Saturday, 22 August 2020

Menangani kedegilan UMNO.



1. Saya membaca amaran yang diberi olih sosok cocksure Khaled Nordin pada Bersatu. Waduh!

2. Bergabung dengan muafakat bersatu kalau tidak. Kalau tidak apa ya shekh?

3. Ternyata amaran umpama itu terbit dari rasa angkuh. Rasa UMNO itu sudah mantap.

4. 5 kemenangan dalam PRK tidak bermakna semuanya kembali baik dalam
UMNO. Ianya semua adalah amaran kepada PPBM ketika itu.

5. Amaran tersebut sudah dijawab oleh pak Muhyi. Seekor burung walid berterbangan bukan bererti musim panas sudah tiba.

6. PPBM telah mengganti
UMNO maka tidak ada sebab rakyat mesti kembali kepada UMNO.

7. Kenyataan khaled nordin itu adalah lanjutan cakap-cakap bersifat sengketa puak
UMNO. Paling mutakhir pemuda UMNO johor memberitahu pm jangan lebih camca dari sudu.

8. Cerca demi nesta dilontar kepada bersatu dan bersatu membisu? Hukum fisik mengatakan tiap aksi akan bertembung dengan reaksi yang setimpal.

9. Masaalah si
UMNO ini ialah menyangka ia sudah kembali gagah seperti dahulu. Hari-hari halcyon tersebut sudah berlalu. Rakyat sebetulnya meluat kepada UMNO. Dengan budaya korupsi segala dan neo feudalism nya.

10. Yang
UMNO ada ialah crass Malay nationalim yakni nationalism ras yang membabi buta tidak ada kebijaksanaan lansung.

11. Rakyat yang kian bistari menolak
UMNO dan crass nationalism dan budaya korupsi. Itu sebab utama mengapa UMNO jatuh.

12. Tapi
PPBM jangan hanya berharap pada accretion perkembangan organik saja. Ia harus melakukan langkah-langkah yang ruthless kepada UMNO.

13. Pujuk mereka yang ada jawatan dalam kerajaan dan GLC-GLC masuk
PPBM. Ini tidaklah susah sebab mereka suka wang, wanita dan tamar. Jika mereka enggan, pecat mereka.
Tajudin pasti menangis dan melalak.

14. Kebanyakan orang
UMNO ada kes. Gunakan tindakan mahkamah untuk menjinakkan mereka. Guna penyata cukai keatas mereka. Bukan bosku saja yang lari cukai.

15. Gantikan isian minda rakyat dengan nilai-nilai bersatu. Rakyat tidak perlu lagi diwarnai hidup mereka dengan nasionalisme membabi buta
UMNO. Nasionalime kita mesti bersandarkan pencapaian ekonomi, keterbaikan pendidikan, agama yang menyatukan, budaya yang mengikatkan semua.

16. Pecat
UMNO dari PN. Musuh dalam selimut lagi merbahayakan. Biar mereka jelas dengan permusuhan mereka. Biar mereka hidup dengan ilusi masyarakat melayu bersama mereka.

17. Rakyat marhaen menolak mereka. Nilai-nilai salah yang
UMNO terapkan, budaya rasuah yang menghidupi mereka, yang telah merebak kepada perjawatan awam, paternalisme yang menjiwai mereka dan neo feudalime yang mereka amalkan. Sungguh menjelekkan. In i semua asas untuk rakyat menolak bukan mendakapi mereka.

18. Lepaskan white terror kepada budak degil yang bernama
UMNO. Haramkan parti itu. Biar mereka bertempiaran. Bersikap lembut hanya meransangi mereka bersikap kurang ajar. Lihat apa jadi kalau UMNO diharamkan.

19. Yang utama dan pertama ia akan mengesahkan dan mentahkikkan bahawa orang melayu akan terus hidup tanpa mereka. Raja-raja melayu akan terus hidup dengan kebangsawanan mereka. Diatas kematian
UMNO kita berkembang dengan kehidupan baru. Tidak ada bencana yang akan menimpa orang melayu. Matahari tetap naik dari timur.

20. Anggaplah mereka sebagai golongan pengacau yang perlu ditangani dengan kekuasaan yang ruthless. Orang macam khaled nordin adalah sosok yang hidup dengan intransigence mereka. Yakni enggan menerima hakikat
UMNO tidak akan segagah dahulu.

21. Biarlah 5 kemengangan pyrrhic pru mengkhayalkan mereka dan sokongan segelintir manusia yang sesat terhadap penyamunku membuai mereka.

22. Biarkan nombor 11 yang disukai olih penyamunku menjadi batu nesan yang menguburi
UMNO. Dari tanah kamu datang, kepada tanah kamu kembali.

23. Biar saya segera menyatakan bahawa saya ada ramai kawan dan sahabat dalam
UMNO. Saya tidak ada perbalahan dengan mereka. Hanya saya ada isu dengan UMNO secara umum.


No comments:

Post a Comment