Wednesday, 17 March 2021

Mengembalikan Asas Perjuangan Bangsa Yang Asli. Bahagian 1.

1. Ramai pemimpin umno menghadapi kes2 jinayah di mahkamah.

2. Sedar atau tidak jumlah yang begitu ramai berlaku pada zaman Najib dan selepasnya.

3. Kebenaran nya Najib pembawa musibah pada umno dan bangsa Melayu.

4. Akibat karenah Najib ramai pemimpin umno berkelakuan serupa. Kalau guru kencing berdiri anak murid kencing berlari.

5. Maka kita ada tokoh2 haprak seperti Azeez Raheem, Teuku Adnan, Zahid, Bung dan lain yang belum terdedah. Undang2 belum menangkap mereka sahaja lagi.

6. Bahkan saya syak 70%dari MKT umno terjebak dalam salah guna kuasa atau rasuah. Ianya bukan persepsi tapi benar2 berlaku. Hanya undang2 belum memerangkap mereka.

7. Tapi bagaimana kita menerangkan perihal ahli2 umno terus dan bersemangat menyokong penyagak2 ini? Adakah mereka diserang penyakit gila babi?

8. Yang menjadikan demikian ialah hanya gila babi atau hilang kewarasan sementara saja yang menjustifikasikan sokongan kepada perompak, perasuah dan kaki betina.

9. Namun penyakit gila babi atau hilang kewarasan sementara ini berlarutan selama 61 tahun. Tapi jangan heran kalau penyakit gila babi di justifikasikan untuk apa2 tindakan dan perbuatan.

10. Notorious Najib sebagai contoh, telah menggunakan penyakit gila babi untuk menceraikan isteri pertamanya. Tapi berbeza dengan penyakit bini Najib yang dikiranya kekal, penyakit orang umno dan Melayu bersifat sementara dan boleh dibuang.

11. Tidak ada dalam budaya Melayu atau peinsip Islam yang memperuntukkan orang Melayu atau umno mempertahankan yang memberi musibah.

12. Prinsip berkawan dalam Islam dinyatakan sebagai:bersahabatlah dengan orang yang membawa kebaikan dan yang meningkatkan ketaqwaan. Jauhi dari yang membawa kejahatan. Takutlah kepada Allah. Sesungguhnya azab Allah itu maha dasyat.

13. Kalau demikian bagaimana kita menerangkan segelintir kumpulan telah berjaya menguasai minda majoriti orang umno dan Melayu?

14. Yakni kesalahan2 yang mereka lakukan seperti rasuah, rompakan dan salah guna kuasa adalah umpama lencana hormat bangsa Melayu?

15. Pertama dan utama, segelintir puak kanan telah merampas kuasa atau hijack perjuangan umno yang legitimate dan mengganti ia dengan perjuangan kepentingan sendiri.

16. Perjuangan untuk kepentingan peribadi ini, yang lahir dari prejudis2 peribadi pula dijadikan identiti perjuangan umno dan bangsa Melayu keseluruhan nya. Ianya ialah The Big Lie yang telah memenjarai minda orang umno dan Melayu.


No comments:

Post a Comment