Saturday, 29 January 2022

Sah! Bosku Bersalah. Dengar Sini Pengikut Buta Najib.

https://www.malaysia-today.net/2017/08/18/bekas-pegawai-dakwa-mahathir-miliki-rm83-bilion-di-luar-negara/

https://www.facebook.com/IrKhairilNizam/photos/dap-perak-buat-laporan-polis-keatas-mahathir-berhubung-wang-tunai-rm1194-trillio/1988587077852342/

πŸ”₯ πŸ”₯ πŸ”₯ πŸ”₯ πŸ”₯

Bismillahirrohmannirrohim...

HABLUMINALLAH WA HABLUMINANNAS.
KETIRISAN DAN TAMAK MELAMPAU - EKONOMI NEGARA PARAH 2.0.

AMPUN TUANKU !

Merafak Sembah KeBawah Duli Tuanku Yang DiPertuan Agong, Duli-Duli Tuanku Raja-Raja Melayu dan Salam Hormat kepada Bangsa Melayu/Bani Jawi khususnya.

SEINGAT SAYA, TAHUN 2015 PUN DAP SUDAH MEMBUAT LAPORAN POLIS TERHADAP KEKAYAAN ATOQQ KHUTTY KERALA DILUAR NEGARA DITAMBAH PULA DENGAN 2 LINK DIATAS INI. LOJIKNYA KALAU TELAHAN SDRA. ABDUL HAMEED INI SALAH, KENAPA TIADA SEBARANG TINDAKAN MAHKAMAH DIAMBIL TERHADAP BELIAU.

BELUM LAGI SAYA BUKA KES BNM GATE, MANILA GATE SERTA DHARURAT GATE..SEBAB ITULAH SAYA MAHU UMNO ATOQQ KHUTTY INI DITALKINKAN SEGERA SESUAI DENGAN KENYATAAN ULAMA PAS MOKTAR SENIK SEPERTI LINK DIBAWAH INI...
https://m.malaysiakini.com/news/608446

RAKYAT MALAYSIA TERUTAMA BANGSAKU MELAYU PERLU TAHU, SEBENARNYA DS NAJIB NI MEMANG ORANG YANG BAIK HATI.

KALAU DIA BUSUK HATI DAH LAMA DIA MINTA POLIS SIASAT ADUAN DAP TERHADAP ATOQQ KHUTTY SERTA SALAH-GUNA KUASA YANG DILAKUKANNYA.

SANGAT PELIK JUGA BILA NAJIB NAK GUNA PEGUAM DIRAJA UK (QUEEN'S COUNSEL) UNTUK KES SRC NYA, BANYAK PULA YANG BUAT TUDUHAN LIAR KONON NAK BAYAR GUNA WANG ROMPAKAN RAKYAT...SALAH TUU. SAYA BUKAN PRO- NAJIB TAPI LOJIKNYA DIA BERHAK MENDAPAT PENGADILAN YANG TELUS DAN SAKSAMA.

KALAU ADA PEGUAM HEBAT DARI BULAN ATAU BINTANG SEKALI PUN..ITU HAK DIA ASALKAN TINDAKAN BELIAU SESUAI DENGAN PERLEMBAGAAN NEGARA.

TAK KAN LAH DAH JADI MENTERI BESAR SEMASA UMUR 29 SELANJUTNYA SEBAGAI MENTERI DAN PM, MUSTAHIL SAMPAI SEKARANG BELIAU TIDAK ADA WANG SIMPANAN..JADI TAK PERLULAH KITA TUDUH MELULU.

BAGI SAYA YANG BETUL TETAP BETUL DAN YANG SALAH TETAP SALAH. SAYA SANGAT SUKA NAJIB GUNA KHIDMAT PEGUAM DIRAJA SUPAYA SEGALA2NYA TERBONGKAR LEBIH2 LAGI RAKYAT AKAN DAPAT TAHU MASALAH PERUNDANGAN NEGARA.

LAGIPUN APA NAK DIHAIRANKAN, ATOQQ KHUTTY PUN PERNAH GUNA PEGUAM DIRAJA UK SEPERTI LINK DIBAWAH INI..JADI APA MASALAHNYA....
https://www.instagram.com/p/CZJvFUeFtwV/?utm_medium=share_sheet

Allahuakbar ! Allahuakbar ! Allahuakbar !

BAGI SAYA PERMINTAAN ANAK ATOQQ KHUTTY SEPERTI LINK DIBAWAH INI CUKUP MENGELIKAN HATI..SEPERTI YANG SAYA CAKAP DIATAS, SEBENARNYA RAKYAT TAHU SIKAP ASLI WATAK YANG BERNAMA MAHATHIR LEBIH2 LAGI DENGAN BERBAGAI LAPORAN MEDIA YANG BEBAS SEKARANG..SEGALA2NYA DIHUJUNG JARI..
http://7rangersarticles.blogspot.com/2022/01/some-choice-responses-to-marina.html?m=1

JADI JANGANLAH TERKEJUT KALAU DOA YANG DIMINTA, MAKI HAMUN DARI RAKYAT YANG DITERIMA.. NAANGUZUBILLAH MIN ZALIK.

WALAUPUN NAMA SAYA AZIZ CHEMOR INI DIBERI SENDIRI OLEH ATOQQ KHUTTY SEKITAR TAHUN 1991, TAPI SAYA TETAP MENENTANGNYA APABILA PROJEK PUTRAJAYA YANG SAYA CADANGKAN JATUH KE TANGAN PIHAK LAIN MALAH KONSESI MINYAK SAYA M15, M16, M17 DAN M18 DI THANINTHAYI, MYANMAR BOLEH JATUH KE TANGAN PETRONAS.

KONON NAK BAYAR SAGU HATI..SAMPAI LAA HABUK PUN TAK ADA..PAK HABIB, NAJIB TAHU SEMUANYA MALAH PAK DOLLAH BODOHWI YANG JADI MACAI MENIPU SAYA.

SAYA LEBIH MARAH KEPADA ATOQQ KHUTTY YANG DIANGGAP SEBAGAI PEMIMPIN NEGARA PALING TUA TAPI MALANGNYA SARANAN SAYA UNTUK BELIAU DAMAIKAN SEMUA PEMIMPIN2 MELAYU GAGAL MALAH DILAGA2KANNYA UNTUK MEMENUHI IMPIANNYA ( Kalau roh AY Aziz Shamsuddin boleh bercakap..dia memang tahu semuanya...alfatihah untuknya).

BAGI SAYA ATOQQ KHUTTY KERALA BUKAN PEMIMPIN LEGACY NEGARA, BELIAU LAYAK DI PANGGIL PENDERHAKA ATAU TRAITOR KERANA BELIAU PANDAI2 MENUKAR PERLEMBAGAAN BERKAITAN RAJA2 MELAYU WALAUPUN BUKAN HAKNYA...sekian,

Allahumma Aamiin.

DAULAT TUANKU !

Aziz Chemor@ ARM
26hb. Januari 2022
Hp Dr. Ramalan: 016-2589230

Aziz Chemor: 011-19016003

1. Saya membaca makalah diatas dengan penuh takjub. ☝.Takjub kerana makalah diatas penuh lompong dan lubang dongeng.

2. Tabiat orang Melayu memang seronok mendengar cerita2 sisi katil. Terutama cerita hantu, komik gila2 dan cerita2 antah berantah.

3. Amat sedikit cerita2 fantasi begini disertai dengan soalan2 sedikit kritikal. Yang benar dianggap palsu, yang palsu sebagai benar. Itulah keunggulan bani jawi sekarang.

4. Perkara yang benar seperti Najib mencuri duit src dikira palsu. Sedangkan ia sudah dibuktikan oleh mahkamah. Dan pencurian wang 1mdb yang memang terjadi dianggap palsu juga. Tapi kalau kata duit tu terbang, bani jawi ni akan percaya.

5. Penggunaan istilah Bani Jawi semata mata mahu menyemarakkan semangat orang Melayu. Tapi kalau semangat Melayu diarahkan untuk menegakkan kemungkaran jadilah Melayu itu bangsa sehina hina nya.

6. Melayu ke, bani Jawi ke, mereka adalah sebaik baik umat jika mereka menolak kemungkan dan memperjuangkan amar makruf.

7. Apa sangat nak dibanggakan dengan Bani Jawi terutama matlaon oomno.

Pedihnya sajak A. Samad Said ni ...

HAI MELAYU..

Hai Melayu!

rumahmu semua dibina indonesia,

ekonomi pula dikuasai cina,

golongan profesional semuanya india,

warung makan pun, mamak dan siam yang berkuasa,

warga bangla pula menjadi JaGa,

orang Nepal yang menabur baja,

orang pakistan usung karpet jaja merata,

lalu melayu ada apa?

harapkan ustaz, saling menyesat,

harapkan hiburan, lagi best filem barat,

harapkan bahasa, banyak telah bertukar kesat

harapkan tulisan, jawi pun mereka hambat,

harapkan tanah, banyak digadai kepada korporat!

Hai melayu!

masih mendabik menjadi tuan?

sibuk mahu menjadi tuan,

rupanya kerja kelas bawahan,

ditipu mentah orang atasan,

konon perjuangan ini untuk kalian!

kerja sikit, sembang kencang,

banyak rungut, sikit rancang,

siapa tegur, dituduh lancang

duduk warung, gigit kacang!

Hai melayu!

konon kau pantang dicabar,

konon kau tangkas menyambar,

tapi cuma indah khabar,

rentakmu makin lama makin hambar

kau melayu aku pun melayu,

aku menulis bukan cemburu,

aku mahu engkau tahu,

kenapa melayu tak macam dulu.....

Hai melayu!

jari mu hebat bertutur di facebook alam maya,

bila berdepan ekonomi semasa kau tidak ber daya,

kau cuma tahu ber gaya,

Hai melayu!

kau melaung-laung di jalan raya,

bagi tahu kepada dunia ini bumi aku yang punya,

pada hakikat ia digadai kepada sepet yang kaya!

Hai melayu!

kerana hendak bergaya kau gadai pusaka,

bila dah kaya kau jadi puaka,

ini tandanya kau sudah derhaka!

Hai melayu!

sedarlah bangsa ku,

buka lah minda mu,

bersatulah bangsa ku,

kerana malaya bukan lagi milik mu !

aku pun melayu,

engkau pun melayu,

bodoh sombong harus di tepis,

riak,bongkak dan hasad dengki sesama bangsa harus guris,

bersatulah melayu kerana agama, bangsa, moyang-moyang yang telah berjasa,

kerana ini mungkin peluang akhir bangsaku untuk negara, berjasa dan berkuasa.......

Pedih menyengat..... Untuk muhasabah diri kitaπŸ‘†

JIKA TAK NAK BERUBAH, TERUSLAH JADI MELAYU YANG LAYU DI TANAH SENDIRI.

8. Kalau kita cerdik sedikit dari matlaon umno, kita dapati ada beberapa perkara yang tak betul qdengan tuduhan tersebut. That is expected dari pengikut buta bosku. Yakni menepikan perkara2 penting.

9. Tuduhan wang berbillion diluar negeri dibuat oleh satu portal sosmed. Ini berkmakna ia hanya suatu hearsay evidence.

10. Maka lapuran tersebut hanyalah satu bedtime story yang mengakibatkan lashkar maya Najib mendapat mimpi basah.

11. Ia tidak ada nilai apa2 kecuali reporter portal berkenaan, berani mempersaksikan kesahihan lapuranya dalam mahkamah. Ada berani? Ada teloq?

12. Kemudian, apa kata jika reporter tersebut adalah seorang lashkar maya upahan Najib? Lapuranya tidak senilai kertas ruangan ia dicitak. Lapuran nya hancuq!

13. Ada beberapa hal yang tak masuk akal dengan cerita bekas pegawai Dr Mahathir.

14. Mari kita lihat.

15. Kita hanya disajikan dengan gambar bekas pegawai tersebut. Apa yang dia kata, DILAPURKAN oleh reporter portal.

16. Jadi, kita tak tahu apa sebenarnya dia cakap. Kita hanya ada lapuran. Mengapa tidak siarkan video atau rakaman audio? Atau dia akan kata- bunyi macam saya, nampak macam saya, tapi itu bukan saya.

17. Adakah Dr Mahathir memberitahu seorang pegawai nya, dia ada berbillion dollar diluar negara? Amboi, seorang pegawai lebih dipercai dari Tun Siti Hasmah. Boleh percaya ke?

18. Adakah pegawai ini melihat dokumen2 mengenai wang tersebut? Cuba kongsikan secara awam.

19. Bagaimana jika bekas pegawai ini, seorang keldai Najib Razak?

20. Cerita ini penuh kecurigaan. Ia timbul ketika Najib bersiap siap cuti di Bamboo River Resort. Adakah ianya satu kebetulan? Saya tak fikir demikian.

21. Kita kupas tulisan algojo Najib almukminin pula. Kita akan lihat cubaan membodohkan Bani Jawi.

22. Ternyata penggunaan istilah2 seperti 'bani jawi', 'atooq kutty', 'dato najib baik hati', menunjukkan sang penulis seorang macai najib.

24. Saya bukanlah pengikut taksub Mamu Mahathir. Saya pernah menggelarnya sebagai 'the man who can walk on water'. Yakni berjaya buat apa saja.

25. Tapi saya juga sadar akan satu perpatah Parsi. If a man can walk-on water he must be made of straw.

26. Jadi, ada dasar dan idea dia bagus dan ada yang tidak bagus. Jadi pengiktirafan saya kepada Mamu Mahathir bersyarat dan betempat.

27. Biarlah kita bersikap-bila melompat biarlah berlandasan, bila menerarajang biarlah bersasaran. Tapi saya cukup benci pada cubaan2 membodohkan Bani Jawi.

Next article. Measuring Mamu Anwar.

No comments:

Post a Comment