Wednesday, 1 July 2020
Dichotomy kerangka minda Melayu. Part 2 of 2
Saya akan memberi sedikit pencerahan menerangkan dichotomy mindset melayu dari perspektif politik. Semoga berjaya.
Dalam tahun 1927, Zaaba mengatakan salah satu sebab orang Melayu terkekang ialah amalan-amalan hidup yang menyimpang jauh dari ajaran agama yang sebetulnya.
Pertama, peranan negatif yang dimainkan oleh pemimpin-pemimpin agama yang reaksioner.
Pendakyahan nilai-nilai yang memecahkan.
Mufti-mufti mengajar bermusuh antara bangsa Malaysia. Mentakfirkan golongan lain dan bermusuhan dengan tidak sekaum. Jadi kita lihat orang-orang DAP dikafir harbikan. Masyarakat membisu komuniti berantakan.
Sedangkan prinsip dalam Islam ialah supaya kita berbaik baik dengan kepelbagaian bangsa.
Prinsip ini dinyatakan dalam Al-Quran tapi disembunyikan!
Penerimaan kekoroan atau mediocrity dalam kehidupan. Rumah-rumah mereka ketandusan kitab-kitab ilmu, percaya kepada tahyul dan hidup yang muram. Interaksi dalam surau dan masjid hanya mendedahkan mereka kepada nilai-nilai negatif.
Orang melayu tidak suka membaca, secara purata membaca 2 muka surat dan suka komik.
Ternyata mereka tidak ada sikap mendiri. Prinsip dalam al Quran sibghatallah waman ah sanuminallahi sibghah. Wanahnulahu 'abiduun.... Tidak ada
Realitinya tidak ada celupan Allah atau true baptism. Orang melayu hanya faham yang luar-luar sahaja.
Ayat penuh di 2:138. Saya tidak berapa ingat. Maaf ya.
Akibatnya ajaran agama menjadi belengu yang memesong orang melayu. Membebaskan diri dari ajaran-ajaran negatif ini menjadi syarat memecahkan dichotomy mindset melayu yang kita bahas ini.
Satu lagi faktor ialah kepemimpinan politik yang lemah.
Kepemimpinan politik membiarkan lompang diisi oleh pimpinan islamiyyin yang memecahkan. Ia juga gagal memberi hala tuju kepada masyarakat yang terbiar.
Kita telah membuang tenaga mengejasar dasar-dasar yang tidak berfaedah. Misalanya apakah faedah yang kita dapat daripada dasar pandang ke timur? Kita tidak juga menanam etika kerja orang Jepun kedalam masyarakat kita.
Ia tidak lebih dari musings seorang tua yang membaca Ken Ohmae.
Kita sibuk dengan dasar kuman diseberang lautan kita nampak tapi bangkai gajah depan mata kita tidak nampak. Kita mengalih pandangan tetapi tidak mengisi masyarakat kita. Jaringan apa yang kita tenun?
Saya melihat kepada sistem komunikasi yang tidak berkesan. Tujuan utama sistem penyiaran ialah membentuk pemikiran. Ini tidak berlaku. Pengemudi sistem komunikasi kita bebal tidak tahu peranan membentuk pandangan. Bukankah Joseph Goebbels berkata bahawa sesuatu pembohongan kalau diulangi acap kali akhinya dipercayai? Diterjemahkan menjadi sesuatu maklumat kalau diulangi menjadi kenyataan?
Kita berharap masyarakat mempunyai suatu pandangan hidup yang spesifik tapi tidak mengisi minda masyarakat dengan isian yang bersesuaian.
Satu lagi penyebab dichotomy mindset melayu ini ialah pembangunan ekonomi yang berat sebelah.
Kita bercakap mengenai kesatuan negara sedangkan pembangunan ekonomi tidak ada kesatuan.
Majoriti kemajuan disengajakan dibandar. Luar bandar ketinggalan. Pembangunan yang berbeda tidak dapat tidak, melahirkan pandangan hidup yang berbeda.
Jika kita tidak mengambil tindakan-tindakan countervailing untuk mengimbangi kesan kemajuan ekonomi, saya rasa dichotomy mindset melayu akan terus wujud.
Demikian beberapa penyebab yang terfikir oleh saya. Saya sedar senarainya tidak sempurna. Ia membuktikan jalan penyelesaian nya tidak terfikir oleh satu orang tapi memerlukan usaha ramai.
Sekian dari saya. Siap komandant!
No comments:
Post a Comment