Ramai orang
kata, orang Melayu, terutama yang diluar bandar tidak pedulikan isiu 1MDB.
Mereka tidak faham. Oleh kerana itu Najib akan terus jadi PM.
Agak nya itulah menyebabkan sang isteri kata- 1MDB tidak mengapa apakan Najib - ianya
semua ujian dari Allah.Sahaja orang fitnahkan Najib. Orang dengkikan Najib. Itu saja.
Saya rasa
pandangan ini tidak benar. Orang Melayu faham 1MDB itu apa. Dan fitnah tidak ada pengluahan bukti2 dan petanda.
Pertama mereka
faham- 1MDB ialah syarikat kuda tunggangan yang diujudkan untuk curi wang.Dari mula sudah ada niat menipu. Kenapa 1MDB mahu berJV dengan syarikat yang didaftar di British Virgin Islands? Tempat ini ialah dimana syarikat didaftar untuk lari dari cukai dan menyembunyikan perniagaan dari siasatan pihak rasmi.
Kedua ianya
syarikat yang diberi kapasiti meminjam wang yang banyak. Najib beri surat jaminan dan surat selesa. Kalau apa2 jadi, kerajaan akan bayar.
Orang Melayu faham oleh kerana Najib terlibat dari awal, maka 1MDB dibiarkan melakukan musibah dengan bebas.
Orang Melayu faham oleh kerana Najib terlibat dari awal, maka 1MDB dibiarkan melakukan musibah dengan bebas.
Akhirnya, 1MDB menanggung
beban hutang sehingga RM50 billion. 50,000, juta.
Mereka faham,
disebabkan angkara Najib, 1 Malaysia dalam Bencana.
Mereka faham.
1MDB menyembunyikan karakter Najib yang sebenarnya. Dia tidak jujur dan tidak
amanah. Dia suka berbohong. Dia sukakan wang. Sebab itulah, falsafah hidup Najib ialah cash is king. Dia telah
memanfatkan penyaluran wang berbilion Ringgit kepada dirinya. Duit masuk
kedalam akaun peribadi nya. Berbiliun Ringgit terbang dan masuk dalam akaun.
Duit2 ini masuk
secara tidak betul. Jika Najib jujur dia sudah beritahu lama asal usul wang
tersebut. Kalau derma mengapa tidak istihar semasa siasatan dimulakan dan
kesangsian rakyat sudah terjadi?Kalau benar2 derma mengapa pecat peguam negara? mengapa ugut pegawai SPRM? mengapa pecat TPM?
Dia langgar undang2.
Dan bila hendak siasat dia jadi penyekat kepada keadilan. Dia guna undang2
untuk menakutkan rakyat. Dia cengkam
pihak PDRM.
Mana mungkin melakukan semua
ini sementara menegaskan dia tidak lakukan apa2 angkara durjana?Langkah2 ini menunjukkan perilaku orang yang bersalah.
Dia pemimpin
yang paling tidak bertanggungjwab dalam sejarah Malaysia.
Orang Melayu
faham ini semua. Mereka beragama Islam. Mereka berpegang kepada tali Allah. Mereka
meyakini sibghah Allah mewarnai
kehidupan meraka.
Mereka tidak
boleh sokong pemimpin yang zalim.
Jadi adalah
tidak benar mengatakan isiu 1MDB tidak terkesan keatas orang Melayu.
Tapi elok lah
juga saya menurunkan hikayat 1MDB.
Mula2 seorang
anak raja Arab menulis surat kepada Mr Najib memberi cadangan menubuhkan
syarikat kerjasama. Cadangan ini mengikut putera raja Arab ialah cetusan idea
seorang Arab lagi bernama Tarek Obaid. Si Tarek ini kira2nya, budak Putera
Turki lah.
Putera Arab yang
nama nya Putera Turki melampirkan kertas cadangan khadam nya Tarek Obaid.
Semua nya nampak teratur. Tapi keadaan yang tersirat lain cerita nya. Najib yang saya
kenal- akan arrange semua formaility
dan buat semacam official dan kemudian serahkan kepada budak nya untuk act on
it. Nampak macam semua elok, formal
dan above board. Tapi semua sudah
dirancang. Itu cara Najib operate.
Ianya semua drama sahaja.
Dan formality. Sebetulnya, Najib sudah tahu idea menubuhkan JV ini sudah dibincang
oleh Jho Low, Tarek Obaid, dibantu oleh Li Lin Seet, Tiffany Heah, Casey Tang,
Patrick Mahony dan Shahrol Azral. Jho Low sudah sediakan storyline atau jalan
cerita. Dia dah bincang dengan big boss. Boss Najib nama nya.
Semua sudah siap
sedia sebetulnya. Tarek Obaid kata dia bersedia menjadikan syarikat nya, front
atau pagar untuk beberapa bisness yang dirancang oleh Jho Low. Kerelaan ini ada
makna. Makna nya, bahagian ana, ente jangan lupa.
Apabila sudah
sedia, maka deal itu di tandatangani bulan September 2009. 28 September.
September to remember. Trila in Putrajaya.
Tarek Obaid sign
bagi pihak Petrosaudi Holdings dan Shahrol Azral sign bagi pihak 1MDB. Disaksikan
oleh PM Najib Tun Razak.
Hanya yang kita
tidak tahu sebenarnya, Petrosaudi Holdings Caymans telah pun mengujudkan dan
mendaftarkan sebuah syarikat JVco- 1MDB/Petrosaudli Ltd( BVI) pada 18 september
2009. 10 hari sebelum upacara tanda tangan pada 28 September. Perompak2 telah
merancang semua nya.
Mengapa Malaysia
sebuah negara yang berdaulat- menjadikan sebuah syarikat yang berdaftar di BVI
untuk melakukan plan besar nya? Dalam hal ini pun, nampak sangat 1MDB hendak
bersubahat dengan Pak Arab untuk lari cukai dan menyembunyikan maklumat dari
pihak berkuasa.
BVI ialah tempat
syarikat2 yang hendak lari cukai, yang hendak sorok bisness dan sembunyi
menempatkan diri mereka. Kenapa kerajaan menjadikan syarikat BVI sebagai
special purpose vehicle nya?
Bila sign, tiba2
Petrosaudi kata anak syarikat nya, Petrosaudi Holdings(Caymans) telah
memberi pinjaman USD700 juta kepada PSI(caymans). PSI Caymans inilah yang nak dijadikan
rakan kongsi. Rakan kongsi ada hutang sedia ada.
Surat beri
hutang ini di tanda tangan oleh Tarek Obaid. Duit ini mesti kena bayar sebelum
30 September jika tidak, no deal. Bayangkan ini- pinjaman bertarikh, 25 September.
28 september JV di sain dan sebelum 30 September kena bayar.
Pemberi pinjaman
ialah PS holdings. Peminjam ialah rakan kongsi 1MDB, Petrosaudi Ltd. Pemberi pinjaman
nya A. Peminjam B. B kena bayar siapa? Tentulah B kena bayar kepada A.
Tapi seperti
yang kita ketahui kemudian- bayaran dibuat bukan kepada A tapi kepada C. apa
kaitan C dengan perjanjian A dengan B. C
ialah Jho Low, rakan seronok2 Najib.
Pihak 1MDB pun
bodoh juga. Jika bakal rakan kongsi ada hutang kenapa tidak tuntut dan desak
rakan kongsi clearkan hutang nya dahulu?
Tapi Najib yang saksi
sign JV dengan PSI berada dalam loop dari awal. jadilah 1MDB/PSI. daftar di
British Virgin Islands.
Maka 1MDB pun bayarlah. Tapi tidak bayar kepada pemberi pinjaman ( PSH) tapi kepada satu syarikat yang tiba2 muncul- Good star Ltd.
Shahrol Azral
bayar pada Good Star. Lembaga pengarah kata ini salah, mesti pulangkan. Shahrol
azral kata- fuck off, saya hanya dengar arahan pemegang saham syarkat- menteri kewangan. Ianya dibenarkan
oleh article 117 M&A syarikat.
Awak semua boleh
pergi terjun sungai kata shahrol azral. Terror budak ini. Sebab dia dilindungi
oleh lanun bugis yang jadi PM kita.
Bank Negara kata
kamu boleh hantar USD1 billion ke dalam akaun JVco di Bank A. Tapi si Shahrol
tukar bank JVco kepada bank A*. Bank A* secara kebetulan ialah bank dimana
tarek Obaid pun ada akaun. Nampak? Senang tarek Obaid menjalankan operasi nya.
USD 1 billion
dihantar kedalam 2 akaun. Akaun pertama, akaun JVco di bank A*. akaun kedua ke
account Good Star Ltd/Jho Low. Wakil Malaysia
dalam JVco ialah Shahrol Azral dan Casey Tang.
Jumlah bayaran dari 1MDB ialah seperti berikut. 1MDB bayar USD
800 juta kedalam akaun JVco. USD 700 juta +USD330 juta kepada Jho Low. Kesemua nya
USD1.830 billion.
Kemana ianya
pergi?
Kesemua ini dicontrol
oleh 2 orang Tarek Obaid dan Jho Low.
Tarek Obaid
control PSI( Cayman) dan PSH( cayman). Dua syarikat inilah yang bantai USD800
juta. Syarikat Jho Low bantai USD1.030 billion. RM3.2 billion + RM 4 billion. Lebur
RM7.2 billion.
Dimana………kan ku
cari ganti? Tak perlu ganti kata Najib. Aku anak Tun razak. Melayu muliakan aku.
Melayu cakap sahaja berpegang kepada tali Allah- tapi mereka akan berdiam diri
sahaja. Melayu memang kelabu taik asap.
Apa sudah jadi?
USD1.83 billion sudah lesap. Assets yang dijanjikan oleh PSI tidak ada. Semua kelentong.
Macam mana nak buat?
Batalkan JV co.
tapi nak bayar balik, Petrosaudi tidak ada wang. Memang tidak ada wang. Tidak ada
assets. Hanya kelentong dalam Bahasa Arab.
Entah macam mana,
1MDB dan penasihat lembaga pengarah kata ok- convert jadi 49% share dalam
sebuah carikat carigali milik Petrosaudi. Nama syarikat PSOSL.
Nilai nya 49%
ini ialah USD2.2 billion. Hooray- dapat untung . USD1.8 billion jadi USD2.2
billion. Ada USD400 million untung atas kertas.
Takde cash. Semua
atas kertas.
Habis bab ini,
1MDB jual 49% ini kepada sebuah syarikat bermama Bridge Partners ( BP). Harga nya
ialah USD2.3 billon. Untung atas kertas round ke2, USD100 juta lagi. Tapi BP
tak bayar dalam bentuk tunai. Ianya dibayar dalam bentuk units. Units kepala
otak apa kita tak tahu.Husni Hanazlah bila di tanya- jawab just units, units
you know. Manalah budak watrwawan basuh kencing tahu dan faham apa units. Saya
pun tak faham sebab kerajaan tak pernah sebut dan sahkan- units of what? Binawe
punya orang.
USD2.3 billion
units ini di pindahkan kepada anak syarikat 1MDB Brazen Sky Ltd. Sekarang siapa
dia Brazen Sky ini? Saya tidak tahu betul atau tidak cerita ini- tapi mengikut
cerita financial people, BrazenSky ini syarikat anak Najib dengan isteri
dahulu. Agaknya budak yang disebut dalam Panama Papers itulah.
Daripada USD2.318
billion ini kita tidak dapat satu sen pun. Ia nya telah lesap. Tarek Obaid dan
Jho Low sudah sapu USD1.8 billion. USD 400 juta hanya cerita metos. Pelaburan dalam
SPC pun suatu metos.
Kita tidak akan
dapat semula USD1.83 billion ini. Dari USD1.83 billion jadi USD2.2 billion jadi
USD2.318 billion. Semua nya sudah lesap disapu oleh Tarek Obaid dan Jho Low.
Ianya di curi. Pencurian
ini dijalankan oleh Shahrol Azral, JHo Low, Casey Tang, Tarek Obaid dan mereka
yang masih berkeliaran.
Dibelakang segala
scam ini ialah menteri kewangan aka agent 117. Dia yang berselindung disebalik
pasal 117 dalam M&A 1MDB.
trimakasih Dato kerana permudahkan untuk pakcik dan makcik.semoga allah limpahkan hidayah kepada Dato
ReplyDeleteAgen 117 tak rasa bersalah songlap duit rakyat sebab dia dah banyak kali pergi umrah untuk basuh dosa dia.Dia buat ibadah umrah seperti 'washing machine' untuk bersihkan segala salahlaku penipuan dia terhadap rakyat.
ReplyDeleteJust imagine... the whole world (they only started very late) is now investigating the money trail of 1MDB and not our Malaysian institutions. Shameful. They seem to work for Najib instead of the Rakyat who is actually paying their salaries.
ReplyDeleteTo me, our Ministers are 3rd class citizens, below the beggars.
Ha..ha..suka dengar Agent 117.
ReplyDeleteAGENT 117 Punya Angkara...
ReplyDeleteDibelakang segala scam ini ialah menteri kewangan, agent 117. Dia yang berselindung disebalik pasal 117 dalam M&A 1MDB.
(Petikan dari: http://sakmongkol.blogspot.my/2016/05/hikayat-1mdb.html)
Ni bunyi cerita ayat org pertama...
ReplyDelete
ReplyDeleteMy best guess is that in random order :
1. Singapore
- more charges for the current 2 in Singapore. Then they take Yak down with these 2 getting more charges, and 1 or 2 relatives and others....but within the ex BSI players up to 10 perhaps finally (will be) charged, the ex CEO Hans could well get charged. Wait and see.
- my feeling is that then they will get Seet, Eric and Jho obviously. Finding and extraditing Seet and Eric to Singapore not a hard thing.
For Jho I think Singapore will issue the Interpol Red Notices, but USA will take him first, just my guess, as the FBI, DoJ have long tentacles and can interdict him anywhere they feel like, ie same as Fifa (boss Sepp Blatter) !
2. LUX will hit one of the Arabs, that will be enough and they will hit 2-3 banks. Patrick (Mahoney?) too in this jurisdiction.
3. UAE will hit 3-4 other Arabs - Turki and Tarek etc etc, Qubaissi might be beheaded or hands (chopped off?). They could charge Patrick too.
4. SWISS - well this could involve 4-5 key players, the usual suspects, plus Jho's dad (??)
5. USA will hit Riza, N**ib, Jho and Jasmine and few others....Husseiny of course who (checking into Hotel DoJ first) will sing surely.
The upshot should be that the rulers insist Pandikar accept vote of no confidence or that BN force him into leave of absence, to buy (?) time before the election, but will have to bonk out *pandi, Twitter, azalina and 1 or 2 others.
All augers well for a brighter future than now, and sadly we couldn't get N***b out before Sarawak election!
DAP, PKR and PH will weather these storms and keep Penang and Selangor. Will JB and Terengganu then give over?
Jaga baik-baik diri sendiri.
ReplyDelete
ReplyDeleteThere’s only one reason Najib Razak could have had used to convince Sultan Mizan not to sack the disrespectful Ahmad Razif. And that reason is none other than a plan to call for a snap election this year, after the Sarawak state election. Together with parliament, Terengganu can dissolve the state assembly, preventing an UMNO-Terengganu Palace crisis.
Hence, the Terengganu Sultan can afford to let Ahmad Razif stays for a couple of months pending a state election, knowing very well that a new Menteri Besar (Chief Minister) favourable to Sultan Mizan will be appointed. This is the logical explanation why the palace agreed to keep Mr Ahmad. Indirectly, Najib is saved from an embarrassment of potentially losing Terengganu state.
Why is the Sultan dislikes Ahmad Raxif ?
DeleteBecause he is Najib's appointee ?
Mereka layak hukuman mati.
ReplyDelete"Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang membuat-buat dusta terhadap Allah? Mereka itu akan dihadapkan kepada Tuhan mereka, dan para saksi akan berkata: “Orang-orang inilah yang telah berdusta terhadap Tuhan mereka”. Ingatlah, siksaan Allah (akan ditimpakan) atas orang-orang yang zalim."
ReplyDelete(Quran, 11:18)