Thursday, 16 February 2017

Panduan Pratikal untuk Politisyen Muslim



Nota: adalah seorang pembaca yang budiman, memberitahu saya- jangan buang masa menulis dalam bahasa Melayu- orang Melayu tidak akan faham perkara yang hendak disampaikan. Peringatan dan teguran seperti ini, sudah banyak kali saya terima. Inginlah saya ingatkan pembaca seperti ini, jumlah orang melayu yang tahu bahasa Inggeris pun ada ramai. mereka ini saya harap dapat memanjangkan perkara yang saya sampaikan. Pembaca bukan Melayu pun mahu tahu isu yang kita bawa. Tulisan dalam bahasa yang mereka faham akan membantu penyibaran perkara yang kita bawa. Janganlah kita memandang rendah lapisan masyarakat yang mahu tahu isu2 yang dibawa dalam bahasa yang menyelesakan mereka, samaada dalam BI atau BM. Yang pandai bahasa Inggeris baca artikel dalam bahasa Inggeris; yang lebih faham bahasa Melayu, bacalah artikel dalam BM- tidak semestinya ditulis oleh saya. 

Kita telah sebut peranan politisyen Islam ialah melindungi setiap orang dari kebuasan pemerintah. Sebagai contoh: rakyat Malaysia hari ini dizalimi oleh pemimpin yang tidak amanah, suka menipu rakyat, menggunakan jawatan untuk mengayakan diri dan kawan2, menggunakan undang2 untuk menekan rakyat. Ini ciri2 kerajaan yang buas dan ganas. Rakyat dizalimi oleh pemerintah yang tidak cekap dan incompetent.

Kenapa kita mesti tolerate pemerintah seperti ini?

Pilihan untuk berdiam diri itu salah. Pilihan untuk menyembunyikan kebenaran itu menjemput sumpah laknat dari Allah dan juga sumpah seranah dari mereka yang ada hak untuk bersumpah; seperti mereka yang teraniaya. 
Golongan lemah yang terkesan dengan rompakan yang berlaku, terkesan dengan incompetence kerajaan, mereka berdoa supaya Allah selamatkan mereka. Mereka ini berdoa siang dan malam supaya Allah menyelamatkan mereka dari pemerintah yang menindas dan hantar penyelamat dan penlindung kepada mereka.  Lihat Quran 4:75.

Al Quran menceritakan bagaimana sebahagan kita yang ada kemampuan intelek dan material di perli oleh Tuhan mengapa tidak mahu berjuang untuk membela golongan mustad-afin yang lemah yang saban hari mendoakan supaya diberi pimpinan yang melindungi dan menyelamatkan mereka dari pemerintah yang buas, dan jahat.

Al Quran juga menceritakan bahawa laknat Allah dihempap atas mereka yang sengaja menyembunyikan kebenaran walaupun bukti ada mengaitkan Najib dengan angkara durjana 1MDB.  Lihat Al Quran 2:159

Mereka ini mensyaratkan mesti ada 4 saksi yang menyaksikan Najib benar2 melakukan pencurian. Jika demikian, heret semua pegawai2 yang mengendalikan 1MDB ke mahkamah terbuka supaya kita boleh soal mereka. Jangan sembunyikan perkara ini dibawah Akta Rahsia. Adakah Allah menyuruh kita menyembunyikan kemungkaran dan angkara durjana?

Fakta nya berbillion Ringgit dicuri oleh Najib dan konco2 nya dan ini dibuktikan dengan dokumentasi dan menjejaki aliran wang 1MDB. Kita akan ada lebih dari 4 saksi. Adakah Najib dan mereka yang mencuri duit dari 1MDB dilepaskan kerana tidak ada sesiapa yang melihat dengan mata sendiri aksi mencuri tersebut?

Atau kepada mereka yang cerdik sangat ini, mereka mahukan keadaan bila mana Najib dan Jho Low dan Eric Tan, dan Khadem dan Husseini al badawi hendak mencuri, mereka ini mewartakan bahawa- mari sini, 4 lelaki yang soleh, mari sini, lihat dan saksi kami mahu mencuri duit ini. Dan datang segera.Inikah keadilan yang para ustaz mahukan?

Ini kah jenis keadilan yang kita mahu? Jika demikian, Sirul Azhar dan Azilah tidak bunuh Altantuya sebab tidak ada 4 saksi yang melihat kejadian tersebut benar2 berlaku.

Rakyat yang terkesan dengan duplikasi dan kemunafikan mereka yang pegang kuasa, sama ada spiritual dan temporal menolak golongan seperti ini. Bersedialah untuk Allah melaknatkan mereka.


Menentang kezaliman adalah penentangan yang berterusan. Penentangan kezaliman tidak sama dengan penentangan keatas fitnah dan huru hara. Penentangan fitnah berhenti bila fitnah dihentikan oleh pihak lawan. Penentangan kepada huru hara berhenti bila pihak musuh menghentikan huru hara. Tapi kezaliman, selagi ianya berlaku, wajib dilawani. Al Quran 2: 193.

Jika Najib atau Hadi ingat mereka menghuni dunia yang tidak ada penentangan keatas perbuatan mereka, mereka meyimpang jauh dalam pemikiran. Itu hanya angan2 mereka. Sebabnya Tuhan beritahu kita, jika lah Dia tidak mengujudkan ada suatu kumpulan ynag menyekat perbuatan jahat kumpulan lain, maka hancur muka bumi ini. Lihat Al Quran 2:251

Dan jangan kita ingat golongan yang bertopengkan agama tidak jahat. Jangan kita ingat jubah dan serban yang mereka pakai itu menghalang mereka dari melakukan kejahatan, mengambil wang curi, menerima sogokan, melakukan maksiat. Abu Jahal dan Abu Lahab pun pakai jubah berpasal dan berserban besar kuali. Mereka orang jahat. Pakaian tidak menyekat perbuatan jahat dan maksiat. Janganlah kita letak premium yang tinggi berlebihan keatas cara orang berpakaian.  Kejahatan selalu bertopengkan kebaikan.

1 comment:

  1. Salam YB.

    Satu lontaran yg baik.

    Harapnya rakyat....terutama org Melayu dari dlm Parti Pas atau penyokong tegar celik mata dan sedar betapa Ketua mereka telah menjadikan ugama sbg alat semata2 selain memperkudakan org2 atau ahli akar umbi.

    Jgn diharapkan apa2 dari Pentedarah Dedak dlm Umno....tetapi harapnya Melayu2 yg masih sokong Umno juga celik mata seluas2 nya dan sedar betapa jahatnya Ketua2 Melayu Umno.

    InshaAllah.

    Teruskan usha murni sdra menulis untuk menyedarkan.

    ReplyDelete