Tuesday, 16 November 2021

Adakah Mahkamah Sentiasa Menyebelahi Yang Kuat Dan kaya?



1. Kalau benar Najib si musibat tu, dimalukan di satu warung di Melaka, apa yang hendak kita herankan?

2. Dia tidak malu mengapur 42 juta dan mungkin berbiliun duit 1MDB,apa yang nak malu peniaga tak mahu melayani nya? Sap sap suei mah..

3. Orang2 yang kata tu semua fitnah, tak ada disitu jadi apa mereka tahu? Pandai guna ugama mengkategori hal ini sebagai fitnah seperti makan daging manusia,mencuri dari segi ugama,apa pulak wok?

4. Bahkan menuduh orang yang berada disana sebagai melakukan fitnah, berdasarkan telahan saja adalah fitnah jua. Ianya fitnah yang lebih besar.

5. Maka janganlah nak berlagak seperti sanctimonious bastard, dengan sikap patronising berselindung disebalik ayat alquran al fitnatu asyad duminal qatl. Entah2 tak baca pun quran seperti ramai matlaon umno.

6. Kalau Najib diperlakukan demikian rupa, ianya layanan yang patut bagi seorang penjenayah.

7. Jangan kita lupa bahawa Najib telah didapati bersalah. Sehingga rayuan nya didengar dan
diterbalikkan, dia seorang penjenayah yang bersalah.

8. Kita tercengang melihat bagaimana seorang maling di benarkan oleh mahkamah bergentayangan dalam PRN Melaka. Ya ampun!

9. Najib mempersendakan mahkamah. Dia mendesak mahkamah memberinya keistimewaan dengan memohon
Kebenaran menunda pemergian nya ke Singapura. Si anak boleh kata cup dulu. Jangan beranak lagi. Tunggu bossku kingpin perompak datang.

10. Tidak cukup dengan sendaan pertama, mamat ni bubuh garam dalam luka, mendesak mahkamah memberinya kebenaran mengurus kempen di Melaka.

11. Maka heran lah kita berbanyak banyak, bagaimana mahkamah begitu luntur dengan pdsalah pembesar. Siapa yang lebih besar Najib atau mahkamah?

12. Ia mengundang fitnah yang lebih besar daripada mamat bugis palsu tu tak dapat melantak. Akibat Najib seorang, hasil nya ialah pencernaan. Dan apa2 yang dicerna hanya najis jamban dan kencing yang melantung.

13. Pertama,ia boleh menandakan bahawa secara resam, mahkamah itu sentiasa menyebelahi si kaya dan berkuasa. Kedua,ia membayangkan bahawa sistem kehakiman kita korup dan rasuah.

14. Bukan saja hakim2 mungkin ditumbuk rusuk, tapi juga korap kerana membiarkan campur tangan politik dan dirasuk oleh sentimen peribadi tertuduh yang berkuasa.

15. Jadi kita berasa heran bagaimana mahkamah boleh lentur dengan tekanan orang2 atasan tetapi bersikap menindas serta memicit orang2 bawahan. Orang seperti Najib menunda kes nya dengan seribu satu alasan manakala kes orang2 bawahan segera dilampiaskan. Bukah keadilan yang dilengahkan itu adalah keadilan yang dinafikan?

16. Kerana memikirkan mereka boleh memanipulasi mahkamah dan bahkan negara, mereka terus menghina intelijens rakyat. Tidak ada penghinaan intelijens yang menghancur leburkan segala hati yang bernadi seperti:-







17. Lihatlah,betapa satu keputusan penghakiman yang silap,melahirkan pelbagai kemungkaran. Dan kita golongan manusia yang terbaik jika kita mengerjakan amar maaruf dan mencegah kemungkaran. Tepuk dada tanyalah selera. Sayugianya, ini satu pilihan yang sukar terutama setelah menerima sogokan. Sesungguhnya untuk meyakinkan monyet,bahawa madu itu lebih manis dari pisang amat sukar.

No comments:

Post a Comment