Friday, 4 November 2022

Langkah yang membawa padah.



1. Pada tanggal 10.10 pm mengistiharkan parlimen bubar. PRU akan dijalankan dalam masa 60 hari.

2. Rakyat nak berenang ke, nak berperahu ke, nak basah kuyup ke , tidak dihiraukan oleh pm dan umno.

3. Yang pentingnya, kita beraya, walaupun ianya pilihan raya. Raya maksudnya hari gembira. Ber 'gumbira' itu mengatasi segala gala nya.

4. Keperitan rakyat di persetankan. Rakyat tengah susah, barang2 keperluan harganya meninggi, ekonomi menguncup, pengangguran meningkat dll angka tunjuk ekonomi tidak mengembirakan .

5. Peduli apa itu semua kan? Asal saja kepentingan chief power grabber dan groper, yakni umno diutamakan.

6. Kita tahu apa maunya umno. Antaranya ialah membebaskan embezzler in chief, Ali babavum Najib. Yang sekarang beristirehat di kajang Hilton selama 12 tahun .

7. Setakat ini 12 tahun. Kalau dia didapati bersalah dalam Kes 1MDB, santainya di kajang Hilton akan bertambah.

8. Harap perhatian para Hakim tidak terpesong dari memberikan pengadilan lantaran pru15.

9. Dan umno mahu menang untuk memastikan kelompok mahkamah tidak masuk penjara. Kita tahu muka2 penyamun ini .
10.umno mahu menang untuk memastikan kelompok kleptokrat terus berkuasa.

11.ia tidak ada kaitan dengan slogan bangsa,agama Dan negara. ianya kuasa, lebih kuasa dan kuasa mutlak . Itu saja. Kuasa untuk menyamun dan merompak .

12. Kepada saya, pengistiharan pembubaran itu adalah langkah yang akan membawa padah. Musnah umno .

13. Keberadaan atau existence Ismail adalah satu anomaly yang menjengkilkan. Ini bukan seorang pm yang dipilih rakyat. Dia bukan diamond menang pilihanraya betul, tapi parti nya kalah. Rakyat tak pilih umno. Jadi dia jadi pm bagaimana? Parti yang kalah jadi pm?

14. Dia dipilih oleh gerombolan power grabbers, election deniers yang merakusi kuasa. Yakni pas, bersatu Dan sahabat2 crime families Dari Malaysia timur

15 . Ismail dan umno are all too willing untuk menjadi penyubahat kepada coup d'etat ini asal dapat berkuasa dan jadi pm. Maka jadilah mail pm. Who has achieved nothing.

16. Kerajaan mail adalah hasil satu marriage of convenience yang disatukan bukan oleh ideology atau vision tapi oleh nafsu sarakah berkuasa atau lust of power .

17. Kerajaan mail adalah seperti pasangan yang berkesedudukan, yang diijab kabulkan oleh pas dll.

18. Jadi jangan kita lupa cara lihai dan jijik mail jadi pm. Dibolehkan oleh mafia2 politik. Bagaimana mereka tidak naik, begitulah cara mereka jatuh. Mereka akan tuai apa yang mereka semai.

19. Ia adalah union of losers. Dan seperti kata cao cao dalam battle of red cliffs, when losers combine, what can they achieve?

20. Maka apabila Ismail berkata tidak pernah dan tidak perlu bincang di kabinet untuk bubar parlimen, itu salah dari segi politik.

21. Kerana ini bukan nya kerajaan dia dan umno seorang. Ia adalah kerajaan campuran pn .

22. Jadi keputusan untuk bubar mesti dibincang dalam kabinet dan apa2 keputusan disampaikan melalui pm sebagai wadah dan posmen.

23. Dengan membuat perkara yang semberono seperti yang Ismail lakukan, Ismail telah melakukan treachery pada 2 tahap

24. Pertama kepada pn, yang bukan concern saya, dan kedua, kepada rakyat yang memilih ph.

25. Pada pru14, rakyat telah memilih ph sebagai pemenang dan ph harus kekal kerajaan jika tidak angkara Mahathir. Mahathir hanya mahu mukhriz menjadi pm dan dia resign kerana nak gagalkan Anwar . Jadi sekarang Anwar tidak mahu layan Mahathir, Ia nya bagus

26. Ismail telah mengkhianati rakyat sebab bukan dia dan party kalah lain yang mereka pilih. Ismail bertanggung jawab menjatuhkan kerajaan yang legitimate .

27. Ismail, umno,pas dan bersatu adalah ancaman kepada demokrasi

28. Rakyat pernah menolak umno Maka tidak mustahil ini kali pun boleh. Sokong PH.

29. Jangan kita gempar dengan gegak gempita bila umno mengistiharkan calun. Bukan nya mereka menang lagi

30. Jadikan sorakan mereka berakhir dengan tangisan. Ayuh, tolak umno !

Bersambung.,..






No comments:

Post a Comment