Friday, 3 February 2017

Politik sebahagian Orang Melayu



Agama kita ajar kita supaya bercakap dan menceritakan kebenaran. Jangan kita mengelirukan. Jangan menyembunyikan kebenaran dengan kepalsuan. Perintah ini ada dalam Al Quran. Kepada ilmuwan agama pula, ada perintah khusus kepada mereka jangan menyembunyikan kebenaran apabila fakta ada didepan mata.

Tapi inilah yang sebenarnya berlaku. Usaha menyembunyikan kebenaran, menyibarkan dusta dan propaganda adalah kerja harian pemerintah. Berbohong dan berdusta menjadi kebiasaan. Lama2 ini akan menjadi sebahagian dari budaya dan adat. Maka terkenallah orang Melayu yang berugama Islam sebagai suatu bangsa yang suka berbohong dan berdusta.

Pemimpin Melayu pula adalah golongan yang tidak boleh dipercayai. Dia suka berbohong. Dia mencuri wang rakyat. Dia salah guna kuasa. Dia melampaui kebebasan eksekutif. 
Bagaimana bangsa lain mahu memuliakan bangsa Melayu? Jeritlah sekuat mana, hunuslah keris panjang pendek. Orang akan melihat bangsa Melayu sebagai suatu bangsa yang suka menipu. Tidak boleh diberi amanah dan percaya. Diberi kuasa jadi kaduk nak junjung. 
Mengapa kita berada dalam keadaan penghinaan seperti ini? Kerana kita tidak bangkit menolak kerajaan yang dipimpin oleh lanun dan perompak.Hidup kita dilaknati oleh Tuhan.

Bagaiman bangsa seperti ini mahu menegakkan dan mempromosi wasathiyah? Bagaimana mahu jadi model kepada bangsa lain bila syarat2 yang boleh dimuliakan tidak ada pada bangsa Melayu dan pemimpin2 nya?

Sebahagian besar orang Melayu yang agama nya juga Islam, tidak kisah akan perbuatan mungkar ini. Kepercayaan kepada ketuanan Melayu membuat orang Melayu merasakan mereka boleh lakukan apa sahaja. Pemimpin kecil UMNO di dalam daerah kecil, yang merasakan diri mereka Napoleon2 kecil,  tidak akan faham mengapa masyarakat umum tidak mahu tunduk kepada mereka.

Perkerjaan tidak bermoral tidak jadi isu sebab ketuanan Melayu boleh mengabsahkan segala nya. Kerana mereka menegakkan ketuanan Melayu yakni tanggapan bahawa oleh kerana kuasa ada dalam tangan orang Melayu, mereka ialah tuan, manakala majority kita adalah hamba. Tuan2 Melayu ini mahukan keadaan begini dikekalkan. Tuan2 Melayu tidak adalah keseronokan yang paling mereka suka melainkan memerintah orang lain menghamba-abdikan diri kepada mereka. Mereka mahu kesenangan tapi kesenanagan itu diusahakan oleh orang lain. Mereka mahukan kemuliaan seolah olah nya kemuliaan lahir bersama nya dari perut ibu mereka.

Sebahagian orang Melayu bercakap besar sahaja. Seperti budak2 UMNO yang berpendidikan rendah, ada jawatan sedikit dalam UMNO bahagian, berlagak macam orang lain terhutang hidup kepada mereka. Sebetulnya mereka tidak ada apa2 diantara dua telinga mereka.

Sekarang apabila pegangan lapuk ini, yakni ketuanan Melayu sudah tidak mendapat tempat, UMNO menggunakan ketuanan Islam pula untuk kekal berkuasa. Ketuanan Islam ini lebih sukar untuk disanggah kerana mereka akan kata kita anti agama dan tidak taat kepada ulil amri. Ilmuwan agama yang digaji oleh pemerintah UMNO akan keluarkan ayat dan fatwa untuk terus memanjarai minda orang Melayu.
Tapi lihatlah kemunafikan mereka. Dalam negeri yang diperintah BN, rakyat mesti taat kepada ulil amri; tapi dalam negeri yang diperintah oleh bukan BN, tidak mengapa menjatuhkan kerajaan dan pemerintah. Mengapa tidak ada keseragaman? Tidak boleh dalam negeri A, maka tidaklah bleh juga dalam negeri B.

Itulah tanggapan mereka yang berkuasa. Mereka ingat jika mereka bertopengkan ugama, orang tidak berani menegur. Tapi agama juga memerintah kita jangan melindungi kejahatan. Ugama Islam kata jika Tuhan tidak mengujudkan suatu golongan untuk menyekat suatu golongan yang lain, maka hancurlah muka bumi ini. Ertinya, agama islam itu memerintah umat nya sentiasa periksa dan imbang. Agama Islam memerintah supaya muncul suatu golongan yang mengajak orang melakukan kebaikan dan menolak kemungkaran. Jika orang ilmuwan agama itu sendiri yang mempromosi kemungkaran, mereka juga itu kita tolak.

Ertinya nya apa? Ertinya, kemungkaran yang berselindung dan bersembunyikan dan bertopengkan agama pun tidak selamat dari diserang oleh kebenaran.

2 comments:

  1. Kadang2 sy merasakan ilmuan agama, tak ilmu hanya ada agama

    ReplyDelete
  2. Malays have been emotionally and financially dependent upon UMNO. In Election after election they will end up voting and doing what they have done. While in their conscience and their intellectual self they find that the behavior of UMNO is repulsive they will still continue to vote for UMNO!
    It is the emotional and sentimental ties that has not been broken. While their fingers may move towards others their heart strings will always win in the end.
    What opposition parties have to do is to break this emotional and sentimental connection.
    The terms used are...cut, severe, abolish, terminate, dissolve, end, disconnect, eliminate, disrupt, deconstruct, sour, make toxic, create abhorrence/revulsion etc
    The clues lie in using ideas and techniques to create the above...
    Throw out ideas that will create or evince emotional and sentimental confusion about their past actions..
    We note that Kelantanese continue to vote PAS altho the evidence before their eyes are clear. In fact I think they hate themselves for voting PAS but they will continue!!
    Their emotional ties are deep and at the gut level. If they vote for another they will have bouts of guilt in their stomach. So to avoid these abhorrent and painful experience they will go with their gut. It is like denying your father/mother!
    I urge you to think of how you can create a greater discomfort in their psyche if they vote for PAS or UMNO!!

    ReplyDelete