Friday, 14 August 2020

Badi al Anfal 46

 



1. Ya ampun! Amirul mukminin, raja pada mereka yang beriman mengungkap firman Allah . Dan dia terus dijawab.

2. Sejak bila siamirul mukminin ni baca Quran? Boleh jadi dia mengupah seorang ustaz yang lulus general degree, mencari ayat.

3. Apabila Najib mengungkap ayat 46 surah al anfal, saya berguling atas lantai dan ketawa terbahak bahak. Orang yang duduk atas kerusi hampir jatuh.

4. Ini kerana Najib mula menjadi melayu sekitar tahun 1976 dan jadi Islam lama kemudian. Maklum saja lah semasa menjadi timbalan menteri dia sibuk dengan girlfriend-girlfriend dia. Semasa, jadi MB Pahang dia sibuk dengan seorang bini orang yang kerja dengan Island n Peninsular.

5. Masaalahnya kalau kita petik satu ayat(yang terputus pulak tu) orang lain boleh memetik satu ayat lain untuk meneutralisasikan ayat kita. Sebab itu Najib dijawab.
Padan muka.

6. Nasihat saya yang faqir ini ialah ayat 46 itu harus dibaca bersama dengan ayat 45 dan 47.

7. Ayat2 tersebut adalan pesan Allah kepada team Muhammad saw berdepan dengan team Abu Jahal. Najib ni team Muhammad atau team Abu Jahal? Nabi Muhammad bukan ahli UMNO!

8. Tentera Islam berjumlah 313 orang lawan 1000 orang Quraish yang dipimpin oleh Amr ibn Hisham aka abu Jahal.

9. Najib macam abu jahal lagaknya. Bila ke mahkamah dengan belasan peguambela dan puluhan antek2nya. Semasa penghukuman dengan ribuan apparatchiks UMNO yang diangkut dengan bas. Dari segi jumlah, Najib macam abu jahal kan?

10. Pada perperangan Badr atau bhazwat Badr atau yaumal furqan itu, si Abu Jahal membawa pancaragam, penyanyi dan penari2 gelek nya segala, tapi kalah dan tewas juga.

11. Abu Najib membawa belasan peguambela, antek2nya dan ribuan apparatchiks UMNO yang tidak henti2 menyanyi pujian kepada Najib yang tiba2 dilantik amirul mukminin.

12. Dan dia, macam Abu Jahal tewas dengan hukuman jel dan denda.

13. Najib ni mekngong betul-ingat pada Allah dan rasul itu apa? Ia bermakna ikut semua perintah Allah. Curi duit src, bagi duit curi ke anak yatim dan UMNO tak turut perintah Allah. Menyokong Najib, tidak taat pada Allah!

14. Bila diperintah jangan berbantahan sesama kamu ada Najib ikut? Bila dinasihat merendah diri Najib dengan keangkuhan dan kesombongan dia. Selepas mahkamah mulutnya tetap celupar macam biasa. Mulutnya macam 7 eleven-tak tutup sokmo.

15. Ada kita dengar Najib ingat pada Allah? Yakni dengan berdoa dan berzikir? Besar kemungkinan tak ada. Kalau dia buat tentu dia heboh. Dasar mulut tempayan kan?

16. Najib keluar rumah dengan riya' dan takabbur suka dipuji. Pencuri, perompak.dan penyamun dipanggil bosku. Orang yang tak kenal agama digelar amirul mukminin. Dia enggan duduk dalam kandang tertuduh bila diminta. Meraikan hari lahir di premis mahkamah.
Dia tertuduh bukan pm. Cocky betul!

17. Dalam proses mahkamah, UMNO dah berantakan dan berbantah bantah. Ada yang lari, ada yang dipecat, ada yang suruh mengaku mencuri. Macam mana nak berdepan dengan lawan?

18. Gerombolan UMNO yang didatangkan dan diberi imbuhan datang dengan riya' dan keangkuhan.

19. Mereka ingat jumlah yang ramai menakutkan mahkamah dan pihak berkuasa. Bangga menyokong kejahatan bukan kebaikan dan ketakwaan. Macam orang Pekan cakap palat aok!

20. Demikianlah kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan hendak diduga. Pandai2 sangat nak ungkap al anfal 46. Ini belum Ustaz jawab.

21. Macam Shakespeare akan kata... Najib is hoist by his own petard.

No comments:

Post a Comment