Saturday, 9 August 2025

Himpunan puak2 reaksioner, rasis, pelampau kanan dan Uber religious. Bah. 2. Pak sontoloyo series no 2

1. Yang kita sibuk bahas soal jumlah berhimpun , sampah dll, hanya buang masa.

2. Isu2 yang dibangkitkan oleh puak2 fascists, reaksioner dan pelampau kanan ini bukan lah isu2 yang kita harapkan.

3. Kita tahu objektif puak reaksioner ialah mengembalikan status quo dan business seperti biasa .

4. Saya tidak akan membesar besarkan ISU yang dibangkitkan oleh puak reaksioner rasis pelampau kanan dan fascist ini .

5. Adakah kita boleh mengharapkan sosok2 seperti Hamzah, mahiuddin sembab Yassin serta Dr Mahathir dan budak2 penyalak lain akan bercakap mengenai reformasi yang menyeluruh, korapsi, Salah guna kuasa dan sebagai nya?

6. Awak semua ingat orang ni semua mahu bercakap mengenai merombak bisnes2 monopoli yang mereka buat, lesen2 eklusif yang mereka beri kepada kroni2 mereka? Pembatalan layanan istimewa, buang DEB , layanan sama rata untuk semua? Nahi, wok!

7. Pokok nya , jangan layan apa geng ni cakap. Semua reaksioner rasis pelampau kanan dan fascist.

8. Mereka sebetulnya takut kalau2 nana non melaksanakan reformasi menyeluruh. Reformasi nana Non adalah suatu usaha sedang berjalan( work in progress).

9. Mereka lebih suka kalau Anwar melambat lambatkan serta melengah reformasi. Jika benar2 berlaku, hidup seperti yang mereka tahu Selama ini akan berakhir. Those halcyon days and salad days will end .

10 . Himpunan tersebut ialah manifestasi ketakutan yang dasyat bahawa reformasi sebenar akan berlaku. Itu akan menamatkan Uber nasionalisme dan Uber religiousism.

11. Tapi kenalah saya ingatkan orang2 PKR supaya jangan remehkan mesej dari himpunan tersebut .

12. 10 ke 15 tahun dulu,boleh kita bayangkan demo anti Anwar?

13. Itu bermakna dalam tahun2 berikutnya, tertuma ketika berkuasa, Anwar mempunyai sosok yang menjengkilkan.

14. Mungkin Anwar bukanlah ejen perubahan yang disangkakan dan janji2 dia hanya omongan kosong

15. Atau mungkin orang pas yang belagak super ego(ala Sigmund Freud) menghakimi Anwar dengan moral standard yang super tinggi. Atau ramai yang tidak suka tengok bahagian belakang rambut Anwar yang berjuntai macam wig Samy vellu. Tablay itu maciam, tamby!

16. Kesinambungan politik Anwar bergantung kepada kecekapan dia mengekakalkan keyakinan rakyat bahawa dia sebenarnya ejen perubahan yang rakyat harapkan .

17. Kedua, ianya bergantung samaada Anwar mengotakan janji2nya kepada rakyat.

18. Makanya, ia bergantung kepada 'punaisihat2' yang mengelilingi Anwar, kalau mereka berani, mengingatkan Anwar supaya jangan lari dari landasan reformasi dan janji2 ditepati.

19. Saudara dan saya tidak akan menghakimi Anwar dari segi moral. Sebab saya bepegang kepada prinsip,let those who have not sinned cast the 1st stone . Barangkali kita beri keistimewaan itu kepada the ecclesiastical warlords.

20. Dalam pada itu jangan juga pandang enteng beberapa perkara real yang dibangkitkan.

21. Kemarahan rakyat mengenai kos kehidupan yang Kian meningkat, tariff utility yang naik, kutipan dari pihak pembekal utility yang seperti ah Long, inflasi, variance antara pelaburan potensi dan actual dll

22. Termasuk soal2 persepsi Anwar selalu tidak cakap benar, tidak pandai mengurus negara dan persepsi Anwar adalah PM yang paling teruk kita ada .

23. Yang dalam para 22, Anwar lah yang mesti membetulkan. Yang dalam para 21 mungkin terbit dari dasar2 yang tidak betul.

24. Kita tak dapat sangkal bahawa Anwar jadi begini sebab dia dikelilingi sosok2 bangang.

25. Ingat lah kata2 Machiavelli bahawa ujian pertama untuk estimate intelligence se2orang ketua ialah melihat orang 2 di sekeliling nya .

26. Bukan saja matlaon2 ni tak cukup umur tapi kurang grey matter dalam kepala .

27. Kenapa orang rasa tak Selamat bila Saifuddin, yang lagak sebagai preman jaga KDN? 27(b). Samun, rompakan dan pembunohan meningkat. Yang berubah hanya cara dia berjalan je.

28. Dulu, masa ahli PKR biasa, jalannya bersepah. Sekarang jalan nya penuh yakin dan angkuh. Seolah olah berkata,hangpa kena tunduk hormat kat ceq, klu tak ceq sunat hangpa.

29 . Mak Cik KPM sibuk dengan soal.jalur gemilang, lencana jalur gemilang, tender baik pulih sekolah dan tandas.

30. Bukan nak sibuk pasal penurunan standard pengajaran sehingga budak2 tak reti diction, atau memikir cara mengurangkan ketergantungan kepada sistem quota kemasukan pelajar ke IPTA dan fakulti.

31. Atau yang paling panas sekarang bagaimana nak tangkap mereka yang jual quota kemasukan bumiputra kepada bukan-bumi ke IPTA.

32. Sedang menteri gol &gincu sibuk memastikan setiap urat rambutnya rapi dan konek nya siap siaga atau dia naik basikal tua dalam ofis.

33. Menteri WP pula sibuk mengujudkan mesin2 ATM kepada penyokong PKR dan penyokong2 nya.

34. Ternyata, nangoi2 ni tak ada reformasi state of mind bila mengisi jawatan. Ini membuat mereka tiada beza dengan nangoi2 UMNO.

35. Beza kritikan saya dengan pengkritik puak kanan, ialah saya membuat teguran untuk membetulkan keadaan. Mereka mahu menjatuhkan.

36. Tapi saya tidak akan sugarcoat kritikan saya. Bersedialah untuk tikaman2 saya.

No comments:

Post a Comment