Tuesday, 13 December 2016

Najib sebagai pemimpin dalam budaya Melayu.



Kata orang tua tua: elok dipegang buruk dibuang. Petua memilih pemimpin ini dilupakan oleh Melayu UMNO. Sebab Melayu UMNO itu Melayu yang tamak harta, mabuk dunia. Melayu yang loba pangkat, lupa akhirat. Melayu UMNO ialah Melayu yang kemaruk puji, lupa diri.
Kita lihat apa yang berlaku di persidangan UMNO? Ianya pesta puji memuji. its a love fest. Najib ialah pilihan Tuhan. Kita mesti bersetia kepada nya. Tuduhan Najib rasuah semua dusta. Semua itu ciptaan pembangkang. Ciptaan kuasa asing yang dengki pada Najib. Najib pun senyum melebar.Mengangguk tanda setuju sangat.
Bila kena puji, Najib akan kehulu menipu, ke hilir menyindir. Keatas mengampu, kebawah melapah. Bila dia ke gunung menyombong, ke lurah dia menista.
Dr Mahathir penghkianat bangsa teriak Melayu UMNO. Najib pada suatu ketika melutut dikaki Mahathir. Najib berhutang budi pada Dr Mahathir. Kerana Mahathir Najib masih ada dalam cabinet. Tapi kali ini, Dr Mahathir pengkhianat bangsa. Dia sanggup cium mulut dengan Lim Kit Siang teriak Shahrizat yang melesapkan RM250 juta peruntukan untuk industry lembu daging.
Inilah orang2 yang Najib meraih sokongan. Gerombolan perasuah dan penyauk duit Negara. Najib bersandar pada siapa? Begantung pada yang serong, berpijak pada yang merosak, bersandar pada yang ingkar dan berumah pada yang salah. Penyokong Najib terdiri dari pengampu yang makan ditapak tangan nya. Tidak ada yang berani bersuara menegur pemimpin. 
Binasalah orang Melayu.
Melayu UMNO itu suka menghina Melayu lain. Melayu UMNO melayu yang duduk mengutuk, tegak membengkak, berbudi mencaci, bersedekah mencerca.
Apa lagi yang kalian Melayu mau? BR1M ada, bantuan JKM ada, baitul mal ada, e kasih ada. Rumah pprt ada. Apa lagi yang kamu mahukan? Bukan itu semua UMNO yang sediakan? Setiap butir nasi yang kita makan itu adalah hasil perjuangan UMNO.
Jika tidak ada UMNO orang Melayu akan merempat tidak terbela.
Sikap sombong dan angkuh inilah yang membuat UMNO bersangkaan bahawa UMNO itu pelindung bangsa Melayu. Realitinya, UMNO dikuasai oleh mereka yang mendahulukan kepentingan mereka dan rakyat bawahan dianggap sebagai peminta sedekah ehsan dari pemimpin UMNO.
Kata orang tua tua : Melayu UMNO ialah mereka yang diberi kuasa lupakan bangsa; diberi petuah lupakan maruah; diberi beban mencari yang ringan; diberi tugas berlaku culas; diberi tanggungjawab laku menyelap; mengejar pangkat mau menjilat; mengejar harta mau melata; mengejar kedudukan mau melendan; mengejar pengaruh mau bergaduh; mengejar dunia mau menganiaya
Orang UMNO kata mereka pembela bangsa Melayu dan segala kepentingan orang Melayu. Tapi dalam menawarkan pemimpin kepada bangsa Melayu, UMNO nampaknya kurang mengerti pedoman dan fatwa memilih pemimpin.
Lanjutan dari kurang faham, keberadaan Najib sebagai pemimpin menghasilkan negara yang punah ranah. Bagaimana ini terjadi? Ianya berpunca, pada bahagian terbesarnya, kerana Najib itu mempunyai akhlak pemimpin yang rosak.
Akhlak pemimpin bila diberi kepercayaan dia belot, bila diberi kuasa dia menzalimi dan bila diberi kebebasan dia menekan rakyat. Kita bukan bercakap tentang akhlak dari sudut morality. Yang kita cakap ialah akhlak pemimpin.
Seorang pemimpin ialah yang kita beri kepercayaan. Najib memusnahkan kepercayaan yang kita beri untuk mengayakan diri sendiri, melakukan rasuah, pecah amanah dan mendedahkan Malaysia kepada musibah kewangan yang terbesar dalam sejarah kita.
Seorang pemimpin ialah yang kita beri kuasa. Najib menyalahguna kuasa tersebut dengan menggunakan jawatan PM untuk mengayakan diri. Dia menggunakan kuasa untuk menekan rakyat jelata dan menyekat kemerdekaan peribadi rakyat Malaysia, dia mengunakan kuasa untuk mengancam dan membuli rakyat yang tidak menyokong nya.
Seorang pemimpin, kita beri kebebasan atau discretion untuk mensejahterakan rakyat. Najib gagal dalam bahagian ini. Perpaduan rakyat dipecahbelahkan. Najib menggunakan modal perkauman untuk melagakan Melayu dengan Cina. Rakyat disuruh bersengketa, tapi najib dan pemimpin UMNO tidur sekatil dengan cina menjalankan bisness.
Kebebasan yang ada diberi dijadikan kebebasan untuk melanggar undang2.
Nasib malang bangsa melayu bermula dalam tahun 2009 bila UMNO dipimpin oleh Najib Tun Razak. Dalam bidalan orang Melayu, dengan rekod yang ditunjukkan oleh najib, ternyata dia seorag pemimpin ampas. Pemimpin yang dada kosong dan akal pendek. Tidak ada kebolehan dan kekurangan itu diselindungi oleh jerit pekik dan slogan2 kosong.
Dia bemula dengan mengistiharkan bahawa zaman kerajaan besar/big government atau kerajaan tahu semua, sudah berakhir. Bersembur air liur Najib ketika memekik slogan itu. Sekarang , hanya 3-4 tahun kemudian,  kerajaan lagi menyibukkan diri dalam kehidupan rakyat- dengan penggubalan undang2 yang zalim seperti SOSMa, POTA, POCA , pengekakalan akta hasutan, penggunakan Polis untuk mengancam penentangan sahih.
Laungan kosong yang melibatkan langkah2 kebaikan ekonomi, hari ini menyebabkan ekonomi lagi teruk. Isiu pengagihan pendapatan tetap teruk. Kelompok Melayu 20% teratas atau T20  menguasai 50% kekayaan, manakala yang lain terpaksa berkongsian baki nya. Keadaan orang Melayu tidak juga bertambah baik. Antara 2012-2014, kelompok  Melayu 20% teratas mendapat pertambahan pendapatan RM1964 sebulan, manakala kelompok Melayu 40% terbawah hanya mendapat pertambahan RM681. Suatu isi rumah kelompok teratas mungkin 5 orang, manakala isi rumah tipikal golongan bawahan ialah 7 orang. Kelompok T20, ada pendapatan sebanyak RM12,000 sebulan, golongan B40 ada RM2,000. Ertinya, pendapatan per kapita T20 ialah RM2400 manakala pendapatan per kapita B40 iilah RM285.
Hidup Melayu.
Demikian ekonomi orang Melayu. Kerana itu, kita kena belanja keatas kebajikan, BR1M , JKM dan sebagainya. Kerana orang Melayu dibawah dasar yang Najib jalankan tetap corot.
Transformasi kerajaan yang dilaungkan tidak berkesan kerana rasuah makin menjadi jadi. Alasan yang digunakan oleh kerajaan najib ialah itu semua persepsi rakyat- realitinya rasuah terkawal. Mustahil Najib mahu mengaku bahawa rasuah menjadi jadi dibawah jagaan nya. Reality nya ialah apa yang dirasai oleh rakyat. Rakyat merasakan rasuah bermula dari atas sampai kebawah.
Dalam budaya Melayu, najib boleh disifatkan sebagai pemimpin ampu atau dalam bahasa Inggeris self-importance. Pemimpin jenis ini hanya mendahulukan kebajikan nya , memikirkan dirinya dan kelompoknya sahaja. Jenis pemimpin seperti ini amat pantang dikalangan orang Melayu. Tapi disebabkan UMNO itu penuh dengan tokoh solo bolo, pak sontoloyo, maka penjenisan pemimpin berpandukan pedoman budaya Melayu diketepikan.
Melayu UMNO lupa akan ketelitian dan kecermatan bangsa Melayu memilih pemimpin.  Bagaimana UMNO itu mau memperjuangkan bangsa Melayu?

4 comments:

  1. Tuan YB,
    Melayu UMNO tamak harta dan utamakan dunia, bukan lupa dunia. Yang depa lupa adalah akhirat.

    ReplyDelete
  2. Najib menggunakan modal perkauman untuk melagakan Melayu dengan Cina. Jangan lupa bahawa kini Najib telah melupai apa yang di sebut nya dahulu dengan mengharap kan "HUTANG" dari Negara Komunis China untuk membena landasan kereta-api pantai timur.Mengapa si Najib tidak menkaji dahulu apa yang terjadi kepada Negara Nepal Angola, Zimbabwe dan yang terkini Indonesia. gara "MEMINJAM WANG". Penderitaan yang di hadapi oleh ke empat empat Negara ini boleh tanya Pak Aji Google.

    Perlu di ingat bahawa Negara tersebut akan membawa masuk para perkerja dari Negara nya tanpa mengambil seorang pun pekerja dari Negara ini. Para pekerja mereka merupa kan "ASKAR YANG TERLATIH". Perlu kah kita bangga dengan "PEMBANGUNAN" sekira perlu berhutang dengan "ALONG"?

    ReplyDelete
  3. Yang disebut pemimpin sepatut nya kerja nya memimpin ke arah kebenaran dan kejayaan. Najib ni pemimpin ? Dia pimpin keluarga pun ....tak payah cakap la..

    Bukan kita tak kenal siapa najib ni. Banyak perkara yang kita dah dengar pasal najib ni memang tak manis kelakuan nya.

    Kalau nama dia bukan bin Razak, harus jadi menteri pun dia tak layak.

    Ini Dato' cerita kepimpinan umno. Ramai orang Melayu sendiri dah putus harapan dengan umno yang sekarang ni dipimpin oleh penyangak penyangak yang tak pernah ikhlas dan reti bersyukut dengan sokongan orang Melayu dan rakyat Malaysia lain.

    Parti serban pun dua kali lima jugak. Pemimpin yang ada sekarang ni pun kong kali kong. Berdendam dengan Amanah. Kalau dah bercerai talak, dah le. Nak berdendam nak buat apa lagi. Dah tak ada jodoh. Perjuangan Ustaz Fadhil Noor dah tak ada dalam PAS.

    Parti mata lebam pun tak kurang jugak kerenah nya jugak. Semua pun gila kan kuasa.

    Ni parti bunga raya pulak yang dianifest kan ialah melawan kebatilan. Entah ye entah tidak. Jam belum dapat berkuasa. Bila ada kuasa belum tahu lagi.

    Parti serban, parti mata lebam, parti bunga raya ni semua lahir nya dari perpecahan dan perbezaan pendapat dalam umno. Jadi mana ada kuat umno ni lagi ? Tunggu nak rebah aje. Kalau tak bagi dedak kat ahli dan pengundi, dah lama berkubur umno ni.


    ReplyDelete
  4. Najib bukan nya pemimpin, dia crook, antara kriteria untuk pemimpin ialah kompeten dan berintegrity, dia x de kualiti nya jadi bagaimana dia di katakan pemimpin kecuali pada macai2 umno yng dah jahil tentnag bab pemimpin ni, itu lum lagi cerita bab agama, kalo agama dia lbh pada munafik dan dah fasik, cuma yang pelik nya org melayu umno ni buta hati dan akal.
    Heran juga org melayu umno yang konon nya muslim boleh sokong penzalim, penindas, perasuah dan mcm2 ni , lepas tu kata ISLAM wasatiyah, sebenarnya itu bukan ISLAM itu HIS SLAM wasatiyah umno.., x yah nak cerita lah bab lain, bab ni pun dah k, takut2 amalan pa pun x di terima tuhan sbb taksub dan ingkar pada kebenaran.

    ReplyDelete