Tuesday, 5 October 2021

Masih Relevan Kah UMNO? Bahagian 2.

1. Masihkah umno dan parti2 uber nasionalis releven untuk orang melayu?

2. Saya akan berhujjah tidak, kecuali umno mahu melakukan adaptasi. Sesungguh nya adapt or perish.

3. Manakala kehidupan kita secara umumnya telah membaik, dan itu adalah tanggungjawab pemimpin dan kerajaan,matlaon2 ini melakukan banyak keburukan dan kebejatan.

4. Bila matlaon2 seperti Najib mulut merah, Jowo Bagan Latoh, Anuar Budu atau waris pak'ndak Endot Pasir Salak melakukan rasuah, pecah amanah, penipuan serta membuli -penganiayaan2 itu bererti mereka engkar kepada Tuhan.

5. Yang lebih mencelakakan keadaan, ialah apabila rakyat dan ahli umno berdiam diri apabila pemimpin2 haprak ini melakukan angkara murka.

6. Tidak syak lagi itu adalah tanda2 kehancuran dan Allah akan melaknati kabilah tersebut. Seperti Tuhan melaknati bangsa Israil kerana membisu seribu bahasa seperti dalam ayat al Maidah 78.

7. Orang2 umno dan bangsa Melayu akan dilaknati jua apabila bukan saja membisu, bahkan memuliakan kejahatan2 yang dilakukan oleh pemimpin2 Melayu.

8. Bahkan ada yang kata tahniah, yahoo dan hooray apabila krook2 ini mendapat kemenangan awal dan sementara. Bukan saja mereka engkar tapi tidak takut akan Tuhan.

9. Tapi saya percaya majoriti ahli umno meluat menengok perilaku pemimpin2 penyangak ini. Ini mententeramkan kita sedikit.

10. Maka seperti kata WS Rendra, sesalkan apa yang mesti disesalkan. Tapi jangan bikin dirimu jadi korban.

11. Sudah pasti ramai yang menyesal tidak memberi tentangan yang wajar. Yang penting sekarang mereka enggan dikorbankan dan diperbudakkan oleh pemimpin haprak ini.

12. Tapi masih ada sosok yang memuliakan krook2 ini. Bukan saja mereka 'perpetuate' pemerintahan elitis dan reaksioner, tapi yang lebih dasyat, membelakangi rakyat.

13. Birahi mengekalkan pemerintahan reaksioner, terzahir umpamanya seperti berikut:-




14. Na'uzubillah, janganlah ini terjadi. Jauhkan malaikat 44.

15. Kegilaan apakah yang telah melanda Mat Bera ini? Si matlaon ni menasihatnya, Jho Low pula menasihati matlaon tersebut!

16. Apa nak jadi ke Malaysia kita? Kita seolah olahnya mendapat buah yang terburuk dari tandan nya.

17. Perkara pertama yang harus dibuat adalah mengenyah dan membuang semua krook dari pimpinan umno dan parti angkut sampah. Dimana janji dalam 5 hari Malaysia jadi negara Islam? Pochi!



 
18. Ada perkara yang tidak betul dalam kepala orang Melayu. Kaki krook dimuliakan. Rakyat biasa di tindas . Kebodohan dianggap sesuatu yang terpuji.

19. Dan seperti ada yang tak kena dengan sistem kehakiman kita. Undang2 di buat oleh orang atasan untuk melindungi yang kaya dan bekuasa. Rakyat bawahan di tindas dan di aniayai.

20. Dalam bahagian 3, kita akan menghalusi asas2 perjuangan umno.



No comments:

Post a Comment