Monday, 19 October 2020

Amar Makruf Nahi Mungkar dan Iman. Sedikit Pandangan.



1. Secara umumnya orang Melayu cakap saja banyak. Jati diri Melayu sebetulnya tiada. Jati diri Melayu itu mestilah diwarnai oleh agama Islam. Dalam banyak segi perbuatan mereka berasaskan nilai2 bukan Islam.

2. Saya melihat perwatakan Melayu yang sebenarnya menjelma apabila Najib didapati bersalah keatas semua 7 pertuduhan menyonglap duit SRC.

3. Ternyata sebagian orang Melayu mendukung kemungkaran. Ini bukan nilai orang Melayu yang beriman tebal. Ini tanda orang Melayu yang longkah iman mereka.

4. Apakah kemungkaran yang dilakukan oleh Najib didukung oleh orang Melayu? Kalau ya mereka mendukung, mereka berfikiran kacau.

5. Bukankan dalam al quran dinyatkan bahawa kita adalah bangsa yang terbaik bila kita menyeru kepada kebaikan dan melawan kemungkaran?

6. Ayat 143 al Baqarah mengatakan bahawa umat Islam itu umat wasathan. Yakni yang tenang dan examplary.

7. Berdemo mendukung kemungkaran bukanlah tingkah laku yang exemplary. Bahkan kita patut mendukung pengutukan kemungkaran. Kemungkaran yang dilakukan Najib aka al munafik patut di hibahkan dan dikutuk.

8. Ia patut menerima universal condemnation. Bagaimana umat Islam bolih menjadi contoh teladan jika kita umat yang mendukung perompakan?

9. Orang akan membenci kita kerana kita umat yang bersekongkol dengan kejahatan. Kita menjuarai kejahatan.

10. Ambil contoh berjimat dan belanja berhemah. Najib dan isteri selalu bercakap hal ini. Bolihkan mereka menjadi teladan belanja berhemah dan berijimat bila Najib beli jam berjuta dan isteri beli cincin jutaan ringgit. Orang Melayu berpendapatan 200-300 Ringgit sebulan.

11. Ternyata bila kita mengistiharkan bahawa sibghah Allah menwarnai kehidupan kita, ia hanya omongan kosong.

12. Sebaliknya kita melakukan perkara2 yang bertentangan dengan wasatha. Kita simpati dengan Rosie yang muka bengkak dan meratapi mengapa amirulmunafik kena 12 tahun.

13. Sepatutnya menteri penerangan komisyen dokumentari mengenai SRC dan 1MDB.

14. Kita tahu Quran mengatakan aib orang jangan diketengahkan tapi kalau kemungkaran tersebut menyebabkan penderitaan dan kezaliman awam maka ia patut dihebahkan. Apa yang dilakukan olih pasangan Bonie dan Clyde ini bukan aib peribadi lagi.

15. Nabi Mohammad bersabda kita melawan kemungkaran melalui 3 fasa. Pertama, dengan tangan atau perlakuan. Kedua, dengan lisan. Ketiga, penentangan dalam hati. Dan yang akhir adalah serendah rendah iman.

16. Apa itu memberitahu kita mengenai keimanan orang Melayu? Kemungkaran yang dilakukan olih Najib tak ada penentagan dalam hati pun. Malahan sebagian orang Melayu bertindak secara fisikal menyokong kemungkaran. Ya ampuun!

No comments:

Post a Comment