Wednesday, 21 December 2016

Kerajaan Mr Sloppy a.k.a tidak semenggah.




Kerajaan Pak Lah, disebut orang sebagai kerajaan Mr Sleepy.
Kerajaan Najib akan disebut orang sampai akhir zaman, sebagai kerajaan Mr Sloppy atau kerajaan si tidak semenggah.
Mari kita lihat apa terjadi dibawah kerajaan Mr Sloppy. Daim Zainudin, juga dikenali sebagai The Oracle of Syed Putra baru2 ini menyebut kerajaan Najib sebagai mengidap trust deficit. Tidak ada orang percaya lagi kepada Najib. Itu sebab dana melarikan diri dari Malaysia. setakat ini RM52 billion sudah cabut dari. Pengurus dana menjual bon kerajaan Malaysia. Siapa mahu percaya negara yang diketuai oleh penyonglap harta rakyat? Siapa yang mahu percaya kepada kerajaan dimana undang2 melindungi pemimpin dari pengadilan rakyat? Peguam negara dan ketua polis menjaga Najib bukan rakyat.
Orang yang tidak percaya akan Najib, mempunyai alasan kukuh untuk bersikap demikian. Yang masih percaya hanya mereka yang termakan budi Najib termasuk lah seorang ketua parti yang berlandaskan Islam yang telah makan suap puluhan juta Ringgit. ketua parti tersebut sekarang menjadi penjilat Najib. 
Dalam budaya Melayu pemimpin2 demikian disebut pemimpin ampu. Apa tanda pemimpin ampu?
ia pemimpin suka mengampu
mengambil muka ia tak malu
halal dan haram dibawa lalu
penderitaan orang ia tak mau tahu
kesenangan dirinya yang ia buru
Saya telah diperkenalkan oleh Tun Daim kepada seorang pemerhati politik Malaysia. Nama dia Pendita Binjai. Saya akan menyiarkan beberapa pandangan Pendita Binjai dalam tempoh yang terdekat. Diharap bersabar . Pandangan Pendita Binjai kata orang Inggeris amat prescient.
Bagaimanakah keadaan orang Melayu dibawah pemerintahan Mr Sloppy? Melayu itu kampungan mentalitinya, penuh dengan tahyul, miskin, penerima BR1M dan berkiblat kepada Najib. 
Nampaknya , dibawah penjagaan Najib, orang Melayu kembali kepada keadaan dalam tahun 1920an iaitu pada zaman seorang lagi pendita yang mahsyur, yang kita kenal sebagai Pendita Zaaba.
Dalam tahun 1927, Pendita Zaaba menulis keadaan orang Melayu sebagai: orang2 mudanya kebanyakan leka membuang masa dengan kesukaan yang sia2, lucah dengan menjamu kesedapan syahwat dan hawa nafsu kebinatangan, tiada jmat dan cermat pada perkara wang dan belanja, dan tiada mengira untuk esok atau lusa...orang tua tuanya terpasung dengan kepercayaan bodoh2 dan ketakutan yang bukan2 akan hantu, syaitan, jin afrit, pelesit manjangan...
Nampaknya dibawah kerajaan berketuakan Mr Sloppy, keadaan orang Melayu menjadi regresif. Orang Melayu jadi terpasung dengan kepercayaan bodoh2 dan ketakutan kepada musuh yang sengaja dicipta Najib iaitu bangsa Cina dan parti DAP. 
Dibawah perintah Mr Sloppy, kita orang Melayu ini diperbodohkan. Setiap hari kita menerima pembodohan kita sebagai suatu kebiasaan. Lama2 jadilah ianya tabiat semula jadi atau second nature atau keperangaian kedua. Nanti bila ditanya siapa dia Melayu, maka orang akan kata bangsa yang bodoh, yang tidak amanah, tidak jujur, suka bersengketa dengan orang lain, berkelahi sesama sendiri. Orang akan kata orang melayu suatu bangsa yang tidak berprinsip.
Bila UMNO kata, dia sahajalah yang dapat memberi pembangunan  kemajuan dan kebajikan untuk rakyat, kita iakan dan angguk setuju.
Bila UMNO kata, dia sahajalah yang boleh jaga orang Melau, kita kata ya.
Bila UMNO kata, tanpa UMNO orang Melayu, agama mereka, bahasa mereka,  raja mereka akan musnah kita pun angguk jadi pak turut.
Nampaknya, kita, rayat Melayu ini jadi pak sontoloyo dan tolol kampong atau pak pandir. Lama kelamaan jadilah ianya deskripsi bangsa Melayu. Pak sontoloyo dan tolol kampong.
Sedangkan, kalau kita gunakan akal dan berfikir, ini semua bohong dan dusta UMNO.
UMNO boleh bawa pembangunan, kemajuan dan jaga kebajikan ialah kerana mereka menguasai kerajaan dan menguasai perbendaharaan. Itu undang2 dan rukun2 berkerajaan. Siapa jadi kerajaan dia pegang duit. Bila dia pegang duit, tanggung jawabnya ialah membelanjakan keatas perkara2 yang kita sebut diatas.
Bukanlah ianya suatu kebolehan luar biasa, awak pegang duit, awak kena belanja keatas masyarakat dan negeri dan Negara.  
Tugas pembangkang, yang bukan kerajaan, ialah menjaga bagaimana perbelanjaan itu dilakukan. Sebab duit itu kita punya dan penyokong2 pembangkang meupakan sebahagian dari rakyat juga. Kepentingan mereka ialah memastikan bahawa wang mereka yang diamanahkan kepada kerajaan UMNO hari ini, dibelanjakan dengan benar dan baik. Kita awasi supaya tidak ada rasuah tidak ada kecurian, tidak ada perbelanjaan yang palsu. 
Jika budak UMNO tidak mahu memikul tanggung jawab dan tugas ini, kita jangan sokong mereka. 
Dan seperti yang kita lihat sekarang, kerajaan UMNO terutama pemimpin nya tidak jujur dan amanah. Rasuah dan kecurian dilakukan dengan terbuka dan keadaan nya tidak dibendung. Institusi yang menjaga integrity kerajaan nampaknya dilesukan dan dipondankan oleh mereka yang berkuasa.
Bila rasuah dilakukan dan bila kecurian dilakukan, kita orang Melayu diam sahaja . Malah kita terima ini sebagai perkara biasa seolah orang Melayu ini turut serta sebagai pensubahat.
Itu menjadi kita apa? Jadi orang Melayu ini suatu bangsa yang tidak amanah, tidak jujur, kalau jaga wang dia akan curi dan bila melakukan kecurian dan rompakan  tersebut , akan buat muka selamba dan kata, ianya tidak rasuah, bukan rompakan, tidak salah disisi ugama . Bangsa Melayu suatu bangsa yang mudah menjual integrity, mudah dibeli.
Malah kita panggil pula geng agamawan memberi alasan tidak ada rompakan sebab tidak ada saksi dan bukti. Sedangkan semua  orang tahu, sebab UMNO juga yang memecahkan rahsia, bahawa ketua golongan agamawan yang anti perjuangan rakyat, sudah menerima puluhan juta Ringgit sebagai hadiah, sedekah, atau apa sahaja istilah yang diIslamkan.
Golongan Agamawan pun akhir nya berjuang bukan untuk agama, tapi berjuang untuk kuasa, kekayaan dan tanah.
Demikian betapa bodoh nya kita. Melayu itu pak sontoloyo dan si tolol kampong.
Dan budak2 UMNO yang tidak semenggah, yang tak lulus tingkatan 3 pun, berkeliaran diseluruh kampong, cakap besar kalau pilih pembangkang apa mereka boleh buat?
Yang boleh dilakukan oleh pembangkan ialah menjaga kepentingan rakyat iaitu memastikan duit yang dikuasai oleh kerajaan UMNO itu tidak diperlakukan seperti duit bapak mereka. Yakni memastikan jangan dicuri, jangan diperbelanja-kan keatas projek bukan2 dan palsu, jangan tidak pandai berhemah.
Dan tanggungjawab mengurus perbendaharan termasuk jangan belanja lebih dari pendapatan. Jangan hutang dengan sektor awam dan jangan hutang luar Negara.
Kerajaan yang tidak ada integriti, pemimpin yang tidak ada integrity dan parti yang tidak ada integriti, tidak wajib disokong. Kalau kita orang Melayu, atau sebahagian nya baca kitab Mun-yatul Mushalli yang dikarang oleh Sheikh Daud Al fathani, kita akan jumpa bab tatlimul faedah. Ianya membicarakan sedikit mengenai rukun berkerajaan. Terdapat suatu petikan hadis yang bermaksud bahawa rakyat perlu taat kepada kerajaan dan pemerintah kerana ianya ketinggian dan kebesaran Tuhan di muka bumi ini, SELAGI DIA ADIL. Itu adalah syarat kita menyokong dan bersetia kepada pemerintah. Apabila tidak ada adil, maka, wajib kita meninggalkan kerajaan dan pemerintah seperti itu. Dalam budaya Melayu, tanda pemerintah yang mesti kita buang ialah:-
Menimbang tidak seimbang
Menyukat tidak sesukat
Mengukur tidak seukur
Menghukum memilih kaum
Memakai tidak sesuai
Menyuruh tidak senonoh
Memerintah tidak semenggah
Meminta dengan paksa
Menjemput dengan bersungut
Mengantar dengan kasar
Makan menyetan
Minum mengeringkan.

Itulah dia kerajaan Mr Sloppy.

3 comments:

  1. YB Dato
    Dia tau dia tak semenggah
    Sebab itu menggunakan imej ayahanda sebagai imejnya
    Dia tau dia tak semenggah
    Sbb itu menggunakan cash sebagai kekuatannya
    Dia tau dia tak semenggah
    Sbb tu dia melantik bini sebagai penaungnya
    Dia tahu dia tak semenggah
    Sbb itu melantik menteri dan penasihat yang tak semenggah juga
    Dia tau di Pekan dia akan kalah
    Sbb itu dia perguna Hadi sebagai bentengnya.....
    Ada aku kesah....

    ReplyDelete
  2. Bila Dato' sebut "PARTI AGAMA" saya tersenyum di dalam hati bila teringatkan peranggai President nya Hadi Wang yang sentiasa flip-flop dengan tidak punyai pendirian yang tegas dalam semua hal(Termasuk bab agama). Malah saya kesian bagaimana mereka yang di panggil Ustaz sanggup mempermainkan firman ALLAH dengan menyatakan bahawa penerima rasuah tidak berdosa, yang berdosa ada lah pemberi nya. Bukan kah ALLAH sudah berfirman bahawa pemberi dan penerima pasti akan di humban kedalam NERAKA.

    Sebelum ini ada seorang Ustaz "BIUL" di utara berbohong bahawa "AZAN" tidak di benar kan di Pulau Pinang. Setelah di perjelaskan oleh pehak agama Islam P.P bahawa mereka akan mengambil tindakan keatas Ustaz ini dengan membetul kan segala fakta. Dengan "KETAKUTAN" Ustaz ini menarik kembali kenyataan "FITNAH" nya. Ingat kan berani tetapi penakut rupa nya Ustaz "BIUL" ini.

    Ustaz yang sama juga ada mengeluarkan kenyataan bahawa sesiapa yang tidak menyokong RUU 355 setelah mereka mati nanti jasad mereka hendak lah di "TANAM" di jirat cina termasuk DS Dr. Wan Azizah. Tahu kah Ustaz "BIUL" bahawa RUU 355 bukan nya hukum "HUDUD" tetapi nak menambah jumlah hukuman yang sedia ada untuk memboleh kan Mahkamah Syiar menjana pendapatan nya melaui denda.

    Kerana melalui mulut mulut Ustaz yang sebegini maka setiap kali saya melayai slot agama melalui I-Tube saya akan berhati hati.

    ReplyDelete
  3. Nampaknya kita berada dlm situasi " Worse is Better " merujuk kpd pentadbiran antara Najib dan Pak Lah seolah2 untuk org melayu seharusnya redho dan bersyukur dengan kemengantukan Pak Lah. Jangan berangan2 nak yg lebih baik dari Pak Lah kerana ketamakan kpd lebih baik membawa padah. Senario politik yg kita alami sekarang ini saperti memberi isyarat dan ingatan kpd rakyat biarlah kita hidup dgn kelembikan dan kekurangan, jangan sesekali tukar nakhoda sebab kalau tukar nanti hanyut lebih melaut. Richard P Gabriel dlm essay " Worse is Better " kurang kebih berkata " quality ( perhaps aristocracy or nobility ) does not neccessarily increase with functionality " may hold true after all.

    ReplyDelete