Sunday, 15 May 2016

Pasar Minggu Bandar, Raub.



Esok satu artikel mengenai politik akan diterbitkan. Artikel itu saya tulis seminggu yang lalu ketika saya pulang dari Sarawak. Ianya impresi saya mengenai PRN Sarawak. Ianya artikel yang berjadual. Salah satu ciri penulisan blog ialah terdapat satu feature dimana posting boleh dijadualkan. Suatu artikel boleh ditulis terdahulu dan disiarkan kemudian.
Tapi hari ini, saya mahu upload article yang bukan politik. Terlalu banyak menulis mengenai politik agak menjemukan. Maka saya rasa, elok saya menulis mengenai perkara yang kurang menaikkan tekanan darah.
Ianya mengenai kawasan saya Raub. Saya mahu mempromosi Raub sebagai suatu destinasi untuk orang ramai berkunjung . Raub bukanlah satu tempat yang hanya terkenal kerana musang King nya atau lombong emas Bukit Koman yang penuh dengan kontroversi.
Setiap hari minggu, kita boleh melawat pasar minggu bandar Raub. Ianya juga routine saya setiap hari minggu untuk berkunjung dan bertegur sapa dengan penjaja dan orang ramai. Pasar minggu ini  diadakan diseberang jalan dihadapan Rest House Raub. Penjaja dari seluruh daerah Raub akan menjaja hasil mahsul mereka di pasar minggu ini.
Dan Raub sebenarnya mengadakan pasar minggu atau pekan sehari (pekan sari) pada setiap hari. Petang Selasa, kita boleh berkunjung di Pekan Dong. Petang Khamis kita boleh berkunjung di Bukit Koman. Kita boleh melawat pada hari2 mana pun dalam dareah Raub, pasti ada Pekan sehari. 
 


penjaja asam keping. sebelah kanan. Dalam tupperware itu suatu jenis sambal yang dinamakan asam rong. Pelbagai macam kuih tradisional ditawarkan. sayang sekali, hari ini penjual putu piring tidak ada. sudah 3 minggu tidak kelihatan.



 
Penjual sayur di pasar minggu menjual pelbagai jenis sayuran. Jika tidak ada meja, penjaja menjual diatas 'lantai' beralaskan plastik. 


  sayur kulat yang dikutip untuk jualan. Penjualan buah kelapa style old school. 

sayur pucuk paku enak dijadikan kerabu pucuk paku. Halia dan mentimun. Bunga Kantan banyak terdapat didaerah raub terutama di Kampung Tamalian Ulu Dong. 


 Sebelah kiri- ikan pekasam kegemaran penduduk Raub. juga digemari pengunjung dari luar Raub.
Gambar kanan, dibelakang piringan Rebung, terdapat delicacy orang Raub- kulit kerbau. Ia juga dikenali sebagai belulang. Terima kasih kepada pembaca yang  mengingat saya. 
saya sudah merasai masakan versi gulai tempoyak bersama dengan seorang teman. itu merupakan pengalaman pertama kami makan kulit kerbau atau belulang. Walaupun saya orang Pahang, itu juga pengalaman pertama saya memakan kulit kerbau. Ia mempunyai texture agar2 keras. 
 Makcik menjual pisang dari kebun sendiri. pisang organik baja asli tanpa penggunaan racun. sebelah kanan- cara mematikan ikan keli-dengan memposisikan penyengat dicelah tangan, kepala keli dipatahkan.
     
Kalau pembaca yang budiman ada kelapangan, silalah berkunjung ke Raub. Dan pembaca boleh membuat hasil pengamatan yang sendiri dan peribadi mengenai status ekonomi warga penjaja pekan sehari Raub ini. Datanglah- Raub hanya satu jam setengah dari Kuala Lumpur.
Mohon maaf susunan gambar tidak rapi. Saya tidak mahir dalam perkara ini.

8 comments:

  1. Assalamualaikum..
    Sebagai pengetahuan kulit kerbau juga dikenali sebagai Belulang.. Ianya enak dimasak gulai lemak bersama rebung.. Maka itu jika kita berkunjung ke Pasar Minggu (Pekan Sari) dimana-mana didalam daerah Raub samada di Pekan sari Raub, Dong, Ulu Gali, Sega atau di mana jua, rebung dah memang sinonim berpasangan dengan belulang.
    Satu lagi masakan yang popular dan unik di Raub juga ialah Aserom.. ianya diperbuat dari buah Perah yang banyak tumbuh di kawasan hutan terutama di Ulu Sungai.
    Jika anda yang ingin mengetahui lebih lanjut dan merasai keenakan masakan ini, silalah berkunjung ke Raub dan kami sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Datuk,

    Pekan sari Raub ni banyak mengimbau kenangan silam saya sewaktu arwah bapak saya masih hidup. Setiap kali kami balik kampung di Dong. dia akan singgah ke pekan sari ni beli sayur-sayuran dan buah-buahan hutan. Antara yang pernah saya makan dulu ialah buah perah(?) sejenis buah hutan yang kulitnya coklat kehitaman tapi isinya putih. Satu lagi buah yang saya tak ingat nama dia..perlu diperam dulu untuk dibuang racunnya. warna kekuningan dan biasanya diricih halus. I miss all that..Selalunya bila arwah bapak ke pekan Raub, dia akan berjumpa dengan rakan-rakan dan saudara-mara..ada yang masih panggil dia cikgu walaupun dia dah berdekad meninggalkan profesion itu. Betullah kata orang putih, "Once a teacher, always a teacher."

    ReplyDelete
  3. Yes, brings back memories. Great that you highlighting "pekan sehari"! Was born in Raub and I like what you are doing there now.

    ReplyDelete
  4. It would be excellent too if there is the mentioning of eating places to go to when one is in Raub...

    ReplyDelete


  5. - Malaysian govt investment fund 1MDB coupon payment due date.
    until now has not paid $ 1.75 billion bond interest payable.

    - Last month : 1MDB has not paid (on $1.75b bonds) $50.3 million interest.
    also caused cross default on other debt two consecutive months.

    - Unpaid interest causes financial panic

    - Foreign investors lose confidence in Msia's financial and economic system


    Here's the thing.

    The Bugis jelly has to steal more money to repay the money already stolen.

    The white-haired idiot in Bank Negara is giving time for the US$1.83 billion to be "repatriated".

    The white-haired idiot in Bank Negara does not know what "repatriated" means.

    THE MONEY HAS BEEN SPENT. IT IS GONE. AUTA KANDA SAID SO HIMSELF.

    The gomen will steal the money back from GST or EPF or god knows what.

    The UAE want US41.2 billion plus interest.

    It has already been spent on hippo trinkets.

    Who will repay the UAE?

    You and me.

    They need to steal twice to cover the first theft.

    This is a "finance minister"???

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Dato'
    Banyakkan tulisan begini. Coretkan kehidupan sosial masyarakat marhaen yg telah terlampau dipinggirkan oleh wakil mereka, wakil rakyat.
    Bersaksikan potret dimana tahap sosio-ekonomi mereka masih tidak banyak berubah.
    Moga tulisan akan membangkitkan kesedaran generasi x dan y ttg realiti masyarakat luar kota sekaligus memangkin aktiviti pelancungan tempatan

    ReplyDelete
  7. If only. We could have breakfast in Raub. Lunch at the next stop. And dinner at the next. Something to dream of. For Malaysia.
    http://www.bbc.com/news/36279976

    ReplyDelete
  8. Kaih org raub...
    Tapi dh bermastautin kek noghori semilan..
    Teringat kt kg dulu...
    Dato buat kaih sedih la...

    ReplyDelete