Khianat keatas FGV menjatuhkan maruah
peneroka. Saya percaya inilah yang telah terjadi keatas peneroka. saya bukan anak peneroka- tapi saya berkecimpong dan bergaul dengan warga peneroka di Felda Chini, Pekan. Bertahun saya melakukan kegiatan politik disana dan sedikit sebanyak tahu akan gaya hidup dan pemikiran peneroka.
Bila isa samad ditegah oleh mahkamah daripada
menjadi pengerusi KPF, dia meletakkan proxy nya sebagai Pengerusi. Isa samad
bukan kakitangan felda. Dia juga bukan anak peneroka. Dia hanya cukgu sekolah
yang mula nya enggan jadi wakil rakyat. Ketika itu elaun wakil rakyat kurang
daripada gaji guru. Tengku Razaleigh yang menyokong Isa jadi wakil rakyat.
Hari ini Isa Samad kaya raya. Dia datang ke
parlimen pakai kereta maserati. Ini tanda kejayaan Melayu. Orang Melayu pun berkata- apa salah nya jika Melayu pun pakai Maserati, Cina boleh? Maka semua orang
Melayu mengagungkan kejayaan seperti ini.Somehow, orang Melayu kita ini tertarik dengan tokoh2 lanun dan pencuri.
Mesti ada kaitan positif antara kaya nya
dia dengan kerjaya politik sebagai MB dan menteri. Rasmi( nature) kaitan
tersebut, mungkin boleh dibincangkan dimasa lain. Penyelidik dari bidang statistik dan econometrics boleh lah buat kajian kaitan antara kerjaya politik dan kekayaan.
Hari ini kita hendak cakap mengenai
koperasi permodalan felda (KPF)- jentera pelaburan bagi pihak peneroka. 112,000
peneroka. 220,000 ahli koperasi. Pemilik
51% Felda Holdings( dahulu), memiliki kadang2 lebih 70% dalam beberapa
syarikat.
Kebanggaan orang Felda. Seluruh negara. Kecuali
yang diharamjadahkan oleh Najib. Mereka lah jebat si anak tani.
Hari ini, tidak lagi mampu membayar dividen
seperti dahulu2 dalam belasan peratus. Hari ini terpaksa jual asset satu demi
satu untuk terus membayar dividen. Jika tidak, mereka yang dahulu bersetuju
memindahkan share KPF kepada FGV akan terdedah menjadi ejen dan barua Isa
Samad dan Najib Razak.
Duit RM2.2 billion mungkin telah lesap. Yang
boleh ditunjukkan oleh KPF ialah ladang sawit di Sarawak yang terpaksa ada kos
nya. Mengapa KPF tidak buka ladang ala felda disana jika sudah ada ladang besar?
Disini bising sangat hendak buka ladang untuk jenerasi ke2.
Ini patut jadi bisnes model nya- KPF beli ladang besar
dan buka estet ala felda. Jika KPF membeli, maka tanah2 kerajaan yang percuma
itu, boleh di mohon oleh anak2 bangsa yang bukan jenerasi ke2 atau ke3 felda. Kesian lah kepada anak kampong tradisional dan
orang melayu yang miskin dalam bandar.
Sekarang nasi sudah jadi bubur. Apabila kamu
menyediakan tempat tidur, maka terpaksalah kamu yang tidur diatas nya. KPF
sudah tidak ada dan wang mengurang. Lama kelamaan KPF akan hilang semua.
Jika pengurusan KPF dilakukan oleh puak
peneroka sendiri, ingat lah Najib tidak memandang kamu sebagai ada potensi. Itulah
sebab nya KPF ditendang keluar dari FGV. Dia tahu KPF akan jahanam. Persepsi Najib keatas KPF sebegini adalah penghinaan keatas peneroka sendiri.
Tapi peneroka kata tidak mengapa. Durian runtuh ada. Tahun ini dengar nya lagi banyak. sebagai umpan pilihanraya. orang Felda jual anak dan bini pun tidak mengapa.
Tapi peneroka kata tidak mengapa. Durian runtuh ada. Tahun ini dengar nya lagi banyak. sebagai umpan pilihanraya. orang Felda jual anak dan bini pun tidak mengapa.
Tujuan Isa hendak jadi pengerusi KPF ialah
untuk menguasai duit yang ada berbilion Ringgit dalam akaun KPF. Bila proksi
nya dilantik, ada terma dalam perlantikan itu yang menyebut bahawa pegerusi KPF
ada hak untuk membuat keputusan mengenai pelaburan atau perbelanjaan sebagai
kata pemutus.
Peneroka tidak nampak bahawa Isa Samad
letak proxy dalam KPF. Dia ada hak membuat keputusan akhir. KPF baru sahaja
mendapat RM2.2 bilion sebagai imbuhan menyerahkan 51% share nya dalam felda holdings.
Tapi isa mahu meletakkan tangan kotornya keatas wang tesebut.
Jadi apa yang diperlakukan keatas RM2.2
billion tersebut? Ada sebuah ladang sawit di Sarawak yang sudah berada agak lama dalam
pasaran; harga nya antara RM750-800 juta. Tapi pengerusi KPF memutuskan untuk
membeli ladang tersebut sebanyak RM1.2 bllion- kira2 RM400 juta tambahan.
Sudah tentu, ketika ini, Pengerusi KPF yang
proxy Isa, menggunakan enterprise value per hectare.
Atau, adakah ini komisyen kepada beberapa
orang?
Isa hendak memastikan bahawa setiap sen
dari RM2.2 billion jangan dimanfaatkan oleh KPF dan peneroka.
Sesiapa yang hadhir dalam mesyuarat luar biasa
meluluskan pemindahan saham KPF kepada FGV akan ingat suasana seperti orchestra
mesyuarat tersebut. Seolah sudah diatur- ada kumpulan akan bersorak dan bertepuk
tanda sokong, ada kumpulan yang mengeboo bila soalan yang tidak secocok dengan
kehendak Isa Samad dimajukan. Ada kumpulan yang buat bising bila se2orang hendak
mendapatkan mikrofon.Suasana mesyuarat tersebut macam mesyuarat parti MIC suatu ketika.
Semua sudah diaturkan supaya isa Samad berjaya
memindahkan share KPF kepada FGV.
Lebihan wang dari RM2.2 billion tolak
belian ladang sawit di Sarawak bagaimana diguna? Kemungkinan besar, lebihan
digunakan untuk membeli saham FGV. Bayangkan ini- setelah ditendang keluar, KPF
dipaksa membeli saham dalam syarikat yang menendang nya keluar.
Saya tidak tahu,
KPF ini ada maruah atau tidak. Setelah diperlaku demikian dan dihina, masih
lagi mahu membeli saham FGV.
Sekarang KPF , setakat ogos 2016 ada 5.8%
share dalam FGV. Ia memiliki 211.76 juta saham FGV yang hari ini bernilai
RM338.8 juta sahaja. Jika 211.76 juta saham itu dibeli pada harga RM4.55 perbelanjaan
KPF ialah RM963juta. Ertinya, KPF rugi atas kertas sebanyak RM 624 juta. Hilang
sudah RM624 juta.
Peneroka tidak rasa apa2 kah? Pertama KPF
ditendang keluar. Mereka dapat RM2.2 bilion sedangkan pasaran menilaikan
pegangan KPF bernilai RM4 billion lebih. Ertinya, dengan RM2.2 bilion, KPF
telah melepaskan peluang mendapat wang yang lebih, sebanyak RM2 billion.
Kemudian,
KPF dipaksa membeli ladang sawit Sarawak dengan harga yang tinggi yakni RM1.2
billion. RM400 juta terbang. Wang baki dari RM2.2 billion kemudian nya
digunakan untuk membeli saham dalam FGV.
Kadang2 kita merasakan peneroka bodoh ini
tidak berhak mendapat pembelaan dari sesiapa. Sebahagian peneroka diharamjadah,
tidak ada pun perasaan setiakawan sesama peneroka.
Point yang saya hendak kata- peneroka
individu berhentilah berhiba dan mengadu hal2 seperti pertelingkahan kadar
perahan, bayaran yang tidak dijelaskan dalam bulan semasa, atau hutang dengan
felda. Hutang itu adalah tanggung jawab peribadi.
Cara yang betul ialah menyertai usaha yang lebih
besar untuk mengalahkan UMNO dan Najib. Sebabnya Felda, KPF menjadi apa yang
mereka sekarang jadi ialah disebabkan angkara durjana Najib Tun razak.Terima lah kenyataan bahawa Felda, FGV dan KPF telah disundal oleh Najib dan geng2 nya.
Sehinggalah orang Felda mengaitkan musibah
yang melanda mereka hari ini dengan pemerintah yang ada sekarang dan menyertai
usaha lebih besar diluar sana, keadaan orang Felda tidak akan beruba.
Hiduplah peneroka dibawah rejim Perompakrasi! Wawasan UMNO ialah Perompakrasi. Balun selagi sempat!
Isa Samad mesti tentu balik kampong,dan sendiri tanam jagung.Banyak banyak bodoh serupa lembu dia.Kalau dia buat business pakai duit sendiri,mesti keluarga nya,anak anak dan bini mesti makan jagun tiap2 hari.
ReplyDeleteAdusss Tok SAK... Apasal tok tulis camni... sebagai generasi ke2 felda saya terasa bangangnya setelah dibangangkan oleh perompakrasi ini...
ReplyDeleteIsa Samad was already a very corrupted man,before he even became chairman of Felda and FGV.He was found guilty of money politics and kicked to the curb.How can a MB on a gomen's salary afford to spent tens of millions MR buying votes for party elections?Unless of course he is a very corrupted public official.How many senior politicians of the thousands in Umno/BN are not corrupt?Maybe one can count these innocent politicians by the fingers of one's hand?
ReplyDeleteSo,if a man found guilty of corruption can be appointed to a position of power and greed,is it not like putting Thamby Chik to babysit teenage girls?
Peneroka 10 kali lebih bodoh lagi di bodohkan. termasuklah anak anak peneroka. yang belajar tinggi tinggi tapi tak pandai jaga harta dan keluarga. senang kena tipu.
ReplyDeleteKesian para peneroka Felda. Nanti dekat pru14 akan adalah durian runtuh beberapa ribu ringgit utk peneroka Felda bangang kita supaya mereka mengundi UMNO lagi. Najib hanya habis 2-3 juta saja utk peneroka banggang itu dan bila menang PRU 14 nanti akan balun lagi 2-3 billion harta peneroka banggang.
ReplyDeleteJom para peneroka Felda semua mari kita undi UMNO lagi di PRU 14 nanti! Jangan lupa ya dedak 2-3 ribu sedang menanti.. he he he.
A secretary general of a gomen agency,can accumulate millions in local,foreign currencies and gold bars.And all these in just a few years.Just imagine how much a federal minister,with huge political influence and power,can accumulate in just one term(5 years) in office.Hundreds of millions.
ReplyDeleteGreat to see that Sakmongkol AK47 is back!
ReplyDeleteYou look great in the new photo. You lost weight. Your face suggests that you have had a rough ride but are much, much wiser from it.
Will be checking in from time to time ....
Hate to make a comment that has been repeated time and again - that is nothing that is happening to Malaysia now is purely the fault of the leaders or the elite. Yes, I beg to differ on what is written in the last few paragraphs of the blog post.
ReplyDeleteIt is never solely the fault of that seriously corrupt leader of Malaysia from Pekan or even the one from negeri sembilan. They are doing what come naturally to them as men of power. Also, they have been at it for such a long time - and nothing bad has happened to them in consequence. Instead, it is also the fault of those associated with Felda. Over the years they just never know any better about their votes, voices, etc. And now they finally get what they deserve. And worse is to come with or without that guy from johor coming into the picture.
Will the day arrive when the marhaen finally realize that it is their fault too for the terrible things that they have to experience these days? Unless such happen it does not seem that change will finally take place in Felda and for that matter Malaysia as a whole. Sad but true.
Inilah cerita ular makan ekornya sendiri.
ReplyDeleteYang bangang adalah orang yang berterusan mengundi parti pemerentah tanpa guna kepala hotak..
ReplyDelete