Sunday, 5 February 2017

Ketuanan Islam adalah Fascime Islam dengan nama lain.



Setelah gagal mempengaruhi dan mengontrol minda orang Melayu dengan ketuanan Melayu- Melayu terancam, agama Islam terancam, habislah Melayu jika UMNO kecundang, Raja2 Melayu dalam bahaya- golongan fascists menggunakan konsep ketuanan Islam. 
Fakta membuktikan sebaliknya. Semua lapisan kepimpinan masyarakat dari raja2 Melayu hinggalah pengerusi JKKK, JKKR dan pimpinan masjid dan surau ada dalam tangan Melayu. 95% penjawat awam ialah orang Melayu. Ia memerlukan mereka mogok satu hari sahaja, kerajaan yang anti Melayu akan tempang. 
Jembalang fiksyen Melayu tergugat dan terancam oleh bangsa lain tidak meyakinkan. 60 tahun kita merdeka, kuasa pemerintahan berada dalam tangan orang Melayu.
Jadi, mereka guna fascime baru- ketuanan Islam. Ini Islam yang betul, jika kamu tidak setuju bererti kamu murtad, keluar Islam dan bila mati tanam di jirat cina. 
Ya- Ketuanan Islam ialah fascime Islam dengan nama lain sahaja. Itulah benda nya. Itu sebabnya, kita dengar jika mahu pakat dengan kami, tinggalkan Amanah dan DAP. 

Dan ketuanan Islam in ada satu versi sahaja- yakni sebagaimana yang didefinisikan oleh parti PAS. UMNO tdak ada masaalah dengan agenda tersebut, kerana ianya membantu agenda nya sendiri untuk kekal berkuasa. Kekal berkuasa untuk terus membalun harta rakyat dan Negara. 
Seperti yang saya sebut, ketuanan Islam ini sukar sedikit untuk dicabar- kerana sifat orang Melayu ialah tidak mahu dilihat sebagai kurang Islamik. 

Ketuanan Islam dibina atas rasa sombong bahawa sesiapa yang membawa pendekatan yang berlainan adalah pendusta dan berhak dihina, keji, nista dan dihapuskan. Rasa sombong ini terbit dari perasaan bongkak bahawa ilmu mengenai Islam itu sudah lengkap dalam hati2 mereka.
Hati kami sudah membungkus segala ilmu yang perlu diketahui, kami tidak perlu pengisian dari pihak lain.Hanya, mereka lupa, Al Quran memberitahu kita, orang2 seperti ini dilaknat oleh Tuhan.Lihat Al Quran 2: 87-88. 
Dan kita tahu respons tipikal pihak yang lagi satu; penulis blog- jangan baca satu ayat, baca lah ayat yang lain. 
Memang itulah respons tipikal yang lupa bahawa semua ustaz2 yang mengenengahkan pandangan mereka, membaca ayat yang releven sahaja. Silalah kemukakan penghujjahan dengan ayat yang lain tersebut untuk menyokong sikap dan pendirian. Tidak ada masaalah. Janganlah patronize kita dengan ejekan condescending bacalah ayat2 lain.

Saya hairan mengenai sikap orang Melayu kita yang beragama Islam. Setiap hari mereka mengulangai pengakuan bahawa nilai2 Islam lah yang mewarnai kehidupan mereka. Iaitu menyatakan bahawa sibghah Allah adalah celupan yang terbaik- seluruh anggota kita dan jiwa kita dibasahi dengan celupan Allah. Dan orang Melayu tidak segan mempamirkan imej ini- songkok, ketayap, jubah, serban, percakapan, perbutan dsb. Tapi pada masa yang sama, kita menerima kemungkaran yang dilakukan oleh Najib, sebagai kebiasaan dan suatu bolehterima. Bagimana kita hidup dengan kontradiksi ini?

Frank Swettenham faham mengenai karakter orang Melayu. Orang Melayu umpamanya, sangat taat dan kuat beragama Islam. Mengenai ini, tidak ada pertikaian. 
Tapi pada masa yang sama, sangat menebal dengan kepercayaan tahyul, hantu dan jembalang. Observasi ini juga dimiliki oleh Pendita Zaaba- Orang Melayu itu hidup dengan serba kepercayaan tahyul, hantu, polong, pontianak, langsuyar dan sebagainya. 
Ertinya apa? Ertinya, UMNO hanya perlu mejadikan sesuatu itu ‘hantu', jembalang dan puaka sebagai, maka orang Melayu yang bergama Islam itu, akan cemas dan percaya  dan hidup dalam ketakutan tidak berani melanggar pantang dan larangan.
Sekarang UMNO hanya perlu menggambarkan bahawa DAP itu hantu dan orang Melayu semua nya takut dan enggan mendekati DAP; UMNO hanya perlu sebut bahawa Dr Mahathir itu hantu maka orang Melayu akan takut dengan hantu yang bernama Mahathir.

Ertinya, mereka buang sibghah Allah itu tadi dan membiarkan diri mereka dicemaskan dan ditakutkan oleh fiksyen hantu dan jembalang.

Demikian, karakter orang Melayu.

No comments:

Post a Comment