Tuesday, 15 September 2020

Tentera siber barua.




1 . Bertahun tahun saya berada dalam DAP saya tidak pernah berjumpa dengan anggota Red Bean Army. Rba ini adalah istilah yang digunakan oleh umno menerangkan penulis2 siber yang menyibarkan propaganda DAP.

2. Saya menganggap diri saya sebagai seorang penulis blog yang mungkin diminati ramai. Maka munasabah menyangka akan didatangi mana2 anggota rba. Tapi tiada, seorang pun.

3. Ianya suatu perkara yang impossible- anda juga seorang penulis blog tapi tidak pernah bertemu dengan seorang penulis blog dalam DAP sekurang kurang nya untuk bertukar pendapat. Mengeteh ke. Tiada .

4. Yang ada ialah beberapa penulis individu. Mereka menulis kerana didorong oleh isiu2 tertentu atau untuk menyatakan pandangan mereka atas, sesuatu perkara.

5. Yang menulis secara konsisten ialah Lim Kit Siang. Dalam bahasa inggeris! Mengapa lks tidak digelar general atau field Marshall rba? Atau lks sendiri rba?

6. Yang benar lagi nyata ialah tak ada army mengarmy nya. Tak ada kumpulan yang tersyusun. Tak ada mesyuarat. Dap takkan membiayai mana2 orang. Takde.

7. Agaknya umno menganggap mana2 pihak yang mencabar Malay supremacy sebagai Red Bean Army. Sedangkan apa2 supremacy patut ditentang.

8. Bercakap mengenai Malay supremacy dengan kepentingan Melayu yang sahih, adalah 2 perkara yang lain ya.

9. Tapi bukan perkara ini yang nak saya bahaskan melainkan perihal lashkar siber. Secara khususnya tentera kacang merah.

10. Apabila melonggokkan semua yang menentang Malay supremacy yang sebenarnya umno, kita dapati perkara yang tak masuk akal seperti menkategorikan Namewee pun sebagai anggota RBA.

11. Ianya hari yang menyedihkan apabila hanya bercakap saja mengenai kepentingan2 yang sahih pun tak boleh. Ini adalah kerana mana2 pihak diancam dan ditakutkan hingga jadi betina dan khunsa.

12. Apabila ini terjadi kita ada keadaan dimana yang ada ialah penjilat2 bontot. Kita ada suatu totalitarian state dimana perbedaan tidak di tolerate.

13. Kemudian apa yang akanterjadi? Yang akan terjadi ialah semua cakap2 bantahan termasuk mengenai ketidakadilan dan rasuah tidak dibenarkan.

14. Ini yang membedakan antara MCA dan DAP. Yang satu tanpa segan dan malu menjadi penjilat bontot umno dan pengangkat najis dari jamban umno. Yang kemudian, menjadi juru- bicara kepada kepentingan yang sahih dan menentang segala bentuk ketidakadilan dan kezaliman.

15. Hari ini yang terjadi ialah hubaya2 umno menubuhkan tentera sibernya sendiri. White Bean Army?



16. Tentera barua ini dikepalai oleh Reich minister, Joseph Lokman Goebbels.

17. RBA adalah fiksi imaginasi umno tapi yang benar2 wujud ialah tentera barua umno. Nah, sekarang siapa yang meracuni fikiran siapa?

18. Dari mana Joseph Lokman Goebbels dapat wang yang banyak? Bayangkan jumlah komputer riba baharu yang dibekalkan. Gaji penulis blog barua? Gaji sekretariat? Dan kos2 lain yang perlu? Mahu jutaan ringgit untuk mula dan ratusan ribu kos bulanan.

19. Kos nya saja tidak memungkinkan DAP mengujudkan RBA. Ianya suatu kerja bodoh dan membazir sumber.
Ia mengukuhkan lagi pendapat rba tidak ujud.

20. Kita boleh agak fungsi2 mereka. (a) membela crook2 umno
(b) meracuni fikiran rakyat
(c) bercakap mengenai Malay supremacy
(d) memutar belit fakta
(e) menghentam ppbm.

No comments:

Post a Comment