Sunday, 1 January 2017

Salam ..Orang Felda



Beberapa hari yang lalu, saya menghabiskan masa dalam tanah rancangan Felda Tersang di Raub. Saya mau merasai denyut kehidupan warga felda dengan perspektif baru yang saya ada. Iaitu dengan maklumat mengenai FGV, pelaburan felda dalam pelbagai hartanah, pembelian bangunan, pembelian perniagaan dan paling akhir, pembelian Eagle High Plantations pada harga RM2.3 billon. 
Maknanya, Felda menjalankan urusan nya, dengan tidak mendengar keluhan dan rintihan peneroka dalam tanah rancangan. yang jumlah nya 300 lebih. yang ada 112,635 peneroka. yang ada 1.5 juta warga Felda. 
Ertinya, tahap kepedulian Felda dan orang2 dibelakang Felda keatas masaalah yag dihadapi oleh orang felda adalah pada tahap minima, namun orang Felda mahu lagi menyokong pemerintah?
Serupa juga seperti saya terang dan nyatakan kepada pengundi Cina jangan tentang kerajaan kerana sebab2 yang tidak betul; demikianlah juga, warga felda jangan sokong kerajaan kerana sebab2 yang tidak betul.
Jangan kita lawan atas dasar perkauman melampau. Kita mesti mendidik diri kita semua untuk menolak kerajaan for the right reasons, kata orang putih.
Yakni, orang cina jangan semata mata menolak kerajaan UMNO kerana ianya Melayu . mereka mesti tidak sokong kerajaan kerana ia tidak adil, kerana pemimpin nya memusnahkan kepercayaan yang kita beri, kerana kerajaan dan pemimpin menyalah guna kuasa menggunakan nya untuk mengayakan diri, menyekat proses pengadilan.
Jangan sokong kerajaan kerana kita beri dia kebebasan, dia mahu memerintah secara absolute tanpa batasan lalu dia menindas rakyat, menekan rakyat, membuli rakyat. Jangan sokong kerajaan yang rasuah dan merompak kekayaan negara. Jangan sokong kerajaan kleptocracy.
Ini sebab2 sejagat yang disertai semua rakyat. Jangan tidak sokong kerana sebab nya ia kerajaan Melayu.
Demikian juga, orang felda yang rata2 melayu, jangan sokong atas sebab2 yang salah iaitu hanya kerana Najib dan UMNO itu melayu, agama Islam, maka kita lupakan soal kepercayaan yang dimusnahkan, kuasa yang dia salah guna, kekebasan untuk melakukan penindasan, picit  dan ugut rakyat.
Kita mesti tolak kerana kerajaan incompetent, rasuah, salah guna kuasa, memusnahkan kepercayaan, bertindak diluar ruang kebebasan yang kita beri. Kita beri kebebasan kepada PM negara ini untuk mengurus negara mengikut prinsip2 demokrasi, perintah  ikut undang2 bukan memerintah ikut sedap mata dan hati.
Adakah kegelisahan2 ini juga merupakan perkara2 yang di runsingkan oleh orang Felda?
Orang Felda nampaknya, kurang peduli mengenai dunia luar felda kecuali kepentingan terdekat mereka. 

Adakah perkara2 ini terkesan dalam pemikiran orang Felda? 

Sebab, pada pandangan umum, nampak seolah olah, orang Felda tidak peduli apa yang berlaku didunia luar rancangan felda. Keadaan mereka selesa dan keselesaan tersebut menyebabkan mereka tidak identify dengan keresahan rakyat diluar felda.
Jika orang felda tidak peduli akan hal orang diluar felda, soalan yang mungkin timbul ialah, mengapa orang luar felda mahu peduli mengenai kesusahan felda yang sedikit itu? 
Apakah usaha2 yang djalankan oleh orang2 seperti Mazlan Aliman , Rafizi Ramli dan ramai lagi tidak memberi kesan keatas perasaan dan sikap orang Felda? Felda it diancam oleh pemerintahan Kleptocracy, warga felda masih mahu berdiam diri?
Kesusahan orang Felda nampak nya berkisar pada masaalah pentadbiran sahaja bukan nya masaalah yang fundamental. Kesusahan felda ialah pertikaian mengenai kadar perahan, elaun sara hidup yang tidak cukup, penyata kewangan yang tidak diberikan, pembayaran kepada peneroka yang tidak terjelas dalam bulan semasa, beban hutang yang ditanggung. Itu sahaja.
Seolah olah kalau semua ini selesai- salah laku penyelewenagan, kecuaian tanggungjawab oleh felda boleh dilupakan. Mentaliti orang Felda sama seperti sebahagian mentality orang Melayu yang bersedia memaafkan Najib, jika Najib terus memberi BR1M, jika Najib terus menunjukkan boleh menyediakan projek mega berbilion Ringgit.
Soal barah dalaman seperti rasuah, tidak jujur pada amanah yang diberi, salah guna kuasa, menganjingkan kepercayaan yang diberi dan mencabul kebebasan yang kita serah,kepada pemimpin, tidak mendapat kepedulian yang sepatutnya.
Jika kita tidak berjaya mengeluarkan orang felda daripada keselesaan ini, maka sampai bila kita tidak boleh harapakan orang felda untuk membantu kita menang. Itulah sebabnya, dalam setiap pilihanraya umum, undi felda menyumbang kepada banyak kerusi parlimen kepada UMNO.
Atau pada tanggapan mereka, skendel2 ini semua ciptaan pembangkang dan orang yang anti Najib. Bahkan, pengurus Felda Tersang mengatakan bahawa masaalah yang dihadapi oleh peneroka felda tersang ialah kerana parlimen raub sudah ditakloki oleh DAP. Maka, jika DAP yang mengepalai pemerintahan di Malaysia, musibah yang dialami oleh peneroka felda akan merebak keseluruh tanah air.
Kita hanya perlu berhenti sejenak dan memikir apa musibah nya? Harga buah sawit, masaalah penyata pendapatan dan kos? Masaalah pembayaran yang dilewatkan? Kadar perahan? Elaun sara hidup yang tidak cukup? Masalah jenerasi ke2?
Semua masaalah ini tdak ada kaitan dengan DAP atau parti pembangkang. Semua masaalah ini ada kaitan dengan pemerintah masa ini iaitu UMNO. Musibah yang melanda semua orang termasuk peneroka, adalah hasil perbuatan kerajaan Najib Tun Razak.
masaalah nya, orang Felda gagal melihat, bahawa semua kita berdepan dengan masaalah yang sama iaitu diperintah oleh rejim kleptocracy. Dunia orang Felda akan hancur berkecai jika kita tidak sama2 membetulkan keadaan. Tidak lama lagi, akan tidak ada masa depan untuk anak2 dan cucu peneroka felda. 
Bukan sahaja perjuangan orang Felda perjuangan kita juga, perjuangan orang umum adalah untuk kepentingan orang felda menyertainya. 

8 comments:

  1. Selamat pagi Dato...memang benar apa yang nukilkan di sini...orang Felda ni kebanyakannya tak mampu melihat keadaan di luar tempurung Felda. Kebanyakan masyarakat Felda terdiri dari mereka yang berpendidikan rendah atau tiada kelulusan akademik...hatta ada yg masih buta huruf...generasi kedua yg lahir di Felda pun masih bergantung harap pada kerajaan...kalau dikatakan Felda adalah kubu terakhir BN memang patut...tahap pemikiran kebanyakan mereka yang rendah itu menghalang mereka bertindak di luar norma yakni menolak klepek pemerintah.. walau apa pun yg terjadi mereka tetap menyokong BN...UMNO..mereka jugak tak peduli sekiranya anak2 generasi kedua mewarisi hutang rm ratusan
    ribu akibat dari pengurusan Felda yang memeras keringat mereka kerana mereka tak peduli...bahkan masuk ladang pun sekarang pun tidak ...semuanya diurus oleh pekerja bangla dan indonesia...rungutan peneroka sekadar berkisar atas ladang semak ..tepi jalan aje yg terang....baja tak ditabur serata..bahkan ada yg dijual semula...kalau macam inilah kebanyakan peneroka mengurus hidup mereka...rasanya sukar pihak pembangkang mendapat undi mereka...kena tunggu generasi ke 3 yg akan sedar...

    ReplyDelete
  2. Dato SAK, Gaya hidup orang felda ni simple je tidak complicated mcm penduduk bandar apatah lagi orang politik... kain pagi makan petang.. ada duit senang belanja...tak da duit duduk diam2...
    Peneroka felda kebanyakkan berlatarbelakangkan pendidikan sederhana dan rendah..generasi kedua yang kini menetap difelda juga sama...jadi apalah nak kita harapkan untuk mereka berfikir diluar lingkungan hidup felda.
    Masyarakat felda adalah sebuah masyarakat yang telah disusun secara sistematik di bawah pengurusan felda.. kita nampak felda kini diurustadbir oleh JKKK/JKKR atau diurus oleh masyarakat felda sendiri..tetapi hakikatnya mereka dibawah kawalselia yg ketat oleh pengurusan felda rancangan, wilayah dan pusat. NGO lain seperti GPW, Persatuan Belia, Institusi Masjid dll juga sama.

    Biasanya Pemimpin2 NGOs ini juga adalah pemimpin Komponen Parti2 politik peringkat cawangan yang memerintah. Mereka punya dedak yg mencukupi utk aktiviti2nya apatah lagi di musim PRU menjelang.
    Untuk parti selain dari BN menembusi kubu felda ini agak sukar dan memerlukan usaha yg gigih dan berlipat kali ganda Organisasi PH perlu kemas dan outstanding agar boleh menyaingi mereka..Usaha yg Dato SAK lakukan di Felda Tersang itu adalah salah satu usaha yg baik tetapi bagaimana dgn ratusan felda yg lain?... sempat ke?

    ReplyDelete
  3. Datuk, Klu masih begini pemikiran mereka, memang patutlah kita yg di luar ni biarkan mereka merasa jerit payah buat 5 tahun lg. Mungkin slps itu baru mereka sedar.

    ReplyDelete
  4. Kalau anak Felda yang tidak berpelajaran tak hairanlah, tapi yang lepasan universiti takkanlah tak ada otak yang bernas, hati yang jujur untuk menilai seorang manusia yang bernama Mohd Najib bin Razak yang penuh dengan haram jadahnya.

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum Dato'

    Pada pendapat saya bahawa pemikiran para peneroka FELDA dan kebanyakan orang ME-layu ini sukar untuk di mengertikan. Sebagai contoh, mereka pernah di "HARAM JADAH" kan oleh Najib beberapa ketika dahulu kerana enggan menurut kehendak nya tetapi mereka tetap memberi undi kepada si "HARAM JADAH". Insident itu masih terdapat di U-Tube. Pemikiran sebegini sepatut di usahakan oleh mereka yang pakar untuk merungkai nya. Kalau tidak mereka akan terus dengan KEJUMUDDAN.

    Saperkara yang patut menjadi renungan oleh para peneroka FELDA dan orang orang Melayu ada lah pemahaman si"HARAM JADAH" yang sejak dari sekolah tadika belajar di U.K berhubung dengan "ISLAM". Dato' pernah memberi tahu bahawa Najib keliru di antara ALLAH dan RASULULLAH bila dia mengatakan ALLAH S.A.W dan MUHAMMAD S.W.T. Sepatut nya sudah lama menteri agama memperbetul kan kesilapan beliau. Di sebab kan itu beliau tidak merasa apa apa bila "MEMBOHONGGI" rakyat jelata.

    Anonymous 08:51 menyatakan bahawa pehak pemangkang terpaksa menunggu jenerasi ke 3 untuk mendapat kan undi mereka. Kalau tahap pemikiran para peneroka masih di tahap ini saya yakin dan percaya bahawa generasi ke 4 pun belum tentu. Saya juga pernah bertemu dengan beberapa orang peneroka. Dalam banyak banyak yang saya ketemui cuma seorang sahaja yang melakukan perubahan dengan melaku kan penanaman semula bersendirian. Di sebab kan itu dia sekeluarga di pulau oleh para peneroka yang lain. Apa erti semua ini kalau tidak untuk melemahkan semangat mereka yang igin melaku kan perubahan. Sementara yang lain lain pula berkata "BIARKAN" asal sahaja kami masih boleh hidup.

    Di dalam perutusan tahun baru nya, beliau berjanji untuk "MENSEJAHTERA" kan kehidupan rakyaat. Perutusan tersebut bukan melalui ucapan tetapi melali face-book.
    Jangan lupa bahawa beberapa jam selepas itu rakyaat di sejahterakan dengan kenaikan harga minyak di mana dia sekularga bersenang lenang di Australia. Di sini siapa yang "SEJAHTERA" dan siapa yang "SENGSARA"!!!

    Di PRU 14, saya berdoa agar ALLAH membuka pintu hati mereka dan mengilham kan kepada mereka agar berhijrah dari kegelapan sehingga kelihatan "KECERAHAN" di hujung terowong. AMIN.

    ReplyDelete
  6. Kalau macam inilah cara mereka masih mahu berfikir, confirm hancuuusssss. Kirim salaam sajalah.

    ReplyDelete
  7. BN.menang lagi la camtu...melayu.oh.melayu..padanlah bangsa.lain.kata.melayu.mmg.otak.lembu

    ReplyDelete
  8. ORG CINA DI MALAYSIA TIDAK TOLAK MELAYU YG PERINTAH MALAYSIA. HANYA MENOLAK ORG UMNO YG SOMBONG DAN AMALKAN RASUAH SECARA HALAL. KEBANYAKAN CINA MALAYSIA TIDAK AMALKAN RACIST TETAPI ORG UMNO YG UCAPANKAN ATAU MAKI ORG CINA TAPI DI LEPASKAN BEGITU SAJA TANPA DI HADAP KE MUKA PENGADILAN ATAU PUN MELAYU YG BERPELAJARAN ATAU BERPANGKAT TIDAK YEA TIDAK BERANI BERCAKAP ATAU PERTAHANKAN CINA MALAYSIA. SEBAB TAKUT KEHILANGAN KERJA WALAUPUN TAU APA YG DI CAKAP OLEH MEREKA TIDAK BENAR

    ReplyDelete