Thursday, 5 November 2020

Tong Sam Pah, Poh Kee Mak dan Politik Malaysia yang gila. Bahagian 2/2

1. Nama Tong Sam Pah sangat sesuai dengan Wak Jahid. Ini adalah kerana bila dia jumpa Wak Muhyi dia akan membuang sampah lain. Bila dia tulis surat ke YDP lain sampah. Bila dia bercakap dengan MKT sampah lain pula. Dia tukang kitar sampah nombor wahid.

2. Mengenai nama2 ini saya mendapat inspirasi dari novel Pak Sako. Dialah yang menggunakan nama2 Tong Sam Pah dan Poh Kee Mak. Nama Sheikh albuntoti ialah nama Anwar Ibrahim yang digunakan oleh Mat Sabu suatu ketika dahulu.

3. Tidak syak lagi politik negara kita sekarang adalah politik yang gila. Wak Pagoh cuba meminta Agong mengistiharkan dharurat untuk menutup kebarangkalian kerajaan tidak ada sokongan majority. Anwar Ibrahim pula sanggup menjual ruh nya apabila sanggup berpakat dengan Najib dan Zahid. Gila!

4. Apakah sampah yang dibawa bila bertemu Wak Pagoh? Pertama dia mengatakan dia menyokong Muhyi yang sebenar nya dia tidak. Kedua dia mengatakan samada PPBM Muhyi nak jadi kerabat PN. Semua ini dibuang seperti sampah.

5. Kerana 2 hari kemudian Encik Tong mengutus surat kepada YDP menyokong Anwar sebagai PM.

6. Bererti apa yang dicakapkan kepada Muhyi 2 hari sebelumnya bagai sampah tidak boleh pakai.

7.Boleh jadi tesis Ph.d nya bertajuk bagaimana meluputkan sampah secara mesra alam.

8. Zahid jumpa Wak Pagoh atas kapasiti nya sebagai Presiden UMNO. Adakah dia mewakili nilai2 UMNO?

9. Antara Istana Negara dan kediaman Wak Pagoh watak sebenar Wak Bagan Datoh terserlah . Nyata sifat sampahan nya atau trash terzahir.

10. Sah dan nyata Zahid seorang pembohong. Lidahnya bercabang macam lidah biawak. Menjadikan dia seorang yang tidak boleh dipegang kata2 nya. Kes2 yang dihadapinya membuktikan dia bakal banduan. Inilah pemimpin nombor satu UMNO.

11. Zahid berwatak seorang perompak, pecah amanah, cabul kuasa dan rasuah. UMNO berketuakan seorang preman/gangster. UMNO adalah satu kongsi gelap menjalankan jinayah berencana.

12. Selain dari mengatakan dia menyokong Muhyi dan mengajak Muhyi menyertai PN, Zahid mendesak supaya 4 rakan nya digugurkan dari kabinet. Ini menunjukkan silahabau ni tidak boleh dipercayai kawan apatah lagi lawan. Dia seorang yang bermuka muka.

13. Sekarang Wak Tong Sam Pah bergabung dengan bosque Poh Kee Mak. Kata orang putih two wrongs dont make a right. Gabungan 2 perompak ini adalah gabungan tidak kudus (unholy alliance) yang menghantui UMNO. Gabungan 2 munafik yang hanya memusnahkan UMNO.

14. Mengapa mereka mementingkan diri dan bersandar pada UMNO? Jika jujur keluar dari UMNO sementara dan selesaikan masaalah mahkamah mereka. Jika mereka ternyata tidak bersalah masuklah UMNO kembali.
Tidak lain dan tidak bukan sebab mereka mahu menggunakan kaedah politik menyelesaikan masaalah undang undang. Kalau bersalah jadilah tetamu istimewa kerajaan. Jangan bebankan UMNO.

15. Kesianlah orang Melayu yang menyokong UMNO. Sudahlah mereka menjadi pengikut buta, mereka tidak bermaruah jika terus mendukung penjenayah penjenayah yang memimpin UMNO.

16. Jalan untuk menyelamatkan UMNO ialah dengan menolak kaki kaki busuk dalam UMNO dan membuang xenopobic nationalism yang diterapkan.

17. Sedih kita melihat orang Melayu diperbodohkan dengan dipimpin oleh penjinayah dan bertambah sedih lagi kerana sedar orang Melayu ketandusan nilai sehingga ada bahlul yang menggelar perompak Poh Kee Mak Najib sebagai amirulmukminin. Astaghfirullahaladzim!

18. Kerana itu Wak Muhyi telah memanggil ahli MKT UMNO ke kediamanya dan memberitahu apa yang dulakukan oleh pembelot Wak Zahid aka Tong Sam Pah.

19. Mereka terkejut dan memberitahu Wak Muhyi bahawa mereka tidak pernah menyokong si Anwar Ibrahim.

20. Mereka juga adalah penipu kerana sebetulnya ada diantara mereka yang telah sain dokumen menyokong sheikh Albuntoti.

21. Elok lah tu, pimpinan barisan kedua UMNO,dipimpin oleh penjinayah2. Walhal ahli2 UMNO bertambah nyaman jika menyingkir kaki2 haprak ini dari UMNO. Dan gantikan budaya meraikan kekeroaan atau celebration of mediocrity kepada meraikan keunggulan (celebration of excellence).

22. Kekejutan bertukar menjadi kemarahan atau pura2 marah, apabila Wak Pagoh mengeluarkan icing on the cake, iaitu surat pembelot Zahid kepada YDP.

23. Menyedari bahawa telur tembelang nya akan pecah, Wak Tong Sam Pah cuba menyelamatkan keadaan dengan menyatakan kepada Wak Muhyi, tidak perlulah mengeluarkan surat tersebut.

24. Bagaimana surat p&C tersebut jatuh ketangan Muhyi? Seorang pegawai Istana telah menyerahkan surat tersebut kepada Muhyi.

25. Apa sudah jadi pada bangsa Melayu, bangsa yang disebut bangsa par excellence itu? Setiap lapisan masyarakat ada pembelot dan fifth columnist. Sekarang kita tahu kakitangan Istana pun ada spy kerajaan. Lain kali terpaksalah Agong memilih staff Istana secara sendiri.

26 . Tapi Muhyi tak akan lepas peluang menggasak Wak Jahid. Dia tanya apa sebenarnya wak Jahid nak.

27. Wak Jahid pun buatlah cerita klentong nya. Banyak hal UMNO tak puas hati, tak dihormati, tak diberi tempat yang wajarlah, dia sepatutnya jadi TPM dll. Dia lupa UMNO kalah PRU. Pengemis tidak mempunyai pilihan beb.

28. Tapi bagaimana hal hal ini menjustifikasikan pembelotan Zahid melalui surat kepada Agong? Kedua peranan Poh Kee Mak menyokong penyingkiran 4 menteri UMNO termasuk sepupu nya. Jenis manusia apa ini?

29. Yang nyatanya kedua dua matlaon ini tidak boleh dipercayai.

30. Kotoran yang dibawa oleh Tong Sam Pah telah dibajai oleh Muhyi. Dengan menghadhirkan salinan surat Agong, motif Muhyi terserlah. Ianya tidak lain mahu melihat UMNO berantakan.

31. Dan Muhyi secara patronising memberitahu Zahid , dia simpati dengan Zahid yang menghadapi berdozen kes mahkamah. Sebenar nya dia berkata rasa kamu. Padan muka awak!
Sedang kan kita tahu Muhyi melalui AG yang pak turut, telah menyelamatkan ramai crook2.

32. Kita telah mendengar perpatah yang mengatakan burung2 sebulu berkawan dengan sejenis mereka. Maka saya tidak heran Sheikh Albuntoti boleh bermuafakat dengan Tong Sam Pah dan Poh Kee Mak. Tidak mengapa berkawan dengan penjenayah asal tidak bersubahat.

33. Itu hanya suatu verbal gymnastics. Sama seperti mengatakan tidak mengapa melumur badan dengan minyak babi asal tidak memakan nya.



No comments:

Post a Comment