Saturday, 1 August 2020

Menegakkan Benang yang Basah.


1. Ada 2 pendapat yang  mengiringi penghukuman Najib  yang perlu dijawab. Supaya tidak terus menimbulkan kekeliruan.

2. Yang pertama mengatakan perbicaraan Najib  adalah selective prosecution.  Kedua yang mengakan penghinaan didunia akan membawa kepada pemuliaan diakhirat

3. Jawapan mudah dan solusi pada pandangan kedua ialah percepatkan Najib ke alam barzakh dan akhirat. Pendapat ini sebenarnya mendoakan Najib  mati cepat.

4. Sejak bila Najib  dihina? Sehingga src dan 1MDB terbongkar, najib sentiasa dimuliakan.

5. Mb yang termuda, mp yang termuda, timbalan menteri, menteri, TPM dan PM. Jika ini semua penghinaan berikan kepada saya.

6. Yang dimaksudkan al ghazali ialah penghinaan yang berterusan. Dan ia berlaku pada orang alim dan yang taat beragama.
Najib lebih suka menyemai bijiran-bijiran liarnya.

7. Jadi jangan gunakan pendapat hujjatul Islam  itu untuk menegakkan benang basah.

8. Jangan menyalahkan orang lain jika matlaon-matlaon UMNO dihentam termasuk oleh media sosial.

9. Ketahuilah bahawa mereka menghentam kerana perkara-perkara yang dilakukan matlaon-matlaon UMNO itu menjengkilkan.

10. Kita ucap tahniah artikel dalam suara merdeka(lidah rasmi UMNO) mengungkap panjang lebar pandangan al ghazali

11. Bagaimanapun ungkapan tersebut mengandungi bibit-bibit yang membinanasakan hujjah penulis.  Ia menjadi gergaji bermata dua. Terima kasih.

12. Jika kesalahan Najib  yang ini merupakan hanya sebahagian kecil dari kesalahan yang lebih banyak, bukankah tulisan ini mengakui Najib  atau wak jahid ada melakukan dosa yang lebih besar dan lebih banyak?



13. Kita lihat apa Najib  lakukan pada khazanah. Kita lihat apa dia lakukan pada Felda, Nfc, pada Petronas dsb nya.

14. Maka benarlah dosa Najib  dengan src hanya sebahagian kecil dari kejelekan yang lebih banyak.  Kalau dia didapati bersalah dalam banyak lagi kes, kita kena buat kubur dalam bilik penjara nya.

15. Seperti yang disarankan oleh ungkapan tersebut, Najib  perlu mendoakan yang baik-baik pada penghina-penghinanya. Doakan mereka kesihatan yang baik dan umur yang panjang, supaya dapat mereka mendedahkan pekong-pekong Najib  yang lain.

16. Dan Najib  jangan berduka nestapa, kerana diakhirat kelak dia akan mendapat kemuliaan.

17. Jangan percaya pada tukang kipas dan pengampu-pengampu kerana mereka hanya mematahkan tulang belakang kamu ya Najib. Ada tulang belakang Najib  ni rupa-rupanya.  Saya fikir tiada.

18. Dalam tahun 1999 tukang ampu UMNO Pekan kata semua ok bos. Itu ok dan ini OK. Bila  keputusan pru keluar Najib  hampir K. O. Dia menang tipis dengan majoriti 241. Lawannya calun pas ketika itu sudah sujud syukur ingat dia menang.

19. Dibahagian pertama penulis artikel mangatakan ini adalah pendakwaan terpilih.  Ia dimulakan oleh kerajaan ph.
Sudah tentu penulis akan berkata demikian kerana dia orang UMNO.

20. Ada kita lihat pelaku lain selain Najib? Mana mungkin kita mendakwa orang lain  semata mata tidak hendak dituduh mendakwa secara terpilih.  Yang melakukan nya ialah Najib. Jadi dialah kita dakwa.



21. Kalau Najib pelakunya sayugianya dia didakwa.
Kalau dia membeli kondominium tentu dia dapat diskaun yang besar sebab nama dia Najib  kan?

22. Mengapa dalam hal yang berfaedah Najib  dapat keutamaan tapi dalam perkara yang buruk dia tidak? Dia bukan boleh pilih-pilih.

23. Biasalah pohon yang tinggi itu mengundang angin yang kencang.

24. Faktanya tiada pendakwaan terpilih. Kalau Najib  pelaku kesalahan dialah yang didakwa. Adakan pencuri susu bayi atau ayam berkata mereka adalah mangsa pendakwaan terpilih?

25. Begitu juga jika Najib  arkitek skendel 1MDB dia didakwa, bukan sebab pilih2 tapi dia pelakunya.
Menuduh berlaku pendakwaan terpilih adalah menghina kecerdasan pendakwa-pendakwa raya.



26. Di Indonesia  mereka memanggil yang mencuri perampok, di singapura dia dipanggil pencuri, di Malaysia  dia dipanggil Perdana Menteri

27. Demikianlah ungkapan tulisan al ghazali ihya ullumidin menjadi gergaji bermata dua. Ia (src) benar2 menjadi pedang Damocles  yang tergantung diatas leher Najib  dan telah pun putus.

28. Dan tuduhan pendakwaan Najib  adalah satu pendakwaan terpilih adalah satu pembohongan.

No comments:

Post a Comment