is very clear,the end is near,sooner than later.BN 4get that 4 every action there is a opp reaction.Every evil step they take it is chipping away the foundation,I think the Tsunami of 2008 is just a warning.God give the Man who can walk on water a long life so that he can C 4 himself(Pun intended) the havoc that he had wreak on Malaysian,he has been 4warned.The coming GE may be n just may be a total whitewash 4 BN.Then we the rakyat will restore this beloved Country of ours to the status v deserved.I think the ordinary rakyat has already make up their mind.If it comes true I hope Dato' will play ur role in rebuilding this nation of ours to its true potential.'Nambekei' us it will b ABU!ABU!ABU!

Anonymous,  25 February 2012 at 22:41  

Dato'

Cerita pisang lupakan kulit ni memang perangai org BN khususnya UMNO. Rakyat beri mandat dah masuk 55 tahun (usia bersara) kpd BN perintah negara. Patut sangat mereka ini berterima kasih kpd rakyat M'sia yg masih minat memilih mereka....Kalau ikutkan perangai pimpinan BN ini patut dah lama rakyat tolak....mana tidak Tun Razak menggunakan pendekatan sosialis dlm mengagih kekayaan negara secara bijaksana kpd rakyat (contoh beri tanah kpd rakyat yg tidak memiliki tanah dgn mewujudkan Felda) namun semejak zaman Tun Mahathir pendekatan ekonomi/sosial bagini telah bertukar kepada sistem kapitalis....

Anonymous,  26 February 2012 at 09:27  

QD

Koi macam kenai aouk. Aok cicit Aruah Tan Sri Yahya Seh, bekas MB Pahang ke? Aki Koi kenailah aruah tu oghang Temeloh ken?

putera66,  27 February 2012 at 08:20  

to ramleideas..
why Danny De Vito? it is because of the size or what????

Anonymous,  27 February 2012 at 12:06  

Masa berubah ,pendekatan juga harus berubah.Pasti ada kebaikan dan keburukan dalam apa apa juga listing.Saya fikir ini di buat bagi kebaikan dan bukan yang di speculasikan pembangkang.Kalau begitu kita tidak perlu punyai BURSA dan tidak perlu menembusi pasaran global.Listing Felda bukan keputusan Isa sahaja.Saya yakin ini satu keputusan majoriti dari mereka yang mempunyai niat yang baik.Saya yakin dengan pensinaraian ini.

Ekonomis

MAHApenipu,  28 February 2012 at 02:30  

Mengikut ahli2 anthropologist,manusia yg jenis pendek2 ni amat merbahaya jika diberi kuasa.Contohnya,Pol
pot,Hitler,Ibrahim Perkasa,Hasan Jati dan Pengerusi FELDA.Tak taulah..mungkin ada kebenarannya.

Quiet Despair,  28 February 2012 at 22:05  

MAHApenipu

You forgot to mention Napoleon Bonaparte. Yep, history has shown Mr Shorties are ambitious, power crazy people.
That goes to Isa too, whom my Pahang grand-pa calls Si Katek. That's worse than pendek.
I have met Isa in person. Rather pleasant personality. Likes to laugh.
Not over-bearing like the short-stuff Rais the orphan.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP