Thursday, 17 December 2020

A Few Good Men( Jack Nicholson)



1. Saya membaca satu artikel yang menyenaraikan beberapa veteren ada potensi jadi PM.

2. Ini tabia'at nya orang Melayu. Mengundi dan memilih penyamun untuk merompak kita. Ia juga terjadi bila artikel ditulis oleh tokoh2 half past six.

3. Dalam senarai itu ada Anwar Ibrahim, Anuar Musa, Najib, Hishamudin dan Shafie Afdal. Ia macam rouges gallery kepada saya.

4. Ada yang kacau dengan pemikiran orang Melayu. Mereka tak ada sistem nilai. Kaca dianggap permata. Itu juga tanda tak menggunakan bahan diantara 2 telinga mereka. Dan saya tak maksudkan hidung mereka.

5. Akibatnya mereka berakhir dengan dipimpin oleh mereka yang inferior.

6. Kita tahu siapa Najib. Tokoh yang memusnahkan legasi bapak nya. Kalau pada bapaknya dia sanggup berbuat demikian, kita rakyat biasa macam mana?

7. Anak bangsawan yang lahir dengan sudu perak. Dia korap, pencuri dan penipu. Dia seorang pathological liar. Orang macam ni kita hendak lantik PM lagi?

8. Cuba kita bongkar kes2 Altantuya, pembelian Scorpene, Sukhoi dan Mig dan FELDA. Lihat samaada Najib keluar berbau bunga mawar ke tak?

9. Mamoo Anwar? Hah! Mamak padukang tu sebagai PM? Dia drama king nombor wahid di Malaysia.

10. Berapa kali dia kata dia ada cukup jumlah? Kali ini, 8 atau 10 mp umno akan join dia. Ini bermakna dia sanggup bersekongkol dengan crook2 umno untuk jadi PM. Jenis orang macam mana ni? Politik Anwar berserabut macam kehidupan sex nya juga.

11. Paras air tidak akan melebihi paras mata air. Kalau motif nya buruk tidak ada kebaikan akan muncul dari tindakan nya. Kalau dia naik dengan cara tak baik dia akan jatuh dengan cara yang serupa.

12. Seterusnya kita ada bekas menteri 'aw aw'. Kabar angin kata dia ada girlfriend seorang penyayi terkenal. Lelaki!

13. Kita jangan kacau dia main game. Tak akan kerja tepat waktunya. Kaitan dia dengan syarikat Ekovest dan River of Life Projek tidak jelas. Bongkar semua! Sebab dia anak bekas PM tidak bermakna dia berbakat. Kuah jatuh ke belanga yang bocor.

14. Mengenai Anuar Musa kita kata its not that we love Anuar less but we love the Malays more. Semasa dia jadi menteri KPLB dulu kehilangan duit untuk rumah luar bandar dan peranan nya tidak selesai. Ambo raso tak berkene. Bongkar!

15. Akhirnya kita ada Jawa penerogo Bagan Datoh. Dia banyak kes mahkamah. Lagi pun mahukah kita ada seorang dullard sebagai PM? Satu masa dulu bila pemberita tanya dia pasal Muhd Mohd Taib dia kata give him some humanity. Bak kata kawan saya dia fail!

16. Bagaimanakah penulis tongong ini boleh mencadangkan kaki2 haprak ini sebagai PM? Dia harus periksa kepala nya. Adakah ia sebagian proses dumbing down orang Melayu?

17. Yang mengherankan tokoh yang paling veteren yang cergas dan tangkas mental nya, yang ada pengalaman luas, yang pernah jadi presiden bank dunia, menteri- tidak diperhitungkan. Tokoh yang saya maksudkan ialah Tengku Razaleigh Hamzah. Bangsa Melayu deserves him.

18. Adakah kerana umur dia 80 tahun dia tak masuk book? Saya masih ingat cerita King Ghaz. Satu hari dia berkata kepada seorang pemuda. Young man nominate me for ketua pemuda. Pemuda itu berkata you cant even walk. You are on wheelchair. King Ghaz menjawab I think with my head not my legs.

No comments:

Post a Comment