Saya
membaca kenyataan ketua puteri UMNO. Dia menyatakan nyawa orang Melayu berada
dalam tangan UMNO. Hebat , kata saya. UMNO sekarang sudah dinobat sebagai
pemberi nyawa kepada orang Melayu. Sudahkah UMNO mencapai tahap dewa?
Namun
kenyataan itu boleh juga dibaca sebagai rasa cemas UMNO kerana hilang keyakinan
orang Melayu. Tidak pernah terjadi dalam sejarah orang Melayu, dari segi kepimpinan,
UMNO berada dalam barisan yang lemah.
Cuba
perhatikan pimpinan yang ada disebelah pakatan harapan. Ada Dr Mahathir dan
ramai pemimpin UMNO yang dalam senyap menyokong Dr Mahathir. Penduduk Felda
ratusan ribu yang menyokong. Ada Muhyidin Yassin. Tentu dia ada nilai sebagai
pemimpin kalau tidak masakan pernah menjadi TPM dan Timbalan presiden UMNO. Kita
ada Anwar Ibrahim. Mat Sabu. Husam Musa. Wan Azizah. Ada Lim Kit Siang. Perhatikan
lagi. Hanya seorang Cina, lain nya semua Melayu.
Jadi,
jika kerajaan baru ditubuhkan, ianya tetap diketuai oleh orang Melayu. Mungkin Anwar,
mungkin Mahathir, Muhyidin, Azmin, Rafizi Ramli. Melayu juga. Mengapa tidak Rafizi Ramli umpamanya? Pada umur
nya sekrang, dia jauh lebih bijak dari Najib ketika Najib seumur nya.
Kelantan
akan pasti jatuh ketangan Pakatan Harapan. Pulau Pinang akan terus berada dalam
pengurusan pakatan. Demikian juga Selangor. Di Kedah, nama yang bermain dibibir
rakyat jelata, dari pegawai kerajaan , pegawai yang pencen, rakyat biasa, ahli
UMNO ialah Che Det. Bukan Bashah atau lain2. Tapi pemimpin Pakatan. Johor akan
kehilangan banyak kerusi.
Di
Sabah, parti Warisan Sabab sudah bersedia ambil alih.
Ini
semua akan menyebabkan UMNO akan kehilangan banyak kerusi parlimen. Ia akan
menjadi parti pembangkang selepas PRU14 nanti. Maka, rasa cemas menyelubungi
bukan sahaja ketua puteri UMNO- tapi semua pemimpin UMNO yang korap dan rasuah.
Bayangkan
jika anda seorang pemimpin UMNO barisan kedua, tentu anda rasa cemas melihat
kualiti pimpinan di pihak lawan. Yang kian hari kian mendapat keyakinan rakyat.
kenyataan
ketua puteri UMNO itu mesti dipertikaikan.
Cuba bertanya, jika UMNO pemberi nyawa, apakah yang perlu diberi oleh
orang Melayu kepada UMNO? Kesetiaan membabi buta supaya UMNO, atas nama orang
Melayu boleh melakukan segala bentuk kemungkaran dan kezaliman? Biarlah UMNO
itu mengancam kebebesan dan kemerdekaan individu? Adakah ianya bererti orang
Melayu tidak ada keujudan tanpa UMNO?
Kenapa
orang Melayu mesti berfikiran kerdil seperti ini?
Sudah
tentu kenyataan ini selari dengan minda orang yang feudal. Yakni UMNO itu sebagai
tempat untuk dipuja diberi kesetiaan. Kenyataan ini becanggah dengan piagam
orang yang merdeka. Orang yang berjiwa merdeka insaf bahawa buruk atau baik bergantung kepada perbuatan
dia sendiri. Ini disebut dalam Al Quran.
Kalau
nyawa orang Melayu bergantung kepada UMNO- bermakna UMNO itu pemberi nyawa
kepada kita. Saya percaya bukanlah niat ketua puteri untuk menyamakan UMNO itu
dengan Tuhan- walaupun ada orang UMNO menyamakan Najib dengan nabi Muhammad-
berjuang ikut sunnah nabi dan Najib itu macam nabi. Tapi ia membawa maksud
UMNOlah memberi sumber kehidupan kepada orang Melayu, menjaga mereka, membela
mereka. Masa depan orang Melayu bergantung kepada UMNO.
Walhal
realiti nya ialah:-
Orang
Melayu itu bertanggung jawab keatas diri mereka sendiri- bukan nya tanggung
jawab itu dipawah kepada UMNO. Disebabkan orang Melayu hilang jati diri ini dan
bergantung kepada UMNO lah, maka mereka mendapati diri mereka dalam keadaan
yang tidak boleh berdiri atas kaki sendiri.
Kenyataan
ini juga membawa maksud, apa yang orang Melayu boleh beri kepada UMNO itu lebih
penting. Orang Melayu mesti berkhidmat untuk Tuan mereka , iaitu UMNO. UMNO
Tuan, orang Melayu hamba.
Yang
terpenting sekali ialah kesetiaaan. Tapi kesetiaan tidak boleh dberi secara
membabi buta. Jika taat tidak bertempat, maka kita telah menjadikan UMNO
sebagai Tuhan atau dewa dan kita ini hamba. Sebab it saya kata kenyataan ketua
puteri UMNO ini bersifat feudal.
Sedangkan
orang Melayu mesti sedar bahawa UMNO itu hanya suatu parti politik. Ia nya
wadah untuk mencaai objektif2 politik. Itu sahaja. Sama seperti parti ain yang
boleh diikuti dan disertai oleh orang Melayu untuk mencapai beberapa objektif sosial
dan kemasyarakatan. Ianya bukan sesuatu diatas kepala kita yang menekan kita.
UMNO itu bukan dewa yang mesti dipuja, atau bukan nya tuan dan kita ini bukan
nya hamba. Yang bukan untuk di taati secara membabi buta.
UMNO
itu jurubicara kehendak dan cita2 mereka yang menyokong UMNO. Demikian juga
parti lain- juga jurubicara kehendak dan tujuan yang rakyat hendak. Kehendak rakyat
mesti di zahirkan oleh parti seperti UMNO dan parti2 lain.
Sepatutnya,
orang UMNO jangan tanya sama UMNO itu menjamin nyawa orang Melayu- mereka yang
menyokong UMNO mesti bertanya, apakah yang mereka boleh lakukan melalui UMNO
sebagai wadah untuk mencapai objektif kemasyarakatan dan yang paling penting
bagaimana melalui UMNO menjamin kemerdekaan mereka. Bukankah mereka sekarang di
pasung dan dipenjarai oleh cita2 dan objektif peribadi Najib? Yang dilundungi
bukanlah kebebasan dan kemerdekaan rakyat tapi kemedekaan dan kebebasan Najib
melakukan segala macam kemungakaran.
Orang
UMO mest bertanya, apakah mereka boleh lakukan supaya menyekat UMNO daripada
menjadi jembalang yang menganiayai dan menindas mereka. Sedangkan jumlah
pemimpin hanya 192 ketua bahagian manakala ahli ada berjuta. Ahli ramai, ketua
dan pemimpin sedikit. Kecuali barisan pemimpin mencerminkan kehendak rakyat,
pemimpin itu mesti dinyahkan dan disingkirkan.
Ahli
UMNO mesti sudah sedar sekarang bahawa ancaman keatas kemedekaan mereka dan
jati diri mereka ialah pemusatan kuasa dalam tangan Najib dan geng2 nya. Tidak ada
orag menyangkakan Najib dan geng2 nya jadi begini sebab kia tahu kuasa yang mereka
ada boleh diperlakukan untuk kebaikaan tapi kuasa juga membentuk perwatakan
yang menjadi tamak dan tidak boleh di amanahkan.
Inilah
soalan2 yang orang Melayu kena tanya pada diri mereka sendiri.