Saturday, 1 January 2022

Bah Gugat Kerajaan Ismail Sabri. Bahagian 1.



1. Kawan nak tulih pasal bah yang melanda seluruh negara.

2. Kawasan dan tempat yang kena bah macam medan perang. Awok tengok le sendiri.

3. Gua musang macam medan perang Stalingrad. Mp nya keluar duit sendiri bantu orang. Pihak kerajaan tak nampok. Wabe!


4. Ler ni orang tak peduli bibir Angelina Jolie atau badan Sharon Stone awok. Orang nak bantuan.
 



5. Kawan nak kabor satu hal. Oghang besor kerajaan bila nak bantu mangsa bah mesti nak buat majlis pelancaran. Binawe betul. Peja, Rina Joan Rivers Harun dll.








6. Bukan saya nak puji, budaya memberi khidmat ini ujud secara semula jadi dikalangan adun dan mp DAP.

7. Hannah Yeoh misalnya. Bukan dia comot. Hanya dia tak kira macam mana orang lain pandang dia. Priority dia ialah menyampaikan bantuan dan khidmat. Bukan dia telanjang.

8. Kawan nak cerita sikit lagi pasal Hannah Yeoh ni. Kali pertama kawan berkempen dengan dia, Yeoh Bee Yin dan Kit Siang ialah di Sungai Buloh.

9. Kalau tak silap masa tu dia speaker dun selangor. Kami kempen atas lori. Nak naik lori tu kena naik tangga. Bila tiba giliran kawan berucap, kawan pun naik tangga. Masa kawan naik tangga tu si Hannah yang pegang palang tangga. Lepas tu dia pegang dan kibar bendera DAP.

10. Ada dia kisah dia speaker, tapi pegang palang tangga dan bendera? Kalau speaker umno tak merasa lah.

11. Menda yang kawan nak cakap ialah, memang fiil dia gitu. Kawan tak heran kalau dia pakai pakain kerja dan buat kerja.

12. Bukan dia nak melawa. Bandingkan dia dengan Joan Rivers Malaysia. Siap posing dengan waterjet. Peja pula lengkap dengan baju Melayu macam nak pegi kawin. Buat pelancaran kat hotel lagi. Samdol2 lain siap berselfie. Fuyoo.

13. Botak dari Cambridge dan Yale,Ong Kian Meng berkayuh pakai kayak. Beri bantuan. Dia memang kuat bersukan pun. Pernah dia ajok kawan jogging ke parlimen. Klau buat mampoh kawan.

14. Botak lagi satu, lawyer Lim Lip Eng pun buat kerja. Redah dan mengarung air di Kepong. Kalau kita suruh dia berenang pun dia buat. Jangan tebing!

15. Budak Senggarang lulusan Oxford,Tony Pua pun kuat kerja dalam kawasan dia yang bah. Dia ni bertukang buat jambatan pun sama lima. Buat bantuan banjir ni sap sap suey.

16. Kawan sure ah moi Teresa Kok pun kuat kerja. Missy ni kerja dia rapi dan sure bantu orang cara tersusun sekali.

17. Kawan taknaklah menidakkan pulak weh. Ada adun2 umno yang kuat kerja. Kawan kebetulan kenal dia me masa kawan adun umno dulu.

18. Adnan Yaakob yang bermuka seorang kaki pukul tu, ambik berat orang Pelangai. Dia awal2 lagi kata bah kali ni seteruk tahun 71 dulu. Macam2 dia tolong semurah2 hati.

19. Sharkar Shamsuddin tak jemu memantau kawasan nya. Air dia redah. Jalan kaki dia buat. Tolong mangsa sehabis kuat. Jangan main2 anak sedara tokoh pejuang masuk hutan ni.

20. Al habib Syed Ibrahim ben Yahya tak jemu2 hulur pelbagai bantuan dalam kawasan dia. Sapa nak beratib haddad jumpa habib ni yang bertalaqqi dengan beberapa pak shekh di masir dulu. Almarhum syed malikki panggil dia ben yahya.



No comments:

Post a Comment