Ada sebahagian dari kita
tidak suka keburukan yang dilakukan oleh sebahagian dari kita yang lain, di
pidatokan dan diucapkan dikhalayak ramai. Pendirian mereka kita hormati dan
kita tidak ada masaalah dengan sikap yang demikian. Tapi kepada sebahagian dari kita, kita mesti
jadi jurucakap kepada mereka yang diperlakukan secara tidak adil, jadi mangsa
kebuasan dan yang tidak bersuara.
Pendirian dan pemilihan demikian, juga harus dihormati.
Pendirian dan pemilihan demikian, juga harus dihormati.
Kita berpegang kepada
prinsip keburukan tidak harus diceritakan secara awam, kecuali bila ketidakadilan,
kebuasan dan kezaliman sudah dilakukan. Ini perkara2 yang mesti diperdengarkan
kepada seluruh rakyat. Lihat Al Quran 4: 148.
Kemungkaran oleh pemimpin,
terutamanya, mesti dedahkan secara public kerana perbuatan nya menganiayai
30juta rakyat Malaysia.
Prinsip ini menerangkan mengapa
kita menulis, kita berceramah, kita menyusun diri kita dalam pertubuhan, parti
politik dan gerakan menentang UMNO. Prinsip ini menerangkan mengapa kita mendedahkan
keburukan kerajaan. Kita bukan suka2 mahu menjadikan mereka tidak gembira.
Sebab nya satu sahaja. Kita
tahu dan sedar, bahawa perjuangan untuk keadilan mesti dilakukan ulang
berulang. Apa yang Najib sebut dalam perhimpunan agung UMNO 2016 baru2 ini mengesahkan
bahawa kita tidak boleh alpa dan lalai. Kuasa2 zalim dan kebuasan pemerintah
menjadi jadi jika tidak ada golongan yang bangun menentang.
Jadi, jawapan nya, bukan
kita suka kondem pemerintah secara buta2. Kita memilih untuk berada disebelah
pihak yang tertindas, yang dianiayai, yang tidak ada suara untuk bercakap dan
yang tidak berani melakukan kerja ini. Sebahagian besar dari kita yang
melakukan ini, tidak dibayar, kita menghabiskan waktu, tenaga dan harta benda.
Pertama, kita percaya
bahawa tanggung jawab kita ialah mendedahkan kepalsuan . kita tidak tutup
kebenaran dengan kepalsuan. Lihat al Quran 2:42. Sayang sekali kebenaran
menjadi mangsa kebuasan UMNO. Tidak ada orang mahu bercakap mengenai pimpinan
buruk Najib. Isiu 1MDB dilenyapkan dan jadikan suatu kebiasaaan. Hancurlah bangsa
Melayu bila menjadikan kemungkaran dan keburukan itu suatu kebiasaan.
Apa yang Najib dan UMNO
lakukan ialah menjadi fitnah keatas bangsa Melayu. Bangsa Melayu dilihat
sebagai kaum yang suka mencuri, menindas orang lain, suka menipu, suka rasuah. Bangsa
Melayu membelakangkan kebenaran dan amar makruf; bangsa Melayu menyokong pencurian,;
bangsa Melayu bersubahat melakukan kejahatan. Ini semua fitnah keatas bangsa
Melayu dan ia dilakukan oleh Najib dan UMNO.
Kita mesti melawan mereka
sehingga tidak ada lagi fitnah, tidak ada kebuasan dan ini dilakukan kerana
kita mahukan keadilan. Lihat Al Quran 2:193. Mereka yang melakukan penindasan
mesti dilawan sampai keakar umbi. Penentangan keats kezaliman adalah perjuangan yang berterusan.
Al-Quran menyebut perihal
mesti ada suatu golongan yang bangun menyerukan makruf dan menolak kemungkaran.
Al Quran 3:104.
Al Quran juga menyebut,
jikalah tidak ada suatu golongan menyekat suatu golongan yang lain dari
melakukan kemungkaran, maka hancur muka bumi ini.
Kita tahu mainan Najib. Namun
ada sebahagian dari kita ini terpegun dan terpukau apabila mendengar orang
macam Najib bercerita mengenai hal2 dunia in, kadang2 berpura bersumpah atas
nama Allah, sedangkan Najib mempunyai hati
yang busuk. Apabila dia membelakangi kita, yang dia lakukan ialah memusnahkan
apa yang kita bentuk selama ini. Al
Quran 2:204-205.
Najib akan cuba mencipta
isu2 memesong perhatian rakyat dari musibah yang dia lakukan. Dia juga akan
menunjukkan dia menjuarai dan menwirai sesuatu perkara yang mahu diperjuangkan-
seperti membela bangsa Melayu dari ancaman kaum Cina. Inilah pembohongan yang besar. Bagaimana cina menjadi ancaman kepada orang Melayu sedangkan, sejak kita merdeka yang menjadi kerajaan Federal dan memegang kuasa yang besar ialah UMNO? Sedangkan kaum Cina dan
India adalah warga negara Malaysia.
Apa jenis PM yang kita ada yang melaga lagakan suatu kaum dengan kaun yang lain?Jawapan nya ialah PM yang tidak meletakkan Malaysia dipuncak keutamaan. Bahkan keutamaan dan priority Najib ialah memelihara dirinya sendiri.
Apa jenis PM yang kita ada yang melaga lagakan suatu kaum dengan kaun yang lain?Jawapan nya ialah PM yang tidak meletakkan Malaysia dipuncak keutamaan. Bahkan keutamaan dan priority Najib ialah memelihara dirinya sendiri.
Tidak cukup kah segala
kaedah perlindungan yang ada dalam tangan orang Melayu- struktur agihan kuasa,
perlembagaan, demografi, institusi Raja Melayu? Ancaman yang disebut oleh Najib ialah
imajinasi dalam kepala dan kegunaan nya ialah menakutkan orang Melayu.
Bagaimana orang Cina atau
DAP boleh menembusi struktur agihan kuasa ini? Dari Raja2 Melayu sampai kepada
pimpinan akar umbi – JKKK dan j/kuasa surau dan masjid, pimpinan belia dan
lain2 lagi, semua dikuasai oleh Melayu? Demografi adalah destini. Menjelang 2030,
orang Melayu merupaka 80% penduduk Negara ini. Mustahil, yang 20% mempunyai
lebih banyak kerusi parlimen dari 80%. Perlembagaan Malaysia sudah ada
peruntukan2 untuk melindungi orang Melayu dan kita ada institusi dan legitimate
forces of coercion untuk memastikan ianya demikian. Kita ada institusi kepolisian,
ketenteraan dan kehakiman yang bersedia menjaga keududukan orang Melayu. Akhir sekali
kita ada insitusi Raja2 Melayu yang menjaga kepentingan Melayu sebab mereka itu
Melayulah jua. Kecuali ada Raja Melayu yang mahukan Cina jadi PM dan ketua negara,
kepimpinan negara ini tetap dalam tangan orang Melayu.
Hanya nya, jangan lah kita
sangka bahawa menjadi Melayu itu mestilah jadi UMNO juga. Bukan sedikit orang
Melayu yang enggan melanggani cara UMNO melakukan kerja.
No comments:
Post a Comment