Monday, 27 July 2020

Beberapa langkah Machiavellian.

1. Fihrasat dan tanda-tanda nya sudah nyata:- UMNO melihat bersatu pak Muhyiddin sebagai enteng

2. Kenyataan demi kenyataan serta perlakuan dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO ke arah ini.

3. UMNO hanya ada 38 kerusi Parlimen  tapi bernafsu besar.

4. UMNO sebenarnya bergantung pada PAS dan GPS dan Bebas.  Senang untuk memusnahkan UMNO. Bukan sebaliknya.

5. Pisahkan 3 parti-parti ini dari equation, UMNO hancur.  Yang 38 mereka ada pun belum tentu.

6. Mereka bertiga ada 38 kerusi.  Sama dengan UMNO.  Bincang dengan mereka.

7. Cakap dengan PAS dan parti Sabah. PAS dengan UMNO ibarat keju dan kapur.  Permuakatan antara mereka bersifat sementara saja. Manakala matlamat parti-parti Sabah ialah membawa  pembangunan kepada rakyat mereka.

8. Wak Muhyiddin bisa ngobrol dgn Shafie  dengan jamuan nasi ambeng. Jangan lupa bawa makanan kesukaan orang bajau-cicak panggang.

9. Rencananya ialah untuk menyisihkan UMNO. Mari lihat boleh tak UMNO kembali mantap.

10. Secara lembut pujuk mamat-mamat UMNO yang  berjawatan dalam kerajaan, masuk bersatu.

11. Atau berikan rotan besar pada mereka. Tamatkan perjawatan mereka sebagai menteri-menteri dan dalam GLC-GLC.

12.bekukan sumber kewangan UMNO. Supaya mereka tidak boleh mendanai kegiatan-kegiatan mereka.  Kita tahu UMNO itu sinonim dengan wang. Tiada wang UMNO kaku.

13. Selepas PRU mula bincang dengan AMANAH  dan PKR. Apabila Mahathir  bersara dari politik aktif, baki-baki PPBM akan bersatu dengan PPBM Muhyiddin. Tahun depan Mahathir  sudah 95 tahun.

14. Kemudian baru bincang dengan DAP  dengan syarat mereka dapat tidak lebih 3 jawatan dalam kabinet.  Mereka tidak akan duduk sekumpulan dengan UMNO.

15. Biar bn benar-benar jadi pembangkang dalam Parlimen.  UMNO pula ibarat pesakit kusta yang mesti diasingkan.

16. Bersaing dengan UMNO disetiap kawasan parlimen dan dun.  Bayar pihak ke3 Untuk pecah undi melayu.

17. Beri UMNO rasa ubat mereka sendiri.  Rencananya serang UMNO dengan kekuatan yang overwhelming. Pasti mereka akan mengalami kekalahan.

18. Pecahkan UMNO.  Penjarakan pemimpin-pemimpin mereka yang rasuah. Memenangi perperangan morale bermakna separuh dari perperangan sudah dimenangi.

19. Dalam jangka masa panjang lakukan perkara ini.
(1) bawa pembagunan dan kemajuan keluar bandar
(2) isi minda orang melayu dengan ideoloji pembebasan
(3) isi minda orang melayu dengan ajaran agama yang menyatukan bukan agama kebencian.

20. Tamatkan perkhidmatan penyokong-penyokong UMNO dalam perkhidmatan awam, penyiaran dsb.

21.ini adalah beberapa langkah yang boleh diambil untuk menamatkan riwayat UMNO. Tunjukkan pada dunia UMNO bukan nya melayu.

22. Tak mati orang melayu kalau UMNO tiada. Ada 16 ke 17 juta orang melayu. UMNO ada 1. 2 juta ahli. Makna dari 16ke 17 orang, hanya 1 UMNO. Kalau seorang UMNO mati , 15 ke 16 orang melayu tetap hidup tanpa UMNO. UMNO tak memerintah Selangor, Kelantan, Trengganu dan Penang.  Ada kita tengok orang melayu mati?

23. Nabi Muhammad  saw wafat tapi umat Islam tidak mati bersama kewafatan tersebut.  Sedangkan kewafatan nabi tidak mengakhiri hayat umat nya, ini pula kematian UMNO? Adakah UMNO lebih besar dari Muhammad  saw?

Wallahua'lam bissawab

No comments:

Post a Comment